Home

Tuesday, May 31, 2011

Review Movie : Kungfu Panda 2 : The Kaboom Of Boom


Sabtu yang lepas aku telah pergi ke KLCC bersama Umi aku untuk menonton Kungfu Panda 2. Memandangkan Sabtu yang lepas sudah pun cuti sekolah pertengahan tahun , KLCC memang penuh dengan pelajar-pelajar yang membuat lawatan ke Petrosains. Aku boleh tahan cuak sebab takut habis ticket Kungfu Panda ni. Maklum lah cerita yang boleh di tonton seisi keluarga ni dengan baru di tayang kan ni , kalau lambat datang memang merasa lah kau tengok wayang bukan pukul 11 pagi , 12 tengahari. Silap-silap pukul 3 , 4 petang kan? Ohh I dont like it I dont like it. Ceeh.

Jadi nya aku sampai dekat KLCC pun habis awal okeh. Pukul 10.30 pagi tapi beratur panjang. Pitamz. Meh baca review Kungfu Panda 2 yang berjaya buat aku geli hati , perut dan kaki sekali.

  • Permulaan movie yang menarik. Nak tahu apa yang menarik? Haa , pergi tengok dekat wayang. Heh heh heh.
  • Po (The Dragon Warrior) sentiasa mencuit hati dan menghiburkan. Geram nak cubit perut Po yang boolat itu. Muehehehe.
  • Tak menahan part Po yang selalu tersalah buat aksi kungfu. Comel tahu tak? Memang comel bila orang lain pusing kanan tiba-tiba dia pusing ke lain. Haha. Okay menghiburkan. Mampu buat aku tergelak enampuluh saat. Ceh.
  • Kali ini Po dan The Furiost Five ada tugasan untuk menyelamat kan negara China dan Kungfu dari serangan Burung Merak yang berlagak ituew. Aku lupa boleh nama watak Burung Mereka itu kerana dia sangat berlagak. Heh.
  • Filem ini lengkap dengan semua aspek yang bagi aku tak rugi aku beli tiket 13 hinggit ini. Kelakar , gembira , sedih , duka dan semua nya ada. Lengkap senang cerita.
  • Kali ini jugak Po dapat tahu sesuatu tentang diri dia. Hmmm apa dia? Tak boleh lah cherita nanti korang kata aku ni spoil kan mood korang nak pergi tengok kan? Heh heh heh. Tapi sumpah sedih dan bagi orang berjiwa lemah lembut ni pasti akan menangis bila tahu kebenaran tentang diri Po tu nanti. Sempat juga lah air mata menitik dalam lima belas saat. Cehh.
  • Banyak aksi kungfu yang menarik. Di sarankan sesiapa yang bawak anak-anak , korang doa-doa lah anak-anak korang yang masih kecil itu tak terikut-ikut dengan gaya kungfu Po yang comel serta kawan-kawan Po yang hebat itu. Haha. Dah nama cerita kungfu panda tak kan lah ada aksi dikir barat kot kan? *pang*
  • Ada jugak di selitkan nasihat yang buat aku tersenyum simpul. Ok ini aku nak tulis sebab nanti kalau aku nak meraung boleh bukak belog ni baca ayat ni ; something like this lah ayat dia , aku cuma igt yang mana penting je. Eheh.  : 
Meskipun pemulaan kita tidak baik , tidak semesti nya untuk hari seterus nya tidak baik. Untuk menjadi terbaik ada lah terletak pada diri kita. Semua nya terletak pada diri kita untuk menjadi siapa kita! 

  • Aku ingat ada part tu yang Po di tanya oleh Ahli Nujum tu : Who Are You. Po macam termenung dan terus jawab : I'm Po and I'm Panda , something like that la. Ke apa entah? Haha , matilah nak sangat buat review tapi pelupa kan? Dush.
  • Apa lagi ye? Oh ada part touching dan friendship yang sangat membuat aku menangis menitik untuk tiga saat. Eceh. 
  • Ending yang menarik. Aku kasi 4 bintang setengah. Setengah lagi aku tak kasi sebab aku benci burung merak sombong tu. Boleh? HAHAHAHAH.

Senang cherita Kungfu Panda ini sangat menarik dan wajib di tonton. Bawak lah kawan-kawan dan kaum keluarga menonton movie ni sebab memang menarik , touching , kelakar , sedih dan ada juga terpalit nasihat yang memang ada betul nya. Sebab tu aku tak fikir panjang untuk menonton filem ini kerana aku tahu mesti ada nasihat yang menarik untuk diberi iktibar buat diri sendiri kan. Suka sangat dengan nasihat yang di akhir movie itu. Sebenar nya apa yang penting keyakinan pada diri sendiri kan. Dan kalau itu yang kita mahu kita pasti boleh buat tidak kira lah permulaan hidup kita tidak lah baik yang di pinta dan tidak lah secerah awan di langit kan? Semua itu tidak kisah yang penting bagaimana dan tahap mana yang kita mahu kan? Iye iye iye. Ini sekadar untuk berkongsi dengan korang ni. Muehehe. Again ; peringatan untuk diri sendiri :)

comeeeeel kan Po? hiks

Untuk korang yang tengah bercuti atau tak tahu buat apa , aku suggestkan untuk korang menonton filem ini. Semua aspek perasaan lengkap , lepas tu mesti korang akan terhibur dengan watak Po yang sangat comel itu. Tambahan dengan kawan-kawan Po pun menghiburkan juga. Pasti juga korang akan rasa nak memaki hamun dengan perangai Buruk Merak yang aku lupa nama watak dia yang sangat angkuh itu. Ada ke dari korang yang dah tengok? Korang rasa macam mana movie tu? Terbaikkkk atau so-so aje? :)

Terima Kasih baca entry ni :)



4 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

clap clap clap
ai suker movie nie...
kelakar giler kan...mcm bodo2 sket panda tue...x sabaq nak tgk kat cini plak...

bunick said...

ai belum sempat lg nk tgk kungfu panda ni. kt alamanda asyik full house jek!!!!*grrrrrrrr*

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> yups! mmg best dan mampu buat ai ketawa dan tersenyum. hiks. comel je po ni. tu lah walaupun kdg2 mcm bodoh tapi itu la yg buat ai terhibur. hiks.

Ijah EmoTemo said...

bunick >> heee , ni pun mek jing pergi klcc , pergi pkl 10.30 pun tiket dah sold out tau. fuhh , slmt ada 2 seat kosong :D