everybody has their own LIFE story. just live your life (kredit : Hlovate) p/s: tulisan sangat buruk , buat tak nampak je la ye. lol. |
Setiap manusia mempunyai jalan cherita kehidupan yang berbeza. Tak ada yang sama. Kalau ada yang sama pun , mungkin cara penerimaan kita berbeza. Mungkin si Kiah boleh hadapi dengan tenang. Sedangkan si Tipah menangis tersedu sedang meratapi nasib diri. Siapa tahu? Tapi sekarang ini ramai manusia yang jenis suka benar yang mengkritik manusia lain tanpa berfikir terlebih dahulu. Itu yang sadis nya bila jumpa manusia begini di dalam kehidupan. Meskipun orang kata kalau jumpa orang berperangai begini boleh menambahkan rencah dalam warna-warna kehidupan kita tapi itu tetap tetap berbekas di dalam hati.
Maksud rencah di sini ialah , boleh memberi lagi seri. Tak ada makna nya , kalau seri muka boleh jugak di makan sampai buncit perut. Ini menambah sakit hati aje. Kadang-kadang pelik dengan sesetengah orang yang susah betul nak faham keadaan orang lain. Benar kah susah untuk memahami keadaan orang ? Ada kah sama susah seperti korang membuat latihan Add Math? Atau mungkin sama susah seperti hendak memanjat gunung? Tak faham. Mungkin aku jenis hati lembut , senang faham keadaan orang tapi tak pandai memujuk. Aku memang tak reti memujuk. Ada ayat tapi takut kata terlebih jiwang. Parah.
Sungguh aku tak faham tentang orang yang tak pandai memahami diri orang lain. Tak apa tak pandai memujuk , sebab kadang-kadang bila lihat wajah manusia yang kita sayang pun hati terpujuk sendiri. Tak begitu? Untuk aku , begitu lah. Entah lah. Mungkin aku tengah dalam mood yang tak tentu arah , yang tengah bersedih sampai aku rasa sedih bila ada orang yang tak pernah faham. Atau aku yang tak faham? Entahlah.
Jangan kerana orang itu ketawa dan tersenyum bermakna dia sedang gembira. Mungkin juga dia sedang menangis di dalam hati. Tak siapa tahu kan? Cuma Dia yang tahu segala nya. Aiseh, rasa nya entry ni bakal menjadi entry sendu emo-temo kalau di tulis lagi panjang. Lebih baik aku berhenti menulis. Tak mahu emo-temo. Makin banyak fikir , makin banyak termenung. Tak suka. Heh. Macam yang aku tunjuk di dalam gambar : Cerita Kita Semua Berbeza. everybody has their own LIFE story. so then Just Live Your Life.
Jumpa lagi semua. Thanks sebab baca entry sendu emo-temo ini.
2 comments:
salam kenal...singgha kunjung balas...akak folowww dan klik cik nuffnang untuk adik yer memalam harii...sucess sellauuuu...amen..amen..
mya >> salam kenal jg :) thx ye :)
Post a Comment