Home

Tuesday, May 24, 2011

Halwa Telinga

Semalam masa pagi-pagi buta tak boleh tidur , tengok dalam blog banyak entry yang dalam draft. Termasuk yang pasal entry tentang Najwa Latiff tu. Baru sedar kekdahnya tak terpublish hari Ahad hari tu. Ingat kan dah publish. Hoh heh. Entry kali ini santai-santai aje. Tak ada idea nak tulis panjang-panjang. Hehe. 

Nak tepek youtube aje. Halwa telinga punya kegemaran buat masa kini. Kadang-kadang sampai sebulan pun tak berubah kegemaran halwa telinga. Kadang-kadang cepat aje berubah. Ikut mood sangat kan? LOL.



new single Shilla OIAM ; Patah Seribu.



instrumental Ketika Cinta Bertasbih. I always love instrumental music , heh.


Knock Knock - Lenka. HAHA , aku tak tahu apasal halwa telinga suka lagu ni. heh.

Adakah selepas aku menepek hampir kesemua lagu-lagu kegemaran halwa telinga ramai yang akan beranggapan IjahEmoTemo seorang yang sangat jiwang meleleh tak hengat donia? Oh tidak! Jangan salah anggap cuma aku memang tak boleh nak layan Kpop ke lagu hiphop tahap rapper tersembur airliur dia rap ataupun tahap rock hentak-hentak kaki sampai migraine sebulan kepala aku. Sungguh , otak aku tak boleh nak terima bila dengar lagu-lagu jenis yang macam tu. 


Cuma kalau Nasyid ke , lagu jenis relax macam instrumental menggunakan piano , violin or guitar memang aku layan aje. Mostly mp3 player aku banyak lagu-lagu tahap meleleh air mata. Heh , mesti kau tak sanggup nak tengok. Kisaah , janji halwa telinga aku selesa dengar. Heheh. Macam lagu dekat bawah. Lagu ala-ala ketuhanan gitu. Kang letak Maher Zain ada cakap ai fanatik Maher Zain pulak. Ish , aku dengar je semua jenis lagu. Hoh heh.



lately aku suka dengar lagu ni jugak. sendiri menyepi. baca lirik dia buat nak menangis duh. emo sangat kan?


Kiss The Rain - Yiruma.

Pertama kali aku dengar lagu menggunakan instrumental ni rasa nya last year. Ketika mula membaca novel Hlovate yang suka ketengahkan music menggunakan instrumental. Kemudian terus menjadi minat aku untuk mendengar music yang menggunakan instrumental. Tak tahu kenapa sangat lembut menyapa halwa telinga aku. Tapi kadang-kadang berhantu jugak. Mahu ulang dengar sampai pitamz weh. Mueheheeh. Kiss The Rain memang favourite aku. Kalau tengah mood merudum mahu menangis kang kalau dengar Yiruma ni mengalunkan piano nih. Heh , emo.

Oh ya sebelum terlupa. Masih kah kau ingat dengan Cerita Blue? Muahehehe. Nampak nya keyword ni jadi hit dekat Nuffnang aku. Menangis lah diorang tu kan? Alih-alih cuma template aku je ye yang biru. Ekekekek. Ni ha gambar dekat bawah bukti ramai mencari. Selalu nya tak ada pun banyak ala-ala macam ni. Tadi tengok dekat Nuffnang lagi , makin ramai weh -.-' Terus terasa nak jadi inesen. *gulp*


err yang penting entry itu tak lushah. err. err.

Hehehe , kekdahnya memang kalau buat tajuk gempaks begitu lah pencarian keywords nya. Aku no komen. Nanti mak jugak yang kena hentam kan? Kowser. Apa yang penting yang baik kita dekat kan yang tak baik kita cuba lah jauh-jauh kan. Hehe. Eh kejap teringat pula dekat belog siapa ye , aku lupa pulak tentang dia cakap pasal tak kisah kalau ramai yang tak masuk belog kita, tak kisah tak ramai tak komen entry kita janji entry kita itu tak ada unsur-unsur lucah err atau kata lain memberi dosa gitu. Lupa lah belog siapa. Sebab hari itu aku pakai baca random macam tu je. Betul jugak kan , lain lah kalau nak kasi pengajaran gitu kan. Errr hari tu tajuk entry je ala-ala je kan. Errr cerita dia tak kan ... err err.

Haha , okay lah , aku rasa sampai sini dulu aku menulis. Nanti keluar pulak cerita lain habis sampai ke bawah pulak entry ni kang. Meraung korang nak habiskan baca entry ni kan? Elleh mengada-ngada macam ramai je orang baca kan? Hahah. Terima Kasih korang yang sudi jugak baca entry merapu ni. Hiks.

Persoalan nya ; apa yang aku cuba nak sampai kan dalam entry kali ini T_T LOL.

2 comments:

miloaiskurangmanis said...

now sedang layan lagu korea lah nokkkk....
lagu2 omputeh - melayu tolak tepi dulu
hahahahha

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> wah wah curlast sgt khen? ai aritu kejap minat kpop ya hamat. skrg penyanyi kpop pun dh tak kenal voleyh? nangiss