Aku pasti ramai yang sudah tahu tentang kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat semalam. Kejadian yang berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa telah mengorbankan 10 orang anak yatim jika di ikutkan di dalam akhbar berita harian yang aku baca via web. Semalam aku dapat tahu pun setelah membaca melalui Twitter. Aku sangat terkejut dan turut sedih dengan kejadian itu. Lebih-lebih lagi bila tahu tempat kejadian itu di rumah anak yatim. Terus rasa sebak.
Aku tak pasti sangat ada kah sudah semua nya berjaya di keluarkan. Kalau ikut dari website Berita Harian : 10 orang terkorban , 9 berjaya di selamatkan dan 6 masih hilang. Ada yang aku baca dari sesetengah forum menyatakan sudah 12 orang terkorban. Aku pun tak pasti. Sebak betul bila dapat tahu. Kejadian tanah runtuh ni mungkin terjadi kerana hujan yang lebat lately ni. Memang dekat KL ni setiap petang aje hujan lebat dengan kilat dan guruh. Memang sejuk tapi kadang-kadang cuak pun ada. Tambahan semalam proses mencari pun agak sukar kerana petang semalam pun hujan lebat. Sangat lebat. Semoga di permudahkan segala nya. Aku pun tak pasti dah sudah ke belum proses mencari itu.
Untuk mereka yang telah menjadi mangsa tanah runtuh dan terkorban , Al Fatihah buat mereka dan aku berdoa semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Untuk mereka yang masih lagi hidup , aku doakan agar mereka dapat bertabah serta kuat dengan ujian ini. Sekarang ni pun aku terasa hendak menangis bila tengok gambar-gambar yang di paparkan di dalam internet. Sedih sangat. Sama-sama kita doakan untuk mereka semua itu ye.
Kita tidak tahu bila ajal kita dan kita tidak tahu bila Tuhan mahu menjemput kita kembali kepada Dia. Moga kita sempat untuk melakukan taubat dan insaf sebelum dia datang menjemput kita. - peringatan untuk diri sendiri juga :(
Update : Tanah runtuh di Hulu Langat - 16 orang ditemui mati manakala 9 cedera, 3 daripadanya kritikal.
2 comments:
kasihan tengok diorang ni, anak yatim pulak tuh
lost kitty >> itu lah kan. :(
Post a Comment