Home

Saturday, March 26, 2011

The Pain Killer. Full Stop.

YES. I UPDATE. again.

Ehem. Kali ini nak update pasal benda lain. Pasal THE PAIN KILLER. Eheh. Aku tahu sejak dua menjak ni emosi aku agak teruk ok fine sangat teruk. Emosi naik turun atas bawah macam tak reti nak control elok-elok. That's my bad. Totally my bad. Uhuh. Okay pain killer yang aku maksud kan bukan lah ubat penahan sakit tu ha. Tapi pain killer yang aku maksud kan sekarang ni , ehem , macam mana nak buat ayat ye? Salah tulis mahu aku duduk berkurung dalam bilik 10 tahun tak mahu keluar kang. Ekekeke.

Ekekek. Should I say in Malay : Sakit Membunuh? WooHoo. Macam ala-ala tragic traumatic sajork bunyi nya kan? Eheh. Well , sakit membunuh memang selalu kita hadapi sedar atau tidak. Okay again : it's not like Sakit Jantung atau yang sama waktu yang membunuh itu. Tapi sakit membunuh dalaman yang aku selalu fikir is an always : EMOSI. Itu memang pain killer yang paling teruk aku rasa. Emosi kalau tak di jaga dengan baik memang akan memberi impak yang tidak baik. Aku tahu pasal itu. 

Ngaaa , apasal aku ni menulis ala-ala serius nak kasi syarahan segala khen? Fine , tengah bosan and aku terasa nak update. So then , here it is ; aku update pasal aku sendiri pun tak tahu nak cherita awal , tengah dan akhir macam mana. Ehem. Well , aku terjumpa quotes di bawah ini from inche Google. 




Every successful person has a painful story.
Every painful story has a successful ending.
Accept the pain and get ready for success.

Masa itu terus terbayang dalam kepala otak cuma : pain killer. Entah , tak tahu kenapa. Iyelah kadang-kadang nak berjaya memang bukan mudah. Tambahan orang macam aku yang otak tak berapa bijak biar makan kismis 10 kg sekalipun. Tetap sama kalau tak baca buku , tetap sama kalau tak buat latihan. Seronok tengok orang senang-senang aje berjaya , baca sekali dah boleh faham. Buat latihan dua tiga kali dah boleh selalu skor. Aku ni buat sepuluh kali pun masih juling mata tak faham-faham. Agak nya terlebih makan semut lah kot? Sheesh. Bukan tak pernah rasa gagal. Sangat sakit sampai emosi pun jadi tunggang langgang. Bukan jugak tak pernah berjaya. Riak habisan last-last impian jadi hancur.

Entahlah. Memang nak berjaya bukan mudah. Nak gagal lebih senang , mudah dan pantas tanpa perlu membuat apa-apa taktik segala. Huh , as easy as that huh? Tapi nak berjaya memang bukan mudah. Okay , aku jadi terlebih emosi bila tengok orang-orang dapat result cemerlang untuk SPM hari tu. Aku jadi terlebih emosi sampai sekarang. Aku takut , aku cuak. Entah. -.- Sungguh lah , orang lain jadi kan iltizam lah , ilham lah segala macam lah , tapi aku boleh buat angin cuak segala? Memang tak patut sungguh.

Seronok baca blogger-blogger yang berjaya dapat straight A , yang dapat A banyak dan yang semua nya berjaya lah. Itu belum lagi tengok dalam surat khabar ; fine aku takut nak baca surat khabar. Normal tak normal bagi orang yang nak ambil peperiksaan besar macam aku? Eheh. Lepas tu belum lagi tengok tv , hari tu ada tengok , fuhh muka selamba aje tapi result pergh , menangis meks -.- Shessh. Sungguhlah senang cherita aku agak tertekan. Maklumlah bila hendak SPM ke , PMR ke mahupun UPSR , memang after the result telefon rumah aku berdering lagi banyak daripada hari-hari biasa. Terus terasa nak buat press conference senang cherita tak payah ramai orang habiskan kredit top up nak call khen? Eheh. Ooops , jangan terasa ye. Nanti tak pasal-pasal tak berkat ai nak hamik exam katanya *meraung*

Uhuh , so kepada semua orang , ada tak nasihat untuk saya yang sedang stress tekanan tahap pain killer fuhh sebab tertekan segala macam tahap ini? Sila-sila kasi nasihat dekat saya. Betul saya tertekan. This pain is killing me now -.- Boleh gituew?


cer cer kasi nasihat sikit dekat ai -.-


Jejak Kasih

Di suatu petang yang indah lagi mendamai kan.

Di sebuah bilik yang semakin chantek dan luas.

Tersebut lah kisah di antara Mommy Elmo dan Baby Elmo.

....







GAMBAR 1
Mommy Elmo : Syukurlah nak , selepas bertahun kita terpisah , berjumpa jugak kita akhir nya.
Baby Elmo : Alhamdulillah Mommy. Mommy Mommy.*peluk*



GAMBAR 2
Mommy Elmo : Eh eh nak , kau dengar tak apa yang Mommy dengar?*terkezut*
Baby Elmo : Macam orang panggil nama Ultraman Tiga kan Mommy?*angkat kening*
Darwisy : Uhh Dumm Mang Gosho … Bom fireeeee!




GAMBAR 3
Mommy Elmo : *toleh belakang* Iye lah tu nak. Jiran baru belakang rumah kita ni rupa nya tengah duduk berlatih teater.*nakpitam*
Baby Elmo : Ya Hampun *sengih*
Darwisy : Abcdgeeee Hantu Kak Limah Balik Rumah *nada cepat*


capture-capture di atas merupakan drama dan rekaan semata-mata. tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah tiada. eheh.

Eheh. Dah lama nak letak gambar ni , lama tak lama ada lah kot minggu lepas ke dua minggu lepas punya gambar. Eheh. Kisah nya masa aku sibuk mengemas bilik aku tiba-tiba terjumpa Elmo kecik. Haruslah jejak kasih gituew dengan Elmo beshar ituew khen? Ngee. Lepas tu Awisy haruslah ala-ala teruja , masa mula-mula aje lah dia teruja nya. Sekarang kalau tengok Elmo kecik tu dia baling aje. Heh. 

Eheh. Gituewlah kan. Kekdahnya sudah tak tahu nak tulis pasal apa. Itu yang aku pakai hamik aje gambar mana-mana. Eheh. Lagipun tak seronok pulak kalau di biar kan bersawang belog ni walaupun memang nak jugak kasi bersawang. Erk.. apakehey ayat aku ni macam pening-pening ni -___-' Aku pun dah tak faham. Ngeh. Uhuhuh. 

Ehem nak cakap apa lagi yer? Entahlah. Eheh. Oh ya , aku sudah dapat BE baru. Alhamdulillah. Tak silap aku dari Maxis. Korang kalau nampak jangan lupa tekan ye. Ehiks. ;) Ehehe. Okay lah , sudah tak ada benda yang nak di update , maka nya ... chiow!

Friday, March 25, 2011

Indah Khabar dari Rupa.

Dah lama sungguh tak mengupdate apa-apa dekat dalam belog ini. Sungguh lah dah lama betul tak menulis , tak meluahkan rasa hati dan semua sekali pun tidak. Maklum lah line internet yang macam haramjadah lepas tu pulak aku selalu aje selsema lah , sakit itu ini , memang lah terus malas nak bukak laptop. Kalau bukak laptop pun sekadar untuk charge mp3 player sebab mp3 player aku charge via laptop. Itu aje lah pun.

Skill nak menulis pun dah macam terkial-kial pulak. Tak tahu nak start macam mana. Tak tahu nak bercherita macam mana. Macam tersekat-sekat pulak nak menulis semua ni. Eheh. Kalau di ikutkan dah berpuluh-puluh cherita yang aku save dalam draft ; gambar pun dah edit segala dah pun tapi tak terasa nak publish sekarang. Sejak dua menjak ni nak menulis pun dah jadi hambar ketumbar erkk tak tentu hala. Entahlah , bukan kata nak menulis pun hambar mambar ketumbar , tapi nak buat apa-apa pun dah terasa hambar segala. Segala nya dah jadi layu kuyu.

Uish , entah apa pasal pun tak tahu. Hmmm , memang emosi tengah berkecamuk tak tentu hala. Uish , malas nak bercherita lanjut. Eheh. Lagipun kalau semua nak di cherita nanti entah apa lah yang boleh di simpan je khen? Eh eh apasal ayat aku dah macam pusing-pusing ni? Uhuh. Eheh. Entahlah. Apa pasal lah macam tak tahu nak tulis apa ni khen -__-' Okeh okeh next entry aje lah ye aku update pasal benda lain. Eheh.

Nak kena pergi tenang kan diri. Nak kena pergi betulkan emosi. Nak kena kurangkan menangis. Nak kena buat macam-macam. 

kthbai.





old picture. eh tak kan gambar baru kot? *__*

Sunday, March 13, 2011

Old Time Big Smile

Semalam cakap nak menyepi dari alam maya. Konon nya merajuk tapi memang betul merajuk. Tapi sebab saya seorang bloggers yang agak tak agak tegar , eheh , maka saya yang tengah berpeluang untuk mengupdate belog ini pun mengambil peluang itu. Agak geram sekarang ini sebab sejak dua menjak line internet yang biasa di gunakan dah hilang tak kembali. Ceh. Hailah , entah apa pasal line internet boleh merajuk sakan sampai berminggu-minggu hilang. Menyampah meks!

Sekarang bukan nak bercherita pasal line internet yang kejam tapi pasal zaman dolu-dolu. Eceh-eceh , gaya menulis macam dah masuk umur 50an aje kan? Eh hello , ai baru 17 tahun ye. *betulkan spek Gucci gituew* Ekekeke ,tak pasal-pasal aje kan? Memang betul lah nak kena lempang. Gyeah , merapu! Eheh , sebenar nya dah lama betul teringin nak buat entry khas pasal gambar-gambar zaman kanak-kanak riang gelak ketawa suka tanpa duka. Zaman kanak-kanak memang zaman paling riang. Buat lah apa sahaja , tak kan ada siapa nak marah. Mungkin ada tapi lepas itu akan ada yang pujuk. Best kan? Bila pagi boleh tidur , bila malam boleh bermain sampai pingsan! Ahhaha. Lepas tu kalau orang kacau boleh menangis dan meraung sampai semua orang marah orang yang kacau kita balik. Best tu. Ahahah , apasal dengan aku ni? Sheeshh.

Hailah , zaman kanak-kanak memang seronok. Tak payah fikir apa-apa masalah sekalipun. Ahha. Bila tengok balik album gambar , terus tersenyum. Seronok betul tengok gambar masa kecik-kecik dulu. Nak ambil gambar dengan botol susu pun orang akan kata comel. Cuba sekarang aku ambil gambar sambil teguk dengan botol air mineral? Agak-agak orang akan cakap : tak sopan sungguh minah ni , siap angkat kening lagi tuh. Ngeh ngeh sudah tentu lah kan? Jangan harap nak di kata nya cun. Okay , okay meh meh aku kasi contoh melalui gambar-gambar di bawah. Ngee. Banyak lagi gambar yang nak di kongsi , tapi eheh malas nak upload ; internet lembapz!



bayang kan kalau tiba-tiba aku di tengah bandaraya KL , ambil gambar macam ini. agak-agak ramai tak tersengih pandang aku? ngahahaha. sudah tentu lah kan? gaya macam mat bangla eheh nak hantar gambar dekat kampung aje. udah lah aku dengan seluar merah? oh tidakkk!
tapi zaman dulu-dulu eheh mesti ramai aje nak cubit pipi ai kan meskipun pakai seluar merah khen?? *blushing* lepas blushing terus kena? *lempang* err.


tak pun ; if aku ambil gambar macam ini. hmm okay lah kot. sedang kan artis pun ada ambil gambar dengan bikini pun jadi berita panas. eheh , setakat pakai seluar pendek di tepi pantai it's not a big problem huh? *pakai spek armani exchange*


ahah this one. kalau zaman kanak-kanak it's alright untuk mengambil gambar dalam aksi gembira begini. but if i am doing like this in my 17 years ages , for sure aku kena humban masuk Tanjung Rambutan. Bukan Dusun Rambutan ye. Eheh.
psst : ini kalau bakal mak mertua tengok gambar ni terus tolak aku jadi menantu dia. eh eh makcik ini gambar zaman dolu-dolu ye , sekarang bila saya ambil gambar saya senyum aje. tak ada gelak macam ini. *lempang*


Nampak tak beza keseronokkan zaman kanak-kanak itu? Ngeee. Actually ai tengah mencari idea yang menarik kata nya untuk belog yang dah semakin boring dan bosan. Adeslah. Bukan mudah nak kasi meriah belog ini macam dulu-dulu kala. Eceh, gaya macam sepuluh tahun lepas aje kan? Ngahahah. Well , in this time betul-betul rindu zaman kanak-kanak. Old time big smile. Memang masa zaman kanak-kanak really had a good time , big smile and always big laugh. Bukan lah kata zaman remaja macam tahap disaster but , yeah bila zaman remaja macam ini ; kehidupan is not easy as zaman kanak-kanak. Of course lah kan. Ok aura merapu dah macam nak muncul. 

Eheh , jika di ikutkan banyak lagi gambar yang nak di tepek di dalam belog sendiri ini. Iyelah dah nama pun belog sendiri memang lah ikut suka hati aku aje nak tepek kan. Ngee. Tapi internet sangat lembapz. Tak larat nak menunggu semua itu. Ngee. Nak tulis macam-macam tapi mata dah penat , badan dah letih. Adesslah. Nak cherita apa lagi ye?


suka gambar ini. nampak kan my big smile masa zaman dolu-dolu ituew? ngeee. seluar kuning yu! tak sanggup meks nak menengok seluar-seluar ai zaman dolu-dolu. ngahaha.


Okeh rasa nya , dah tak ada apa benda lagi yang nak di cherita kan mahupun yang hendak di kongsi kan. Setakat ini , keadaan internet sangat teruk. Jadi memang jika tak ada beruk kesayangan kakak saya , maka saya tak akan memunculkan diri di alam maya. Even facebook berminggu-minggu berhari-hari tak bukak , twitter apatah lagi. oh na na. Jadi maaflah kalau ada yang sertai untuk my bloglist , I did'nt update , andai ada yang belogwalking into my blog saya tak terjah balik or maybe ada yang tekan my HB or Nuffnang dan saya tak kembali menekan di blog anda semua itu. Maafkan saya ye? I am really sorry. Internet buat hal , perkara yang paling tidak boleh di kawal. Fuhh , susah betul hidup tak ada internet -.-'

Lagipun memang sekarang pun tengah bertekad nak berkorban sikit untuk less berinternet for a few months ni. Perit sangat rasa nya. Uhuh. Jadi doa-doa lah internet pulih seperti biasa sebab ada banyak benda yang kena guna internet ni , not just for blog-ing, tweet-ing , facebook-ing segala itu. Ada banyak lagi perkara lain yang nak di gunakan via internet ini. Boleh ke pulak dia main aci lari entah ke mana? Menyampah meks! 

Oh ya lagi satu : tentang kejadian yang melanda Jumaat lepas. Kejadian gempa bumi serta tsunami yang melanda Jepun memang satu perkara yang amat mengejutkan dan menyedihkan.Aku sendiri terkejut melihat berita di CNN. Kalau Tuhan dah tentu kan , memang tak siapa boleh melawan kuasa dia bukan? Baru lah terasa betapa kerdil nya diri ini dan terasa takut andai di tarik nyawa sebelum sempat bertaubat. Sungguh takut. Takziah buat semua yang kehilangan keluarga mahupun sahabat handai. Harta benda hilang boleh di cari kembali dan di ganti tapi nyawa hilang hanya tinggal kenangan sahaja kan? So then memang kita kena selalu lah hargai insan yang kita rasa penting dalam hidup kita :)

Ok as usual , see you in next next next time. InsyaAllah. 

nota kaki : why people akan pelik kalau seseorang itu hendak menjadi baik?
kenapa tidak pelik jika seseorang itu sudah menjadi jahat?
hmmm.

Thursday, March 10, 2011

Oh Ha Ha Haktuih!


i'm back.
kembali dengan cerita baru and hope i'll be the new me.
banyak benda yang dah terjadi.
tak cukup masa , masa terlalu singkat untuk bercerita.
internet selalu menghilangkan diri , but it's ok.
badan selalu tak sihat , it's ok again.
jadi nya terus aku mengisytihar kan : i'm in silent mode. 

cuba lenyapkan fikiran without bermain internet walaupun teringin gila.
but yeah , SPM lagi 8 bulan nak oii.
jadi memang lah nampak nya belog ini akan di biarkan bersawang lepas ini.
next year lepas habis SPM , sila jangan muntah aku update banyak-banyak pulak ye?
ngeh ngeh.

jumpa next next next time yang entah bila pun aku tak tahu.
wish me luck and all the best ye eh?
*hugs*


nota kaki : I always have HIM no matter what.
high or down. susah atau senang.
*emo-temo*