Home

Wednesday, January 11, 2012

Sudah 18 Tahun. Alhamdulillah

11 Januari ... bermakna?

Allah ... Selamat kan Kamu ... 
Allah ... Selamat kan Kamu ...
Allah ... Selamat kan Kamu ...



gambar tahun lepas. 
comel kan? ehh!


SELAMAT HARI JADI untuk DIRI SENDIRI. 
mampooo? hihihi. 

Benar , 11 Januari merupakan tarikh hari jadi aku. Alhamdulillah hari ini genap usia aku yang ke 18 tahun. Sengaja aku membuat autopost pada 10.15 pagi memandangkan menerusi surat beranak aku ia nya di tulis bahawasanya aku dilahirkan pada 10.15 minit pagi. Wajib ler feeling jugak kan entry hari jadi pun pukul 10.15 pagi meskipun 18 tahun kemudian nya kan? Hihihihi. Tehtap mahu menulis isi merapu meski sudah pun secara officially berusia 18 tahun kan? Hiks.


Aku sebenarnya ingin memanjat rasa syukur pada Mu ya Allah kerana masih memberi aku ruang dan peluang untuk terus menyelami sebuah kehidupan di atas bumi Mu ini ya Allah. Alhamdulillah. Ehem , secara jujurnya aku terasa seolah-olah masa berlalu dengan sangat pantas. Terasa macam tidak percaya yang diri sendiri sudah mencapai usia 18 tahun. Err adakah sudah masuk kategori remaja separa purba? Masih tidak lagi kan? Hahahaha ,risau betul kau Jah! Sebenarnya angka pada usia kita itu tidak penting pun yang penting hati sentiasa muda baru lah sentiasa vogeh di arus perdana kehidupan ini khen? Hamboi Jah kemain kau ! Hahahah.


Ehem tak mahu menulis panjang seperti kebiasaan. Sekadar untuk menitipkan ucapan untuk diri sendiri sempena dengan hari jadi yang ke 18 tahun ini. Boleh macam gitu? Hihihi.


Selamat UlangTahun untuk Diri Sendiri.
Semoga diri sentiasa diberkati oleh Nya.
Semoga sentiasa dibekalkan dengan sejuta kesabaran , ketabahan serta kecekalan untuk menghadapi kehidupan yang kian mencabar dan beronak duri ini.
Semoga berterusan diberikan kesihatan yang baik dan di murahkan juga rezeki.
Semoga kejayaan juga sentiasa mengelilingi kehidupan dan andai kegagalan tercetus juga kuatkan lah semangat ku untuk meneruskan sebuah kehidupan.

Amin.



gambar 18 tahun yang lepas.
comel kan kitew? eh sekarang pun maintain comel tau. erk.

Sengaja tepek gambar-gambar masa kecil sebab aku rasa masa kecil sangat comel. Eh? Hahahah tehtap tekan butang lif lepas tu masuk dalam lif tu sendiri khen? Hikhikhik. Oh sebelum terlupa , TERIMA KASIH buat semua rakan-rakan baik di Twitter , Facebook mahupun di mana-mana sahaja , kerana sudi mengucapkan Selamat Hari Jadi untuk aku. Aku sangat-sangat terharu kerana terlalu banyak ucapan yang aku terima tidak putus-putus sejak tengah malam semalam. Sebenarnya sejak pukul 10 malam tu dah ada yang memberi ucapan. Lagi aku berasa terharu. Hihihi. Terima kasih untuk semua yang sudi wish dekat Twitter , Facebook , SMS ataupun yang sudi Call sekalipun , aku sangat-sangat terharu tau!

Mungkin tahun ini tiada sambutan macam tahun lepas tetapi bila orang ingat hari jadi kita dan dengan gigih masing-masing memberi ucapan untuk kita , perasaan nya memang tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata tau! Terima kasih sangat-sangat! Moga doa-doa kalian untuk aku termakbul. Amin.



geram tengok diri sendiri masa kecil voleyh? *nangis* hahaha.


seluar warna merah. mampoo? lol.


Last but not least , THANK YOU UMI & AYAH kerana membesarkan aku yang sudah berusia 18 tahun ini. THANK YOU kerana melayan karenah anak bongsu mu ini yang bermacam-macam peel ini. Tiada lafaz kata yang mampu Ijah lafazkan betapa sayang nya Ijah dengan Umi dan Ayah sebab Ijah tahu dah terlampau banyak Umi dengan Ayah berkorban untuk Ijah :')

I love you Umi & Ayah :')


err kualiti gambar kurang memuaskan but it's okay I love both of them! 
hihihi :')

Ohh tidak dilupakan Selamat Hari Jadi buat Diva no 1 negara Siti Nurhaliza dan juga bloggers MiszLullaby! Semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki , diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan oleh Nya. *hugs*

So , I'm Officially 18 now. Semoga kehidupan aku lebih baik setelah menjejak usia 18 tahun ini. Amin. :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Monday, January 9, 2012

Cherita Basi :: Badai Semalam :: Antara Cita-Cita Dan Cinta !

Kali ini aku nak bercherita tentang teater Badai Semalam yang telah dipentaskan di Istana Budaya pada 11 November 2011 sehingga 20 November 2011 dan telah dilakonkan oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz , Erra Fazira , Fizz Fairuz , Umie Aida , Ziela Jalil dan ramai lagi. Sebenarnya apabila aku mengetahui tarikh yang dipentaskan aku hendak hentak kaki berkali-kali kerana tarikh yang telah dipentaskan itu adalah tarikh yang sangat dekat dengan tarikh SPM okeh? Tuhan sahaja yang tahu macam mana sedih , pasrah dan parah nya hati bila dapat tahu tarikh teater itu sangat dekat dengan SPM. Uish sah-sah aku punya tempoh untuk bebas bab burung sudah tamat ye masa itu? Hiks. Tapi tiba-tiba kawan aku ajak aku untuk pergi menonton Rehearsal Badai Semalam sebab abe Fizz Fairuz ajak datang tengok dia rehearsal. Aku pun ala-ala melonjak kegembiraan la khen sebab dapat lah ubati kesedihan hati yang tak dapat nak menonton teater Badai Semalam pada mula nya konon nya kan? Hahaha.

So , dengan tarikh SPM nak dekat , bergigihan aku pergi ke Istana Budaya semata-mata nak tengok rehearsal Badai Semalam okes? Aiyark bila fikir balik kerja gila ini , aishh , no komen. Hahahaha. Bila tengok rehearsal Badai Semalam aku macam banyak terpukau jugak lah ye sebab masa aku datang diaorang tengah practise scene "hot" iaitu scene Karim (Aaron Aziz) dengan Dora (Jasmin Hamid) di dalam disko. Ahaks , pi google apa scene hot tu ye mek malas nak bercherita di sini. Keh keh keh. Kemain lagi aku mencakar dan menjerit tengok scene itu. Muahahahah :p

Okayy , jom layan gambar-gambar masa rehearsal Badai Semalam ni eh? Aku malas nak susun atur sebab aku malas. Sangat malas. K. Maaf dengan kualiti gambar. Wa tak pakai DSLR. Wa pakai kamera murah. Asal korang nampak muka diorang okay ahh tu kan? Hihihihi. Tapi kalau macam nampak cantik gambar itu , sudah semestinya from photographer belog kitew : Kak Fieza. Hakhak , tetibe dapat gelaran photographer belog kita eh? :p



tujuan utama :: tengok abe Fizz untuk rehearsal dan suruh pelakon-pelakon Badai Semalam sign novel Badai Semalam.

untuk yang tidak mengetahui teater Badai Semalam merupakan adaptasi dari novel sastera karya Khadijah Hashim.




jeng jeng jeng ... cer teka siapa tu?

hahahahaha.



Kemain lagi snap gambar Aaron Aziz kan? Ehhey , sebenarnya kan aku ingat Aaron tak datang rehearsal tu okeh? Sebab dekat dengan sejam setengah aku duduk dekat situ bayang dia pun tak nampak. Dah pasrah masa tu sebab masa tu dah pukul 10.30 malam aku agak. Punggung aku dah panas sebab takut Umi aku akan buat panggilan hormat ye? Hihihi. Baru feeling nak angkat punggung dengan rerakan sebab tahu rehearsal mesti habis lambat punya , heh , tiba-tiba muncul seseorang. Dah tak payah nak suspen sangat. Aku nampak Aaron lalu atas pentas siap minta maaf sebab lambat. Erhiks. Terus tak jadi nak angkat punggung kan? Hahahah kemain kau Jah!

Masa tu terus ye kengkawan aku suruh aku bertenang takut aku pergi mencakar. Haipp. Kitew tak adalah tahap nak mencakar sesuka hati ye? Hahahaha. So teruskan lah menonton rehearsal nya sampai terasa mengantuk. Erhehehe. Ehem lepas tu ada pulak cherita dramatik aku dengan Aaron Aziz ye? Aiyark , Aaron kalau tak ada cherita dramatik tak sah kan? Tak tahu siapa yang dramatik lebih ni voleyh? Muahahahah :p

Masa team Badai Semalam berehat kejap dari rehearsal , tiba-tiba Aaron datang dekat aku sebab mula-mula dia tak perasan dengan kehadiran aku kan? Aku ni siapa aje pun kan Aaron nak perasan kan? *lap air mata* Ceh. Lagipun aku malas nak menonjolkan diri malam itu ye walaupun aku sebenarnya duduk belakang Aaron Aziz. Itu tak mahu menonjolkan diri ke? Hahahha. Lepas tu tiba-tiba dia datang dekat aku , dia cakap ...

Eh??!! Dia ni macam magic lah? Dekat mana-mana ada.
Macam *ting* , muncul situ. Macam *ting* muncul sana.
Hebat lah! *muka excited*

K kau faham tak perasaan aku masa itu? Terasa macam nak menyorok bawah kerusi ok? Sebab Aaron siap menari ala-ala sambil petik jari dan siap jerit "EHHHHHHH!" , okay sampai sekarang aku still ingat. Reaksi muka Aaron paling aku ingat k? Excited gila sampai aku yang bising jadi diam okay? Siap aku cakap " Haip apa? apa?" Hahahah tiba-tiba rasa nak hempuk muka sendiri dekat kerusi sebab malu. Ekekekeke. Sungguh terharu ye abe Tapa masih mengingati ku. Eceh gedik ahh kau Jah. Hahahaha. Lepas dah sesi dramatik tu terus hulur buku dekat Aaron suruh sign. Hiks masa ni menggedik sikit lah kan? Biasalah IjahEmoTemo siapa tak pernah mengadu tentang ke-dramatik-an dia khen? Erkk. Hahaha. Tapi sungguh aku nak tergelak bila ingat balik tau. Ekekekek. Semua kawan-kawan aku ala-ala tercengang tengok Aaron excited gila jumpa aku. *batuk* Muahahaha.






Erhiks memang seronok sangat dapat berjumpa dengan pelakon-pelakon Badai Semalam ini tau. Pertama kali berjumpa dengan Erra Fazira memang buat aku terpegun okeh? Soft spoken sangat Erra ni and terus aku adore dia tau? Hihihi. Sempat jugak berborak dengan Erra and Umie Aida. Diorang tanya pergi tak nanti untuk pementasan teater tu kan? Of course jawapan aku tidak and sedih tak dapat nak tengok khen? Terus diorang tanya kenapakah? Hiks wajib aku menjawab SPM tak boleh lah nak pergi. Terus Erra dengan Umie nasihat suruh dahulukan SPM than Badai Semalam. Terharu meks tau siap dapat nasihat dari diorang. Ngeee. Itu yang next day nya Erra tiba-tiba wish aku dekat Twitter. Erhiks. Masa tu lagi double terharu okehh sebab tak sangka dia masih cam wajah gebuz ku ini hahahaha. Hiks.

Bayangkan lah masa rehearsal tu kan dari pukul 9 malam sampai 12 tengah malam ye bertapak di situ? Pheww , lama jugak nak tunggu diorang habis dan aku pun dah seram sejuk sebab risau kalau Umi aku marah ke apa ke kan balik lambat. Ngeee. Tak sangka pulak nak duduk lama-lama kan dekat IB masa hari itu. Hiks. Wajib lah sempat bergambar dengan pelakon-pelakon utama Badai Semalam khen? Hiks.





cer teka tangan siapa melentik sangat tu?
k ini kawan aku snap. sangat dramatik tengok pic ni muehehehe :p


erhikss , sukaaaa :p

thank you Fizz Fairuz , Erra Fazira , Aaron Aziz dan Umie Aida! :D


suka pulak buat gambar cantum-cantum macam ni. hihihi.

K selesai kisah pertama. Mak oiii yang pertama pun sudah berjela kan?Hihihi janji yang kisah kedua tak berjela sebab jejari tembun aku dah penat menaip dah ni. Hahahaha. Ehem macam aku tulis diatas tu khen? Sepatutnya aku tak pergi menonton teater Badai Semalam sebab tarikhnya sangat hampir dengan SPM. Lepas tu tiba-tiba dapat dua tiket before SPM. Hahahah , so aku pun pergi dengan kawan. Plan asal nak pergi dengan Umi aku tapi tapi Umi aku tak sihat masa tu so terpaksa batalkan hasrat tersebut ye. Ngeee. Bila menonton Badai Semalam punya show yang betul , seriously aku terpukau dengan lakonan abe Fizz Fairuz. Serius. Ada satu monolog Fizz siap aku menangis lagi tau? Tak sangka mendalam sungguh lakonan Fizz sampai bikin aku menangis. Heh heh heh.

Lakonan Fizz Fairuz sangat mantap dan aku sangat terpukau. Begitu juga dengan Erra Fazira , Aaron Aziz dengan tarian nya , pheww menarik uolsz! Hahahha. Ramai betul yang bersorak masa Aaron menari ye? Erhiks. Anyway teater tu memang menarik dan dengar khabarnya nak menyambung pementasan di Singapura. Aku pun tak pasti bila dan kita tunggu sahaja nanti ye. Hiks. Okay okay lepas dah habis aje pementasan gigih jugak pergi beratur ye sebab nak dapatkan tandatangan lagi oleh pelakon-pelakon Badai Semalam. Ngee. Lepas tu tehtap buat drama ye? Kali ini dengan Erra Fazira muahaha. Boleh Erra cakap muka aku dalam twitter dengan luar lain T_T K , nangis sangat. Hahaha.

Tapi agak tak puas hati dengan guard masa hari itu sebab tak benarkan kitaorang ambil gambar dari jarak dekat. Geram sangat okeh? Walaupun dah bergambar masa rehearsal hari itu khen? Tapi tehtaplah mak nak jugak bergambar lagi khen? Tsssk , mujur cakap awal-awal dengan Fizz nak jumpa dekat belakang. So dapat lah bergambar dengan Aaron Aziz lagi , kak Diyana and paling tak sangka dengan kak Awyn , adik Diyana Halik. Bila tengok Kak Awyn terus macam eh? Ingatkan aku silap orang ,sekali betul.Hehehe. Nak jumpa Fizz tapi terjumpa Aaron dulu so ajak lah bergambar kan? Hikss. Okay jom layan gambar. Jejari tembun mak dah nak lebam banyak sangat menulis ni. Ehhey! Maaf ler kalau gambar nampak berbelang-belang , mulut aku tiba-tiba jadi senget benget. Tssk , tak tahu apa pasal gambar jadi macam gitu. Ehhey stress! Hahahaha.




Ziela Jalil sangat cantik! :)


Aaron , Diyana Halik and aku. 


k , jangan tanya aku apasal gambar jadi macam gitu.
jangan sesekali tanya *meraung hentak kaki*


abe pizz ... abe pizz ! :D


aku dan adik Diyana Halik , Darwina Halik ( kak Awyn) :)
nice to meet you Kak Awyn , terbang jauh dari Singapore tau heheh :)

Erhiks , aku pun tak tahu apa pasal gambar-gambar masa show Badai Semalam jadi berbelang-belang , mulut aku jadi senget tssk and etc. Bila dapat email from kawan aku memang stress ye try save banyak kali still sama. Sabotaj sangat gambar tu tau! Tssk. Hahaha. Overall sangat happy dapat pergi rehearsal dan juga pementasan itu sendiri. Sepatutnya banyak lagi gambar but aku bukan jenis rajin sangat nak letak watermark , nak edit sana edit sini , karang cherita , phew tak larat meh. 

Aku tahu entry ini sangat panjang and as usual sarat dengan cherita dramatik dan juga gambar-gambar. Lagipun aku nak lah jugak titipkan semua cherita dan gambar dalam belog kesayangan khen? Tak kan nak menumpang dalam belog korang pulak khen? Hakhakhak :p Nak siapkan keseluruhan entry ni memang menuntut masa yang sangat lama okeh? Dengan nak cari mood nya lagi , nak ingat balik segala kejadian lagi , phewww. Mujur ingatan masih kuat ye. Hiks. Okay tak mau tulis apa-apa lagi memandangkan dah banyak sangat aku menulis khen? Daaaaa... :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Thursday, January 5, 2012

Cherita Basi :: Malam Gala Ombak Rindu

Aku tahu sudah sangat lewat untuk bercherita tentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Ombak Rindu kan? Tapi apa hendak buat , akhir tahun lepas aku sibuk dengan SPM  , tak kan nak menggeletis mencelah bercherita tentang Ombak Rindu bagai kan? Tapi tidak lah terlampau lewat kan? Meskipun Ombak Rindu sudah memasuki Astro Pertama aku tehtap nak bercherita tentang Malam Gala Ombak Rindu yang sangat gah itu okes? Ahaks.


Beberapa bulan yang lepas aku sempat menghadiri Malam Gala Ombak Rindu yang telah diadakan di GSC Pavilion. Kebetulan aku dapat jemputan , jadi aku pun melapangkan kejap waktu demi Ombak Rindu. Boleh macam gitu? Kemain lagi tau! Ehem , sampai sahaja di Pavilion memang kaki terus laju pergi ke GSC Pavilion dan aku agak teruja ye bila sampai sahaja di sana lampu bergemerlapan sana sini. Memang meriah dan gah! Memang ramai sangat pelakon-pelakon yang ada di Malam Gala Ombak Rindu hari tu tau. Tapi aku tak sempat nak bergambar dengan semua sebab aku ternampak seseorang. Terus mood mencakar lantai datang okes? Hahahahaha. Eh tapi aku jumpa siapa ni? 


Jeng...Jeng...Jeng... 



Sharnaaz Ahmad !

*guling-guling*

Ehem , well ini lah pertemuan pertama aku dengan Sharnaaz Ahmad ye. Okay masa ni ada kisah dramatik nya. Muehehehe. Niat asal datang sini nak guling-guling jumpa Aaron Aziz kan? Sekalii haru , nampak Sharnaaz Ahmad terus cakar lantai khen? Hakhakhak , hamboi Jah geletis nampak? *pang* Kisahnya masa aku tengah menunggu masuk , aku tengah bersembang dengan kawan-kawan aku , Sherry , Kak Hanna dengan Kak Fieza. Lepas tiba-tiba , Kak Fieza bisik dekat aku. "Mek , abang uols dah sampai!" Terus aku buat muka pelik. Abang mana pulak ni? Erk. Bila pandang belakang , aku terkaku sepoloh saat dan terus kaki mencakar lantai. Mampoo imagine macam ni uols? Tak mampoo? Buat-buat mampoo je. Hahahaha. Lepas tu bila nampak dia dekat tempat registration terus pergi tepuk bahu dia mintak nak bergambar lah khen? Terus lah pulak dia tersenyum , cair mak okeh! Hahahaha. Tehtap.

Masa bergambar pulak , kawan aku si Sherry boleh pulak cakap dekat Sharnaaz macam ni .. "Sharnaaz ingat tak budak SPM ni?" Aku dah nak guling-guling situ. Untuk yang tak memahami , pernah lah kan aku gatai-gatai tweet Sharnaaz cakap nak jumpa lepas habis SPM muehehehe. Lepas tu terus Sharnaaz cakap " Oooo IjahTemo ek?" Wahahahah , boleh tak nak guling-guling situ jugak? Wakakaka. Macam syomel sangat kau Jah nak guling-guling je kerja khen? Hiks. Lepas tu teruskan lah bergambar sampai pitamz eh? Hahahah. Terus kau lupa ye Jah katanya nak bergambar dengan Aaron Aziz bagai? Hahahah. Gitueww.

Lepas dah dapat bergambar bagai terus guling-guling mencakar lagi. Muahahaha. Lepas tu tunggu punya tunggu untuk masuk ke dalam panggung and tempat makan. Tapi aku tak makan pun sebab dah kenyang sangat sebelum datang ke Malam Gala OR ni. Tengah sibuk menunggu pandang belakang aku , boleh terkejut tengok seseorang lagi? Hahaha. Fine dramatik. Aaron Aziz baru sampai. Hahaha. Dua-dua sama terkejut tengok diri masing-masing boleh? Mestilah ada orang tu terkejut tengok Dik Ijah nya ada dimana-mana katanya! Ahaks. Kak Diyana pun tetibe terkejut excited tengok aku boleh? Over sangat statement. Muahahah :p

Eh bercherita panjang pulak kan? Baikk , kali ini gambar tak sempat snap banyak mana pun sebab keadaan agak panas dengan lampu bergemerlapan sana sini dan berpeluh mak noks *nangis*! Jadi aku cuma mampu menepek gambar aku bersama pelakon-pelakon Ombak Rindu aje lah eh? Untuk gambar seorang diri tak banyak sangat. Layan kan gambar aje eh?


bergambar dengan bang Aaron Aziz masa mula-mula sampai. ngeee.


maya karin sangat gojes!



err ini bergambar masa nak balik. hahah.

okay masa yang ni mula-mula abe Tapa tak dengar aku panggil dia.

terus terjerit kecil sambil panggil "Abe Tapaaaaaa !!!!" 

terus dia "Ooohhh sorry sorry!" Hahaha dramatik again -.-


Hafiz AF pun ada sebab dia kan nyanyi lagu OST Ombak Rindu bersama Adira AF.


Abe Bront! Ngeee.


bila nak balik terjumpa Sam. guling-guling suka jugak. hihihihi.




sakan kan berposing dan bergambar? sakan kan? T_T

redho dan tabah aje lah bang chanaz melayan peminat dia yang sorang ni kan T_T


lepas tu bila nak balik terjumpa dengan Heroin Bicara Hati , Cristina Suzanne Stockstill !!

seriously Cris sangat comel okehhh? suka suka suka! hihihi :)

Sengaja tepek gambar dengan artis dahulu kan? Selalu nya dah posting ke bawah baru retis nak post gambar bersama artis khen? Erhiks. So , malam tu yang bestnya sebab ramai artis-artis or dalam kata lain pelakon-pelakon yang datang support Ombak Rindu. Dah nama pun Malam Gala OR kan , wajib lah sekali lagi aku menonton Ombak Rindu kan? Masa tu filem belum tayang tapi aku dah menonton dua kali okeh? Ok tak elok riak. Hahaha.

Event ni memang sangat meriah okeh. Lagi best bila Hafiz AF dengan Adira AF pun datang nyanyikan OST-OST Ombak Rindu. Terbuai-buai kejap padahal sibuk mengejar retis kan? Dramatik sangat ayat! Muehehehehe :p Kalau nak cite lagi , memang sesungguhnya aku tak ingat sangat dah apa yang jadi tapi bab-bab dramatik dengan retis kesayangan mesti ingat! Gedik kan?? Hihihihi.


team Ombak Rindu! :)





tengah menunggu nak masuk terjumpa pulak novelist Bicara Hati , kak Damya Hanna.

dua-dua terkejut tengok masing-masing hahah sebab weols suka berborak di Twitter katanya! hiks :D


aku dan kawan aku , Sherry :)

So , selesai sudah berkongsi gambar di Malam Gala Ombak Rindu. Ngeee. Jangan ada yang salah faham bila aku kerap berkongsi gambar-gambar ini. Aku tahu ada yang kurang senang dan mungkin muak dan menyampah. Aku pun tak faham kenapa dan malas nak faham sebenarnya. Lagipun aku berkongsi cherita dan gambar untuk aku tatap di kemudian-kemudian hari sambil tersenyum dikala duka. Boleh macam gitu? Hihihi.

Maaf lah andai entry ini macam panjang berjela. Siap berdrama bagai khen? Sekali sekala aje pun. Ahaks. So lepas akan ada 2 entry basi lah ye? Fuhh , sebenarnya banyak lagi cherita yang teringin nak di kongsi tapi tak mampoo di kongsikan disebabkan tak cukup masa , tak cukup idea dan tak cukup rajin. Hahahah boleh macam gitu? Katakan saja boleh ye! Hahaha. Nanti kalau aku rajin , aku update lagi. Sekarang kena rajin baru boleh kumpul duit Nuffnang banyak sikit hihihih. Dok gitu meh?

So , enjoy tak dengan gambar-gambar ni semua uols? *angkat kening* Errr tetibe je pulak!

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Monday, January 2, 2012

020112 :: Hi 2012 !

Assalamualaikum. Akhirnya berkesempatan juga aku untuk mencoret didalam belog kesayangan untuk tahun 2012. Hajat dihati ingin turut juga mengabadikan tulis terakhir pada malam tahun baru 2012 iaitu pada 31 Disember 2011 namun entah angin monsoon mana entah yang datang menyambar mood aku malam tersebut , lantas tiada langsung perasaan nak update apa-apa. Walhal sudah separuh jalan bermadah helah okeh? Haramjadah sangat tau! Tak ada apa-apa yang istimewa pun di malam tahun baru. Tak pergi pun bersesak-sesak dengan rakyat Malaysia yang lain di tengah kota sambil menyaksikan percikan bunga api. Sekadar menyaksikan di tepi tingkap dalam bilik tidur aku , boleh macam gitu? Hahahah kata kan saja boleh ye? Keh keh keh.


Sebenarnya masih tak percaya 2011 yang penuh dengan kenangan mengusik qalbu dah pergi meninggalkan kita semua. Tida aku nafikan 2011 penuh dengan kenangan , cabaran dan tekanan yang tersendiri. Mungkin sebab 2011 merupakan tahun yang paling banyak melaghakan diri , aku sedar benda itu , tssk dan 2011 merupakan tahun yang menentukan masa hadapan aku iaitu aku menduduki SPM. Kalau di ikutkan , 2011 memang banyak memberi aku tekanan hebat , ujian mental dan fizikal dan banyak lagi. Tekanan perasaan sangat tinggi sampai impak nya melampau-lampau. Benar , aku nampak sahaja gembira dan bahagia , kalau tengok dari gambar tapi sebenarnya 2011 menguji aku dengan macam-macam perkara which is aku sangat tak sanggup nak melalui nya lagi. Tapi syukur berbakul-bakul ujian dari Nya aku terima namun aku masih mampu menghadapi nya lagi. Alhamdulillah.


Cukup cherita tentang 2011 yang ada kisah tersendiri itu. Tak mahu imbas sangat bukan bermaksud tak mahu terima kenyataan yang lalu. Cuma macam biarlah ia nya berlalu pergi katanya dengan memori-memori suka duka masam manis itu sendiri. Hamboi ayat , kemain jiwang karat guling-guling kan? Ahaks. Entahlah pagi-pagi yang tengah payah nak tidur ni macam banyak pulak idea nak menulis. Hihihihi. Macam bosan pula sebuah entry tanpa gambar-gambar kan? InsyaAllah next next next entry , mak oii banyak nya next nya , aku akan bercherita tentang aktiviti di tahun baru ye. Itu next time lah ye. Aktiviti yang sangat menarik dan membahagiakan , ahaks! :p


Ingat nak letak lah konon gambar-gambar terpilih sepanjang 2011 yang lepas. Sekali hampeh ye , sangat hampeh , internet saja bikin gua panas hati wooo. Grggg! Haish. So aku nak tepek sekeping gambar yang membuatkan aku tersenyum bahagia sepanjang malam semalam ye. Ahaks. Story nya , nanti-nanti lah ek? Erhiks! :p



semalam berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad. 
ngeh ngeh ngeh.
guling-guling sangat tau -.-

Kisahnya? Nanti lah ek? Tak mampoooo nak menulis lagi sebab sangat bahagia katanya semalam. Ahaks. Sebenarnya idoklerr membahagiakan pun tapi lebih kepada memenatkan juga sebab sehari suntuk bersama team Bicara Hati. Eh? Hahahah nanti kan kisah selanjutnya nanti k? So aku pun dah macam kekurangan idea untuk menulis , amboi cepat pulak kekurangan idea nya kan? Tak mampooo lah mek nak tulis panjang-panjang kan? Nak jugak entry pendek-pendek ringkas-ringkas. Ngeeeee.

So , di tahun baru , di malam tahun baru korang buat apa? :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)