Home

Friday, February 17, 2012

Gambar-Gambar di Sekitar Pengumuman Top 5 ABPBH. Iye ini cherita BASI.

Sebenarnya sudah banyak kali tertangguh untuk meng-update entry ini. Biasalah kadangkala nak menulis sesebuah entry ini perlukan mood agar apa yang kita tulis tidak bercanggah dan lari jauh dari tajuk asalkan? Hamboi serius macam menulis esei untuk peperiksaan besar sahaja kan? Hiks. Oh sebelum terlupa , entry kali ini memang dipenuhi dengan gambar aku bersama artis-artis ye? So please , if suka baca lah entry ini sampai habis. If tak suka dan rasa meluat atau sama waktu dengan nya , ehheyy , please sila katup belog ini dan baca belog yang korang lebih suka k? Erhiks.


Kali ini aku nak berkongsi dengan korang gambar-gambar yang sempat aku ambil bersama dengan artis-artis ketika di Pengumuman Top 5 ABPBH yang telah berlangsung pada 11 Januari lepas di Holiday Villa Inn , Subang Jaya. Mampooo sambut hari jadi bersama artis-artis? Hahahah , tehtap nak feeling diva kan kau Jah? Hihihi. Tak sangka pulak pengumuman ini semua masa hari jadi aku kan? Itu pasal aku pernah tulis di entry yang lepas aku dapat live wish dari artis-artis tapi harap ampun mek tak kowser nak buat video untuk buat sebagai bukti sebab aku bukan lah tahap fanatik macam itu k? Hahaha.




Lagipun aku pergi pun sebab kawan-kawan ajak dan tahu Fizz Fairuz pun dapat top 5 kan? Wajib lah weols nak jadi pompom girl Fizz kan? Hahahaha tehtap! Dah tak mahu tulis panjang-panjang sebab senarai Top 5 pun semua orang dah tahu kan ? Let's layan gambar aku dengan artis-artis itu ye?! Thanks to my photographer belog , Kak Fieza dan Kak Ekah. Mampoo dah ada photographer belog bagai? Wahahahahah :p



bersama dengan Fizz Fairuz. 
tak habis-habis panggil aku gadis cakar sebab katanya suka mencakar dekat tweet T_T
hahahah. choii sangat!


dengan Usop Whilca! hahah.


dengan Fasha Sandha. hiks.


dengan Beto Kusyairi. 
serius suka dengan Beto sebab lakonan dia sangat natural dan aku suka! :p


ini kali pertama bertemu dengan Shila Amzah.
dari jauh kak Sha dah lambai-lambai tangan ye. 
siap tahu nama twitter ku , IjahEmoTemo katanya. hahaha perlu ke ai terkaku masa itu?
siap kasi birthday hug hokkay! :p


dengan Awal Ashaari.


dengan Yana Samsudin. 
comel sangat kan? hihihi.


bersama dengan Mr Hot , Adi Putra!
rambut kuning uolsz! untuk KLG2!
siap wish live birthday lagi sekali even dah wish dekat twitter.
ai loikee. haha T_T

Hiks , apa yang seronoknya pergi event kali ini memang ramai artis yang popular pastinya ada dekat situ. Teruja habis lah kan aku? Tapi jangan risau kali ini tak ada nak gigil ke , menggeletar ke , memang tak ada. Perlu pantas nak bergambar dengan diorang ni sebab ada artis yang balik awal dan tak sempat aku nak bergambar kan? Sedihhhh. Tetibe pulak! Hahaha. Okay jom layan gambar lagi. Ampun entry ini penuh dan panjang ye!


bersama dengan Faizal Tahir.
hiks suka!


bersama dengan Diana Danielle.
natural beauty kan dia ni? hiks.


jumpa lagi dengan Maya Karin. 
hihihi sukaaaaa! :p


bersama dengan kumpulan Forteen!


iye sekali lagi bergambar dengan Mr Hot.
eh apasal aku pulak tangan macam tu? macam aku pulak gangster nya ! -.-
tssk.


sekali lagi bergambar dengan kak Sha.
kali ni dua-dua spontan buat peace. haha.

Banyak tak gambar? Banyak tak gambar? Eh sabar ada lagi gambar. Muehehehe. Sekali sekala entry penuh dengan gambar apa salah nya kan? Hiks. Okayyyyy , jom layan lagiii gambar! Sekali sekala cuci mata sikit kan? Hahahah kekdahnya cuci ke? Eh!


bersama dengan Alyah.
melerts sangat Alyah!


bersama dengan Hazama.


dengan Sam sebenarnya bergambar banyak kali.
HAHA , asal nampak SAM free mula lah bergambar -.-
eh dia pun siap live wish lagi tau! sukaaa :p


dengan Scha!
sukaaaa jugak , akhirnya dapat jugak jumpa Scha haha ;)


bersama dengan Izara !
siapa tengok Vanilla Coklat mesti kenal :p


Kan dah cakap tadi? Fizz sibuk nak mencakar Gadis Cakar ini kan?
HAHA , choii Fizz! :p
oh sila jangan kontrobersikan gambar ini ye! tetibe wakakaka.
itu bukan girang sebab kena cakar tapi mulut duduk membebel ! ekekeke :p

Akhirnya selesai juga berkongsi gambar-gambar ini dengan korang semua. Sebenarnya ingat nak update masa 11 Januari tu jugak kan? Tapi maklumlah aku jenis yang tak suka skip update kan? So gigih mengikut giliran sampai terus hilang mood nak update belog kan? Hihihi. Well , sebenarnya aku memang suka pergi event-event pesen begini. Best sebenarnya sebab berjumpa dengan artis , dapat makan best , eh! Hahah. Memang seronok tapi meletihkan itu sudah pasti ye! Semua nya ini mungkin cuma rezeki aku aje kot untuk berjumpa dan bergambar dengan mereka-mereka ini.

Oh ya as usual aku mesti akan tulis benda ni berkali-kali meskipun aku bosan jugak nak tulis benda sama. Aku kongsikan gambar-gambar ini di dalam belog aku ini hanya untuk tatapan aku di masa akan datang. Tiada unsur nak menunjuk-nunjuk atau sebalik nya k? Aku paling benci bila ada yang menyalahkan erti untuk perkara-perkara yang kita mahu kongsi kan? Lagipun kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. So , it's up to you lah khen nak suka atau tidak asalkan jangan sesekali mencerca mek hokkay! Hahahah , baiklah entry ini pun dah macam terlalu panjang kan? Jadi aku mahu noktah kan penulisan aku di sini. Enjoy the pic ya! :)

notakakiciksenah :: Untuk ABP ini nanti korang nak siapa jadi Anugerah Bintang Popular? Hiks :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! ♥♥♥

Tuesday, February 14, 2012

IjahEmoTemo Terselit Dalam Mag Media Hiburan?

Beberapa hari yang lepas ada kawan aku tweet dekat aku , bagitahu ada muka aku terselit dalam majalah Media Hiburan. Lepas itu ada lagi seorang kawan aku tulis dekat wall facebook aku beritahu benda sama. Aku terkejut sekejap. Sebenarnya memang aku pergi ke Konsert PPMH yang berlangsung di Karangkraf , Shah Alam. Semua secara kebetulan kerana pada hari Jumaat dan Sabtu yang berlangsung Konsert PPMH , ada karnival buku/novel dan macam-macam lagi. Aku sudah pastinya pergi memborong novel dengan riang ria nya! Eh tak ada lah memborong banyak mana pun. Cuma lima buah sahaja dan kalau biasanya boleh tahan mahal harganya kan tapi itu lah yang best nya bila pergi karnival macam ini , keseluruhan jumlah harga novel-novel yang aku beli cuma RM 50+ sahaja. Sangat berbaloi! 

Ehhey , terpanjang pulak mukadimah nya kan? Jadi dengan gigih nya aku pun pergi membeli Media Hiburan seperti yang di beritahu oleh teman-teman aku itu lah kan? Memang dah berhajat nak membeli Media Hiburan edisi yang itu. Tapi tak terjangka langsung akan ada terselit jugak wajah tembam aku dalam MH itu kan? Ehem. Jadi dengan gigih nya aku mencari dan membeli MH edisi seperti gambar di bawah ini. -.-


GIGIH TAK MEK PERGI MEMBELI MH EDISI INI?

eh ter-caps-lock-pulek!

Hadoii , sangat gigih dan berkobar-kobar mencari MH itu okes? Risau tetibe wajah aku hazab ke hapew ke khen? Maklum lah bila kita tengah heksaited bergambar dengan artis , mesti ada reaksi wajah yang kurang shantek ter-candid khen? Memang mampu meraung di tepi katil sajork kalau itu yang berlaku! Maka sejurus jumpa sahaja majalah itu memang aku terus membuka semua helaian MH dengan heksaited macam ada cherita sewiyus untuk di baca T_T Padahal sibuk mencari wajah sendiri ye? Oh sangat gedixxs! 

Lepas itu selak punya selak... Jeng Jeng Jeng... Oh gambar ini yang menyelit rupanya! -.-'


T___T

kenapa dalam banyak-banyak gambar , gambar ku dengan RCW juga yang di pilih ??
kata kan kenapa? eh! gediks!

Erhiks. Bila tengok wajah ku sendiri itu , terus terasa macam , err k?! Sesungguhnya kamera berada di mana-mana. Hahaha tiba-tiba. Aku sendiri pun tak perasan ada kamera yang turut snap wajah ku itu yang sedang bergambar dengan Rozita Che Wan tu khen? Mana mahu perasan kalau masa itu keadaan sangat sesak! Maklumlah di post party kan? Mana tak sesak nya kan? Dengan artis nya! Dengan para peminat nya! Memang boleh migraine aku kalau duduk situ lama-lama tau! Hehehe.

Hailah , kalau nak tengok gambar-gambar ketika Konsert PPMH , pergi lah beli MH edisi yang itu. Kalau nak tengok gambar-gambar versi aku mungkin lambat lagi kot? Sebab aku memang jenis tak suka update skip-skip sebelum apa yang aku nak update kan tu! Ini pun taram skip sebab tehtap gedixx nak bagitahu orang mukeww kiteww ada dalam majalah ituewww! Ya Allah lempang bertalu wajah sendiri baru tahu kan? Hahahah! Aduhlah , memang terlalu banyak ya gambar-gambar nak kongsikan dengan korang. Well sebenarnya nak jadikan sebagai kenangan begitulah dalam belog kesayangan ini. Dekat sini aje mampu bercherita dan berkongsi gambar tentang semua perkara kan? Erhiks.

Oh ya meh lah jugak aku tepek gambar aku dengan RCW yang turut terselit dalam MH tu khen? Nak jugak tepek sini sekeping dahulu sebelum lepas ni aku update gambar itu semua berkeping-keping ye? Hiks.


tengok baju RCW teringat cerekarama MR Labuci :p

Hiks , jangan ada yang loya sudeh dengan entry tekan butang lift masuk dalam lift ini ye? Hakhakhak , kalau tak berkongsi cherita dalam belog sendiri , dekat mana lagi khen? Tak kan nak tumpang dalam belog abe Budiey? Ataupun belog Murai? Hahaha itu sangat tidak masuk dek akal hokkay! Hiks , kalau tak tulis panjang-panjang tak sah khen Jijah? Ok bye!

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Friday, February 10, 2012

Berundur?

Sebenarnya terlalu banyak cherita yang mahu di kongsi. Namun masa dan ruang yang ada sangat terbatas untuk aku meng-update setiap masa. Pelik bukan? Aku rasa semasa di alam persekolahan , hati kemain terkinja-kinja untuk meng-update belog setiap masa. Namun bila bila masa dan ruang serta peluang yang banyak ada di depan mata , aku lebih rela membuat perkara lain. Heh , adakah ini bermakna tahap blogging aku semakin pudar dan kelam? Eh?! 

Sebelum ini aku pernah juga update tentang mahu update macam-macam. Iye , memang banyak betul koleksi gambar yang aku nak berkongsi untuk tatapan korang. Tetapi masa yang aku ada sekarang terasa seolah-olah sangat terbatas. Mungkin juga aku yang sedang di landa kemalasan secara tiba-tiba. Haish , entah macam mana nak naik kan balik semangat yang pudar ini kan? Mungkin juga aku sekarang lebih selesa membaca dan mengomen belog orang lain. Pelik jugak kan tiba-tiba di landa perasaan macam ini kan?

Erhehehe , macam biasa suka buat mukadimah panjang berjela kan? Ehem , aku akan cuba sedaya upaya untuk meng-update banyak perkara yang aku pernah janjikan sebelum ini dalam masa terdekat. Lagipun sayang kalau ada gambar-gambar menarik tetapi tak di kongsi dalam belog kan? Lagipun sharing is caring kan uolsz? Hahahah gediks sangat! 


semasa di Party Budiey. 
iye saya tahu saya makin tembam , tak perlu tegur tentang ketembaman pipi ku itu -.-

Erhiks , sedih betul tengok pipi yang makin lama makin tembam. Pau punya tembam pun tak macam gitu tau? Eh! Biasalah , duduk bersenggang dan berlenggang dekat rumah apa lagi kerja yang aku buat kan selain daripada makan dan tidur kan? Mahu nya pipi tak tembam pesen begitu kan? Hihihihi , gigih berjanji mahu diet kan? Tapi hasil tehtap nan hado kalau tak pergi jogging nya pun kan? Haih , apasal semua benda yang aku nak buat dah hala-hala tertangguh ye? Ehem tiba-tiba bercakap pasal diet ye? Haish.

Errr aku terasa macam sudah lari jauh banyak dari tajuk entry ini sendiri. Mueheheh. Bila keadaan tengah serabut macam ini memang aku sangat teringin untuk berundur dan berlari jauh dari apa yang aku hadapi sekarang ini. Serius. Rasanya 2012 ini banyak buat aku terasa mahu berundur dan berehat seketika. Tapi dalam masa sama hati meronta nak buat macam-macam. Alamak! Gedik sungguh kan? Hahahah. Hailah , tak apa lah , nanti lepas ini kalau tiba-tiba mood untuk blogging datang kembali , sila jangan jemu untuk membaca entry-entry basi hokkay? Bila tengok dalam folder gambar , haiyark , bukan main banyak gambar-gambar untuk entry-entry basi hokkay! Merasalah update sampai pitamz sebab malas sangat nak update on time kan? Hahaha.


bergambar di booth Damya Hanna ketika mengunjungi Karnival Karangkraf.
entry nya kemudian k? mueheheh.


ketika di Bual Bicara yang menampilkan Heykal Hanifah (pengarah drama Gemersik Kalbu) Zabidi Mohamed ( penulis skrip) dan Damya Hanna ( penulis novel Bicara Hati). 
gigih aku dengan kak Emmy pergi bual bicara ini semata-mata nak menyokong kak Hanna dan konon nya nak bertanya soalan dekat dia. Ekekeke. Menyakat aje pun :p

Eh macam banyak pulak tepek gambar seorang diri kan? Hahahah , tahu tak ada siapa nak tengok aku. Semua nak tengok gambar artis sajork khen? Tapi ku tehtap nak feeling diva nak tepek jugak gambar aku kan? Eh dah ini belog aku , mesti lah tepek muka aku banyak-banyak khen? Tak kan nak tepek wajah Azwan Ali pulak banyak-banyak sini khen? Erk. Hahaha. 

Aku rasa macam entry ni dah bercampur aduk. Tapi apa ada hal kan? Rasa lega pulak bila dapat merapu dekat dalam belog sendiri. Heh , nak merapu dekat Twitter , kang ada yang charutz mek khen? So merapu dalam belog pulak katanya! Erk!?! Hahahah. Ehem sebelum berundur , eceh berundur lah sangat! Nanti tengok-tengok aku pulak yang update tak hengat lepas ini khen? Hikhikhik. Sebelum berpisah , nak tepek sekeping gambar retis kesayangan kitew! Story nya later k? Haiyoooo , bersusun cherita basi ni ! Bertabah lah Jijah! T_T


semasa di Konsert PPMH.

so , sekiaaaaaan.

Maaf cherita bercampur-campur. kekdahnya aku pun pening membaca nya. boleh? erk. So weekend ni korang pergi mana? Aku nak duduk rumah dan rehatkan badan. 2012 aku terlalu sangat aktif setiap minggu dan setiap hari kot asyik keluar berjimba ria? Aku pun perlu waktu untuk diri sendiri jugak! ;)

Terima kasih sudi baca entry ini :)


#nowplaying 
♪ Izinkan Aku Kecup Keningmu
Izinkan Aku Peluk Dirimu
Izinkan Aku Hadir Didalam Mimpimu
Betapa Aku Cinta Padamu
Betapa Aku Aku Ingin Dirimu
Yang Kan Menjadi Bagian Dari Hidupku, Oh..Kasih...
♫ 

Thursday, February 9, 2012

Jom Sertai Contest MakeOver by SakuraShawl.com

Sebelum aku mengupdate tentang entry-entry yang aku janjikan sebelum ini , aku ingin mengupdate tentang contest ini terlebih dahulu. Kali ini aku ingin mengajak korang semua untuk menyertai contest yang di adakan oleh Sakura Shawl atau aku panggil dia Kak Nana saja. Aku sebenarnya mahu tolong peromot bagi pihak Kak Nana untuk korang turut serta Contest MakeOver by Sakura Shawl.com. Bukan senang hokkay orang nak makeover rupa paras kita tanpa bayaran hokkay! Statement mek tehtap macam gitu khen? Ekekekeke.

So , aku nak ajak korang-korang semua untuk join Contest Makeover Makeup ni. Apa kata korang cer try join kan? Untung-untung boleh menang makeover makeup dan tak silap aku siap dapat photoshoot percuma jugak! Wow menarik sangat kan? So let's join uolsz!


baca syarat-syarat dia dulu k?
sangat mudah dan hadiah pun gempak! :D

So korang jom join untuk dapatkan hadiah yang gempak itu okeh? Lagipun syarat-syarat nya pun senang dan korang pasti boleh join contest ini tau! Hiks , aku saja je tolong peromotkan sebab Kak Nana pun kawan aku jugak kan? So tolong menolong amalan mulia gitu. Eh tetibe. Ekekeke. Oh ya tarikh tutup untuk contest ini ialah 14 Februari iaitu next week. So cepat-cepat join okeh? Mana tahu tuah korang ke dapat makeover makeup siap dengan photoshoot khen?


Jadi cepat-cepat terjah belog SakuraShawl untuk menyertai contest makeover makeup ini okeh? ;) Let's join uols! ;)

Thursday, February 2, 2012

Review Movie :: Azura 2012 :: Jangan Lupa Untuk Menonton Lakonan Shahz Jaszle dan Neelofa bermula 2 Februari 2012

Dua hari yang lepas aku berkesempatan untuk menghadiri Malam Gala filem Azura yang telah di adakan di GSC One Utama. Kebetulan kawan aku ada mendapat tiket ke Malam Gala Azura so wajib lah aku turut sama menghadiri ke Malam Galam Azura kan? Sebenarnya sudah sekian lama aku menanti filem Azura ini kerana aku pernah melihat trailer untuk filem ini dan tidak dinafikan aku sangat tertarik dengan trailer filem tersebut. 


So pada 30 Januari lepas , aku sempat menonton filem Azura bersama-sama dengan pelakon utama filem Azura iaitu Shahz Jaszle , Neelofa , Afdlin Shauki dan ramai lagi. Aku sebenarnya ingat-ingat lupa filem Azura versi lama yang dilakonkan oleh Ogy Ahmad Daud dan Jamal Abdillah itu. Jadi jika orang bertanyakan perbezaan antara filem Azura yang "lama" dan "baru" erhehehe ternyata aku rasa aku tak berani untuk mengomen secara lanjut tentang perbandingan itu okeh? *matiler statement*


Ehem , untuk yang tidak tahu , filem Azura merupakan filem arahan Aziz M Osman dan dilakonkan oleh pendatang baru iaitu Shahz Jaszle , Neelofa , Afdlin Shauki , Nini Marlini , Erma Fartima dan ramai lagi. Sebenarnya apa yang menarik tentang filem ini , aku rasa kerana filem ini turut melakukan shooting di luar negara di Paris dan juga London. So if ada scene di Paris , wajib dalam fikiran meks , filem ini ada romantik walaupun cuma sedikit hokkay?! Hihihi , tehtap itu jugak kau nak khen?!

Secara jujur lah kan , aku sebenarnya tak ada lah mengharap terlalu tinggi untuk filem ini sebab aku pernah melihat lakonan Shahz Jaszle dan boleh di kata kan aku agak kecewa melihat lakonan dia dalam sebuah drama itu. Tapi itu sebelum masuk panggung lah. Aku memang tidak expect terlalu tinggi untuk filem ini. Sebab sudah banyak kali aku menonton filem bila expect terlalu tinggi selepas itu aku pulak yang kecewa kan? Hehehe. So lets dengan review aku!

Opps sebelum terlupa , meh baca Sinopsis dulu k?! :)


Azura, seorang gadis yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990.Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa di kelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek,membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelahmelihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibili Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan cuma akan rosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh ambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek. Zek terima itu sebagai satu cabaran. Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani penghidupan baru. Kerana kurang pengalaman dan kelayakkan, Zek susah hendak mendapat kerja yang selesa. Akhirnya dia terpaksa bekerja sebagai attenden di stesen petrol. Manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawar bekerja diluar negara. Tekanan kerja telah menjejas emosi Zek. Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan meninggalkan Azura.Azura terpaksa membuat pilihan, samada meneruskan cita citanya atau terus setia menanti suami.



aku suka tengok poster ni. cantik! ;)

First of all , aku bukan seorang yang pandai untuk mengulas sesebuah filem. Ini hanya pendapat peribadi suka dan tidak suka aku kepada sesebuah filem. Jadi it's up to you allz lah khen nak terima atau tidak pendapat peribadi aku ini. Bagi aku lah kan , permulaan filem Azura ini membuatkan aku terbayangkan macam menonton drama. Aku tak pasti kenapa. Mungkin juga kerana tiba-tiba Neelofa muncul dan keluar senarai nama pelakon ala-ala macam kita tengok drama tu khen? Tapi saja aje nak komen macam gini. Hihihi. Kalau nak cakap pasal jalan cherita filem Azura , aku rasa jalan cherita dia macam terlampau pantas sampai aku sedar-sedar , eh dah habis dah? Itu sebenarnya okay sebab atleast aku tak ada rasa bosan sampai nak tertidur ke berdengkur ke hape khen? Cuma macam pantas sangat. Begitu lah.

Kalau tanya tentang lakonan pelakon utama filem Azura , aku boleh cakap lakonan Shahz Jaszle dengan Neelofa tidak menghampakan. Mungkin perlu lah kasi mantap sana sini tapi tak kecewakan aku. Secara jujur , aku tak meletak harapan tinggi untuk lakonan mereka berdua sebab aku tak nak bila habis filem ni aku pulak menonggeng kecewa hokkay? Itu lebih sadis! Tapi bagaimana pun aku patut cakap lakonan Shahz Jaszle berjaya buat aku menangis. Hahahahah , tak tahu kenapa tapi memang aku menangis hokkay! Aku hati tisu , memang senang menangis. Tapi bukan lah menangis beriya hokkay? Lebih kurang air mata tetibe menitis di pipi gebu ku ini. Boleh macam gitu ? Hahaha. Cuma ada sesuatu yang aku kurang selesa iaitu cara kakak Zek , Wanda menuturkan ayat dia. Tak tahu kenapa macam tak syok telinga aku dengar. 

Kalau ikut aku filem Azura ini just nice dan okay untuk di tonton. Satu filem yang aku rasa sangat jujur dialog nya. Contoh seperti ketika Zek mahu melamar Azura. Aku suka sangat dialog Azura kepada Zek iaitu seorang isteri tidak patut berada di sebelah suami tetapi patut berada di belakang suami untuk menolak suami nya ke hadapan. Sweet kan? Hahaha ke aku je yang rasa sweet? Muehehehe. Err lepas aku menonton Azura aku terus jatuh chenta dengan Shahz Jaszle ye. Hadoiyaii tak tahu kenapa! Hahaha nak kata sangat romantik dalam tu , ehem adalah sikit-sikit. Err k , tak mahu komen lebih. Hahahah. So selepas menonton filem ini , aku kasi 3 bintang setengah untuk filem ini. Jangan tanya perbandingan antara filem Azura yang lama dengan yang baru k? Sebab aku tak tengok yang lama punya. Mueheheh.

So , jom tengok sedikit gambar-gambar dalam filem Azura ini uolsz! :)










Sebenarnya kalau nak ikut komen aku tentang filem ini memang banyak. Tapi nanti orang cakap aku aje yang cakap best tapi sebenarnya filem ni nan hado pun best nya? Guano nanti kan? Tapi apa yang boleh aku tuliskan Azura 2012 berjaya buat aku tersenyum dan juga menangis. Kisah percintaan yang dihalang dan kisah antara cita-cita dan juga cinta memang membuat aku teruja untuk menonton sekali lagi filem Azura 2012 ini. Sebenarnya nak tengok Shahz Jaszle lagi! Erkk. Jujur dan ikhlas komen meks khen?

Ehem , sebenarnya nak kongsi juga gambar-gambar di Malam Gala Azura yang telah aku hadiri pada Isnin lepas. Tapi memandangkan aku rasa entry ini sudah cukup panjang berjela jadi aku kongsi dua tiga keping sahaja dulu okay? Nanti aku buat entry terbaru dengan lebih banyak gambar yang merembes opps Shahz Jaszle , Neelofa dan ramai lagi okes? Jom layanz gambar-gambar ni dulu. Hiks.




cantik Neelofa. Shahz Jaszle nampak kurus! 
tapi meks tehtap sukew! hahaha.


para pelakon dan pengarah! ;)

So berakhir sudah entry ini. Aku sebenarnya tengah tidak sihat. Nak tulis macam-macam tapi tak dapat di sebabkan sedang batuk. Sepatutnya update entry ini semalam tapi disebabkan kesihatan yang tengah tidak elok ini , terbantut untuk mengupdate entry ini awal. Hiks. Apa-apa pun Jangan Lupa untuk menonton filem Azura di pawagam-pawagam berhampiran korang bermula hari ini untuk menyaksikan kisah percintaan terhalang Azura dan Zek. 

Hiks , siapa yang dah menonton filem ini , apa pulak komen korang? ;)

Terima kasih sudi baca entry ini :)