Home

Tuesday, July 10, 2012

Nak update... Tapi Nak Update Apa Jangggggg Oiiii?

Entri yang tidak ada apa-apa motif. Sekadar nak mengetuk kibod untuk mengupdate belog semata-mata untuk menghilangkan bosan. Ada beberapa entri dalam draft yang tidak terasa untuk dipublishkan lagi. Maka biarkan lah dulu entri-entri tersebut dibiarkan peram perkasam untuk beberapa tika. 

Ada banyak sangat entri yang penuh dengan gambar akan menyusul selepas ini. Tapi bukan hari ini yang pasti. Kalau boleh memang nak update cepat-cepat. Tapi malang nya mesti tak berjaya juga nak habiskan update. Haih. 


Kekdahnya nak update apa Jangggggg oiiiii?



errr kembang semangkuk nya hidung Jijah -__-'
paswah.


errr tak ada mohtif tepek gambar ni. :p

HAHA , memang tak ada motif langsung gambar yang ditepek itu. Semalam tengok folder gambar dan terus pergi edit. Padahal nak update benda lain tapi akhirnya update benda lain. Hoh. Selalu begitu kan? Sekarang ni cuma ada mood nak edit gambar tapi nak update dalam belog macam malas sedikit. Mungkin sebab bila aku update belog beserta gambar dan cherita , ada saja yang mengulas itu dan ini. Bukan tak nak terima pandangan tapi banyak yang memberi pandangan berbentuk tidak menggalakkan Jijah menulis. Haruslah dipandang enteng sahaja kan? Harus juga mood Jijah untuk menulis dengan ceria walaupun sebenarnya lebih kepada merapu lari sedikit sebanyak kan?! Kisahnya!

HEHE, baiklah. Jijah pun nak berhenti mengetuk kibod dahulu kekdahnya. Nak berehat awal sedikit. Batuk Jijah ni kadang-kadang okay, kadang-kadang tidak. Maka haruslah asyik keletihan saja. Asyik lemau saja badan ni. Sadis sangat. So nak berehat awal , malam ni :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! ♥♥♥


Monday, July 9, 2012

Senja Petang

Hujung minggu yang telah berlalu sempat Jijah mengambil kesempatan untuk bercuti dan menenangkan fikiran dari hiruk pikuk KL yang tak pernah surut itu. Sekadar pergi bercuti ala kadar sahaja dan bukan pergi tempat gah yang mana pun. Asalkan dapat tenangkan fikiran dan dapat lari sebentar dari segala masalah yang tidak pernah gheti nak beralih , itu pun sudah cukup. 

It just simple holiday in Port Dickson. Dah lama sebenarnya tak pergi ke sana semenjak dah besar panjang ni. Dulu asal boleh tetiap minggu gamaknya pergi sana sebab tempat yang ada pantai dan paling dekat untuk pergi bercuti kan! Tapi sekarang tempat tu dah tak bersih macam dulu. Tapi sebenarnya juga Jijah bukan nak bercherita pasal percutian ke PD ni actually. Cuma sebab dalam kepala ni teringin nak update , nak update , nak update , maka cherita lah sikit-sikit kan ?!

Kekdahnya....hujung minggu uols macam mana? HEHE , Alhamdulillah , hujung minggu Jijah memang terisi aktiviti yang macam-macam bersama-sama orang yang Jijah sayang ketat-ketat. Oh sebelum terlupa sekali lagi terkejut dan gembira  melihat Nuffnang apabila ada lagi 1 Buffered Earning muncul. Alhamdulillah , rezeki dari Nuffnang ini nampaknya macam tak mahu berhenti dan Jijah sangat-sangat bersyukur. 


thank you Unilever AXE Island :')

thank you Nuffnang :')

Alhamdulillah rezeki lagi. Meskipun nilai masih giat lagi nak kumpul tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit iye dok? HEHE. Aku pun sekarang masih lagi batuk tapi dah tak demam lagi. Masih lagi sempat bercuti kan sakit-sakit pun? Alhamdulillah masa bercuti tak ada pun rasa batuk menggila, demam panas atau sakit kepala tahap migraine. Mungkin otak sangat bebas ketika itu sehingga badan pun terasa seronok buat apa sahaja. Nampak sangat mindset Jijah masa dekat KL tak betul ni :/ Sobs. Cepat sihat ye Jijah sayang (eh ?!) Puasa tak lama lagi dah ni , tak mahu lah berpuasa sambil sakit. Seksa juga nanti :(

Begitulah kan... Jijah pun nak rehat lagi puas-puas sebelum mengupdate macam-macam dalam belog ni. HEHE. Oh ya last but not least. Teaser...boleh macam itu? :p


Senja Petang di Port Dickson
♥

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! ♥♥♥

Saturday, July 7, 2012

Demam.

Sudah tiga hari mengalami rasa yang tak menentu ini. Sekejap badan panas mendadak sampai kepala pun jadi migraine. Sekejap badan sejuk melulu sampai badan terasa nak menggigil. Pendek cherita , Jijah demam + batuk + sakit tekak selama tiga hari ini. Terasa lemah longlai seluruh badan bila sekali harung kena macam ini secara tiba-tiba.


Sejak hari Rabu dah terasa tak sedap tekak bila makan pun terasa susah nak menelan. Tapi sangka kan sakit tekak biasa bila bangun pagi esok suara dah kembali merdu seperti Siti Nurhaliza. Eh melampau sangat tu. Bila hari Khamis memang tekak semakin sakit. Perit betul bila nak menelan. Lepas tu lagi haru bila batuk bercampur lelah datang buat kunjungan. Masa tu dah terasa nak menangis sebab setiap kali batuk , setiap kali tu juga lelah. Rasa semput dengan kurang tenaga sangat-sangat. Bila bertanya dengan rerakan dekat Twitter ada tak petua apa-apa untuk kurangkan sikit rasa batuk+lelah dengan sakit tekak ni , masing-masing memaksa suruh makan ubat batuk. Sobs. Jijah memang sangat tak suka makan ubat. Lagi rela makan apa-apa benda lain untuk kurangkan batuk asalkan jangan UBAT !!! -___- Hazab betul perangai Jijah khen?! *panggggg


Lepas tu ada kawan Jijah suruh makan madu + limau. Mujur stok madu memang banyak dekat rumah khen? Harus terus pi try makan nak tengok menjadi ke tidak. Bila try aje makan , memang tak dapat dinafikan batuk + lelah serta merta dah hilang. Tapi untuk seketika ajelah. Sekarang ni memang lelah dah tak ada bila batuk. Cuma batuk tak hilang lagi dan lepas tu sangat perit bila nak batuk. Tekak rasa pedih dengan perit ya hamat! Ya Allah, dugaan sangat. Bila malam memang badan akan panas gila sampai kepala pun jadi pening. Terus terasa nak bersyukur dengan nikmat kesihatan sebelum ini. Hmmm..


Sekarang ni tengah menghadap rasa sakit tekak + batuk sahaja. Tetibe teringat ada satu bulan Ramadhan dua tahun lepas rasanya , Jijah batuk sampai sebulan rasanya. Lepas raya baru sihat. Memang nak menangis bila ingat balik macam mana harungi semua tu. Sampai kan tak terdaya nak puasa. Tahun tu tahun paling banyak ganti puasa :/ Bila batuk sahaja tak apa , ini sekali dengan muntah. Memang ngeri jugak bila ingat balik. Teruk sangat masa tu. Fuhh. Cuma sekarang ni harap-harap sangat tak berlanjutan sampai Ramadhan yang kian hampir ini. Harap-harap keadaan diri sendiri akan sihat walafiat tanpa sebarang kesakitan untuk meningkatkan amal ibadah bulan Ramadhan nanti. Amin. InsyaAllah. 


So...ada tak korang yang tengah batuk macam Jijah? Semoga korang semua sihat-sihat hendak nya. Kalau yang sedang sakit macam Jijah...semoga cepat sembuh ye...Jangan lupa makan ubat walaupun Jijah pun mengelat makan ubat :p


Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! ♥♥♥

Tuesday, July 3, 2012

Rezeki Julai. Alhamdulillah Lagi.

Sekali lagi ada Buffered Earning yang muncul dalam belog picisan kesayangan aku ini. Tak diduga dan tak disangka akan ada lagi BE yang akan muncul dalam belog picisan ini. Biasanya agak payah belog Cherita Emo-Temo nak mengumpul BE berderet-deret. Tapi kali ini Alhamdulillah sangat-sangat sebab BE pun muncul berderet-deret dan nilai dia pun banyak sedikit daripada sebelum ini. Cuma nilainya tidak lah besar seperti otai-otai blogger yang lain kan?! HEHE. 


Thank You Thursday Plantation :')

Thank You Nuffnang :')

HEHE , jangan ada yang tersalah anggap apabila Jijah menunjuk-nunjuk BE yang dapat setiap kali muncul ini. Sebenarnya hendak menjadi seorang blogger yang tegar bukan mudah kalau tak ada benda menarik nak bercherita. Tapi sekurang-kurangnya apabila melihat ada benda yang bakal membawa manfaat dan boleh dikatakan sebagai bonus dalam setiap yang korang blogging pasti korang akan lebih gigih. 

Kalau ada yang masih belum mendapat BE seperti Jijah , jangan risau. Apa yang penting niat nak blogging kerana minat nak menulis. BE atau duit daripada Nuffnang ini hanya bonus untuk korang menulis dengan lebih berinformasi , bermanfaat dan lebih ikhlas begitulah ketika korang melahirkan sesebuah entri. Amboi pandai Jijah menulis! Padahal bila tak dapat BE hentak-hentak kaki jugak kan?! HEHE. 

InsyaAllah kalau Jijah rajin , Jijah akan cuba berkongsi tips begitu dengan korang kan? Tapi rasanya ramai juga yang dah tahu tips-tips nak dapatkan BE daripada otai-otai blogging kan? HEHE. Jijah pun baru aje gheti nak kumpul-kumpul duit melalui blogging ini. Duit pun tak banyak mana tapi Alhamdulillah , apa yang ada itu semua rezeki hasil dari usaha menulis dan kegigihan diri sendiri kan :) 

So ada tak korang yang dapat Buffered Earning jugak? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! ♥♥♥

Sunday, July 1, 2012

Hello Julai.


Hello Julai !
Be Nice to Me!

EH!

Julai sudah tiba bermakna Ramadhan juga semakin hampir.
:)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! ♥♥♥