Home

Tuesday, July 3, 2012

Rezeki Julai. Alhamdulillah Lagi.

Sekali lagi ada Buffered Earning yang muncul dalam belog picisan kesayangan aku ini. Tak diduga dan tak disangka akan ada lagi BE yang akan muncul dalam belog picisan ini. Biasanya agak payah belog Cherita Emo-Temo nak mengumpul BE berderet-deret. Tapi kali ini Alhamdulillah sangat-sangat sebab BE pun muncul berderet-deret dan nilai dia pun banyak sedikit daripada sebelum ini. Cuma nilainya tidak lah besar seperti otai-otai blogger yang lain kan?! HEHE. 


Thank You Thursday Plantation :')

Thank You Nuffnang :')

HEHE , jangan ada yang tersalah anggap apabila Jijah menunjuk-nunjuk BE yang dapat setiap kali muncul ini. Sebenarnya hendak menjadi seorang blogger yang tegar bukan mudah kalau tak ada benda menarik nak bercherita. Tapi sekurang-kurangnya apabila melihat ada benda yang bakal membawa manfaat dan boleh dikatakan sebagai bonus dalam setiap yang korang blogging pasti korang akan lebih gigih. 

Kalau ada yang masih belum mendapat BE seperti Jijah , jangan risau. Apa yang penting niat nak blogging kerana minat nak menulis. BE atau duit daripada Nuffnang ini hanya bonus untuk korang menulis dengan lebih berinformasi , bermanfaat dan lebih ikhlas begitulah ketika korang melahirkan sesebuah entri. Amboi pandai Jijah menulis! Padahal bila tak dapat BE hentak-hentak kaki jugak kan?! HEHE. 

InsyaAllah kalau Jijah rajin , Jijah akan cuba berkongsi tips begitu dengan korang kan? Tapi rasanya ramai juga yang dah tahu tips-tips nak dapatkan BE daripada otai-otai blogging kan? HEHE. Jijah pun baru aje gheti nak kumpul-kumpul duit melalui blogging ini. Duit pun tak banyak mana tapi Alhamdulillah , apa yang ada itu semua rezeki hasil dari usaha menulis dan kegigihan diri sendiri kan :) 

So ada tak korang yang dapat Buffered Earning jugak? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

3 comments:

Mama Zharfan said...

congrats :) besh dpt BE..me dh berkurun tak dpt BE

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Rezeki cik jijah la tu
Alhamdulliah khen

miloais milo said...

tahniah

nak iols buat reservation kat restoran mana????
hik hik hik