Home

Friday, July 13, 2012

[ReviewAlbum] Shahir. Terbaik atau Biasa Sahaja?

Sudah beberapa ketika aku telah berjanji untuk melakukan sedikit review tentang album penyanyi berbakat besar yang dilahirkan dari program realiti Astro iaitu Shahir AF8. Setelah janji demi janji, akhirnya hari ini dengan sedikit kelapangan yang ada ini , aku akan menulis serba sedikit review aku tentang album Shahir AF8 ini. 

Erhiks. Jijah sebenarnya terjebak mendengar lagu-lagu terbaru Shahir di dalam album terbaru Shahir ini daripada kawan aku sebenarnya. HEHE , dah dia mendengar lagu Shahir , aku pun dengar juga. Aku cuma tahu ada satu lagu Shahir yang cukup terlekat dalam kepala aku iaitu lagu Pendam. Lagu-lagu lain , memang aku tak tahu. Heh. Lepas kawan aku bergigihan membeli album Shahir , aku pun turut menumpang mendengar lagu-lagu dalam album Shahir. HEHE.


SHAHIR

Dalam album Shahir terdapat 6 buah lagu. Agak kecewa disitu sebenarnya. Aku mengharapkan lebih daripada itu sebenarnya. Tapi setelah mendengar penjelasan daripada Shahir yang katanya kekurangan waktu untuk menerbitkan lebih banyak lagu. Mungkin dimasa akan datang akan dikeluarkan lebih banyak lagu dalam album lain. Tapi sejujurnya aku cakap meskipun ada 6 buah lagu sahaja , aku sangat suka dengan hampir kesemua lagunya. Tidak mengecewakan aku langsung. 

Lagu-Lagu Dalam Album Shahir

track 1 : Cintakan Kembali 
track 2 : Aku Yang Berdosa 
track 3 : Dia Yang Kau Pilih
track 4 : Cerita Kita 
track 5 : Pendam 
track 6 : Luar Biasa 

Track 1 : Cintakan Kembali.

Bila mendengar lagu ini untuk yang pertama kali aku cuma cakap "wow"! Vokal Shahir memang betul-betul membuatkan aku terpukau. Sebab bila mendengar lagu ini ada part tinggi dan tidak kurang juga part rendah. Aku suka! Bait-bait lirik lagu ini memang kalau nak dikategorikan sebagai kategori yang boleh tahan sadis. Terutama kalau korang dengar lirik di korus. Pergh, memang mencengkam jiwa juga lirik dia. Lagu yang mempunyai nada rancak tetapi membekalkan lirik yang sadis. Oh , memang sadis! 

Track 2 : Aku Yang Berdosa.

Insaf. Itu perkataan pertama yang muncul dari mulut aku tatkala mendengar lagu ini. Alunan muzik yang tenang dan diiringi dengan lirik lagu yang cukup menginsafkan. Antara lagu kegemaran Jijah dalam album Shahir. Ketika mendengar lagu ini memang tidak dinafikan aku sangat mengharapkan Shahir membawa lebih banyak lagu berunsurkan islamik dan genre yang begini. Vokal Shahir sangat istimewa jika membawa alunan lagu yang begini. Jijah sangat teringin untuk mendengar lebih banyak lagi lagu berunsurkan islamik daripada Shahir. Percaya cakap Jijah , pasti ramai yang akan turut terpukau apabila mendengar Shahir mendendangkan lagu-lagu yang berkonsepkan begini. Juga apabila korang mendengar lagu ini pasti korang juga akan menyatakan perkara yang sama. Lirik yang telus , vokal yang merdu dan muzik yang juga indah. 




Ya Allah ... apa yang bisa .. ku tebus kepadamu .. atas dosaku..
Ya Allah.. ku hina terasa .. biarku bersujud untuk ke syurgaMu ..


:'(


Track 3 : Dia Yang Kau Pilih 

Pertama kali mendengar lagu dalam album itu merupakan lagu dalam track no 3. Dia Yang Kau Pilih. Masa itu aku mengulang banyak kali lagu tersebut. Aku terdengar dan mendapat rasa kesyahduan dalam lagu itu. Aku tak tahu dari mana aku datang rasa itu. Tapi itu yang aku rasa. Selepas itu apabila mendengar bait-bait lirik itu, aku semakin tersentuh. Oh ini tidak tipu. Sehinggakan kawan aku pun cakap , betul Jah , betul Jah , lirik dia touching. Hahaha , seee?! :p Lagu yang paling digemari dalam album Shahir ini adalah lagu ini. Jijah sendiri tak tahu kenapa lagu ini yang paling digemari. Ada kemungkinan kerana lirik yang menyentuk perasaan itu. Atau juga kerana vokal Shahir untuk lagu ini sebenarnya bila dengar berulang kali aku mendapati ada satu suara yang sedikit syahdu ketika dia menyanyi. Entah. Aku sendiri tidak pasti. Aku cuma tahu aku suka lagu ini dan aku tetap suka! HAHAHA :p




Biarkan aku berundur ..
Jika itu yang telah pun tertulis ..
Jalanku tak panjang ..
Bersama dirimu ..


Jadikan dia terbaik ..
Kerna itu yang telah kau pilih ..
Biarkan diriku ..
Membawa semua .. luka ..


sobs :'( 


Track 4 : Cerita Kita 

Aku ini mungkin jenis yang sangat suka lagu sendu-sendu yang tahap boleh meleleh air mata macam orang putus cinta agaknya. Bila mendengar lagu Cerita Kita , aku sebenarnya agak kurang mesra dengan telinga aku. Tapi tak bermakna aku tidak menyukai lagu ini. Tidak. Cuma mungkin aku lebih gemar lagu yang berbentuk lirik yang menikam kalbu atau muzik yang terlebih sentimental. Get it? HEHE , maafkan saya. Cuma bila mendengar lagu ini berulang kali , lagu ini best cuma bukan lagu pilihan Jijah. Jijah ni kalau tengok playlist mp3 dia memang semua stok macam orang hilang boifren ye walaupun dah 18 tahun hidup , seorang boifren pun tak pernah ada. sob sob , kesian tak? *pangggggg

Track 5 : Pendam

Ahh , menipu sangat kalau ada orang tak pernah dengar lagu ini. If and only you watch Malay drama , of course kau akan tahu punya lagu ini. Ceh , gaya semua orang macam kau ye Jijah? Kpochi, lepas dengar terus Google? Well , tak semua orang yang gigih meng-google dan tahu untuk mengguna Google tu macam mana kan? Eh tetibe melencong pergi menulis hal lain kan? Aiseh. Lagu Pendam memang lagu yang dah lama diputarkan di stesen radio sebelum album Shahir keluar lagi. Malah ia turut menjadi lagu background untuk sesebuah drama dan juga filem. Serius aku cakap lagu Pendam memang sangat syahdu. Muzik yang sangat sentimental. Lirik lagu yang sangat-sangat syahdu. Serius weh. Aku boleh tetibe membayangkan diri aku pula dalam lagu ini. K IjahEmoTemo ini memang selalu over. Kalau boleh semua benda dia nak bayangkan diri dia. What to do kan? Hahaha :p

Vokal Shahir dalam lagu Pendam memang aku terrrrsangat suka! Jatuh cinta bila pertama kali mendengar. Bila mendengar bait-bait lirik dia, lagu ini pun sadis. Bila kau tengah sedih dan kau terasa macam nak emo-temo tak tentu hala, aku sarankan lagu ini. Tapi kalau kau terasa nak insaf , hah dengar lagu Aku Yang Berdosa. Mungkin akan ada juga airmata yang mengalir. Lirik yang cukup menikam kalbu dua-dua. Tak silap aku lagu Aku Yang Berdosa dan Pendam ini ditulis oleh Sham Kamikaze? Bravo sangat! Dua-dua lagu ini memang antara favourite aku! Lirik yang cukup mantap! Cer korang dengar instrumental untuk lagu Pendam.. pergh! Yang tu pun terbaik jugak ! :p


Aku tak mampu ... pertahankan lagi ... Cinta yang menyakiti ...
Biarlah ... aku pergi ... 
Tiada hampa dihati ...

Sobs :'(

Track 6 : Luar Biasa 

Dulu-dulu selepas lagu Pendam , tak silap aku lagu Luar Biasa pun turut diputarkan di radio. Masa dulu-dulu aku dengar memang aku rasa aku kurang gemar dengan lagu ini. Tapi selepas banyak kali aku mendengar, aku rasa lagu ini pun tidak kurang best juga. Cuma mungkin aku terpedaya dengan MV lagu ini yang Shahir jadi orang psiko. Aku benci orang psiko dan tetibe aku turut merasuk fikiran aku untuk membenci lagu. Oh kesian lagu ini. HEHE. Suka hati kau je nak benci-benci kan? Sekali bila dengar dan terus dengar memang aku rasa lagu ini best dan kenapa sekarang aku baru minat nak dengar banyak kali? Heh.



Begitu lah serba sedikit review aku tentang album Shahir. Aku sebenarnya bukan orang pakar untuk review album orang ini. Kalau suruh aku review album gambar , mungkin aku boleh kasi komen yang terbaik. Errrr. HEHE. Tapi tak salah rasanya bila seorang peminat Shahir memberi pendapat dan komen berbentuk peribadi disini. Asalkan tidak menyentapkan hati sesiapa, err okay kot kan? ngeh ngeh ngeh :p 

Jadi album Shahir ini Terbaik atau Biasa-Biasa sahaja? Bagi aku album Shahir ini boleh dikategorikan sebagai korang pasti akan puas hati dapat menikmati lagu-lagu yang berkualiti. Tetapi mungkin kalau kuantiti lagu dalam album Shahir lebih banyak selepas ini pasti peminat-peminat Shahir akan berasa lebih puas hati. Sebab agak sadis apabila hanya terdapat 6 buah lagu sahaja dan we want more ! Tapi bersyukur juga sebab akhirnya penantian yang dinanti-nanti tiba juga! Akhirnyaaaaa... Mungkin juga boleh dikategorikan juga sebagai terbaik? Kalau korang yang membeli , korang yang sebenarnya yang layak untuk menilai. Setiap pandangan orang berbeza-beza. Jadi apa sahaja yang komen dan pandangan aku disini hanya sekadar pandangan dan komen peribadi aku semata-mata :) Untuk Jijah , Jijah puas hati dan kalau dari segi vokal memang layak digelar sebagai terbaik hokkay! Hiks.

Hah! Korang semua jangan pula lupa untuk mendapatkan album Shahir di kedai-kedai CD berhampiran dengan korang. Tak salah sekali sekala kita menyokong industri tanah air kita dengan membeli yang original dan tidak mendownload dari internet semata-mata khennn? Hiks. Apa-apa pun untuk Shahir , Jijah harap selepas ini akan ada banyak lagi lagu-lagu berkualiti yang akan dipadatkan dalam album Shahir yang akan datang ! Meskipun hanya memuatkan 6 buah lagu dalam album Shahir ini tetapi Jijah tidak dapat nafikan yang album ini mempunyai lagu-lagu yang berkualiti dan vokal Shahir juga terserlah semakin mantap. Kalau dengar live lagi lah ! Terasa nak pitam guling-guling! K sudah Jijah sudah! Hahahah :p

So...korang...yang dah dengar lagu-lagu dari YouTube yang Jijah tepek tu , korang rasa best tak? Cer komen sikit? :p

Last but not least. Suka sangat dengan gambar ini :p



Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

5 comments:

miloais milo said...

rajin uols buat review album lagu nok!

Myra Jay said...

Lama Syahir menyepi tup2 keluar album baru :D

Asmara said...

minat pulak ngan Shahir baca belog dak Jijah ni. hehe..

Hanis MY said...

Wahh very the detail review jijah glamz ni

tiefazatie said...

wah..peminat setia eh?