Home

Tuesday, July 17, 2012

Am I Too Much?

Kita masing-masing ada kegemaran , begitu juga kebencian. Tetapi jangan kerana saya masih terlalu muda dan kamu sudah matang ( I hope so?! ) kamu mahu apa yang kamu rasa di mata kamu tidak elok kamu mahu saya menurut. Tolong lah! Kehidupan kita berbeza dan kita mempunyai kehidupan kita masing-masing. Cukuplah sekadar menegur dengan baik tetapi bukan dengan kasar. InsyaAllah , andai teguran itu baik , saya pasti akan mengikut. Tetapi bagaimana pula kalau saya merasakan teguran itu tidak logik dek akal? Awak ingat saya bodoh untuk membuta tuli menurut begitu sahaja?

Tolong lah! Get A Life. Please?

It's not an issue about siapa muda dan siapa tua. Cuma sekarang aku agak kecewa bila sesetengah orang tidak faham apa sahaja yang kita buat yang segalanya bagi mereka dianggap kita ini menunjuk-nunjuk atau bahasa omputihnya overexposed. Aku tak pernah sesekali menyangka segala perbuatan yang aku buat ada segelintir yang tersilap sangka. Entahlah. Mungkin bagi aku , tidak salah untuk menayang gambar makanan, gambar orang yang aku sayang , gambar orang yang aku minat , aktiviti yang aku suka dalam Cherita Emo-Temo. Tapi tidak pernah aku sangka ada juga yang kurang senang dengan perbuatan dan penulisan aku. Sobs.

Itulah hendak menjaga hati orang memang bukan senang. Kadang-kadang Jijah dah terlalu sangat menjaga hati orang sehingga terlupa hati dah berdenyut sakit dek kerana terlebih-lebih menjaga hati orang. Kesian hati saya :'( Sebelum Ramadhan muncul , aku mahu meluah disini terlebih dahulu. Aku ingin minta maaf pada semua kalau terasa segala yang aku tulis dan letak gambar itu membuatkan ada segelintir pihak tidak senang duduk dan melihat. Aku tak pernah menyangka bila kita menepek gambar dari milik kita pun ada yang marah dan membenci. Mungkin aku semua fikir semua orang berperangai macam aku. Tak kisah. Lantak kau lah. Gambar kau kan? Tapi aku silap. Sobs.

Again. I don't know , am I too much , overexposed everthing atau mereka sahaja yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita buat? Aku keliru. Aku juga kecewa. Aku perlukan sokongan. Bukan cercaan , sindiran atau makian. Haih. Sentap hati mak noks! Itu dulu lah kan! Tapi risau juga kalau mungkin aku membuat keputusan drastik tidak memikir hati sendiri untuk menutup blog ini demi hendak menjaga hati semua pihak. Sanggup ke Jijah pun? Sobs lagi sekali. Dahulu aku beranggapan , mereka tidak faham. Aku seorang yang suka berkongsi gambar yang aku edit, segala cherita yang aku ingin kongsikan. Tapi setelah tahun demi tahun , aku tidak nampak perubahan terhadap mereka yang tidak senang duduk dengan segala cerita yang aku kongsikan di Cherita Emo-Temo ataupun perkongsian di Twitter. 

Aku pelik. Apa silap aku? Apa salah aku? Beritahu aku secara jujur, telus dan lembut. Aku sedia mendengar mahupun membaca. Tapi jika mahu menyindir, better you're not telling me. Aku benci orang menyindir. It's kind something yang annoying for me. Telling the truth is much better than kau menyindir dan mengamuk sakan ala-ala membabi buta. Biar sakit menerima hakikat daripada kau sakit kemudian yang duri luka tu akan meninggalkan parut terus. Hmmm. Again , Am I Too Much write this into my blog?  Dulu aku fikir , blog personal , blog sendiri lantak nak tulis apa pun. As long as I didn't write any sensitive issue , it's nevermind pun nak tulis apa pun. Again , I am wrong. :/ Dulu aku sangka selagi gambar itu milik aku , diambil oleh aku , tak akan ada sesiapa yang marah aku menayang. Again , I am wrong. Rupanya masih ada yang tidak senang duduk. Alahai! 

Dan sebenarnya Jijah tidak kisah orang menegur. Tetapi apabila orang menegur dengan cara yang kasar Jijah rasa kurang senang. Jijah terasa macam Jijah membuat silap yang besar , sangat besar! Tidak salah untuk orang tua menegur orang muda. Tidak juga salah orang muda memberi nasihat atau pandangan kepada orang yang lebih tua. Tak salah sebenarnya kalau kita sama-sama mengalah dan turunkan ego kita. Mana kita mahu meninggikan ego kita sehingga kita kehilangan orang yang kita sayang atau merendahkan ego kerana kita tahu orang itu akan kekal bersama kita tiap susah mahupun senang? Awak dah matang , awak boleh fikir kan? :)

Life is about to have each other. Bukan juga untuk kekasih atau mereka yang sudah berumah tangga. Tidak kira dengan kawan , adik beradik atau sesiapa sahaja. We're need each other. Bila ada bahu yang sudi menumpang ketika sedih , tangan yang sedia memimpin tatkala kita silap , telinga yang sedia menadah bila kita marah dan senyuman yang diberi tatkala kita gembira pasti kehidupan kita akan lebih bahagia bukan? Mungkin kita boleh hidup berseorangan but two is better than one


Life is About To Have Each Other. Really? am I right? 

credit gambar : pakcik Google.

Tiba-tiba Jijah sudah membebel mengenai kehidupan pula. I don't know why all of sudden terkeluar isu kehidupan. Aku memang begini. Suka menulis. Suka mencoret apa sahaja. Suka berkongsi gambar apa sahaja. Tapi sekarang aku terasa macam ada batas. Tidak bebas. Kenapa tidak mereka yang tidak puas hati itu buatkan sahaja blog untuk aku, Twitter untuk aku atau Facebook sekali untuk aku? Hah! Masa tu boleh sahaja awak buat apa yang awak mahu. Tak begitu?

Jijah bukan hangen tak tentu hala. Benda ni dah lama Jijah tulis dan padam untuk publish dalam belog. Jijah pun tak kuasa nak update perkara yang emo-temo walaupun nama belog emo-temo kan? Mungkin kalau zaman sekolah dahulu Jijah mungkin every time sentap dan mengamuk tak tentu akan update sedemikian rupa. But when I'm turn on 18 years old , tak ada guna dan makna lagi nak update kisah sedih sahaja kan? Begitulah. Life is not easy but it'll be more easier when we have each other okay? Tak habis-habis Jijah dengan each other tu tau! Hahahahah. 

Rasanya macam dah sekian lama Jijah tak update dalam kadar panjang yang macam ini kan? Selalu ringkas sangat! Gambar penuh. Isi kurang kan? Errr ke Jijah saja yang perasan macam tu? HEHE. Maybe, that's only my feeling walaupun sebenarnya? Entri aku panjang berjela sangat-sangat kan! Haih , bila tengah geram , kadang-kadang dah tak tahu nak rasa apa dah okay?! Huish. Jijah mohon sangat-sangat , jangan lah ada yang beranggapan apa sahaja yang Jijah kongsikan korang ingat itu adalah overexposed. Jangan sesekali beranggapan begitu. Sedih hati Jijah. Kalau ada yang kurang senang , Jijah juga yang rasa sadis. Atau ini bermakna Jijah perlu menjaga lagi hati mereka walaupun mereka dengan sewenang-wenangnya tidak pernah sedetik pun mahu menjaga hati Jijah? Sadis.

Maafkan aku kalau ada yang kurang senang dengan entri ini. Aku pun sedih juga apabila ada yang berperasaan begini. Sedih bukan bila ada orang yang kurang senang dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang kita ingin kongsikan? Tak kan hanya mahu aura kemarahan, aura kesedihan sahaja dikongsikan bersama? Aiyoooo! Paswah sangat kalau macam itu tau! Jijah tak pasal-pasal menulis dengan kadar yang begitu panjang dan sangat emo! Errr, macam kurang emo but still. Heh.

Anyway terima kasih kepada yang sudi membaca setiap entri-entri Jijah. Jijah sangat terharu bila ada yang membaca meskipun hanya pembaca senyap. Mungkin kadangkala I need your comment bila perlu. Jangan malu-malu tinggalkan komen dalam kotak komen. Jijah tak ada makna nak sentap-sentap ni. Katanya! Hmmm kepada yang kurang selesa ataupun kurang berkenan , Jijah harap dah tak perlu kot berfikiran macam itu? Kita masing-masing ada kehidupan. Aku respect kau dan aku rasa selagi apa yang aku buat tak salah , why not kau respect aku kan? Atau sebenarnya korang rasa apa sahaja yang aku tulis dalam Cherita Emo-Temo ini korang rasa memang overexposed dan melampaui batas isi kandungan nya?  Hmmmm , dilema tiba-tiba!

Hah! Entri ini dah jadi panjang berjela! Dah penuh dengan macam-macam warna dah macam orang buat nota! Hah! Aku cuma meluah perkara yang aku tak suka menyerabutkan kepala otak aku kemudian. Aku tak suka benda kecil macam ini pun ada yang tak selesa lah, tak suka lah dan itu ini. Mungkin pada korang ini isu kecil. Tapi kecil-kecil lama-lama jadi besar , siapa juga yang susah kan? Sobs. Itulah , selepas ini aku memang akan tetap update seperti mana aku sebelum ini. Awak selesa atau tidak , itu suka hati awak. Saya sudah banyak menjaga hati awak. Pesan saya , get a life please? Errrr.

Sekali lagi Jijah minta maaf andai ada yang terasa hati dengan entri kali ini. I need to be honest what I am feel. Sudah terlalu banyak saya menjaga hati awak , tak kan setelah sekian lama baru hari ini saya meluah ada yang nak sentap kot? Mana adil begitu kan? Errr. Tak apa lah , kalau awak tetap beranggapan yang saya ni overexposed , saya tak boleh nak mengubah apa-apa sebab awak pun sudah matang sepatutnya. Awak lebih tahu apa yang betul dan apa yang tidak bukan? Saya yang masih belajar tentang kehidupan akan semat segala apa yang terjadi ini sebagai pelajaran dalam kehidupan saya. Terima kasih untuk kamu...kamu...kamu...yang sudi membaca entri yang panjang lebar ini. Err yang hanya scroll down bawah tanpa membaca pun terima kasih juga. Saya sangat menghargai kalian yang rajin membaca belog picisan saya ini! Begitulah. Panjang lebar menulis , terus terasa lenguh jari jemari tembun ini. Anyway sebelum aku titik-kan noktah untuk entri panjang berjela ini , I found this picture on my facebook. Heh.


Get It? LOL ! :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

6 comments:

Anisa Hang Tuah said...

rileks baby

everythg gonna be okay

=)

Ardini Humaira said...

susah layan orang yang tak suka kita :) layan aje orang suka kita

eynda said...

Biarkan ijah... lama mana orang mcm tu nak bising2... kalau niat dia ikhlas menegur mungkin ada hikmah utk kita... kalau dia sekadar nak hentam dari hati yg kotor, itu antara dia dgn Allah... akak dah lalui semua pengalaman mcm ni... yg penting jadi diri kita sendiri, semoga kita tak tergolong dlm golongan manusia yg penuh hasad dengki :-)

KhaiRin : anies said...

pedulikan kata2 org just b yourself.biar Allah shj yg menilai

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

mcm ni la dlm dunia ni bukan semua org suka kiter...ituew normal uols...cuma jgn ambil pusing sgt kes gini if not susah uols nak post etc nnt...keep it up don`t give up k
hugs ketat2

Anonymous said...

daa bior org x sayam jijah, weolss ske jek kt jijah...sayam jijah punggik theyolss ok hehheheh