Home

Tuesday, January 13, 2015

Berganti 21.

Bertambah lagi angka usia aku untuk tahun 2015 , setiap 11 Januari. Terima kasih Allah kerana masih memberi aku ruang dan peluang untuk aku meneruskan lagi kehidupan ini. Meskipun kadangkala aku berasa tewas dengan susur galur kehidupan ini , tapi aku masih bertahan. Aku masih lagi kuat untuk menempuhi semua ini. 

Terima kasih Umi dan Ayah kerana sentiasa bersama-sama dengan aku tiap kali jatuh dan bangun aku. Memang tiap kali ketawa ini berbunyi , tiap kali air mata ini mengalir serta tiap kali aku cuba membuat nakal , hanya mereka yang faham dan hanya mereka yang datang memujuk dan bersama-sama dengan aku. Tanpa mereka berdua , tak mungkin jua aku berada disini. Sayang Umi & Ayah sangat-sangat. Ya , jarang ayat sayang-sayang ini terluah dari mulut. Mungkin banyak sangat buat salah sampai nak sebut sayang pun malu. Tapi geletis dengan orang lain sebut sayang tak reti malu pulak kan? *okay ayat ini untuk diri sendiri! dush!*

21 tahun aku jatuh dan bangun , selama itu hanya Umi & Ayah yang tetap teguh berada di belakang aku. Tak pernah bosan dan tak pernah jemu untuk menyokong apa sahaja yang aku buat. Asalkan aku bahagia dan gembira katanya. Gittuew.

Apa yang aku mahu untuk tahun ini? Azam tetap juga sama macam tahun baru. Tak ada nak azam tinggi melangit dan merepek-repek. Cukuplah dapat memajukan diri sendiri untuk belog picisan ini serta perniagaan kecil-kecilan. Lain-lain , biarlah kita cuba buat secara perlahan kemudiannya nanti. Kan? Hehe.


Selamat Hari Jadi , Nur Faizah.

Iya itu aku dulu-dulu zaman bayi dahulu kala.

Aku tahu aku comel. Tak payah puji. Aku tahu.

HAHAHAHA.

Sebenarnya , aku tak tahu nak tulis apa lagi. Aku cuma nak ucap terima kasih untuk semua. Ya , semua sekali. Sebab terlalu ramai yang ucap selamat hari jadi untuk aku. Terlalu ramai yang doa yang baik-baik untuk aku. Amin. Alhamdulillah. Aku jadi terharu sangat-sangat sebab itu lebih daripada memadai. Sangka aku kekonon tak disayangi ramai tapi ya Allah ramainya yang mendoakan yang baik-baik untuk aku. Tahu tak itu sudah cukup membahagiakan perasaan aku? Cukup membahagiakan. 

Lagi membahagiakan , kau dapat rakan-rakan yang sanggup meraikan hari jadi kau. Gembirakan kau dengan something simple tapi kekal jadi kenangan manis dalam kehidupan kau. Mungkin kekal sepanjang hayat. Kan? Alhamdulillah , Allah kurniakan rakan-rakan yang manis-manis belaka untuk aku. Hingga aku jadi sebak sangat! Terima kasih Allah untuk persahabatan ini. Aku sangat-sangat bersyukur. Moga ukhuwah persahabatan ini akan kekal sehingga bila-bila ; tak kira susah dan senang. 



Terima kasih Keluarga Kecil saya ;

Yai , Eda , Kaka Lynn , Kaka Mirus , Yen , Ajer , AcikNgaji , Kak Mai & Jamilah ♥

Sayang kekefit semua!

Tak tahu nak tulis apa lagi dah. Sayang semua sangat-sangat! Semoga 21 tahun ini bakal menjadi lebih matang , lebih bertanggungjawab , lebih kuat dan mungkin juga lebih kurus supaya boleh ada boifren. Aik? HAHAHAHA. Tak kisah lah kurus ke tidak , janji hati tak ada nak rasa kecewa merana luka teruk kan? Like I care semua itu! Eceh , ayat main redah aje! HAHAHAHA.

Juga, moga makin rajin menulis entri baru dalam belog. Cukuplah tu. Tak nak tulis apa-apa lagi , nanti aku touching lepas tu aku emo dan seterusnya menangis macam orang hilang boipren. Hish! 

okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, January 5, 2015

Filem Arahan Pertama Aaron Aziz ; Romeo Kota Bermula 8 Januari 2015!

Sebut sahaja nama Aaron Aziz , pasti ramai yang mengenali beliau tidak kira lapisan usia sekalipun. Selain daripada sibuk menguruskan cafe miliknya Kidz & Creme di Setia Alam , Aaron Aziz turut melakarkan sejarah yang tersendiri kerana filem pertama arahannya bakal muncul di pawagam pada 8 Januari 2015 ini. Pasti ramai Aaronators ( kelab peminat Aaron Aziz ) yang tidak sabar melihat hasil pertama filem arahan Aaron Aziz ini kan?




Romeo Kota yang turut dilakonkan sendiri oleh Aaron Aziz bergandingan bersama Nabil Ahmad , Hanis Zalikha , Fizo Omar , Sofi Jikan dan ramai lagi. Pada asalnya Romeo Kota ini diarahkan oleh Ahmad Idham namun beliau telah memberi tanggungjawab ini kepada Aaron Aziz untuk mengarahkan filem ini. Sebagai peminat Aaron Aziz , Jijah juga excited untuk melihat hasil filem arahan pertama beliau! Siapa yang tidak excited kan kalau dah nama peminat kan?

Okay apa kata kita lihat terus sinopsisnya!

MARIA, seorang pelajar kolej telah ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan. Hasil dari makluman yang dikeluarkan oleh doktor, Maria koma disebabkan menelan dadah. 

Koperal ROMI dan Lans Korporal FAKRUL merupakan dua anggota penyiasat yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut. Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian tersebut, mereka berdua telah ditugaskan secara samaran di bawah kod 'KRIPTIK' Mereka berdua diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya. 

Melalui beberapa petunjuk, mereka memasuki kolej Bestari dan Koperal Romi, menyamar selaku pensyarah dan Lans Koperal Fakrul sebagai pelajar kolej. 

Pada masa yang sama, EMA, antara pelajar yang menjadi kegilaan ramai di kolej, telah menawan hati Koperal Romi dan Lans Koperal Fakrul, hingga melibatkan berlakunya cinta tiga segi antara mereka. Tetapi, ELINA pula menaruh hati dengan Romi. 

Bagi Romi pula, dia mempunyai sejarah silam apabila dia sering gagal dalam perhubungan yang dijalin selama ini. Manakala bagi Fakhrul pula, dia sentiasa percaya, jodohnya akan tiba pada bila-bila masa. 

Siasatan terus berjalan, dan mereka berdua telah menemui beberapa petunjuk sehingga membawa kepada seseorang yang disyaki iaitu BOTAK. 

Perancangan telah dibuat oleh Romi dan Fakhrul, dengan bantuan Elina yang juga menyamar sebagai pelajar untuk memberkas mereka yang terlibat dalam kes dadah tersebut. 

Atas kerjasama itu, dan kecekapan pihak Polis, telah berjaya menumpaskan mereka dan membawa yang bersalah ke muka pengadilan. 


Jijah belum lagi berpeluang menonton filem ini di tayangan media tempoh hari. Kebetulan ketika itu masih lagi dalam tempoh berehat dari aktiviti lagho ini. Namun atas sokongan untuk Aaron Aziz , haruslah Jijah tehtap jua promote dalam belog picisan ini kan? Eceh! Jadi macam mana korang setelah membaca sinopsis tersebut? 

Nak kongsi gambar pun , tak ada pula koleksi gambar filem Romeo Kota ini untuk dikongsi bersama korang. Karang ulang-tayang gambar Aaron Aziz yang lama dalam koleksi aku sendiri , mahu korang baling roti berjemaah dekat aku kan? HAHAHAHA. Korang semua jangan lupa untuk menyokong dan menonton filem arahan pertama Aaron Aziz yang bakal bermula 8 Januari ini okay?

Tapi sebelum entri ini berakhir , tehtap juga nak buat perangai. Gambar lama Jijah dengan Aaron Aziz. Masa sehari sebelum hari jadi tahun 2013 katanya. Ehems.


Jangan Lupa Tonton Romeo Kota bermula 8 Januari okay?

okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini.

2015.

Hari ke-lima di tahun 2015.

Cepat sungguh masa berlalu. Tapi tak ada banyak beza pun dengan 2014 , sebenarnya. Masih menjalani kehidupan yang sama tidak ada tolak bandingnya. Malah untuk tahun 2015 ini , aku tidak merasakan yang aku mempunyai azam yang baru. Cukup sekadar mahu memperbaiki kelemahan diri yang tertonjol di 2014 untuk mengurangkan menjadi lebih baik. Siapa yang tidak mahu jadi lebih baik untuk tiap tahun baru berikutnya kan? Cuma semakin bertambah usia yang tak kurang dari tujuh hari sahaja lagi ini , aku sudah tidak lagi seperti dahulu. Dulu kalau tiap tahun baru wajib buat azam baru tinggi melangit. Wajib lah kononnya berazam dengan penuh keazamanan yang tinggi.

Tapi bila tahun berganti tahun , aku rasa ada lagi penting untuk aku memperbaiki diri sendiri dahulu serta fokus dengan apa yang ada sahaja. Kemudian baru selangkah ke selangkah untuk tambah azam baru. Kalau tidak habis semua pun berciciran tidak guna juga kan? Ewah bunga-bunga bahasa dia!

Hehe , itu untuk diri aku sendirilah. Mungkin sebab aku tak nak semakin tertekan andai aku banyak berazam tapi di pengakhiran nanti aku juga kecewa , satu apa pun tak tercapai kan? Untuk sekarang cukuplah azam yang tinggi dan kuat untuk diri sendiri fokus pada belog picisan ini , Cherita Emo-Temo serta untuk dua perniagaan kecil-kecilan aku iaitu Popia Roll Mini & LeDivabyJijah. Sebenarnya bukan mudah untuk stabilkan perniagaan ini dan juga mencari fokus untuk sentiasa mengetuk kibod buat belog picisan ini. 

InshaAllah , tahun 2015 ini kegigihan akan dipupuk menjadi lebih berganda berbanding kebiasaan itu. Selain berdoa agar kesihatan diberi baik-baik saja. 2014 terlalu banyak diduga dengan kesihatan yang kurang sihat serta emosi yang asyik lemah saja. Boleh dikatakan , tahun paling berdepan dengan kesulitan yang separa tinggi. Harapan 2015 ini agar segala emosi , amarah dan kebencian berjaya dihapuskan walaupun sikit-sikit. Mungkin payah , tapi tak apa yang penting kita cuba. Iye tak?

Jadi untuk permulaan tulisan 2015 ini , nak tengok update lagi tak selepas update yang ini? Hihihi. Nak atau tak nak , dah memang draft elok-elok untuk update dah pun :p

Nah , sekeping gambar untuk tahun 2015. Tahu , makin gemuk. Tak surut pun lemak ni biar asyik tak sihat. Jadi nya ada sekali tak azam untuk kurangkan sikit lemak untuk tahun 2015 ini eh? Hewhewhew..


Glitter Shawl by LeDivabyJijah ♥



Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, December 15, 2014

Hala Tuju , yang mana satu?

Belog ini memang sudah lama tidak ada entri terbaru. Memang sudah lama sunyi dan sepi. Memang dah lama bersawang. Entah apa pasal pun aku sendiri tak tahu. Yang aku tahu , mood aku banyak lari tiap kali nak menulis. Mood aku banyak melencong jauh dari yang aku sendiri tak pasti ke mana. Sampai aku sendiri merungut marah dengan mood aku sendiri.

Iyelah. Melalui belog lah , aku mencari pendapatan sampingan aku. Bila aku sendiri hilang tuju dengan diri sendiri , macam mana aku nak mencari pendapatan sampingan aku? Macam mana aku nak menampung kehidupan sendiri? Dah lah kehidupan sekarang sarat dengan macam-macam benda yang bukan lagi murah macam dulu-dulu. Jadi bila aku hilang mood , aku juga hilang pendapatan aku yang tak adalah banyak mana tapi boleh lah sikit-sikit kurangkan beban hidup sendiri.

Nah , sekarang tengah rajin nak bersengkang mata , aku terus tulis entri banyak-banyak. Supaya belog aku nanti tak ada lah sunyi tak berpenghuni. Kesian betul bila orang masuk baca alih-alih benda yang sama. Dah lah sama lepas tu yang dah lama punya. Heh , gaya macam ramai sangat yang masuk belog kau Jijah? Ramai tak ramai , janji ada orang masuk baca iye dak? HAHAHAHA.

Kiranya entri ini untuk naikkan semangat yang makin menipis ini untuk menulis belog. Biasalah , aku ini kalau tak ditiupkan sendiri semangat nanti entah macam mana belog ini nak ada entri baru hari-hari kan? Bila dah lama tak mengetuk kibod , kemain seronok bunyi prap prap prap dekat kibod ni tau. Rasa macam gian nak menulis banyak-banyak. HAHAHA , pulak dah kan? Macam-macam si Jijah ni kan!

Dah tak lama aje lagi nak masuk 2015. Dah tak lama aje lagi 2014 nak ucap selamat tinggal. Laju betul perjalanan tahun ini yang penuh dengan ranjau dan duri. InshaAllah kalau sempat nanti kang , ada lah aku rajin sikit-sikit buat entri cherita pasal perjalanan 2014 ini. Banyak sangat nak cherita , tapi nanti tengok lah dapat ke tidak bercherita semua. Maklumlah , ruang dan peluang nak mengetuk kibod kadang-kadang tak boleh nak dijangka kan. Bila tengah ada mood nak menulis , masa tu jugak seluruh badan tak sihat. Bila tengah tak ada mood nak menulis , masa tu sihat walafiat pulak. Masa tengah ada mood nak menulis masa tulah nak mengantuk lah , masa tulah nak sibuk ke sana ke sini lah. 

Tapi doa-doa moga ada entri perjalanan 2014 ini nanti. Memang aku teringin nak ketuk kibod menulis pasal itu. 2014 yang menakjubkan namun penuh ranjau dan duri yang tidak terhingga. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perit dan pedih aku melaluinya. Gittuew , ayat ala-ala dalam novel tapi versi dramatik lebih sikit. HAHAHAHA , tehtap!

So korang semua dah bersiap sedia hadapi 2015? Dah ada hala tuju untuk 2015 ke belum ini? Atau masih terlalu awal untuk semua ini? Hihiks! Nah sekeping gambar dulu , sebelum mengakhiri entri ini. Gittueww!


Rindu Kitewww ke tak ni?

LOL!

*Jijah & Ajer masa nak buat Surprised Birthday Party untuk Zara Zya! Will update pasal surprised tu soon , very soon ok!*

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Membeli Sambil Menderma Bersama Hawa Ghazzali Collections.

SPONSORED POST.

Kini , terdapat banyak pihak yang mengeluarkan bracalet ditampilkan bersama dengan charms yang comel serta cantik. Ia juga selaras dengan trending masa kini yang digayakan oleh dari bermacam-macam peringkat umur. Malah ia juga tampak cantik serta kelainan bagi si pemakai.

Bermacam jenis charms yang dihasilkan bagi menampakkan kelainan pada si pemakai. Begitu juga dengan Hawa Ghazzali Collections yang sentiasa menghasilkan gaya ekslusif bagi si pemakai. Pastinya memberi impak cantik , elegan dan ekslusif buat si pemakai. Kini , Hawa Ghazzali Collections telah mengadakan promosi Membeli Sambil Menderma untuk disalurkan kepada Rumah Anak Yatim di Batam.


Dengan setiap pembelian Murano Glass yang bernilai RM 80 ( *harga asal RM 169.00 sebiji ) , korang turut menyumbang RM 5 kepada Rumah Anak Yatim. Begitu mudah kan? Ianya terhad kepada 2000 biji sahaja dan korang perlu pantas melakukan tempahan kerana ia turut melakukan penghantaran percuma di mana-mana okay! Hubungi sahaja +603-21414802 untuk tempahan dan pembelian okay? Jom rebut peluang dengan promosi hebat ini malah kita turut sama-sama menyumbang kepada Rumah Anak Yatim juga.

Terdapat beberapa jenis Murano Glass yang memang bakal memikat hati korang juga. Tak percaya? Percayalah setelah melihat gambar-gambar dibawah ini okay? 






Cantik bukan? Memang cantik! Jijah sendiri turut tertarik dengan Murano Glass ini yang ternyata cukup elegan dan mempesonakan mata-mata yang memandang. Korang apa tunggu lagi? Jom sama-sama membantu dan menyokong Hawa Ghazzali Collections dengan membeli Murano Glass ini okay?

Cepat menempah dan membeli sekarang sebelum tarikh tutupnya tiba nanti. Nanti korang jua yang termimpi-mimpi dan teringat-ingat. Haaaa , dah payah pulak kang? So cepat-cepat menempah dan membeli okay! 

Terima kasih sudi baca entri ini :)