Home

Thursday, March 10, 2011

Oh Ha Ha Haktuih!


i'm back.
kembali dengan cerita baru and hope i'll be the new me.
banyak benda yang dah terjadi.
tak cukup masa , masa terlalu singkat untuk bercerita.
internet selalu menghilangkan diri , but it's ok.
badan selalu tak sihat , it's ok again.
jadi nya terus aku mengisytihar kan : i'm in silent mode. 

cuba lenyapkan fikiran without bermain internet walaupun teringin gila.
but yeah , SPM lagi 8 bulan nak oii.
jadi memang lah nampak nya belog ini akan di biarkan bersawang lepas ini.
next year lepas habis SPM , sila jangan muntah aku update banyak-banyak pulak ye?
ngeh ngeh.

jumpa next next next time yang entah bila pun aku tak tahu.
wish me luck and all the best ye eh?
*hugs*


nota kaki : I always have HIM no matter what.
high or down. susah atau senang.
*emo-temo*

Saturday, February 26, 2011

Setakat Ini ...

Semakin hari , semakin berkurangan idea nak menulis. Banyak benda yang nak di cerita kan , nak di emo-temo kan , tapi takut orang cakap macam dia seorang ada masalah , macam dia seorang yang ada kisah pahit payau kelat sedih? Payah jugak nak bercherita kalau macam ni kan? 

Teringin jugak nak menulis suka hati , cakap apa sahaja ; tapi kena ingat juga tersalah tulis , ada yang terasa hati , jadi benda lain pulak. Teringin juga nak luah rasa hati tentang diri ini tentang macam-macam ; tapi nanti ada pulak benda lain yang soh seh soh seh dekat belakang. Serba tak kena kan?

Haih , tengah emosi tak elok sangat ni amatlah tak di galakkan untuk mengupdate belog.  Nak belogwalking sebab UV traffic jatuh merudum lepas tu nilai BE sangat sikit. Tapi tak apa lah , tak ada rezeki agak nya nak kumpul banyak-banyak macam 1st BE hari tu. Huhuhuh. Sekarang line internet sangat terbatas , aku pulak tak selalu sihat , terbatas sangat nak menulis semua. Haih , dugaan tak berhenti. Huhuhuh. 

Nak cherita apa lagi? Pasal gambar hilang? Tak nak cherita dah meski terasa sedih lagi. Haihh , nak dekat seminggu , susah betul nak hilangkan rasa sedih semua ni kan? Huhuhuh. Lepas kejadian hilang gambar tu ; aku terjumpa benda lain yang dah lama hilang yang aku tak sangka masih ada tersembunyi dekat mana-mana entah. Itu lah , sometimes kita tak tahu kan dengan apa yang akan jadi esok lusa dan seterus nya. Hilang satu , Sepuluh datang yang baru yang lain. Erk , apa aku merepek ni -.-

Setakat ini ; macam-macam benda berlaku ... macam-macam perkara terjadi tapi semua itu membuatkan aku menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah. Tak perlu cherita kenapa sebab masing-masing ada cherita kehidupan yang sendiri kan :) Maaf ayat emo sebab memang tengah emo huwa huwa -.- 




the one and only picture yang terselamat frm my kamera yang aku ambil dekat Taman Tasik Titiwangsa. *sigh*

Patutlah gaya ambik gambar petang tu pun sendu , rupa nya aku nak kehilangan gambar rupa nya. Dah Dah SHADAP pasal hilang semua. -.-

Kenyataan Yang Tak Rela

Folder 1 : Gambar yang di snap sekitar bulan Nov sehingga February. Dalam folder itu ada empat lagi folder lain sebab terlalu penuh sehingga seribu keping gambar dalam Folder 1 itu.Tapi sesetengah gambar dah ada backup -.0
Folder 2 : Gambar yang di ambil dari google ; tak ada kerja nak jadikan bahan dalam blog. Terselamat sebab sudah ada back up dalam senyap. Terkejut lah pulak.
Folder 3 : Gambar yang di edit berjam-jam , berhari-hari sampai berpeluh. Punya puas hati dapat edit gambar sampai cun ; ingat nak tayang dekat belog sebab internet buat hal + memang teringin nak berpantang dari berblogging. Hmm.
Folder 4 : Gambar yang gedik , gelenya yang di ambil dari WEBCAME. Ini tragis jugak selain dari FOLDER 1 sebab dekat dengan 100++ gambar yang aku selalu menggedik dengan si kenit. Sekarang semua hilang.

Sedih , Sadis dan masih lagi tak dapat nak cerna elok dalam kepala otak sebab hilang gambar dengan begitu begitu begitu banyak! Sekaligus! Tanpa RELA ; read : tanpa rela! Bukan sekeping dua tapi beribu keping pulak tu ; kenangan banyak pulak tu dengan macam-macam tempat dan macam-macam ragam. Terasa macam terlalu bodoh sebab tertekan DELETE dan terus bertanya kenapa aku terus tekan YES TO ALL? Kenapa? Kenapa? Kenapa aku selalu careless macam ini? Kenapa?

Sekarang terus trauma tak mahu tekan apa-apa even tak mahu tekan folder PICTURES sebab terasa sedih. Bukan nak mengada-ngada tapi banyak betul kenangan dalam setiap gambar. Sedih bukan kepalang ni ; sangat sedih tak terperi sampai terasa nak undur masa , dan tak kan click sebarangan. Tapi benda dah jadi sambal belacan tak kan lah boleh jadi macam sebelum nak kena blender kot? Adess.

Memang susah betul nak terima kenyataan ; sangat susah. Amat susah. Susah nya weii. Tak pasal-pasal bertalu entry aku minggu ini penuh dengan entry penyesalan , emo-temo dan macam-macam jenis lagi. Heh , nak buat macam mana setiap gambar yang aku snap memang tujuan nya satu ; letak dalam blog. Aku tak suka entry kosong tanpa gambar. Tak meriah , tak cantik dan tak seronok nak baca ; itu untuk belog aku. Belog orang lain tak kisah.
Adess , sedih sedih sedih … rasa nya putus chenta pun tak sedih macam ni okeh! Wah gitu kau mariaa…. huwaaaaaaaa!!

Ok Ok kejap lagi ada lagi hapdet. *meraunglagi*


Tuesday, February 22, 2011

Malang Tak Berbau

Tak tahu nak start cherita macam mana ; yang pasti aku sangat sedih dan dah dua tiga hari ini melarat aku punya sedih. 21ST February , pukul 5.30 pagi , aku ingat lagi , aku nak off lagu yang aku bukak dalam laptop yang aku on sejak tidur pukul 10 malam , hazab betul pemalas nak tutup lagu kan? Then mata pun mamai , nak buat lain pergi buat lain. Secara tak sengaja aku terdelete gambar-gambar di dalam satu folder khas. Ada empat folder yang aku gabungkan jadi satu sebab dari kamera yang sama. Huhuhuh.

On automatically tangan aku terus terdelete sebab aku tersalah nampak. Bila dah selesai delete baru aku sedar aku pergi delete almost 3 ribu keping gambar yang masa pergi ke Terengganu , pergi convo kakak aku , buat pre convo kakak aku , pergi Monsoon Cup , pergi ambil gambar pantai , pergi ambil gambar macam-macam. Pre birthday Party aku pun habis lesap , gambar birthday party kawan aku lesap , gambar pergi pusing-pusing KL pun lesap. Gambar si kenit pun hilang. Dah lah aku ada buat video dia gelak tak hengat. Baru feeling nk share. Semua , lesap ; hilang.

Tengah menulis ni pun terasa nak menangis , terasa nak ketuk kepala dekat laptop je sebab macam bodoh gila pagi-pagi tersalah tekan. Like seriously aku dah terasa macam trauma nak snap picture , nak letak dalam laptop semua. Sebab 1 click habis semua hilang. Entahlah. Pening kepala ; cari dekat recycle bin pun tak ada. Tak ada rezeki agak nya.

Sayang betul ; banyak sangat gambar. Tapi kebanyakkan gambar macam pre birthday party ; pergi jalan-jalan dekat kl aku ada letak dkt facebook. Huh , selamat. Jadi ada lah backup nya. Lebih sedih itu the one and only back up yang aku ada ; yang aku terdelete tu. Mujur gambar convo kakak aku ; dia dah ambil. Kalau tak menangis wehh. Dah lah penat mengekor kakak aku pergi sana sini ambil gambar ; aduss. Terus terbayang semua gambar sebab malam before tu aku dah cakap dalam hati aku nak buang setengah gambar yang aku tak nak ; means yang mengarut posing entah apa-apa. Gambar yang posing semua hilang ; I can do it again. But gambar yang kenangan pergi sana sini tu yang aku sedih.

Iyelah gambar si kenit tu ; boleh snap balik. Gambar aku pun boleh buat balik gaya meski dah tak sama. Tapi yang pergi Terengganu mostly banyak gambar yang cantik-cantik. Sedih nya weh. Betul lah kalau malang memang tak berbau L Mujur bukan gambar-gambar zaman jahiliah sekolah aku atau gambar yang lain-lain. Kalau tak terus pitam pengsan aku agak nya -.-

Ok dah tak ada mood nak cherita. Bye uols ;(


Tuesday, February 15, 2011

Jalan-Jalan , Rosak , Makan & Nuffnang

Sorotan hari ini ; macam-macam benda yang terjadi dan macam-macam benda yang di alami. Iye semalam dah janji nak berpantang ; aku bukan kata hari ini nak start ; tapi esok. Hari ini memang nak update puas-puas. Hmm. Pagi tadi aku pergi hantar kakak aku dekat kolej. Then pergi ke Ara Damansara sebab mak aku nak pergi jumpa nenek saudara aku dekat sana. Hehe. So means ; pergi rumah sepupu mak aku lah kan. Then duduk situ dalam sejam dua , kitaorang pergi ke lain pulak.




Destinasi seterus nya ; pergi ke Kampung Tunku ; PJ. Heh. Pergi ke situ sebab mak aku nak pergi tengok cucu , mak saudara mak aku , means nenek saudara aku lah. Hari tu diorang buat Cukur Jambul kitaorang tak boleh attend ; hadiah dah beli. Jadi itu yang kitaorang pergi situ. Kebetulan beli Gown Baby ; jadi takut pulak kalau lambat kasi kan? Tehehehe. Baby tu nama Nur Hafeesa or something like that lah. Aku pun ingat-ingat lupa. Sempat pegang baby tu. Tapi cuak jugak sebab baby tu baru 3 bulan. Kepala baby tu still lembut kan , takut je kalau tersalah pegang memang naya woo. Heheh. Comel je Hafeesa siap ketawa dengan senyum lagi. Teehee.


comel Hafeesa.

Ok then feeling nak makan Nasi Arab. Aiseh. Bila pergi dekat tempat yang di tuju , kedai tu dah tutup lah pulak. Alamak , Ayah ada hal pulak petang tadi. Jadi cepat-cepat balik rumah dengan feeling hampa yu. Aiseh men. Then lepas Asar Ayah call cakap nak pergi beli tak Nasi Arab? Heh , terus lah aku pergi bersiap-siap nak pergi beli. Malas nak makan dekat kedai sebab dah nak Maghrib aku beli. Hoh. Aku beli dekat kedai , alamak tak ingat nama. Dekat Kampung Pandan. Nak beli Lamb Mandy , tapi dah habis. Maka beli lah Chicken Mandy. Sedap jugak! Harga pun murah ; RM 20 je pun. Nasi punya lah banyak , Ayam punya lah besar sampai aku pun tak habis nak makan. Heh. Sumpah sedappp!


chicken mandy yang lazat.

Kemudian pergi ke Carefour sebab aku nak pergi beli Earphone. Aku beli je yang mana-mana then terus bayar sebab dah Maghrib time tu. Membebel pulak Ayah aku kalau tengok aku lama-lama dekat Carefour. Heh. Then terus balik. Bila balik ; aku pening gila macam mana nak bukak Earphone tu punya kotak. Haih , ambil gunting. The end , ambil gunting ; tergunting wire Earphone , maka rosak! Shitta! -.- Melayang 20 hinggit aku wehhhhhhhhhhh. Mana aku tak geram dan stress. Sudah lah earphone yang mahal beratus aku punya rosak -.- Hmmm , tak ada rezeki tapi still geram weh.

Then bila bukak belog , ada seorang blogger's tanya aku dekat ENTRY SENYUM aku yang previously. MissYayang tanya pasal macam mana aku boleh dapat CTR Bonus. Tehehehe. Sebenar nya dik ; untuk CTR Bonus itu untuk sesiapa bloggers yang dapat Buffered Earning. Buffered Earning pulak macam mana nak dapat? Ok itu pihak Nuffnang yang tentukan blog kita layak atau tidak dan sesuai semua tu. Bila ada Buffered Earning atau BE ini ; ia akan memudahkan kita mengumpul duit lebih banyak dan cepat. Nilai nya bergerak lebih pantas dan besar berbanding dengan ikelan biasa. Jadi melalui BE itu jugak kita dapat CTR Bonus. Tehehe. Er , faham tak? Harap-harap faham eh. Kalau tak faham , jangan malu-malu tanya ye :)

Ok , rasanya tak ada apa lagi nak update. So bye korang :)