Home

Tuesday, November 24, 2015

Teaser : Sekitar Kejutan Harijadi Untuk Siti Nordiana.

Kalau entri sebelum ini , Jijah menulis mengenai perkara yang tidak best di Gegar Vaganza. Kali ini mestilah nak menulis benda yang best pula kan? Asyik menulis benda yang tidak best saja pun tak seronok jugak. Sesekali mesti lah ketuk kibod cherita benda yang seronok pula khen?

Memandangkan masa cukup mencemburui Jijah , jadi Jijah hanya akan kasi teaser sahaja dulu. Boleh gitu? Ekekeke. Iyelah , kalau nak tulis full story , kenalah tulis panjang berjela ala-ala nak tulis novel khen? Setakat nak tulis dua tiga perenggan lepas tu share gambar aje yang banyak baik suruh korang tengok di Instagram sajork khen? HAHAHAHA.

Nah sedikit teaser di sekitar kejutan harijadi untuk penyanyi Siti Nordiana yang telah dianjurkan oleh kelab peminatnya sendiri di Hayaki Cafe , Shah Alam. Kasi sikit aje dulu. Nanti Jijah ketuk kibod lagi dan tulis pepanjang lagi okay?




Hikhik. Sikit aje dulu tau. Nanti kita tulis pepanjang lagi yer? Mesti ramai yang nak membaca khen? Lagipun sekarang nama Siti Nordiana sedang melonjak naik semenjak memasuki Gegar Vaganza khen! Jadi nantikan full story untuk kejutan harijadi Siti Nordiana okay? Muahciked!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Gegar Vaganza 2015 : Kawalan Pihak Astro Tidak Rapi?

Ahad lepas Jijah telah berpeluang dan berkesempatan untuk menonton Gegar Vaganza secara live di Auditorium MBSA , Shah Alam. Boleh dikatakan hampir setiap minggu Jijah menyokong Gegar Vaganza di rumah sahaja. Semenjak sudah bekerja ini , diri sendiri sudah tidak berapa gigih untuk melagho ke tempat seperti itu. Bukan apa , biasanya bila event ini berlangsung perlu hadir lebih awal daripada biasa dan pulang ke rumah pula lambat. Kalau dahulu kala , mungkin Jijah tidak kisah untuk pulang lambat. Namun semenjak bekerja waktu tidur adalah waktu paling bernilai katanya! Kikiki.



Berbalik kepada tajuk entri ini. Benarkah kawalan pihak Astro tidak rapi pada Gegar Vaganza tempoh hari? Kenapa Jijah tulis seberani begini ? Apa yang membuatkan Jijah berani untuk menulis begini?

Sebenarnya Jijah hadir tempoh hari ke Gegar Vaganza selain daripada untuk menyokong para artis yang bertanding , Jijah turut ingin merasai menonton secara live di Auditorium MBSA. Namun demikian ada beberapa perkara yang membuatkan Jijah sedikit kecewa dan sadis sebelum memasuki ke Auditorium MBSA.

Apakah?

Seperti biasa , tiap kali event yang melibatkan program rancangan realiti mahupun anugerah , para peminat biasanya diarahkan untuk beratur mengikut kumpulan tiket mana yang mereka wakili. Contohnya , sekiranya korang peminat Siti Nordiana , silalah beratur dengan jayanya bersama FC Siti Nordiana. Sekiranya korang peminat Nassier Wahab , jangan pula mengada beratur dekat barisan pemiant Haiza. Nak kena lepuk ke? HAHAHAHA. Tak , itu sekadar contoh sahaja. Kalau nak berdegil beratur mengikut rerakan yang korang suka , itu terpulanglah. Nanti Dollah Cantek piat telinga korang , jangan mengadu pulak. HAHAHAAH , ampun Dollah Cantek hahahaahahah.

Namun demikian , keadaan menjadi sebaliknya tempoh hari. Mengikut pengamatan Jijah , keadaan menjadi sedikit huru-hara apabila pintu masuk ke Auditorium dibuka sedikit lambat. Di situ menyebabkan penonton serta fans yang hadir agak kepincangan serta kepanasan menanti pintu dibuka. Iyelah , datang sejak pukul 5 petang dan beratur pula sejak pukul 7 namun masuk hanya pada pukul 8.15 malam. Itu semua tidak menjadi masalah sebenarnya. Kalau korang yang pernah menghadiri event sedemikian pasti tahu itu adalah procedure biasa. Cuma yang membuat Jijah cukup kecewa apabila pihak Astro tidak cuba untuk menyuruh para peminat beratur dengan elok. Bila itu terjadi , keadaan menjadi cukup sesak dan melemaskan apabila kesemuanya menyempitkan diri serta menghimpit antara satu sama lain dek kerana semua ingin menjadi orang pertama yang masuk. Masa itu hehampir saja Jijah hendak mencubit ketiak memasing kerana gagal beratur dengan elok. Nanti orang kata Jijah ni cikgu disiplin pula! Kahkahkah.

Sekiranya pihak Astro cuba untuk meleraikan keadaan dengan menyuruh para peminat ini beratur dengan elok , pasti keadaan menjadi lebih tenang dan tenteram. Walau bagaimanapun , Jijah tahu bila terlalu ramai peminat yang mungkin sedang excited untuk menonton menjadikan keadaan yang tidak sepatutnya terjadi. Cuma nasihat Jijah , untuk kali lain juga mungkin untuk di event lain , pihak Astro perlu masuk campur dan meleraikan keadaan menjadi lebih tenang. Kesian Jijah melihat pihak RELA pula yang berpeluh melihat peel para peminat yang terlebih excited begini.

Bila Jijah memberi komen bukan untuk menghentam namun untuk memastikan di lain kali tidak terjadi lagi keadaan seperti ini. Kerana bagi Jijah di luar Auditorium juga tetap menjadi tanggungjawab Astro untuk memastikan event ini tidak hanya berjaya di kaca tv mendapat trending worldwide di Twitter tetapi turut berjaya keseluruhannya termasuk kawalan keluar dan masuk peminat. Tak begitu?

Selain itu , Jijah merasakan para peminat juga perlu menyusun atur barisan kelompok masing-masing dengan baik. Faham , bukan senang semua itu. Namun kalau asyik diberikan alasan , bila hendak menjadi lebih baik bukan? Keadaan yang sepatutnya menjadi tenang menjadi sesak apabila para peminat tidak berada di dalam satu kelompok. Kemudian yang paling menyedihkan apabila saat pintu masuk dibuka , keadaan menjadi lagi huru hara apabila para peminat berasak-asak menolak masuk bagai ada todak menyerang di belakang mereka. Aduhaiiii! 

Jijah faham , semua orang excited! Namun janganlah sampai boleh mencederakan orang lain. Andaikata ada yang jatuh tergolek , terpijak kaki malah mungkin ada yang pengsan dek kerana diasak dengan begitu , adakah kita berasa gembira dan seronok? Pastinya tidak , bukan? Jadi tolonglah , jangan lah berperangai begitu. Takkan lari tempat duduk di dalam Auditorium MBSA sehingga perlu berasak-asak begitu. Bukan apa , Jijah lihat ada bermacam peringkat umur yang hadir pada malam tersebut. Kebarangkalian yang tidak diingini boleh berlaku andai para peminat sendiri tidak mengawal diri sendiri. Mungkin juga pihak Astro perlu mengambil kira perkara ini juga. Pastinya pihak Astro juga tidak mahu dikecam kerana gagal memberi sesuatu yang terbaik bukan?

Begitulah komen Jijah yang agak berdukacita dengan keadaan yang sedikit tidak terkawal. Mungkin nasib Jijah sedikit tidak baik kerana hadir pada malam tersebut yang sedikit tidak terkawal, tapi tak mengapalah , bila kita menegur bukan bermakna kita tidak menyokong bukan? Itu bermakna kita sayang dan mahu menjadikan ia lebih baik dari sebelum ini. Secara menyeluruh , Gegar Vaganza tetap terbaik tatkala siaran langsung diadakan. Cuma kawalan ketika sebelum masuk juga semasa hendak masuk perlu diperbaiki lagi agar sebarang kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.

Mohon Astro tidak mengecam Jijah kembali atas teguran ringkas ini. Ataupun merampas piring Astro yang berada di atas atap rumah Jijah. Nanti macam mana nak menyokong dan menonton Gegar Vaganza lagi? Takkan nak menumpang tengok dekat rumah Dato' Vida pulak? NANGISSSS! Hahahahahah.. Just my two cents! And I am looking forward to see the improvement from Astro and Gegar Vaganza team! Muahciked!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, November 23, 2015

Tiada Lagi Pass Bulanan Untuk Pengguna LRT & Monorel?

Bagi pengguna harian LRT seperti Jijah , pastinya pass bulanan yang disediakan oleh Rapid KL amat berguna. Maklumlah , bila menggunakan pass bulanan Rapid KL , dengan hanya sekali bayaran sebanyak RM 100 , korang boleh menggunakan pass tersebut secara unlimited selama 30 hari. Haruslah penjimatan yang berganda bila dapat menggunakan pass bulanan itu kan? Memang jimat yang teramat sangat!

Namun baru-baru ini tatkala Jijah mahu membaharui pass bulanan untuk office Jijah , Jijah sedikit tersentak apabila diberitahu bahawa sudah tiada lagi pass bulanan disediakan dari pihak Rapid KL. Alamak?! Biar benar sudah tiada lagi pass bulanan untuk LRT dan juga Monorel ni? Adakah benar ataupun sekadar bermimpi saja? *panggggggggg

Ya , memang benar. Dan ini semua bukannya mimpi melainkan ianya mimpi ngeri untuk kita semua pengguna LRT & Monorel. Mungkin bukan semua tapi diantara kita yang pastinya. Masakan tidak ngeri kalau pass bulanan dihapuskan tatkala kos hidup sedang mencanak naik? Boleh dikatakan sekarang ini hampir kesemua kos sudah meningkat naik tanpa segan silu. Sehinggakan sudah tidak tahu apa lagi yang mahu dicatu agar kos hidup berkurangan kan?

Sebenarnya saat membaca berita tentang harga tiket LRT bakal meningkat naik pada 2 Disember nanti Jijah sudah menjangkakan yang pass bulanan pasti akan bertambah harga juga. Namun ianya menjadi sebaliknya dengan menghapuskan pass bulanan unlimited tersebut. Agak mengecewakan bila tindakan menghapuskan itu diambil. Iyelah , dengan kos hidup yang meningkat naik ini , pastinya alternatif menaiki public transport dan menggunakan pass bulanan unlimited adalah pilihan terbaik kan? Bila ianya tiba-tiba dihapuskan pastinya banyak lagi kos lain perlu ditampung demi sesuap spagheti kan? Gittuew.

Namun begitu pihak Rapid KL telah melakukan insiatif lain dengan memberi pakej baru iaitu Smart 7 & Smart 30. Namun , adakah ianya berbaloi seperti pass bulanan unlimited yang disediakan sebelum ini? Begitu formal soalan Jijah sesambil gegunting popia konsepnya HAHAHAHA. Jijah dikhabarkan pakej terbaru itu adalah disediakan bagi penggunaan mingguan dan juga bulanan.

Untuk menggunakan perkhidmatan Smart 7 , para pengguna dikenakan bayaran premium sebanyak RM 2.50 manakala untuk Smart 30 para pengguna dikenakan bayaran premium sebanyak RM 10 dan kemudian nikmatilah dengan kadar yang lebih jimat katanya walaupun jimat ke? Hihihi. Pembelian pakej ini sudah boleh dibeli mulai sekarang namun penggunaannya akan bermula 2 Disember nanti katanya.

Jijah harap , dengan insiatif terbaru dari Rapid KL ini mampu mengurangkan kos yang mana patut. Meskipun agak berdebar menanti harga terbaru dari Rapid KL untuk LRT nanti. Gila tidak berdebar kan? Semoga dengan kenaikan harga baru seiring dengan servis yang terbaik dari LRT juga ya? Tak mahu lagi asyik delay memanjang sehingga menggangu waktu orang untuk pergi dan balik bekerja. Ngeri jika diingatkan kembali saat LRT membuat perangai tempoh hari sehingga lebih dua jam berada di tempat menunggu dek kerana masalah teknikal. Semoga harga terbaru yang bakal naik akan seiiring dengan servis yang lebih baik dari sekarang.

Kan? Jadi , siapa pengguna public transport seperti Jijah? Sila angkat jari kaki! Eh bai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, November 11, 2015

Edisi Perempuan : Brooch

Bagi seorang perempuan yang bertudung , brooch adalah benda paling penting. Kalau tidak macam mana nak jadikan tudung itu cantik sentiasa kan? Tetapi kita orang perempuan ni macam ada satu masalah. Masalah yang tak adalah besar mana tetapi tetap juga masalah untuk seorang perempuan.

Tetap tak nak kalah kan? Hihihi.

Cuba tengok gambar ini. Betul tak?


THIS IS SOOOOO TRUEEEEEE!

HAHAHAHAHAH -_____-'

Betul tak? Kita yang perempuan bertudung mesti mengalami masalah macam gini kan? Iyelah walaupun berdozen brooch/pin kita beli. Mesti nanti lepas beberapa minggu alih-alih tinggal satu dua brooch/pin aje yang ada. Yang ajaibnya , entah mana pula brooch dengan pin tu menghilangkan diri. HAHAHAHA.

Aduhai. Memang masalah besar betul. Dah lah kadang-kadang tu sejenis pattern yang cantik comel pula yang hilang. Nak rasa sakit hati , rasa macam salah sendiri suka letak ikut suka. Lepas tu nanti lepas beberapa bulan mesti jumpa balik. Tapi jumpa dekat tempat yang kita tak sangka-sangka. HAHAHA. Tak sangka lah sangat kan!

Boleh dikatakan asalkan nampak orang jual brooch , mesti nak beli. Lepas beli tu kang , tehtap jua akan hilang. Rasa macam nak buat jampi dulu sebelum guna. Baru tak hilang kot? HAHAHAAHA.

Khurafat sangat Jijah oiii! HAHAHAHA. Jadi baru-baru ini , Jijah ada membeli bekas untuk simpan brooch atau orang panggil as cupcake. Maybe sebab bentuknya macam cupcake kot. Murah aje. Beli dekat Pasar Malam Jalan TAR kebetulan lalu situ nak pergi cari tudung katanya. Hanya RM 5 saja. Tapi cecomel sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Hehe.


Tadaaaaaaa~!

Sekarang ni macam amboi! Banyaknya kau punya brooch nok?! HAHAHAHA , itu sekarang lah khen? Nanti-nanti lepas beberapa minggu , akan ada dengar rungutan diri sendiri sambil kena bebel dengan Umi pasal "MANA BROOCH JIJAHHHH NI?!" HAHAHAHA. Itu perkara biasa sampai Umi pun geleng kepala. Misteri betul brooch/pin ni tau! 

Rata-rata pun mesti macam Jijah jua khen? Habis segala brooch dengan pin hilang menyepi membawa diri kemana-mana entah kan! Tehtap nak ajak orang lain beramai-ramai sama macam dia jugak si Jijah ni khen? Kikikiki. Harussss!

Jadi , betul tak ada yang sama macam Jijah? Beli lah berdozen mana pun , tehtap akan hilang kan? Sampai fed up kejap khen? Ekekekeke. Mungkin itu ujian kecil bagi orang bertudung HAHAAHAHAHAremmmnya statement ini :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, November 10, 2015

Obses Pada Awan & Langit?

Siapa yang dekat sini suka mengambil gambar awan dan langit?

Terutama bila melihat cuaca yang cukup cantik dan cerah sehingga menjadikan awan cukup cantik di langit yang membiru kan? 

Aku seseorang yang kalau nampak awan tampak cantik serta langit tampak membiru mula lah aku ambil gambar tanpa henti. Tapi aku rasa ramai juga yang seperti aku ini tetapi tidak lah sampai setiap hari ambil gambar awan dan langit yang sama kan? HAHAHAHA. Entahlah , bila lihat bebenda cantik ni , memang perasaan yang berkecamuk pun boleh bertukar menjadi tenang sekejap. Tapi sekejap ajelah. Lepas tu sambung berkecamuk balik. HAHAHAHAHAHA.

Sadis betul kehidupan kan? Tapi itulah , aku memang suka bila melihat awan dan langit. Rasa macam tenang sekejap melihat keindahan ciptaanNya. Cukup mempesonakan. Dan cukup mendamaikan perasaan. Tak begitu? Hihihi.

Macam baru-baru ini , apabila jerebu mencemari ruang udara , memang terasa sadis kejap. Iyelah bila langit tak membiru dan awan pun hanya sesekali aje munculnya. Bila langit kembali membiru dan awan pun kembali muncul haaaa kaauuuu , baru tahu perasaan bahagia kejap. Bahagia pasal apa? Iyelah bahagia sebab langit dah kembali membiru beserta kepulan awan katanya! Kalau tidak , ala-ala aje khennn perasaan tengok awan dan langit khen? HAHAHAHA.

Meh lah tengok sesikit gambar yang sempat aku ambil bila aku tengok awan dan langit ni. Tak ada lah cantik mana , tapi boleh lah khen? HAHAHAHA. Tehtap nak up diri sendiri jua :p




Ini semasa dalam kapal terbang semasa balik dari KB-Subang. 

SubhanaAllah. 



Koleksi gambar paling latest , selepas jerebu katanya.

Cantik kan? :)

Saja share dalam belog ini. Dah alang-alang tak tahu nak update pasal apa walaupun belambak aje benda lain boleh update kan? Maaflah , tuan empuanya diri ni memang sejenis nak menulis kena ada mood khen? Jadi redho sajork lah kakak adikkk yerr! HAHAHA.

Jadi , ada tak korang yang sama seperti aku? Kalau nampak awan yang cecantik serta langit membiru terus pepantas ambil telefon bimbit korang dan capture? Hihihi kalau ada meh nak sep sikit! Sep dekat skrin laptop pun dah okay! HAHAHAHA.

Terima kasih sudi baca entri ini :)