Home

Thursday, January 5, 2012

Cherita Basi :: Malam Gala Ombak Rindu

Aku tahu sudah sangat lewat untuk bercherita tentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Ombak Rindu kan? Tapi apa hendak buat , akhir tahun lepas aku sibuk dengan SPM  , tak kan nak menggeletis mencelah bercherita tentang Ombak Rindu bagai kan? Tapi tidak lah terlampau lewat kan? Meskipun Ombak Rindu sudah memasuki Astro Pertama aku tehtap nak bercherita tentang Malam Gala Ombak Rindu yang sangat gah itu okes? Ahaks.


Beberapa bulan yang lepas aku sempat menghadiri Malam Gala Ombak Rindu yang telah diadakan di GSC Pavilion. Kebetulan aku dapat jemputan , jadi aku pun melapangkan kejap waktu demi Ombak Rindu. Boleh macam gitu? Kemain lagi tau! Ehem , sampai sahaja di Pavilion memang kaki terus laju pergi ke GSC Pavilion dan aku agak teruja ye bila sampai sahaja di sana lampu bergemerlapan sana sini. Memang meriah dan gah! Memang ramai sangat pelakon-pelakon yang ada di Malam Gala Ombak Rindu hari tu tau. Tapi aku tak sempat nak bergambar dengan semua sebab aku ternampak seseorang. Terus mood mencakar lantai datang okes? Hahahahaha. Eh tapi aku jumpa siapa ni? 


Jeng...Jeng...Jeng... 



Sharnaaz Ahmad !

*guling-guling*

Ehem , well ini lah pertemuan pertama aku dengan Sharnaaz Ahmad ye. Okay masa ni ada kisah dramatik nya. Muehehehe. Niat asal datang sini nak guling-guling jumpa Aaron Aziz kan? Sekalii haru , nampak Sharnaaz Ahmad terus cakar lantai khen? Hakhakhak , hamboi Jah geletis nampak? *pang* Kisahnya masa aku tengah menunggu masuk , aku tengah bersembang dengan kawan-kawan aku , Sherry , Kak Hanna dengan Kak Fieza. Lepas tiba-tiba , Kak Fieza bisik dekat aku. "Mek , abang uols dah sampai!" Terus aku buat muka pelik. Abang mana pulak ni? Erk. Bila pandang belakang , aku terkaku sepoloh saat dan terus kaki mencakar lantai. Mampoo imagine macam ni uols? Tak mampoo? Buat-buat mampoo je. Hahahaha. Lepas tu bila nampak dia dekat tempat registration terus pergi tepuk bahu dia mintak nak bergambar lah khen? Terus lah pulak dia tersenyum , cair mak okeh! Hahahaha. Tehtap.

Masa bergambar pulak , kawan aku si Sherry boleh pulak cakap dekat Sharnaaz macam ni .. "Sharnaaz ingat tak budak SPM ni?" Aku dah nak guling-guling situ. Untuk yang tak memahami , pernah lah kan aku gatai-gatai tweet Sharnaaz cakap nak jumpa lepas habis SPM muehehehe. Lepas tu terus Sharnaaz cakap " Oooo IjahTemo ek?" Wahahahah , boleh tak nak guling-guling situ jugak? Wakakaka. Macam syomel sangat kau Jah nak guling-guling je kerja khen? Hiks. Lepas tu teruskan lah bergambar sampai pitamz eh? Hahahah. Terus kau lupa ye Jah katanya nak bergambar dengan Aaron Aziz bagai? Hahahah. Gitueww.

Lepas dah dapat bergambar bagai terus guling-guling mencakar lagi. Muahahaha. Lepas tu tunggu punya tunggu untuk masuk ke dalam panggung and tempat makan. Tapi aku tak makan pun sebab dah kenyang sangat sebelum datang ke Malam Gala OR ni. Tengah sibuk menunggu pandang belakang aku , boleh terkejut tengok seseorang lagi? Hahaha. Fine dramatik. Aaron Aziz baru sampai. Hahaha. Dua-dua sama terkejut tengok diri masing-masing boleh? Mestilah ada orang tu terkejut tengok Dik Ijah nya ada dimana-mana katanya! Ahaks. Kak Diyana pun tetibe terkejut excited tengok aku boleh? Over sangat statement. Muahahah :p

Eh bercherita panjang pulak kan? Baikk , kali ini gambar tak sempat snap banyak mana pun sebab keadaan agak panas dengan lampu bergemerlapan sana sini dan berpeluh mak noks *nangis*! Jadi aku cuma mampu menepek gambar aku bersama pelakon-pelakon Ombak Rindu aje lah eh? Untuk gambar seorang diri tak banyak sangat. Layan kan gambar aje eh?


bergambar dengan bang Aaron Aziz masa mula-mula sampai. ngeee.


maya karin sangat gojes!



err ini bergambar masa nak balik. hahah.

okay masa yang ni mula-mula abe Tapa tak dengar aku panggil dia.

terus terjerit kecil sambil panggil "Abe Tapaaaaaa !!!!" 

terus dia "Ooohhh sorry sorry!" Hahaha dramatik again -.-


Hafiz AF pun ada sebab dia kan nyanyi lagu OST Ombak Rindu bersama Adira AF.


Abe Bront! Ngeee.


bila nak balik terjumpa Sam. guling-guling suka jugak. hihihihi.




sakan kan berposing dan bergambar? sakan kan? T_T

redho dan tabah aje lah bang chanaz melayan peminat dia yang sorang ni kan T_T


lepas tu bila nak balik terjumpa dengan Heroin Bicara Hati , Cristina Suzanne Stockstill !!

seriously Cris sangat comel okehhh? suka suka suka! hihihi :)

Sengaja tepek gambar dengan artis dahulu kan? Selalu nya dah posting ke bawah baru retis nak post gambar bersama artis khen? Erhiks. So , malam tu yang bestnya sebab ramai artis-artis or dalam kata lain pelakon-pelakon yang datang support Ombak Rindu. Dah nama pun Malam Gala OR kan , wajib lah sekali lagi aku menonton Ombak Rindu kan? Masa tu filem belum tayang tapi aku dah menonton dua kali okeh? Ok tak elok riak. Hahaha.

Event ni memang sangat meriah okeh. Lagi best bila Hafiz AF dengan Adira AF pun datang nyanyikan OST-OST Ombak Rindu. Terbuai-buai kejap padahal sibuk mengejar retis kan? Dramatik sangat ayat! Muehehehehe :p Kalau nak cite lagi , memang sesungguhnya aku tak ingat sangat dah apa yang jadi tapi bab-bab dramatik dengan retis kesayangan mesti ingat! Gedik kan?? Hihihihi.


team Ombak Rindu! :)





tengah menunggu nak masuk terjumpa pulak novelist Bicara Hati , kak Damya Hanna.

dua-dua terkejut tengok masing-masing hahah sebab weols suka berborak di Twitter katanya! hiks :D


aku dan kawan aku , Sherry :)

So , selesai sudah berkongsi gambar di Malam Gala Ombak Rindu. Ngeee. Jangan ada yang salah faham bila aku kerap berkongsi gambar-gambar ini. Aku tahu ada yang kurang senang dan mungkin muak dan menyampah. Aku pun tak faham kenapa dan malas nak faham sebenarnya. Lagipun aku berkongsi cherita dan gambar untuk aku tatap di kemudian-kemudian hari sambil tersenyum dikala duka. Boleh macam gitu? Hihihi.

Maaf lah andai entry ini macam panjang berjela. Siap berdrama bagai khen? Sekali sekala aje pun. Ahaks. So lepas akan ada 2 entry basi lah ye? Fuhh , sebenarnya banyak lagi cherita yang teringin nak di kongsi tapi tak mampoo di kongsikan disebabkan tak cukup masa , tak cukup idea dan tak cukup rajin. Hahahah boleh macam gitu? Katakan saja boleh ye! Hahaha. Nanti kalau aku rajin , aku update lagi. Sekarang kena rajin baru boleh kumpul duit Nuffnang banyak sikit hihihih. Dok gitu meh?

So , enjoy tak dengan gambar-gambar ni semua uols? *angkat kening* Errr tetibe je pulak!

Terima kasih sudi baca entry ini :)

33 comments:

Anisa Hang Tuah said...

wa.wa..dapat jumpa retis...;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Lepas ni dpt job jadik PA retis la uols
Dh cukup fofuler sekarang ni ngeee

Anonymous said...

hoh. ko mmg suke post gambar menjeleskan kan.

abe tapa ko panggil aaron ajis. hahaahahahha

Muslimboyz said...

bestnyer kak ijah boleh jumpa aaron aziz,lisa surihani,maya karin,sharnaaz,shaheizy sam,damnya hanna..waaaaa nak jumpa jugaaaaaa... sedih2 huhu :)kalau baik kirim salam dekat aaron aziz ye :)

Muslimboyz said...

bertuah kak ijah bcoz can meet aaron aziz,maya karin,lisasurihani,sharnaas,shaheizy sam,damnya hanna huhu nak jumpa kalau rajin kirim salam dekat aaron n lisa surihani :)

miloaiskurangmanis said...

Aku tahu ada yang kurang senang dan mungkin muak dan menyampah. <---- siapa kah????

yg pasti bukan iols ye...
ekekekek

mekkk... rindu ngan uols..

Hanis MY said...

kellass asyik bergambar dgn retiss je, maya karin sgt gojes!

sitiezahim said...

cunnye maya karin...ala ko tulis aje la ijah, bukan ko tayang ko peluk cium artis tuh..hehehe...

dear anies said...

len kali g ajak la sy.. hehee

anumuchan said...

nak bgmbar dgn lisa surihani jugak.heheh

Asmara said...

kalau jumpa retis lagi, kim salam boleh? muahaha.. enjoy la baca blog dak ijah ni. hihi.. :D

cik ungu said...

ini adalah cemburu.

-.-

*tikam diri sendiri~

Azie.Fauzi said...

lepas ni ajak akak sama la uwaaaaaa....ittew abg hariz hensemnyaaaaa aishhhhhhhhh

Afiqa Dayana said...

woaahhh, ade sam ! hehehe nanti ajak lah fiqa skali ~ hehehe :P

Dr K said...

wowwwwwwwww..berderet gambar posing sakan dgn artis!!! kelasssss! :)

kalau update kat FB, mesti ramai kawan yg jeles kan? ekekekeke

Unknown said...

amboi mentang-mentang dah habis periksa ashiklah jumpa retis..tak per nanti dah msk belajar balik belajar sungguh-sungguh yer

Ijah EmoTemo said...

anisa >> hehehe kebetulan je semua ni :)

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> erkk , masih belum sesuai utk jd PA retis hahaha nnt asyik menatap wajah retis sajork ekekeke

Ijah EmoTemo said...

hanie >> halamak jgn la marah! keh keh keh :p

hakhak mmg ijah panggil dia bang tapa! redho bertabah sajork la dia pun! hahah

Ijah EmoTemo said...

muslim boy >> alhamdulillah rezeki aje semua tu dik :) heheh , insyaAllah klu jmp lg sekali k? :)

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> hakhakhak choii la uolss.. mana hade uols k? mmg rindu bangat dgn uols tauuuu :(

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> hehehe kebetulan aje semua ni ngeee :p kann?? mmg gojes sgt! hiks.

Ijah EmoTemo said...

kak siti >> hahaha ijah nk tergelak baca komen akak ni tau. hahah mmg la idok berpeluk bercium tp manusia tehtap lerr ada tahap jeles nya kan? aisehmenn! hihihi

Ijah EmoTemo said...

khairin >> hehehe insyaAllah :)

Ijah EmoTemo said...

kak anum >> weee nnt blk malaysia jom jom bergmbr dgn lisa hehehe

Ijah EmoTemo said...

kak asmara >> hehehe insyaAllah :) hahaha thank you! hehehe

Ijah EmoTemo said...

cik ungu >> oh tidak! sila jgn tikam diri sendiri -.-

Ijah EmoTemo said...

kak azie >> hehehe insyaAllah k? nnt ijah tgk schedule abe tapa tu dkt event mana2 kita pergi sama2 eh? :)

Ijah EmoTemo said...

afiqa >> hehe insyaAllah :)

Ijah EmoTemo said...

Daddy Ziyyad >> Ahaks , curlastt sgt eh? :p Hihihihi , tgh terjmp semua retis ajak je la khen bergmbr terus hahah :D

Hahaahah , mmg ramai yg jeles -.- Ekekeekek

Ijah EmoTemo said...

Kak Ina >> hihihi tgh abis exam ni enjoy puas2! Dh start belajar no more lagha2 ni heheeheh

Mila Ahmad said...

kenapelah Aaron tu handsome sgt!

Ijah EmoTemo said...

mila >> hehehe nnt kita tanya dia eh? hihihi