Home

Sunday, May 20, 2012

Cherita Hujung Minggu Jijah. Cherita Korang Bagaimana Pula?

Jijah sebenarnya memang jarang mengupdate di hujung minggu. Sebab nya Jijah rasa malas. Padahal setiap hari pun malas cuma bila update di hari-hari biasa , macam UV trafik nya lagi meningkat kot? Sebenarnya tak ada banyak beza. Sebenarnya lah. Hehe. Ada macam-macam cherita yang nak dirangkumkan dalam satu entry kali ini. Tak tahu lah panjang ke pendek hasil entry ini nanti. Hehe. 


Semalam masa check Nuffnang , hati terasa bersyukur sekali apabila melihat Jijah mendapat Buffered Earning lagi. Alhamdulillah. Masih ada lagi rezeki untuk Jijah. Sebenarnya Jijah tak berharap apa sangat pun. Iyelah , belog picisan begini tak mungkin BE akan senang-senang datang menempek kan? Tapi rezeki itu tak siapa yang tahu kan? Lagipun Jijah menulis dalam belog pun bukan semata-mata kerana duit. But bila tengok apa yang kita buat ada juga hasil sedikit , teransang lebih lagi lah untuk menulis dengan lebih gigih. Hehe. Tapi niat Jijah pada asal ialah menulis berjaya buat Jijah kurangkan stress sebab dah banyak menulis kan? Ehhey, banyak pulak Jijah ni tulis ye tetibe? Ekekeke.



thank you Maxis iPhone 4S Refresh Extension :')

thank you Nuffnang :')

Alhamdulillah rezeki lagi. Meskipun nilainya masih belum banyak but atleast boleh lah Jijah mengumpul sedikit demi sedikit kan. InsyaAllah dah ada niat nak cash out cuma tak pasti hujung bulan ini atau bulan hadapan. Hehe. Kalau ada rezeki lebih lagi , boleh lah cash out awal-awal kan? Ngeee :p

Then semalam juga sempat membeli shawl. Iyer , Jijah sekarang tengah angin nak membeli shawl aje kerjanya. Sebab nya dah mula bosan tengok koleksi shawl sendiri. Jijah memang suka pakai shawl sebab nya senang tak perlu gosok. Ada jugak yan kena gosok sebab renyuk seribu tapi dasar pemalas , pergi taram pakai juga. HEHE. Jadi nya tadi sempat merembat dua helai shawl / pashmina. Sebab nya suka tengok warna pashmina tu sendiri. Jijah jarang ada warna yang warna warni atau lembut sangat. Itu pasal semalam gigih juga pujuk Umi untuk belikan katanya. Heh. Akhirnya dapat juga 2 helai pashmina baru! Yeay!


suka dengan dua-dua pashmina ni.
satu warna 2 tone : hijau
satu lagi warna purple.

chanteeeeek! :p


versi perfeeling Instagram lagi.
hihihi :/

HEHE , memang puas hati sungguh dapat beli pashmina baru. Gaya macam menang kereta Mercedes saja gaya ceritanya. Haip! Bila dapat benda baru tak kira apa pun jua mestilah hati riang ria kan?! Katanyaaaa. Hahahah. Soon ada lagi shawl/pashmina baru :p Gigih Jijah membeli sakan shawl / pashmina baru kan? Padahal bukan nak keluar pergi mana-mana pun .___.

Erhiks. Sekarang ni tak payah pergi Jalan TAR / Jalan Masjid India pun dah banyak sangat shawl/pashmina yang orang jual. Cuma bezanya part harga sahaja. HEHE. Iyerlah kadang-kadang kalau tak rembat selalu , belum tentu dekat tempat lain ada. Terutama kalau colour cantik dan corak pun cantik. Biasanya corak simple dengan warna menarik paling senang habis. Jijah dah selalu hampa bila shawl/pashmina yang berkenan dihati sold out dengan pantas. Paswah! Lol.

So korang semua , apa cherita hujung minggu korang? Ada pergi mana-mana tak? Hehehe , Jijah memang keluar ke tempat yang berdekatan sajork memandangkan semalam memang dekat mana-mana jammed teruk dan khabarnya banyak jalan ditutup kan? Oh sebelum terlupa Tahniah Kelantan kerana memenangi Piala FA dan juga Tahniah Hafiz kerana memenangi Mania! Semalam memang bukan sahaja ada program tv yang menarik tetapi acara perebutan remote pun berlangsung dengan jayanya! Tak gitu? Eh baiiiii.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

10 comments:

Asmara said...

mania? apa tu rancangan baru ye? sat gi google. skrg fesyen shawl2 kan. ahkak jugak yg ketinggalan, tak pandai pakai lgi. hikhik..

kak ina kl said...

hujung minggu hb x dak..akak dengan senang hati boleh layan macam-mcam cerita kat tv..selalunya dia ashik layan rancangan sports ajerk..bosan aa

miloais milo said...

iols tak reti pakai mende ni nok.. takut gak - nati jadik camne kes uols dulu.... hahahaha

tiefazatie said...

best gle dpt BE lg!tahniah dear!
btw..cumil je pashmina tue/..hee

Myra Jay said...

Tahniah dapat BE :)


Suka tengok shawl kaler pepel tu, cantik :)

Ijah EmoTemo said...

kak as -- prog baru dari astro hehe. a'ah skrg trendy sungguh shawl/pashmina ni ngee.. ijah pun pki sbb nk mudahkan kerja xyah gosok2 ekekek

Ijah EmoTemo said...

kak ina -- hehe bebas kejap eh akak :)

Ijah EmoTemo said...

kaka milo -- haippp!! syhhh dendiam! hahahahaha

Ijah EmoTemo said...

ifa -- tq tq ifa! ngee :) a'ah itu pasal ijah terus rembat shawl tu sbb nmpk cumil tp payah jgk nk pki tu -__-'

Ijah EmoTemo said...

myra -- tq tq! hehe. a'ah :)