Home

Wednesday, May 16, 2012

Berposing Sakan Dengan Geng Aaronators. Curlast tak?! - Edisi Jimba Ria Di Genting Highland Bersempena Dengan ABPBH2011 Part 5

Jijah kembali nak menyambung lagi kisah Jimba Ria Jijah di Genting Highland bulan lalu dikala mood nak menghapdate belog pun tengah ada ni. Tapi macam nak tergelak pun ada. Tajuk entry ini kemain lagi kau panjang dia kan? Hahahaha. Jadinya masa hari Ahad , 8 April 2012 tempoh hari , pagi-pagi Jijah dah bangun dengan cergasnya. Bila bangun sahaja pagi itu terasa seronok sangat tengok luar tingkap hotel.

SubhanaAllah. Cantik.



Lovely Sunday morning masa tu. Indah sungguh perasaan bila tengok luar tingkap hotel macam ini. Sangat cantik dan sangat tak sabar nak menyambung jimba ria sebelum ABPBH2011 berlangsung malam nya. Hehehe. Bangun sahaja terus pergi solat dan breakfast. Biasalah tempat sejuk kan? Harus perut menggedik sungguh asyik nak melahap makanan sahaja. Lepas tu Kak Ita sempat bekalkan Rainbow Cake untuk Jijah masa malam sebelum tu Jijah sakit kaki tu. Jadinya sudah pasti Jijah melahap Rainbow Cake itu dulu. 


yummy!

Kak Ita pun ada belog dan belognya semua mengenai kek sebab Kak Ita memang buat dan jual kek , cupcakes dan macam-macam lagi. Kalau korang terasa nak tempah kek-kek Kak Ita yang comel dan sedap ni korang boleh pergi ke SINI. Aaron Aziz pun pernah rasa kek Kak Ita hokkay! Curlast sangat! HEHE. Lepas dah makan kek sambung pula makan makanan yang dibawa bekal itu katanya. Tak mampooo nak membeli belah waima makanan dekat Genting Highland katanya. Harga mahal mencanak tapi rasa ala-ala je khen? Paswah!

Lepas dah siap makan terus pergi mandi dan bersiap sedia untuk bertemu dengan geng Aaronators. Hah , rasanya ramai kot tahu Aaronators tu apa? Tengok nama pun tahu ada terselit nama retis pojaan Jijah khen? HEHE. Itu adalah kelab peminat Aaron Aziz katanya. Memang dah berjanji pagi tu nak berkumpul dan berjumpa dengan Kak Ita , Kak Sue , Kak Noraini semua. Bila dah bersiap semua sempat juga berposing depan lif. Kekdahnya lif hotel ni lambat betul nak terbuka , jadi sempat berposing untuk hilangkan bosan. Boleh begitu? Hehehehe. Bila dah masuk lif , tengok-tengok EH ? AG Hot FM dengan anak-anak dia lah. Berborak kejap then boleh terus buat permintaan nak ajak bergambar. Ekekekek. Curlast kau Jah , permintaan terus kalau yang berminat khen?! Haruslah , Jijah bergambar dengan fofular dan dikenali sajork! Hahahaha , siot je kau Jah!


nak tergelak pun ada tengok gambar ni.
sebab bergambar sekali dengan anak-anak AG -__-'
HAHA.

Tapi apa-apa pun AG Hot FM memang peramah gituew. Tak ada kekwat ke , nak sombong atau apa sahaja memang tak ada. Hehehe. Lepas bergambar saja , terus pergi ke luar hotel. Pergi dekat luar Arena Of Star. Memang dah berjanji nak berjumpa dekat situ. Bila keluar sahaja dari hotel , cuaca memang sejuk tapi tidak lah macam malam sebelum tu. Itu memang betul-betul sejuk hehe. Sambil nak menanti semua datang , Jijah dengan Kak Echa pun bergambar dan berposing lah dulu apa yang patut khen? Biasalah , bila kita bertemu dengan geng yang syok nak berposing dan bergambar , tak kira dekat mana-mana pun nak bergambar kan? Hehe.


suka pulak tengok gambar ni :p


tepi lori #punboleh juga nak bergambar.
korang hado? 
haha , lame!
=.='


Kak Ita , Kak Sue , Kak Echa dan Jijah.



Hah !
Berposing sakan kan?! :p

Tengah syok berposing dengan geng Aaronators , tiba-tiba terdengar orang panggil nama sendiri. Masa mula-mula dengar ingatkan orang lain lah kot kan? Tapi makin lama makin banyak pula kena seru dengan nama sendiri terus toleh belakang. Terus opocot terkejut tengok-tengok , "eh Syafie Naswip? eh Pawie?" Terkejut sangat-sangat tengok diaorang sebab dah tanya si Ayie (Syafie Naswip) tu datang ke tidak ABP? Dia jawab tak datang. Bila tengok dia datang terus lah pelik. Terus tanya dia lah kan eh datang jugak ABP? Tapi si Ayie tu jawab tak lah nak pi main dekat theme park je. Hahaha , terus Jijah paswah lagi. Tetibe je nak paswah bagai khen? Korang mampoo tetibe retis yang tegur Jijah dulu khen? Matilerrrrr perasan terlebih! Hahahaha. 

Lepas tu macam biasa bergambar ajelah kan meskipun dah banyak kali jumpa khen? Iyerlah si Ayie ni pun Jijah dah anggap macam abang dah pun. Eh memang abang hangkut Jijah dah pun khen? Ekekekek. Kata Kau Jijah! 



Jijah dan Syafie Naswip :)


Jijah dan Pawie.
Dah macam retis pulak Pawie , haha , Pawie dekat bahagian dalam , Jijah dekat bahagian luar khen? Curlasttt ehh.

Lepas Pawie dengan Ayie masuk dalam theme park , kembali berposing katanya. Nampak sangat tak ada kerja khen?! Habis tu Jijah memang tak kan masuk lah theme park ye rerakan. Jijah memang gayat dan penakut nak cuba segala roller coaster dan rerakan itu. Lagi bagus Jijah melangut tepi Arena Of Star dari menakutkan diri sendiri naik segala jadah tu ye. Ekekekek , nampak benor penakut ye Jijah?! *dush* HEHE. 


Ika dan Jijah.



Hah! Gigih tak? Gigih tak bergambar?!
LOL :P

Eh asyik bergambar dengan Aaronatos sajork khen? Agak-agak korang Jijah ada ke tidak ni bergambar dengan Aaron Aziz? :p HEHE. Sebenarnya juga memang tengah menunggu Aaron Aziz datang pun. Tengahari tu dia ada dekat Melodi katanya! Haruslah Jijah nak buat lambaian ratu khen?! HEHE , tehtap dengan lambaian Diva nya tu pun! Ahaks! Tapiiiii... sebelum terjumpa Aaron Aziz terjumpa pulak ... ... ...


Zizan :p

Wah Wah Wah , Part 5 ni kemain panjang lagi entry dengan gambar-gambar nya kan? HIHIHI. Okay Jijah rasa sudah sangat patut untuk berhenti menulis mahupun menepek gambar-gambar. Jijah pun dah penat mengetuk kibod. Dah lah hari ini cabaran sungguh nak update belog. Internet kemain kau lembap macam siput ! Haish. Niat asal nak update awal-awal pun dah tak mampu sebab internet melembapkan diri gituh. Paswah lagi. 

So nantikan Part 6 esok barangkali. Tak terdaya dah nak update malam karang dengan tahap kelembapan internet ini. Sadis. Apa-apa pun enjoy baca entry yang cherita nya sudah separuh basi ini. Almaklumlah Jijah baru ada mood untuk mengupdate katanya. HEHE. So korang rasa bila Jijah bertemu Aaron Aziz tu akan ada drama ke tidak? Hiks , nantikan Part 6 okes! :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

14 comments:

Tina Othman said...

wah berposing sakan

KhaiRin : anies said...

suka tgk kek tu hehe

Kamalia said...

amboi jijah..sakan ye..haha
ag tu anak dia sume lelaki ke?
*tetiba tanya pasal ag pulak..haha*

M@M@ SH@RIDZ said...

bestnya....

http://memoriessharidz.blogspot.com

P U C A T said...

gambar semua cantik!!

tiefazatie said...

adui la..jeles2..untung la kmu!hee

Ijah EmoTemo said...

tina -- heheh itulah pasal. sakan sgt ijah hahaha

Ijah EmoTemo said...

khairin -- khenn? sedap pun sedap hehehe

Ijah EmoTemo said...

kamalia -- haha itulah pasal. sakan sgt :p

a'ah anak dia semua lelaki hahahah

Ijah EmoTemo said...

mama sharidz -- hehe mmg best :)

Ijah EmoTemo said...

pucat -- heheh thank u!!! :D

Ijah EmoTemo said...

ifa -- hehe jgn la jeles ifa hehehe. alhamdulillah rezeki saja ni eheheh..

Myzaril said...

Jijahhh!!! Nak kek shedap tuhhh!!! Ekekekek..salute ah jijah punya energy kalah2 bateri enerizer..voley gitu

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hamboiiiii pose ngan ur BFF tue ai loike....dok tgk tangan tue auwwww....rainbow cake biler la ai nak ada mood rajin nak bikin ni uwaaaa