Home

Thursday, June 21, 2012

[Review Movie] Gambar-Gambar Di Sekitar Malam Gala Filem Aku Kau & Dia. Jangan Lupa Untuk Menonton Pada 28 Jun Nanti !

Minggu lepas aku telah berkesempatan untuk menghadiri Malam Gala Filem Aku Kau & Dia yang telah berlangsung di Cathay Cineplax e@curves. Aku memang tidak melepaskan peluang untuk menonton filem Aku Kau & Dia setelah mendapat jemputan untuk menyaksikan preview filem ini. Memang sudah lama juga aku menantikan filem ini memandangkan sudah acap kali juga aku menonton trailer filem ini di Youtube sebenarnya. Gigih sangat kan? HEHE. 






Filem Aku Kau & Dia ini merupakan terbitan Tayangan Unggul dan telah diarahkan oleh Pierre Andre. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Remy Ishak , Zarina Jamalullail , Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Oleh kerana sebelum ini aku sering melihat trailer filem ini , maka keinginan untuk menonton filem ini memang berganda-ganda. Mungkin juga aku teringin untuk melihat kemunculan Remy Ishak di layar perak. Mungkin juga aku tertarik kerana aku ingin mengetahui jalan cerita ini bagaimana. Banyak mungkin yang menyebabkan aku sangat excited untuk menonton filem ini. 


Sebelum aku memberi pendapat aku tentang filem ini , aku rasa lebih baik aku menepek sinopsis filem ini untuk memberi korang gambar tentang filem ini. Aku tidak mahu memberi sebarang spoiler tentang filem ini tetapi cukup sekadar sedikit pendapat aku yang tidak seberapa ini.

Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu.  Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut.  Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. 

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan.  Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakah Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan? 




sejujurnya Jijah gigit jari melihat abam Wemy pakai baju warna putih ini.
kachak! @_@

*panggggggg

Komen Jijah :

Bagi Jijah filem Aku Kau & Dia ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan tersendiri. Ada banyak persoalan yang akan korang turut sama tertanya-tanya tatkala menonton filem ini. Bak kata Harun Salim Bachik semasa di Malam Gala tersebut , dia turut bermain dengan imaginasi tatkala melakonkan filem ini begitu juga tatkala korang menonton nanti sebab akan ada banyak benda yang bermain di fikiran korang. Eceh. Boleh dikatakan untuk jalan cerita filem ini tidak mengecewakan aku sepanjang menonton. Cuma mungkin jalan cerita ini dipermulaan agak lambat sedikit , sedikit aje , jangan bimbang , namun itu tidak membantutkan perasaan aku untuk menonton dan mengetahui kisah seterusnya. Mungkin itu hanya perasaan aku sahaja dan korang perlu menonton sendiri untuk mengetahui bagaimana jalan cerita filem ini yang sebenarnya!

Jijah sebenarnya suka melihat karakter Remy Ishak yang sedikit berlainan dalam filem ini. Tidak seperti kebiasaan yang kita lihat dalam layar perak mahupun dalam kaca tv. Watak Remy Ishak sebagai Izlan banyak memberi warna dalam filem ini. Sedikit sebanyak tidak lah korang akan terasa sendu sepanjang cerita ini sebalik akan tertawa dan tersenyum selain berduka melihat Mia yang sedih kerana cinta. Sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan , watak Zarina Jamalullail tidak begitu mengecewakan. Mungkin masih banyak lagi yang perlu diasah namun a good try! Iyelah watak yang dilakonkan pun sebenarnya agak berat kerana asyik bermain dengan emosi. Lakonan Pekin meskipun hanya seketika sahaja namun tidak pernah mengecewakan bagi yang menontonnya. Percayalah cakap Jijah. Errr tapi kalau korang rasa lain , mohon jangan kejar Jijah okes? :p

Apakah yang akan terjadi di pengakhiran filem ini nanti? Adakah Mia bakal bersatu dengan Izlan? Atau sebaliknya? Jadi jangan lupa untuk menonton filem Aku Kau & Dia pada 28 Jun nanti okes? Oh sebelum terlupa , Jijah kasi 3 bintang dari 5 bintang untuk filem Aku Kau & Dia ini. 

HEHE , Jijah sebenarnya bukan pandai sangat untuk memberi pendapat tentang sesebuah filem. Cuma sekadar memberi pendapat apa yang Jijah nampak dan rasa sahaja. Mungkin pandangan kita lain-lain dan mungkin korang suka dan mungkin juga korang tidak suka. Itu terpulang.  Tapi dalam tidak tahu mengomen dan memberi pendapat pun masih panjang berjela Jijah kasi komen kan?! Begitulah kan. Mungkin juga agak terlambat Jijah meng-update pasal ini tapi tidak mengapalah masih belum basi lagi khen? Hehehe. Asyik bercherita tentang pendapat sahaja , mari lah pulak tengok gambar-gambar di sekitar Malam Gala Filem Aku Kau & Dia ini pula. Agak sadis bila abe Remy Ishak tidak datang pada malam tersebut dek kerana demam panas. Tapi tak mengapa lah sebelum itu dah berjumpa kan? So di maafkan ! Eh? :p










Malam Gala Filem Aku Kau & Dia meriah dengan diserikan Dina Nadzir sebagai hos pada malam itu dan juga Shila Amzah penyanyi OST-OST Aku Kau & Dia. Waduh , makin beremosi apabila mendengar lagu Deja Vu dan juga Aku Kau & Dia! HEHE , tehtap nak feeling emo-temo dimana-mana kan Jijah? Ngeee. Apa-apa pun terima kasih Tayangan Unggul untuk goodie beg dan peluang untuk menonton filem ini pada Malam Gala tersebut. Best uols goodie beg nya! Dapat jersey Aku Kau & Dia lagi! Tak semua orang hader hokkay! Mek terasa melerts gitu tetibe! Tetibe je kan nak melerts bagai! Hahahah. Nanti mek tayang dekat uols jersey melerts ituew! Katanyaaaaa...

Jadi hanya ini sahaja pendapat dan perkongsian gambar-gambar pada Malam Gala Filem Aku Kau & Dia tempoh hari. Maaf andai ada yang tidak setuju dengan komen Jijah. Semua ini hanya lah komen dan pendapat peribadi Jijah. Apa-apa pun korang jangan lupa untuk menonton filem Aku Kau & Dia pada 28 Jun nanti okay? Pastinya ia sebuah filem yang romantis dan sangat sesuai untuk korang menonton bersama dengan orang yang korang sayang. Bak kata Pekin dalam trailer filem yang ada di bawah ini .. "Belajarlah menghargai apa yang di depan kita sebelum terlambat".. 




trailer Aku Kau & Dia
Jangan Lupa Menonton 28 Jun nanti !


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

5 comments:

Saya Disini said...

:)

msredcheesecake said...

comeyla heroin dia....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

siapakah zarina jamalullail ituew???? adakah dia yg pakai tudung la ni...nnt blk tgk sure ada org upload kat blog movie melayu tue

Myra Jay said...

Yeahhh!! Akan cari CD nanti..hehehe ;)

Sebab en suami tak suka p tengok wayang...huhuuu

tiefazatie said...

wah..mcm retis ko dik..hee