Home

Thursday, November 8, 2012

Kiriman Dari Singapura & Kiriman Dari Nuffnang Yang Paling Dinantikan. Persoalannya Apakah?

Tajuk bukan main panjang macam nak ajak orang berdebat atas pentas untuk menang Piala Perdana Menteri kan? Tapi malangnya memang Jijah tidak bertanding untuk apa-apa pertandingan. Sebaliknya mungkin Jijah sudah merindui untuk mengetuk kibod sementelah beberapa ketika berhenti mengupdate apa-apa dek kerana sering jiwa kacau tak tentu hala khen? Eleh , perfeeling jadi Ain Hawani lettuew nak jiwa kacau sokmo! Ahaks.

Sebab asyik sibuk dengan jiwa kacau sampai banyak sungguh cherita yang nak dicherita tak sempat nak dicheritakan. Hah! Kemain lagi ulang ayat sama kan? HEHE. Kisahnya , ada kawan aku di Singapura tiba-tiba bertanya pada aku.

"Jijah....ada banyak gambar abe Tapa dalam magazine Manja.. kau nak tak?"

Abe Tapa = Aaron Aziz

Masa tu , bila aku baca saja , boleh tahan nak terlompat juga. Gedik gelenya sangat. Heh. Tapi aku ni sebenarnya bukan jenis beriya sangat nak membeli majalah atau sebagainya. Maklumlah , diri sendiri pun bukan nya berisi sangat poketnya. Jadi nak melagho nak membeli pun kena fikir banyak kali kan? Sekali kawan aku cakap ... "tak payah fikir berapa ringgit nak bayar , aku hadiah kan aje!" Hah... suka tak suka tak? *pangggggggg* Hahahah , suka sangat katanya! Hiks.

Dekat seminggu juga menunggu dengan penuh kegirangan katanya. Mohtif girang bagai? Ada yang mahu minta pipi gebus di lempang khen? Hahahaha... tunggu punya tunggu... 


nampak tak ? nampak tak?

Jijah dapat 2 copy magazine Manja!

Masa buka bungkusan tu Jijah macam pelik sebab dapat 2 copy magazine Manja. Sekali terperasan ada nota kecil untuk Jijah. 

"Aku kasi kau 2 copy senang kalau kau tercakar salah satu magazine tu , still ada dalam simpanan lagi satu..." 

-.-'

Hahahahahahah...masa baca nota kecil yang ala-ala begitu ayat nya , terus Jijah rasa nak pengsan! Mentang-mentang Jijah kalau nampak aje gambar abe Tapa terus konon nya nak mencakar lah , nak pengsan lah , tapi tidak lah sampai dibiarkan terkoyak magazine itu. Hahahah. Anyway sangat terharu dengan kegigihan kaka Avi yang gigih menghantar 2 copy magazine ini. Ekekekeke. Gigih kasi hadiah magazine ni sebab tahu Jijah minat sangat-sangat dekat Aaron Aziz katanya! Hiks.

Terharu sangat katanya. Terima kasih kaka Avi. Nanti kalau ada magazine ada abe Tapa , kirim lah lagi. Eh! Hahahaha... :p


nampak tak kegigihan Jijah snap gambar? nampak tak? ok nampak. 
ekekekeke.

Hah , lepas itu pulak yang lagi buat Jijah kemain eksaited bila kiriman yang paling dinanti-nantikan telah pun tiba. Jeng Jeng Jeng. Cehhhh , tak payah nak jeng jeng jeng sangat lah Jijah. Dah terang lagi bersuluh Jijah dah tulis dekat tajuk entri itu kan? Hiks. 

Alhamdulillah , setelah pulun habis-habisan menulis,mengupdate dan apa saja lagi yang dibuat dalam belog kesayangan , akhirnya cek dari Nuffnang telah pun tiba ke tangan Jijah. Eksaited tu Tuhan saja yang tahu. Mungkin sebab itu hasil titik peluk sendiri kan? Maka perasaan dia lain macam sahaja. HEHE. Mungkin nilainya tidak setinggi orang lain. Tapi sebab itu hasil titik peluh Jijah , Jijah memang sangat bersyukur dengan rezeki tersebut. InsyaAllah selepas ini harus semakin gigih berusaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan ini dengan nilai lebih tinggi. HEHE.

Bila tengok hasil sudah dapat di depan mata , mesti lah semangat semakin naik mencanak-canak sebenarnya. Nampak tak Jijah terlalu jakun disitu? HEHE , maafkan saya. Alhamdulillah meski rezeki itu tidak sebanyak orang lain , sekurang-kurangnya dengan nilai kecil itu boleh juga Jijah simpan untuk kegunaan di masa akan datang bila memerlukan khen? Memang itu niat Jijah bila cek Nuffnang tu sampai. Gigih juga Jijah bercherita dan mengupdate pagi-pagi begini kan? Jarang sangat Jijah mengupdate pagi macam ini.

HEHE , korang semua apa cerita sekarang? Gegeh juga Jijah bertanya!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

6 comments:

Qhaifa Nur said...

baiknya kawan Jijah tu...beri 2 lagi..peminat setia Abe Tapa ni..
tahniah..best dpt cek nuffnang

Myra Jay said...

Demi abg Tapa ku sanggup..hehee ;)

BTW tahniah ye dapat $$ dari nuffnang :D

eyndayusoff said...

Minat betoi dgn AA ye :-)

sitiezahim said...

heheheh..lawa jijah snap gamba aaron aziz tu...dengan kasih sayang gitu kan..hik hik hik

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

asai ader abe tapa semua bedal ekkk
curlastt sgt abe tapa ader peminat setia mcm uols ni....:D

SeKai said...

hhoii mekjing! udah2 lah kau merembes ngan si haron neh..ahahahah...