Home

Tuesday, January 8, 2013

Minggu Kemuncak Adam Dan Hawa. Menarik Atau Sebaliknya?

Rasanya kita semua tidak asing lagi tentang drama rantaian Adam Dan Hawa yang disiarkan secara ekslusif di Astro Mustika HD. Drama Adam Dan Hawa yang mempunyai 80 episode dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa kini sudah berada di kemuncak episode nya. Terasa macam baru semalam menonton di kaca tv tapi lihat-lihat saja minggu ini sudah berada di minggu kemuncak.

Hampir lima bulan juga Adam Dan Hawa bersiaran dan terasa macam cepat sungguh masa berlalu. Masa mula-mula mengetahui Adam Dan Hawa mempunyai 80 episode , diri sendiri pun tak yakin akan mampu untuk menonton drama ini sehingga ke penghujung. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Jijah masih gegeh menonton drama ini jayanya meski tatkala menonton drama Adam Dan Hawa ini ada macam-macam omelan yang bertandang dari hati katanya. Biasalah Jijah , bila menonton drama yang diadaptasi dari sebuah novel , mula lah rasa tidak puas hati macam-macam. Serba serbi tak kena. Kannnnn?



Bagi Jijah , Adam Dan Hawa sebuah drama yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan tidak tersasar jauh dari novel itu sendiri. Sepanjang menonton 77 episode setakat ini , memang bermacam-macam emosi yang masuk dalam diri Jijah tatkala menonton Adam Dan Hawa. Bila saja menonton Adam Dan Hawa kadangkala terasa diri sendiri yang sedang menyelami hati Adam Mukhriz dan juga Ain Hawani. Kadang-kadang rasa bahagia , selepas itu rasa sedih pula, dan kemudian rasa amarah dan kecewa pula. Nampak tak emosinya macam mana bila menonton Adam Dan Hawa? HEHE. Aku memang tidak nafikan Adam Dan Hawa pada permulaan episode memang tidak membosankan. Paling membahagiakan rasanya bila melihat dalam Adam Dan Hawa yang divisualkan ditambah perasa dengan scene-scene yang tiada dalam novel. Faham tak rasa bahagia dia macam mana? Rasa macam nak meloncat-loncat sampai ke awan katanya! Tapi kemudian jatuh tersungkur sebab terover gembira. Hahahaha. 

Cuma biasalah bila episode terlalu panjang , ada sesetengah episode itu agak membosankan. Atau itu mungkin perasaan Jijah saja. Tapi Jijah tetap setia juga untuk menonton kerana bukan sahaja kerana hendak menonton lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa sebaliknya hendak melihat bagaimana Adam Dan Hawa yang divisualkan. Sebagai pembaca novel tersebut , haruslah Jijah hendak lihat bagaimana adaptasi yang diberikan. Baguskah atau sebaliknya kan? Memang so far kadang-kadang agak kecewa jugalah bila scene untuk watak-watak tempelan lebih banyak daripada watak Adam Mukhriz dan Ain Hawani itu sendiri. Terutama bila scene untuk Johan dan Azie serta Muzaffar dan Dee dipanjangkan lebih dari kisah Adam Mukhriz dan Ain Hawani itu sendiri. Kadang-kadang tertanya-tanya , mana Am? mana Ain? mana? mana? *dushhhh* HAHA. Agak kecewa bila di sepuluh episode terakhir agak kurang menyengat sedikit dek kerana banyak kisah pasangan lain berbanding Adam Mukhriz dan Ain Hawani katanya. Tak apa lah , mungkin malam ini kembali menyengat dengan kisah Am dan Ain nya. Kannnn? Positive sangat katanya! HAHA.

Gegeh tak Jijah tetibe buat ulasan bersempena dengan minggu kemuncak Adam Dan Hawa? Memang sangat gegeh uols! Hampir 5 bulan bertapa depan tv sampai berebut remote tv sepanjang Isnin - Khamis , pukul 10 malam kan? Tatkala ada yang kata Adam Dan Hawa sudah mula boring , sudah mula bosan , Jijah masih lagi dengan penuh harapan menonton Adam Dan Hawa tanpa pernah kenal erti jemu katanya. Nampak tak sweet Jijah itu? Okay muntah berjemaah please. HAHA. 

Meskipun ada beberapa scene Adam Dan Hawa yang dibayangkan akan terus kekal menjadi bayangan , tapi Jijah tetap memuji yang Adam Dan Hawa yang divisualkan berjaya membawa Jijah ke satu perasaan yang berbeza. Adam Dan Hawa yang divisualkan memang sarat dengan macam-macam emosi. Siapa yang menonton sejak awal episode pasti tahu kenapa Jijah berkata demikian. Rasanya sejak menonton Adam Dan Hawa hampir 5 bulan yang lalu (oh wow! how time flies?!!!) memang senang sangat nak tersenyum , tersengih , menangis , marah dan kecewa tanpa rasa jemu juga. Memang sangat sarat dengan emosi drama Adam Dan Hawa ini. 

Gituew. Sekarang ni aku nak berkongsi gambar-gambar cantik hasil kreatif kerekarlu yang aku ambil dari forum CARI. Memang cantik gambar-gambar dari beliau. Saja nak kasi korang cuci mata jugak kan? GEGEH kau JAH! -___-'









Terasa macam fanatik sangat-sangat pula melihat kegigihan diri sendiri menepek gambar-gambar begini. Sekali sekala uols. Apa salahnya kan? HEH HEH HEH :p Sejujurnya Adam Dan Hawa memang sebuah drama yang sarat dengan emosi. Bila menonton hampir 77 episode Adam Dan Hawa , aku sendiri pun macam tak percaya boleh menonton sehingga ke saat sekarang punya episode. Memang terlalu banyak suka dan dukanya sama seperti dalam novelnya cuma kadangkala ada sesetengah scene tu perasaan dia lebih mencengkam jiwa. Terutama bila Adam Mukhriz mula merindui Ain Hawani , bila Ain Hawani tertekan dengan status yang dia miliki serta konflik-konflik lain. 

Mungkin aku ada juga sedikit kecewa apabila ada sesetengah plot penting Adam Dan Hawa tidak divisualkan tapi cuba pujuk hati apabila ada juga sesetengah scene yang tiada dalam novel divisualkan lantas Jijah terus mencakar kan? Hiks. Gituew lah Jijah. Sebenarnya tak sabar untuk menonton episode akhir Adam Dan Hawa katanya. Biasalah , kalau dah menonton dari awal , rasa sayang kalau tak menonton sampai habis katanya. Tak sangka Jijah berjaya mencakarkan diri menonton Adam Dan Hawa sehingga penghujung cerita ini. Macam tak percaya walaupun dulu pernah mencerca sebab 80 episode kan? Sekarang kalau boleh nak suruh tambah lagi 100 episode! LOL! Sinetron sangat kalau sampai 100 episode kan! T___T




EH EH mencakar tetibe tengok eh eh. LOL.

gif cantik credit from forum CARI lagi sekali.

thanks to : avrilizana 

Ekekekek. Yes entri ini memang panjang Jijah tahu. Tapi tetap tak tahu macam mana nak berhenti dari mengetuk kibod ini kan? HEHE. Apa-apa pun pujian harus diberikan kepada team Adam Dan Hawa yang berjaya menghasilkan adaptasi untuk novel yang sangat digilai ramai ini. Sebuah adaptasi yang baik walaupun mungkin ada sikit yang Jijah kurang puas hati. HEHE , biasalah tu. Mana ada adaptasi yang sempurnakan? Gituew. Sepanjang 77 episode Adam Dan Hawa memang ada macam-macam rasa yang terpahat dalam diri katanya. Ada rasa bahagia yang teramat sangat , rasa sedih yang mencanak-canak , rasa geram yang terlampau-lampau dan rasa kecewa yang tak boleh nak dibendung. Memang kena tonton sendiri baru faham kenapa katanya. 

Tapi mungkin ada sesetengah orang merasakan lain daripada apa yang Jijah rasakan ? It's up to you guys. Ini sekadar pendapat peribadi katanya. Oh ini memang pendapat peribadi semata-mata katanya. Tak ada unsur apa-apa pun. Jangan cuba untuk salah ertikan pula yer. Gituew. Memang Adam Dan Hawa mempunyai impaknya yang tersendiri. Thumbs Up untuk produksi Adam Dan Hawa. Juga untuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa yang berjaya membawa watak masing-masing sehingga Jijah masih lagi gigih menonton sehingga ke saat akhir ini. Kannnnnn?

So kekdahnya ada ke orang yang gigih macam Jijah menonton Adam Dan Hawa? Komen korang? Gituew.

Oh last but not least. Agak-agak mencakar tak tengok? Agak-agak? T___T


Jangan Lupa Menonton Episode 80 , Kemuncak Adam Dan Hawa , Khamis ini 10 Malam ekslusif di Mustika HD 134!

iklan sangat! Global Station tak nak kasi upah ke Jijah buat iklan macam ni? erkkkkk *larikkkkkkkk*

Terima kasih sudi baca entri ini.

10 comments:

Myra Jay said...

Dah nak abes crita ni kan Jiajh.. Sama la terikut2 emo saat menonton :)

Ada part yg terlepas gigih nonton online, bila takdak scene Ain ngan Adam terus skip especeially part Azi ngan Johan.. Skip je..hehee

mizz_aein said...

Wauu...menjadi!!! Gambar yg last tu memang mencakar gilaa

Rinna said...

Sekejap ajekan rasanyaa masa berlalu dah nak abis dah citer AH nie..

Tapi tu ler.. bila nak abis nie masih sibuk ngan babak dee ngan muzaffar laa plak.. adoiyai..mmg sengal laa.. Napa laa tak tumpukan aje kisah A & H aje.. sampai abiskan.. dan nak tgk keromantika A & H..sampai boleh mencakar laa..heheh

Mmg AA seorg yang romantis bila berlakun tapi NN bila part romantik nie jadi kejung laa plak.. tuh yg citer part somi isteri cam kureng jerk.. Sabo je laa..

Walau apa pun thumbs up laa utk pelakon dan produksi kerna berjaya membuatkan citer nie sebagai satu fenomena tuk tahun 2012.

Quincie Hani said...

Hahaha gmbr last sgt mencakar *cakarijah*

Quincie Hani said...

Hahaha gmbr last sgt mencakar *cakarijah* adam mukhriz akn drindui sobs

Anonymous said...

kejung sangat tu x la kot rasanya..kekok or x bias mayb..ye la..watak dia tu memang x pernah bercinta pun tup2 kawin mcm tu berpisah..x pernah bersama...bertemu berjumpa bersama pun kejap sangat...so rasanya sesuai la cara dia bawa..but for me..aa dan nn dah bawa watak masing gan baik dan chemistry tu sangat bagus cuma mungkin kalau ada peluang berlakon bersama lagi dalam drama mcm ni dorang boleh more feeling2 but bukan over the limit..just nice cuma tambah perasa sikit ja lagi..tapi mcm dorang buat dalam drma ni pun dh ok cuma ade sikit2 je part yang perlu ditambah ajinomoto...hehehe

sitiezahim said...

hahaha power la jijah..mmg peminat setia hehehe...mmm akak tak layan adam hawa ni (walau baca novel). penah tengok ep 1 je dulu hehe..tp rasanya sehangat asmara ni nak folo la..hihihih

Qhaifa Nur said...

percaya tak....
wlaupun citer ni femes...akak tak pernah tgk...lps ni mmg kena cari novel......

Myra Jay said...

Episod semalam cam tak berapa best, banyak sangat scene 'imbas kembali' - boring..

Unknown said...

kipas susah mati aaron aziz betul jijah ni. hehehe. tapi xpernah pulak layan adam and hawa ni. dah lama tak tengok tv :D