Mungkin agak terlewat Jijah mengetuk kibod untuk tahun 2013. Tapi tak mengapalah , janji belog ini tidak bersawang katanya. Hiks. Akhirnya 2012 telah melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas. Terasa macam tidak percaya yang sekarang kita semua sudah menjejak hari ke 4 tahun 2013. Cepat sungguh masa berjalan dan berdetik kan?
2012 merupakan tahun yang paling banyak suka dan duka , pahit dan manisnya. Memang terlalu banyak kisah dan cherita yang hadir dalam hidup Jijah sepanjang tahun 2012. Ada yang gembira , ada yang menyedihkan , ada yang mengecewakan dan kalau dari segi emosi memang teruji sangat-sangat sepanjang 2012. Memang diri sendiri terasa macam tak kuat sungguh untuk melayari segala cabaran , dugaan dan masalah yang mendatang bagai tidak pernah henti dan mahu berhenti walaupun sesaat. Itulah tahun 2012. Tahun yang paling mencabar dari emosi,mental dan juga fizikal. Tapi disebalik bermacam-macam rasa yang hadir itu , tidak dinafikan 2012 tahun yang ada juga kemanisan dan kebahagiaannya juga.
Senang cerita 2012 memang lengkap segala rasa dan memang terasa teruji dengan macam-macam dugaan. Tapi Alhamdulillah , segalanya berjaya dilalui dengan baik. Mungkin lah masa terpaksa melalui semua itu terasa segala kelat dan pahitnya. Tapi sekarang segalanya aku tahu setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Cepat atau lambat baru kita akan sedar kan? Gegeh sungguh Jijah menaip panjang-panjang mengulas tentang 2012 yang dah empat hari meninggalkan kita semua. Iyerlah kan, nak update masa 31 Disember tempoh hari memang tak sempat langsung. Ada saja masalahnya. Sadis sangat!
HEHE , kalau ikutkan memang nak buat entry khas untuk 2012. Kekonon nak buat review sepanjang 2012 , sekali kau hampeh satu pun tak jalan katanya. Redho ajelah Jijah oiii. Kannn? 2013 sudah pun empat hari kita layari. Alhamdulillah , so far so good. Januari memang bulan yang sentiasa membahagiakan Jijah (so far! hahaha) . Maklumlah Jijah punya birthday pun tak lama sahaja lagi kan? InsyaAllah akan ada giveaway yang menanti korang semua. HEHE , itu giveaway yang saja-saja nak buat katanya! Bersempena dengan 11 Januari yang akan hadir tak lama lagi katanya. Just for fun! Tapi nantikan okes semua itu! HEHE.
Eh macam tak best pula cherita panjang-panjang tapi tak ada gambar kan? Ngeheheh. Nak tepek gambar apa eh? Okay marilah menepek gambar-gambar yang kekonon teaser untuk diupdate pada next entry yer! Bagi semangat pada diri sendiri agar tidak kemalasan lagi untuk mengupdate cherita yang dah tersedia basi katanya. Let's tengok apa cherita yang Jijah nak update lepas ni? Gituew.
Hah! Tiga keping gambar saja mampoooo ditepek pagi ini katanya! Kekdahnya maintain akan ada cherita pasal Aaron Aziz kan? Dah nama cherita basi uols , bertabahlah menghadapi belog Jijah yang asyik bercherita pasal Aaron Aziz sajork. Tapi jangan risau akan ada juga cherita lain. Sekarang sekadar nak tepek teaser untuk entry basi yang bakal berupdate. Asyik bertangguh saja kerjanya! Hampeh sangat Jijah ni tau! T____T
Kekdahnya esok sudah hujung minggu kembali. Korang semua ada apa-apa aktiviti untuk minggu pertama 2013 ini? :)
1 comment:
selamat tahun baru Ijah...
moga impian terlaksana juga....
Post a Comment