11 Januari hadir lagi. Syukur pada DIA yang masih lagi meminjamkan aku sebuah nyawa untuk terus bernafas merasai kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah. Untuk yang ke 19 kali nya aku menyambut hari jadi , tiada lafaz lain yang mampu di lafazkan selain rasa syukur. Kadangkala aku terleka , kadangkala aku tersesat , kadangkala aku terover , tapi aku masih tetap diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumiNya.
Alhamdulillah sekali lagi. Ketika ini perasaan bercampur baur. Tanpa sebab musabab yang kukuh , Jijah sungguh beremosi di hari jadi yang ke 19. Mungkin faktor usia yang mula mencari hala tuju. Mungkin. Mungkin terasa sudah tiba untuk berhenti dari segala aktiviti lagho. Mungkin juga. Mungkin terasa sudah penat dengan segala yang berada di depan mata. Mungkin. Ada banyak kemungkinan yang Jijah rasa , untuk umur yang ke 19 , Jijah perlu berubah untuk menjadi lebih baik dan meninggalkan segala yang Jijah rasa tidak perlu lagi. InsyaAllah , itu azam tahun 2013. Menjadi atau tidak , itu cerita belakang. Apa yang penting azam itu sudah tersemat dalam hati. Katanye.
Itu azam umur 19 tahun. Itu azam 2013. Katanya. Tapi apa-apa pun sempena dengan ulang tahun yang ke 19 tahun , hendak juga buat ucapan ala-ala artis. Walau tadi kata nak tinggalkan segala yang lagho dan melalaikan. Walau katanya tadi. Tapi ucapan tetap nak gaya macam artis. Kan? Heh.
Untuk yang ke 19 kali , 11 Januari ...
Terima kasih untuk Umi dan Ayah. Yang banyak berkorban. Yang banyak memahami. Yang banyak membebel. Yang banyak bergelak ketawa bersama. Yang banyak menangis bersama. Yang banyak selalu bersama tak kira susah atau senang. Tak ada orang yang boleh gantikan tempat Umi dan Ayah yang selalu banyak bersabar dengan kerenah anak bongsu Umi dan Ayah ini. Tak akan pernah ada. Ijah sayang Umi dan Ayah sangat-sangat
Terima kasih untuk keluarga tersayang. Tidak kira susah atau senang tetap juga bersama. Tetap juga utuh memberi kata-kata semangat. Mungkin juga kata-kata cacian? Feeling-feeling lagu Kosong - Najwa Latif pula. Macam tak biasa dengan dramatik Jijah? *panggggg*
Terima kasih untuk sahabat handai. Yang rapat atau yang jarak. Kalian tetap sentiasa mengajar Jijah erti sahabat yang sebenar. Kalian tetap sentiasa mengajar Jijah tentang erti kehidupan sebenar. Terima kasih untuk segalanya sahabat.
Terima kasih untuk semua. Tidak kira ia nya sebuah pujian atau sebuah cacian , ia tetap satu pelajaran dan pengajaran hidup yang terbaik. Tak gitu? Alhamdulillah. 19 tahun hidup di muka bumiNya , memang terlalu banyak ujian dan cabaran DIA kasi. Tetapi disebalik segala tangis hiba, DIA tidak pernah pun lupa untuk memberi sebuah senyuman dan ketawa riang untuk aku lalui hari-hari aku. DIA itu Maha Mengetahui segalanya.
Mungkin apa yang kita rasa tidak baik untuk kita , tetapi sebenarnya baik untuk kita. Mungkin apa yang kita rasa baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak baik untuk kita. Mungkin. Kita tidak tahu apa-apa. Tetapi DIA tahu segalanya.
Mungkin agak serius isi entri kali ini. Mungkin dah tiba masa untuk mencuba menulis dengan lebih serius. Kan? Banyak sangat ayat mungkin. Pening kepala orang membacanya nanti. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk aku menghirup udara segarmu , melihat panas terik matahari , merasai titisan air hujan dan menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Sebelum mengakhiri entri yang penuh dengan perkataan mungkin dan separuh serius ini , hendak juga Jijah lampirkan sebuah gambar. Ada orang tu tersilap tulis , tapi mungkin juga nasib baik Jijah agaknya. Tak pasal-pasal orang tu wish Happy Birthday. Kan? Agak-agak siapa orang tu? *dushhhhh*
agak-agak siapa?
soalan agak bimbo tak?
LOL!
p/s : motif gambar ini ialah , Jijah tetap mencakar walau nampak nama ehem dekat kertas. tetap! *panggggg*
Terima kasih sudi baca entri ini :)
8 comments:
Happy Birthday Jijah .. sebaya dgn anak sedara akk yg sambut birthday today jugak.
selamat hari lahir..
bw sini@@
http://indahsutera0605.blogspot.com
hamboiii curlastt sgt uols
dapat wish tulisan tangan lagik tue
awwwwwwww.....HB TO u naaaa
hepi besday Ijah....
moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
happy birthday!! husna baru je lpas..=)
selamat hari jadi :)
happy birthday...semoga success selalu
Happy belated besday Jijah sayang..
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki ye...
Post a Comment