Agak lama menyepikan diri dari mengetuk kibod netbook kesayangan. Kadangkala memang terasa seronok sesekali menyepikan diri untuk mencari ketenangan diri sendiri. Tapi kadangkala maca tersasar jauh pula Jijah menyepikan diri kan? HEHE. Lagipun sejak dua menjak ini angin asyik melayang-layang. Sehingga hendak mencari mood untuk menulis pun semakin susah.
Bila susah hendak mencari mood untuk menulis , terasa semakin banyak pula cherita basi dalam folder yang ada ini. Tercungap-cungap untuk membuat semua benda serentak. Terasa macam tak boleh nak teruskan terus. Tapi macam biasa, terasa sayang pula kalau dah penat-penat gigih pergi macam-macam event tapi tidak diupdate dalam belog kesayangan kan? Gituew. Reti pulak nak hargai kepenatan tu kan? Habis tu tak reti-reti nak update cepat-cepat khen?! *dushhhhhhh*
Memang sengaja nak membebel dalam entry kali ini. Memang sengaja pun. Tapi kalau membebel tak letak gambar sekeping dua macam tak seronok pulak kan? HEHE. Antara gambar 2013. Alhamdulillah 2013, so far so good. Ada yang okay dan ada juga yang sebaliknya. Cukuplah 2013 memberikan Jijah sinar kebahagiaan serta kekuatan luar dan dalam saja. Itu sudah lebih daripada cukup untuk Jijah. Jom layan gambar?
I'm a happy fat girl -__-'
makan , makan , makan! lepas tu complain gemuk? *hentak kaki kuat-kuat*
my lovely GS!
Dik Jing is my another name. Don't ask what and why. HAHA.
walaupun agak macam mengANJING. but totally tak ada kena mengena. -__-'
Oh macam seronok pulak tepek gambar sendiri banyak-banyak. Terasa macam baru betul-betul belog sendiri. Gedik pula baca ayat sendiri. HEH. Selalu asyik gambar Jijah dengan retis saja kan? Macam bosan pula tengok gambar-gambar macam itu. Sekali sekala tengok gambar camwhore best pula. Walaupun orang yang melihat macam nak muntah dan tercekik tatkala melihat kan? Heh , ada Jijah kisah katanya? Gituew!
Tapi lepas-lepas ini Jijah beri amaran siap-siap memang akan ada banyak gambar-gambar Jijah bersama retis yang mungkin yang sama dan kegemaran iaitu Aaron Aziz lah kan? Siapa lagi kalau bukan dia kan? Dan cherita itu memang cherita basi. Tapi nak juga nak juga nak juga *pangggggg* tepek gambar-gambar dan cherita dalam belog kesayangan kan? Gituew lagi. Jijah tahu walau korang ala-ala mata ke atas tangan ke dada pun mesti korang rindu nak tengok gambar-gambar Jijah dengan retis kesayangan Jijah yang seorang itu kan? kan? kan? Hahaha , annoying sangat itu Jijah oiiii ! :p
HEHE. Terus merapu entri ini kan? Belog pun boleh tahan sendu dan bersawang kan? Mana taknya kalau asyik menenangkan diri sampai lupa nak update kan? HEHE. Tapi rasanya so far boleh tahan banyak juga Jijah update berbanding 2012. Memang 2012 tahun yang paling sendu Jijah update segala cherita kan? Ngehehe. InsyaAllah , kalau ada kelapangan yang lebih banyak daripada biasa akan update dua kali sehari terus. Kalau tidak , tengok saja lah sekali sehari saja updatenya kan? HEHE.
So are you excited untuk membaca cherita basi dari Jijah? Okbye!
teaser sekeping gambar dulu ok? :p
oh ini gambar lama.
Terima kasih sudi baca entri ini :)
2 comments:
wahhh seronoknya...
http://nurulnamasaya.blogspot.com/
seronok dapat baca blog Jijah...
Post a Comment