Kali ini nak bercherita tentang cherita basi yang tak berapa nak basi sangat sebenarnya. Tentang pertemuan dengan rerakan Jijah yang Jijah gelarkan sebagai Geng Senah. Ada beberapa sebab kenapa mereka digelarkan sebagai Geng Senah kekdahnya. Tak lain tak bukan sebab masing-masing sibuk menyenahkan diri dengan drama yang sedang ditayangkan di Mustika HD ketika itu , Adam Dan Hawa katanya! Dah alang-alang bertemu dengan Geng Senah itu , ajak sekali penulis novel Adam Dan Hawa , Aisya Sofea untuk bertentang mata sekali. Amboi , bertentang mata katanya! Ayat kalau tak over memang tak sah kan? Ekekekeke.
Maka bertempat di Asiari , SACC Mall , Shah Alam , kami semua bertemu dan menjoyahkan diri disitu. Meskipun baru pertama kali bertentang mata dengan semua Geng Senah dan juga dengan Kak Sya , tapi masing-masing terus ala-ala lupa diri terus bila menjoyahkan? Haruslah! Kata Geng Senah? Mestilah masing-masing ala-ala lupa diri terus kan? Gituew.
Tak ada apa sangat yang dijoyahkan pun. Selain daripada bercherita tentang keterujaan kami tentang drama Adam Dan Hawa katanya. Biasalah kan? Teruja tentang drama Adam Dan Hawa ketika itu berada di mana-mana dan bila-bila masa katanya kan? Sekarang pula dah bertukar angin teruja dengan Sehangat Asmara pula. Aduhai , bila entah nak habis daripada perasaan teruja ini kan? Hahaha..
Okay apa kata kita tengok gambar-gambar dulu jom?
Eh eh aku yang tepek gambar, aku pula yang terasa lapar. Macam mana ni? Ekekeke. Memang makanan dekat Asiari ni bagi aku sedap-sedap belaka. Kena dengan tekak melayu aku ni kan? Haruslah kan! Memang dah jadi tempat kegemaran kalau pergi dekat SACC Mall. Dekat situ dah macam-macam jenis makanan aku try memang best! Portion makanan pun besar tau! Tetibe peromot Asiari kan? Hahahaha..
Bertemu dengan Geng Senah tempoh hari memang seronok. Macam-macam cerita dijoyahkan. Macam-macam perkara dibualkan. Sampai terasa macam masa yang ada tempoh hari minta dipanjangkan lagi tempoh joyahan dek kerana terlampau banyak benda nak dijoyahkan kannnn? Kebetulan masa bertemu Kak Sya, masa itu Sehangat Asmara sedang bershooting. Maka sebab itu lah , Jijah pernah tunjuk pada korang yang Jijah ada dapat beg yang ditandatangani oleh Adi Putra & Rita Rudaini uols! Itu memang khas dan khusus untuk kami sahaja katanya! Memang terharu sangat-sangat! Beg dari Australia katanya! Gila tak terharu uols? Rasa nak peluk siyom terus beg tu bawak ke tidur katanya! Hahahahah , mampooooo? *pangggggg*
pic credit to : Kak Sya twitter.
HAHA, ampun cilok gambar ni :p
and tadaaaaaaaa again -__-'
thank you Kak Sya untuk hadiah yang memang khusus untuk weols ini katanya :p
sayang ketat-ketat Kak Sya!
HAHA :p
Eh , eh asyik letak gambar orang lain saja kan? Mana entah gambar dengan Geng Senah sayams kan? Memang sengaja nak tulis sikit, letak gambar sikit. Memang sengaja sangat kan? Tengah ada mood nak menulis, lebih baik biarkan saja. Karang kalau tak ada mood, bukan kata nak menulis. Nak memandang belog pun tak mahu katanya. Sadis bukan?
Okay tak perlu menulis panjang lagi mari kita betul-betul lihat pada gambar pula. Seronok tengok gambar-gambar ini kembali.
Adam Dan Hawa & Sehangat Asmara!
Dua-Dua saya menggila! Oh Adam Mukhriz! Oh Zainal Arief!
Teman senah yang sentiasa menghiburkan hati dan turut sama melarakan jiwa ketika menonton Adam Dan Hawa. Mampooo ayat perfeeling novel?! NANGESSS
Terpaksa cantum kan gambar dek kerana memang gambar terlalu banyak. Tak kuasa nak edit satu persatu letak watermark katanya! Khen? Dasar jejari tembun yang pemalas katanya! Hahahah.. Itu yang nak senang cherita terus cantumkan saja gambar-gambarnya. Janji ada gambar kan? Alahai , rindu pula dengan mereka-mereka ini bila tengok kembali gambar-gambar semua ini.
Mahu tak seronok kan? Bila berjoyah siap makan lepas itu siap berjoyah lepas tu makan lagi lepas tu berjoyah balik. Amboi kau Jah! Patut pipi makin mengembang kannnn? Ahaks! Paswah sajork lah Jijah.
Paper Bag Adam Dan Hawa ♥
Kalau boleh nak peluk siyom dan bawa ke tempat tidur juga. Tapi sebelum di lempang bertalu-talu baik muhasabah diri dan letak kembali di tempat lain. Tetibe panjang pula caption nya. LOL!
Anyway , pertemuan kali pertama bersama Kak Sya dan Geng Senah memang benar-benar mengukir memori terindah dalam ingatan. Terlalu seronok apabila bertemu , berborak dan berjoyah dengan rakan-rakan yang sekepala dengan kita. Terima kasih untuk Kak Ngah yang sudi belanja weols pada tempoh hari. Lain kali belanja lagi. Erk! Hahaha. Terima kasih untuk Kak Sya yang sudi meluangkan masa tempoh hari untuk kami. Dan of course terima kasih untuk Geng Senah yang sudi untuk bertemu dan bertentang mata dengan Jijah Vogeh Da Vazz ini. Tetibe kau! Makan penampar sangat ayatnya kannnnnn? HAHAHA -__-'
Maka , bila hendak berhenti menulis ini? Panjang sangat entri nya kan? Hiks. Walaupun cherita sudah basi kan? Ahaks! Oh sebelum mengakhiri entri ini , nah sekeping lagi gambar.
Sayang Ketat-Ketat Kak Sya
Terima kasih sudi baca entri ini :)
1 comment:
geram tgk makanan tu...
sehangat asmara ni mcm penah baca dulu..tp ingat2 lupa lak....
Post a Comment