Home

Wednesday, February 20, 2013

Tayangan Media Hantu Kak Limah 2 : Husin , Mon Dan Jin Pakai Toncit

Kalau semalam Jijah bercerita tentang Tayangan Media Kerat 14 , kali ini Jijah nak bercerita pula tentang Tayangan Media Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit. Sebenarnya entri ini boleh tahan basi jugak. Tapi macam Jijah kisah kan? Hiks. Rasanya mungkin rata-rata korang sudah menonton filem ini kan? Terutama peminat filem Hantu Kak Limah Balik Rumah kan? Mesti sudah mengambil kesempatan untuk menonton Hantu Kak Limah 2 : Husin , Mon Dan Jin Pakai Toncit ini kan untuk mengetahui apa yang jadi seterusnya kan?

Macam Jijah juga lah kan? Bila dapat jemputan untuk ke tayangan media Hantu Kak Limah 2 : Husin , Mon Dan Jin Pakai Toncit memang agak excited sebab nak tahu juga apa yang terjadi seterusnya kan? Gittuew. Jijah sebenarnya memang tak suka cerita hantu sebab dasar penakut kan? Tapi berlainan dengan Hantu Kak Limah sebab walaupun ada unsur-unsur seram tapi kita masih boleh bergelak ketawa dalam panggung. Tak ada lah asyik-asyik menjerit, asyik-asyik pejam mata. Rugi hokkay tengok wayang kalau dalam berkeadaan begitu. Ekekekek.



Tetibe cerita pasal benda lain pulak kan? Sokmo begitu Jijah kan? Hiks. Sebenarnya nak berkongsi gambar-gambar yang Jijah sempat snap semasa tayangan media tempoh hari. Haruslah dekat sini saja nak berkongsi segala gambar kan? Rugi saja snap penat-penat tapi tak berkongsi dalam belog kesayangan kan? Hiks. Gittuew tetibe kan? Moh lerrr kita tengok gambar-gambarnya uolss! :D


Ezlynn


Pengarah Hantu Kak Limah 2 : Husin , Mon Dan Jin Pakai Toncit , Mamat Khalid


Pekin Ibrahim


Rashidi Ishak


Awie


Afiq Muiz


Usop Wilcha

Boleh tahan banyak juga gambar yang sempat snap malam tu , sebab tu sampai terpaksa cantum-cantum gambar kan? Itu pun pening kepala nak cantumkan yang mana satu kan? Hiks. Nak cantum gambar pun dah jadi macam masalah negara saja kan? Biasalah Jijah, selalu over dalam hal-hal begini katanya. Hiks.

Okay jom layan gambar lagi.


Afiq Muiz & Jijah


errr alamak tak ingat nama pelakon ni.


Deina & Nomi.

Heee , thank you Deina sebab sudi tumpangkan malam itu dan pinjamkan kamera malam itu katanya. hiks.



Jijah & Ieja

Sedondon pulak weols? Hahaha..


Usop Wilcha & Anak dia yang super duper cute!


Pekin & Jijah


Joe Lee & Jijah

Comel pulak posing weols ni khen? LOL!


Dina Nadzir & Jijah


Mamat Khalid & Jijah


Ezlynn & Jijah.

nanges tengok perbezaan kaki weols.

nak kurus!!! nangesss


Jijah & Izza Melodi 


Gegeh sungguh Jijah bergambar kan? Sekali sekala katanya walaupun macam berkali kala kan? Hahahaha. Saja nak berkongsi gambar dengan korang semua kan? Dekat mana lagi nak berkongsi kalau bukan dalam belog kesayangan ini kan. Lagipun memang itu pun tujuan pergi segala jenis event kan? Rugi saja kalau penat-penat pergi event tapi tak berkongsi gambar dalam belog kesayangan.

Cuma biasalah , kadangkala mood nak update secara pantas memang susah betul nak muncul. Bergantung kepada kelajuan internet juga sebenarnya. Kalau internet macam siput memang segalanya tinggal harapan semata-mata kan? Iyerlah , mana nak upload gambar , nak itu nak ini. Kalau asyik loading saja kerjanya , tak ke sakit hati kan? Terus tak jadi nak buat kerja. HEHE. Bila mood elok dan internet pun laju baru syok sikit nak mengupdate katanya. Hiks.

Oh tiba-tiba mengomel hal lain pula. InsyaAllah next time akan gegeh update cherita basi yang lain pula. Kalau rajin lah kan? Eh! Korang semua dah tengok Hantuk Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

3 comments:

Qhaifa Nur said...

tengok citer mamat khalid memang sentiasa gelak...tak sabar nak tengok

AyuArjuna BiGoshh said...

wahhh nak gi tgk arggg

aanie said...

bestnya dpt jemputan camni....