Home

Tuesday, August 20, 2013

Ada Apa Dengan Novel 13 Jam A380?

Pernah baca novel The Wedding Breaker? 

Kalau korang pernah baca novel tersebut , mesti korang juga tahu novel 13 Jam A380 kerana penulisnya adalah orang yang sama iaitu Evelyn Rose. Bila tengok tajuk , ada rasa-rasa suspen tak? Ada rasa dalam perut ada rama-rama tak? Dekat dada ada dupdap-dupdap tak? Hamboi! Memang suka betul menulis dalam perasaan paling dramatik kan? Hihiks.

Agak menarik sebenarnya novel 13 Jam A380 ini bagi aku. Secara jujurnya , memang agak menarik dan tertarik ungkai hati aku. Sebab aku diberitahu novel ini berinspirasikan oleh seseorang yang pernah suatu ketika dahuluuuuuuu (huruf U banyak sebab minat masa tahun 2009 HAHAHAHA boleh?!) aku minat macam aku minat Aaron Aziz gituew. HAHAHAHA. Okay bila tulis diinspirasikan bermakna hanya gambaran semata-mata dan bukan sesuatu yang memang dituju dan tertuju kepada dia gituh. Bukan apa , kekadang ada orang yang suka nak faham maksud sesuatu termasuk inspirasi kan? Hiks.

Katanya novel 13 Jam A380 ini berinspirasikan SM Faliq Tan Sri SM Nasimuddin. Apa yang buat aku lagi tertarik novel ini Faliq sendiri turut nak membaca novel ini tau? Sesuatu yang aku rasa jarang rasanya seseorang yang bukan calang-calang latar belakang keluarganya turut berminat untuk membaca sebuah novel yang diinspirasikan sedikit tentang beliau. Hamboi , ada terasa macam menulis esei yang skema sedikit. Kot-kot Faliq google uolssss dan terjumpa entri ini khen?! Haruslah Jijah guna ayat skema. HAHAHA *panggggggg* Jijah dah kembali nak menggila lah kan? HAHAHA.

Okay dolo-dolo pernah lah kejap minat Faliq. Jadi bila tengok ada novelis yang cuba inspirasikan Faliq dalam watak Hero novel beliau , haruslah ada perasaan teruja kan? Ada sikit-sikit teruja. Kikiki. Jadi dengan gigih Jijah pun membeli novel tersebut tadi. Ya, baru tadi gigih membeli. Baru ada masa nak membeli walaupun baru tahu pasal semua ini kan? HAHAHA. Errr tapi jangan tetibe tanya Jijah siapa Faliq? GOOGLE! Dan Jijah pun pernah apa update dalam belog dengan kadar perasaan paling geletis saat itu. HAHAHA. Tudiaaaa , google siap capslock tu. HAHAHAH.


pinjam gambar dari fanpage penulis 13 Jam A380 - Evelyn Rose :)

okay , sebab kawan bagitahu aku , sebab kawan suruh aku tengok gambar ini , sebab itu aku geletis terus melangkah membeli novel 13 Jam A380. 

errr tak tahu kenapa perasaan berbonga-bonga tu muncul semerbak gituh? 

EH! HAHAHAH.

Kalau ada yang tak suka ini , mesti kata Jijah gedik geletis tahap meloyakan. Kan? Alahai , Jijah memang sesaja je pun nak perfeeling begini. Kalau dedepan , Jijah ni sebenarnya seorang yang ayu , pemalu malah nak dengar suara Jijah pun payah tau? HAHAHA , konpem loya lagi kawan-kawan aku baca kan? HAHAHA. okay stop merapu. Jadi lain terus entri ini karang kalau terus menerus merapu kan? HEHE.

Okay novel pun dah beli. Nanti kalau ada kelapangan , Jijah akan buat review khas okay? Lagipun dah lama tak buat review apa-apa kan? InsyaAllah kalau sempat akanku gigih membuat review untuk novel 13 Jam A380 katanya. Bila baca sinopsis tadi pun perasaan dah berbonga-bonga katanya. Tapi tunggu nanti kalau Jijah baca sampai habis dan kalau ada kesempatan Jijah akan update lagi okay? Kalau korang memang peminat novel melayu dan peminat novel dari nukilan Evilyn Rose , sila-sila dapatkan segera novel ini. Sebab ramai katanya yang payah nak dapatkan novel ini. Tapi tadi Alhamdulillah , mujur ada lagi beberapa copy novel ini dekat Popular Wangsa Walk. Kalau tidak , Popular Seremban pun akanku terjah demi novel ini kan? HAHAHA melampau dramatiknya! Hihiks.

Oh ya , meh Jijah letak sinopsis nak tak? Kot-kot ada yang nak membelinya kan? Kot-kot yang macam Jijah pernah minat Faliq , boleh lah kot beli tanpa was-was. Eh! HAHAHAH.



13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkanHANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah  mimpi  akan  kekal  sebagai  mimpi  setelah  waktu  berlalu  dan  hari  berganti?

 HEHE , itu sinopsisnya. Hanya RM 28 sahaja dan kalau korang berminat selepas membaca sinopsinya , sila pergi beli cepat-cepat okay? InsyaAllah kalau Jijah sudah selesai membaca nanti , Jijah akan cuba mencari masa sesuai untuk membuat review tentang novel 13 Jam A380 okay? 

Ada tak sesiapa yang sudah membeli dan membaca novel 13 Jam A380 ini? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

4 comments:

shamyheart said...

wah, best ni..
mesti dapatkan.

Unknown said...

wahh jijah dah buat kita rasa nk beli novel nie jgk.. hehe

:)

MuMmyLiL said...

sy tgh bce novel nie..baru bab 3..hihihi..harap2 x mengecewakan

Unknown said...

wah jijah, terbaik mung haha. baru tau ia inspired by faliq.