Home

Friday, August 16, 2013

Setelah Sebulan.

Sudah terlalu lama Jijah tidak mengetuk kibod untuk mengupdate entri yang terbaru kan? Kali terakhir Jijah update belog ini ialah pada sebulan yang lepas. Oh wow , ini adalah tempoh paling lama so far Jijah tak update belog langsung katanya. Gituh khen , sila bayangkan sekali pose jejari gebu Jijah dekat pipi sambil terkejut sekali okes? HAHAH , motif tetibe nak suruh orang bayangkan? Kikikiki.

Ramadhan yang lepas memang terlampau sibuk untuk menyiapkan tempahan pelanggan Popia Roll Mini. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana mendapat sambutan yang sangat tinggi. Sehingga terpaksa menolak separuh daripada tempahan dek kerana tak cukup orang untuk menyelesaikan tempahan. Kalau ikut hati memang tak sanggup sebenarnya menghampakan permintaan mereka yang beriya-iya nak tapi nak buat macam mana kan? Tak cukup orang nak membuat dan tak cukup masa memang lah nak tak nak kena juga menolak khen? Gittuew. 

InsyaAllah Isnin nanti , tempahan untuk Popia Roll Mini kembali dibuka. So pada sesiapa yang teringin untuk merasai keenakkan aneka Popia Roll Mini boleh bersiap sedia untuk membuat tempahan okay? Kerlast tak ayat Jijah? HAHAH , tapi ini statement serius okay? InsyaAllah kalau tempah awal , memang kami boleh siapkan. Hehe.

Asyik bercherita pasal popia saja kan? Cherita raya Jijah bagaimana pula kan? Jijah punya Raya memang setiap tahun ada bezanya. Sebab setiap tahun memang beraya di KL. Setiap tahun sama saja perasaannya. Tunggu orang datang rumah kita dan itu pun kalau ada yang sudi nak menjejak kaki ke rumah kita lah kan? Kalau yang tak sudi , macam Jijah kisah kan?HAHAHA , dia dah start dah buat ayat divaaaaa dia kan? Hihiks. Biasalah Raya dekat KL memang biasa saja. Tunggu orang datang , tengok tv , menghabiskan kuih raya dekat atas meja , tidur , baring , bergolek dan sebagainya yang boleh menghilangkan bosan konsepnya. HAHAH. Kemudian kalau ada kesempatan berkunjung rumah saudara mara khen? Gittuew. Apasal macam Jijah cherita pengalaman Raya dekat KL pula? HAHAH , entahlah. Agaknya dah lama tak menulis. Terus jadi begini kan? Hihi.

Okay sejak bila Jijah menulis dan menulis tanpa sekeping gambar ni? Okay sekeping gambar sebagai teaser.


ada Aaron Aziz lagi.

coming soon keseluruhan ceritanya okay?

kalau terasa nak membaca , boleh tunggu insyaAllah next week. weekend full pergi open house , rumah saudara mara dan etc , tak ada masa nak mengetuk kibod okes? hewhew.

So , cukup sekadar sekeping gambar okay? Jijah tak ada gambar masa hari Raya. Ada , tapi bukan gambar yang proper ke apa kan? Baju hari raya pun ulang pakai yang tahun-tahun sebelumnya punya. Lagipun buat apa nak membazir kan? Padahal lepas Raya baru kelam kabut cari kain baju kurung pergi buat uolsss. Lagi murah konsepnya! Teruja sangat Jijah! HAHAHA , tetibe bercerita pasal kain baju kurung pulak khen? HAHAH. Bercelaru sungguh entri kau Jijahhhh!

Makanya , korang punya hari raya bagaimana? Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir & Batin :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

Anonymous said...

selamat hari raya ijah