Home

Thursday, May 19, 2016

[Akan Datang] Jangan Lupa Saksikan Seindah Takdir Cinta Lakonan Saharul Ridzwan , Amyra Rosli & Redza Rosli Di TV3 Bermula 25 Mei Jam 7 Malam.

Mesti korang masih ingat dengan entri acah-acah manja Jijah mengenai Seindah Takdir Cinta bukan? Mana boleh korang tak ingat sebab baru-baru ini aje Jijah baru mengupdate mengenai drama Akasia yang bakal disiarkan di TV3 ini tau. Nak kena cubit kalau tiba-tiba tak tahu khen? Kikikiki.

Seindah Takdir Cinta merupakan sebuah drama yang diadaptasikan dari sebuah novel nukilan Kamsiah Abu. Drama 28 episode ini diarahkan oleh Zul Huzaimy dan dilakonkan oleh Saharul Ridzwan , Amyra Rosli , Redza Rosli dan ramai lagi. Mesti ramai juga yang tidak sabar untuk menonton drama yang berunsurkan kisah cinta kerohanian ini kan? Terutama sekali mestilah bagi peminat para pelakon utama ini kan?


Meh kita baca sinopsis sikit!

Kisah cinta gadis yang hanyut dalam hidup bernama Mia Karmila (lakonan AmyraRosly) yang terkejut dengan kematian sahabat baiknya, Zila dalam satu tragedi. Akibat daripada kematian itu, Mia mula merasai insaf dan mula ingin berubah. Dan takdir membawanya bertemu dengan seorang pemandu teksi bernama Shariman (lakonanSaharulRidzwan) . Ibu dan ayah Shariman turut mengusahakan madrasah anak yatim.Ilmu agama yang tebal dalam dirinya membuatkan Shariman sentiasa dihormati. Siapa sangka, perkenalan yang seketika memberikan rasa cinta lahir di hati Mia. Pun begitu, Adrian (lakonanRedzaRosli) turut memendam perasaan kepada Mia. Ditambah pula hubungan baik dia bersama keluarga Mia membuatkan dia ingin memiliki Mia. Kerana berada di dalam dilemma, Mia yang mula menaruh perasaan kepada Shariman akhirnya mencabar Adrian untuk menghafal beberapa surah di Al Quran. Siapa sangka, takdir membawa Adrian berkenalan dengan Shariman. Adrian meminta Shariman yang mengajarkannya. Secara tak langsung, daripada seorang kasanova liar, Adrian mula menerima hidayah. Mia Karmila akur dengan Adrian yang sanggup menerima dan berjaya memenuhi cabarannya. Tanpa diketahui, ada rahsia dan kedukaan jauh lebih besar tersimpan di dalam hati ketiga insan ini dalam meniti takdir mencari cinta yang sejati. Apakah rahsia itu? Apakah akhirnya takdir cinta mereka?Semuanya dalam Seindah Takdir Cinta – Isnin hingga Khamis 7 malam di TV3.

Boleh tahan berselirat juga emosi dan perasaan tatkala menonton drama ini nanti berdasarkan sinopsisnya sahaja. Ada tak yang dapat merasakan perkara yang sama seperti yang Jijah rasakan tak? Hehehe. Jijah yakin setelah membaca sinopsis tersebut, korang mesti ada rasa sedikit tidak sabar untuk menonton meskipun perasaan sedikit berkecamuk setelah membacanya. Yang penting Jijah merasakan jalan cerita tersebut meskipun sedikit berat namun sangat sesuai dengan musim Ramadhan yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi. Kalau asyik cerita yang romantis terlebih , yang santai terlebih nampak seperti tidak kena pula dengan musim Ramadhan nanti khen?

Nak tulis pepanjang pun tidak guna juga. Korang semua kena nantikan 25 Mei ini untuk menyaksikan episod pertama Seindah Takdir Cinta ini. Seperti biasalah kan? Jijah memang suka tayangkan gambar-gambar ekslusif buat pembaca belog picisan Jijah kan? Nah untuk tatapan peminat Saharul Ridzwan , Amyra Rosli & Redza Rosli.







Thanks Raime Zeel Production for the picture!

Mesti ada yang dah tersenyum-senyum lettuew kesukaan bila gambar artis kegemaran korang ada dalam belog picisan ini khen? Haipppppp berhenti sengih tu. Nampak teruk naw sengih tu! HAHAHAHA tehtiber! Okay Jijah tahu ada yang tak puas lagi nak menatap wajah retis kesayangan korang kan? Iyeke ada yang tidak puas hati ittuew? Jijah ada lagi gambar nak tayangkan pada korang lagi. Tapi takkan semua nak letak sekali harung dalam entri ini khen? Nanti korang muak pulak kan! Eh kejap suka kejap muak , ewah! HAHAHAHA.

Takpe kita share sikit-sikit sahaja dahulu. Tapi ada jugak gegambar yang ehem nak dishare pada korang. Mesti korang tertanya-tanya Jijah tak ada melawat kawasan tempat shooting mereka ke? Ewah! Apa korang ingat Jijah pengerusi FINAS ke tiap kali orang shooting nak kena pergi melawat? HAHAHAHA. Korang rasa?


Kihkihkih , pergi melawat kawasan jugak konsepnya!
Asalkan yang molia tuan penerbit kasi greenlight , haruslah datang singgah :p

Terima Kasih yang molia Hajizil :)


Saharul Ridzwan & Jijah.

 Auwch santeknya posing ini!

Tehtiberrr!


Jijah & Redza Rosli.

Manissss orangnya! Hiks.


Amyra Rosli & Jijah.

 Hat ni memang manis dan comel!

Nak tahu cerita lanjut , nanti Jijah akan cherita dalam entri yang lain pula ya? Tahu , korang tu bukan nak baca sangat kalau dah nampak gambar bertepek-tepek ittuew! Jadi nanti next time Jijah tulis dan cherita hokkay? Jadinya jangan lupa untuk menyaksikan episode pertama Seindah Takdir Cinta bermula 25 Mei ini pada jam 7 Petang di TV3!



Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

Myra Jay said...

Citer ni pada MJ macam terlalu slow dan agak cliche.
Anak Tan Sri Anak Dato, projek juta2, arkitek.. :)