Home

Saturday, May 7, 2011

True Love.

Ehem.

Entry kali ini aku nak tuju kan khas buat Umi tersayang.

Esok kan Hari Ibu , jadi tak salah nak buat ucapan buat Umi tersayang kan?

Tapi sebenar nya hari-hari ialah Hari Ibu , Hari Bapa. Tak gitu?

Uhhu.

Untuk lagi feel menulis , baik aku sampingkan gambar aku dengan Umi waktu kecik-kecik dulu sambil terselit si Elmo baby kesayangan yang sentiasa menjadi rebutan aku dan si kenit.

Heh.


ya allah , innocence muka aku masa kecik-kecik -___-'

Untuk Umi tersayang ,

Terima Kasih atas Kasih Sayang yang tidak pernah luntur.
Terima Kasih atas Dorongan yang tidak pernah pudar.
Terima Kasih atas Sokongan yang tidak pernah henti.

Umi yang sentiasa ada di dalam hati Ijah.
Umi yang sentiasa ada tidak kira susah mahupun senang.
Umi yang sentiasa ada tatkala Ijah menangis atau ketawa.

Untuk Umi tersayang ,
Mungkin kadang-kadang Ijah pernah terguris kan hati Umi tanpa sedar.
Mungkin kadang-kadang Ijah pernah membuat Umi marah tanpa sedar.
Mungkin kadang-kadang Ijah pernah membuat Umi menangis tanpa sedar.
Mungkin kadang-kadang Ijah terlupa untuk menjaga hati Umi tanpa sedar.
Ijah tahu kadangkala Ijah terleka dan terlupa.

Tapi Umi masih tetap setia menjaga diri ini dengan baik.
Tapi Umi masih tetap setia menegur diri ini dengan baik.
Umi , terima kasih kerana sentiasa menjaga diri ini dengan baik.
Terima Kasih untuk segala nya.

Segala pengorbanan , kasih sayang , dorongan dan segala nya tidak mampu Ijah membalas nya dengan wang ringgit mahupun harta benda.
Tapi insyaAllah , Ijah akan terus dan sentiasa menyayangi Umi sampai mati.

much much love for you Umi 

Selamat Hari Ibu , Umi!



dari anak mu yang comel dan diva *pang*


IjahEmoTemo 


umi lah ibu , umi juga lah kawan baik saya.
anda pula bagaimana?

hee.


Selamat Hari Ibu di ucapkan buat semua Ibu-Ibu di Malaysia.
Pengorbanan anda mengandung , melahirkan dan menjaga anak-anak anda pun sudah besar erti nya.
Kita sendiri pun belum tentu mampu membalas nya walau di ganti dengan emas , permata dan wang ringgit. Tak akan mampu terbalas jasa dan pengorbanan seorang ibu mahupun seorang ayat.


:)


Saya Sayang Umi saya.
Semua orang pun sama kan :)


Umi saya lah "ibu" saya dan Umi saya lah juga "kawanbaik" saya.


:)




Thursday, May 5, 2011

Kalau Lah Baca Sejarah Semudah Membaca Resipi Dalam Buku Jaapar Onn kan Menarik? Tak Gitu?

Hamboii sakan betul aku update belog hari ni kan?

Maaf lah dah memang lama dalam draft. Cuma baru hari ni gheti nak di publish kan.

Lepas ni aku diam seribu bahasa , rindu-rinduan pulak. Elleh , macam aku tak tahu.

Sabtu ni start exam. Mid Term exam. 

Cuak. Berdebar. Seram.

Mohtif sampai begitu sekali?

Banyak sebab nya. Biar aku seorang aje lah yang tahu. Malas lah nak menulis panjang-panjang. Nanti orang menguap pulak nak baca banyak-banyak kan? LOL.

Exam akan berlangsung lebih kurang tiga minggu.

Doa kan aku boleh jawab elok-elok. Tak merapu macam tulis dalam belog. Hehehe.

Doa kan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan.

Ramai orang tolong doakan maka makin berkat kata nya. InsyaAllah.

Untuk kawan-kawan seumur seusia dan juga mungkin yang sedang menghadapi apa-apa exam aku doakan korang pun dapat menjawab dengan elok dan terbaik. Amin.



Tapi apa kaitan gambar di atas beserta tajuk di atas?

FINE : ada kaitan. Sabtu ni ada exam Sejarah.

Nota-nota dah lunyai tapi punya lah susah nak ingat. Terminum air ada semut kot?

Cuba suruh aku hafal benda lain. Cuba suruh aku sebut bahan-bahan dalam Kerabu Mangga.
Cuba suruh aku sebut lagu terbaru dari retis Hollywood. Cuba suruh aku sebut bila kali pertama Putera William dengan Kate Middleton bertemu.

CUBA.CUBA.CUBA tanya. mesti dapat ingat. mesti pantas menjawab seolah-olah akan mendapat blekbiri-biri sebijik. -__________-'

Jadi , tidak kah menarik andai Nota Sejarah mahupun Nota apa sekalipun menarik seperti Buku Resipi Masakan Jaapar ONN? tidak begitu anda-anda semua?!!

*petir*

Heh , apa-apa pun GOOD LUCK semua.

Sedaya upaya cuba untuk ingat apa yang di ajar dan apa yang di baca.
InsyaAllah.

:)


Sesak Di Lautan Manusia :: KLIBF 2011 :: Ragam Manusia Semakin Menghairahkan. PART II

Oh yeah! Mohtif tiba-tiba permulaan terus Oh Yeah? Sah-sah tengah keadaan tak berapa nak elok ni kan? Muahahahah. Moh aku sambung cherita dari Part I kepada Part II. Maklum lah banyak betul kejadian yang membangkitkan rasa marah dan geram sepanjang KLIBF 2011. Tapi tak ada lah sampai rasa nak baling buku-buku yang di beli. Geram dalam hati dan luah dekat sini sudah. Eceh.



dengan menggunakan kamera yang berharga 200 hinggit berjenama Nikon pun ai mampu membuat gambar shantek seperti ini. *pang*



sesak sangat kan? FUHHH , mencabar keimanan -.-'

Hari Kedua : 30 April 2011 ( hari kedua aku ke pesta buku )

Oh ya part II ni kisah aku pergi Pesta Buku untuk kali kedua iaitu pada 30 April 2011. Kenapa pulak aku pergi untuk second time ni? Sebab nya aku terlupa untuk membeli ada la dalam sebuah dua buku tu. Kebetulan Umi aku pun ada ajak untuk pergi , aku pun pergi lah jugak lagi sekali. Kali ini kitaorang naik LRT dan turun di stesen Masjid Jamek dan menaiki teksi menuju ke PWTC. Gedik betul kan? Mohtif tak nak naik je LRT terus ke PWTC , lagi save money khen? Kekdahnya aku sure mesti ramai gila dalam LRT dan tak mahu bersesak voleyh? Ngahahaha , alasan selalu macam gitu kan? Tak kisah lah , janji selamat sampai pun dah ok. Fuhh , kali ini perjalanan semua ok cuma bila dah masuk dekat PWTC , seperti yang di jangka : SESAK GILA! Memang sesak gila sebab orang baru dapat gaji dan for sure mesti datang secara berjemaah kan? Aku tengok dekat LRT punya jejantas penuh macam semut berarak je. Hah , hamik kau!

Dalam hati dah berdebar sebab aku nak beli sikit tapi bila dah sesak bagai nak rak , hmm sure tak aman punya lah. Bila dah sampai depan PWTC , fuhh ramai gila orang. Berbeza sungguh dengan kali pertama pergi tu. Lengang , jalan tak sesak dan tak pack langsung orang. Kali ini luar PWTC pun dah sesak apatah lagi di dalam kan? Huish. Mula-mula masuk memang dah terasa berbahang nya panas. Gituh. Masuk-masuk je dah sesak bagai nak rak. Aduh , aku memang tak boleh sangat bila orang sesak-sesak. Mula lah nak pening kepala. Mula lah nak rasa macam-macam. Tapi gagahkan diri jugak dah alang-alang sampai kan? 



ngaaa ... sesak weh sampai aku tak nampak booth Sasbadi. Fuhhh.



kenal tak kenal tak? ngahahah lempang bertalu baru tahu.
ni ha ex Ruffedge , if korang kenal lah : Amer , Mode dengan Zaff VE tak silap aku.
diorang nyanyi lagu ketuhanan gitu. hiks. eh ke berzikir , macam itu la.

Macam biasa aku terus naik tingkat atas sebab aku nak pergi cari buku latihan dulu. Ada yang terlupa nak beli. Itu lah tak check betul-betul. Lagipun ada diskaun , gagahkan jugak pergi meskipun sesak tahap pening kepala. Kali ini sungguh berbeza. Nak naik dekat eskalator pun dah sesak bagai nak rak. Bermula lah sesi geram dalam hati. Bukan dalam hati ada taman dah ni. Dalam hati ada api terus. Eh oppss. Meh aku senaraikan kenapa.

  1. Sekali lagi aku bengang dengan sikap manusia-manusia yang reti bersabar. Semua dah besar panjang , kacak-kacak , cantik-cantik tapi nan hado sabar nya.
  2. Kenapa perlu nak bertolak sakan semasa di atas eskalator? Apa kau rasa kalau aku tolak kau sampai terjunam siap pijak ala-ala gajah pijak kau? Seronok? 
Ok itu baru permulaan. Dah ada yang buat perangai tak menyeronok kan. Banyak kali aku geleng kepala dengan sikap rakyat Malaysia ni. Aku rasa tahun ini paling worst sekali. Entah apa pasal aku pun tak tahu lah. Kemudian aku terus menuju ke tempat yang sama seperti kali pertama pergi hari itu. Dek disebabkan terlalu ramai orang sehingga kan aku tak nampak booth Sasbadi. Hoh heh , kali ini menguji kesabaran yang melampau. Maklum lah ramai budak-budak sekolah seperti aku yang turut ada. Sangat-sangat menguji kesabaran. Kenapa?

  1. Alahai budak sekolah. Aku sungguh geram dengan sikap budak sekolah. Nak marah lebih-lebih aku pun budak sekolah. Dua kali lima , tiga campur lapan , sembilan tolak enam aje. Ewah , peribahasa baru ke? Aku geram kerana mereka ini sesuka hati nak berhenti di tengah jalan tatkala jalan sesak bagai nak rak. Sekadar nak berborak dengan rakan sekolah? NANGIS!! Dik noon , ingat kita dekat Dewan Terbuka ke?
  2. Lepas itu ada pulak yang jenis main-main di rak buku tuh. Aduh!! Aku yang nak membeli pun hilang mood tau. Dah lah ruang sempit dan sesak lepas itu ada pulak yang jenis macam ini. Dik , ini bukan perpustakaan sekolah ye?
Ok itu hal budak sekolah. Stress weh. Itu belum lagi yang macam-macam bau. Adeh deh. Sampai nak ke kepala bau-bau ituew. Stress aku makin memuncak. Lepas itu tak jadi beli pun dekat Sasbadi. Ramai betul orang sampai aku pun naik juling mata ni ha. Kemudian terjah ke booth KernaDya sebab nak beli novel Mimie Afinie. Hmm beli sebuah aje pun. Takut lari bajet meskipun bank bergerak ada di sisi. Heh heh opss. Ok lah ada diskaun meskipun buku baru kan? Ngee itu yang aku suka ni. Heh heh heh. Okay lepas itu konon nya nak melihat keadaan sekeliling lah kan? Haru betul! Keadaan sesak kau nak buat tawaf pulak Jah oii. Memang sesak! Sekarang benda lain pulak yang aku geram. Apa pulak ni Jah oii? Ok aku rasa siapa yang pergi hari-hari terakhir di hujung minggu Pesta Buku akan menyatakan perkara dan benda yang sama.

  1. Bila keadaan terlalu sesak , rasa nya ibubapa yang mempunyai anak kecik patut prihatin tentang keadaan tersebut. Tak perlu bawak stroller yang bakal menyakitkan kaki-kaki pengunjung di situ. Mungkin kata anda : eh nanti anak saya hilang macam mana? Oh ya ya , kalau macam itu jangan bawak terus. Pesanan aku , kalau nak bawak anak dan nak beli buku , begini aje lah ye : Apa kata korang bergilir-gilir suami dan isteri semasa nak membeli buku. Tahu kah Anda : Apabila anda membawa stroller dan itu bakal membuat semua orang menabur dosa kerana geram dek kerana anak korang dah besar panjang tapi letak jugak dalam stroller dan ia nya di tempat sesak lantas membuatkan masing-masing terus hilang sabar bukan kerana sikap nya begitu tetapi sikap anda yang tidak memikirkan situasi tempat yang memang serba sesak. Bang , Kak oii fikir lah sikit!
  2. Macam biasa tolak menolak amalan yang terjadi dek kerana over excited. HELLO , apa ingat siapa tolak sampai rebah boleh menang Blekbiri-biri ke haaa? 

perlu ke aku buat statment macam gambar yang first ituew? haha. penuh sesak gila orang. -.-'


dekat booth NB Kara. tak beli apa-apa pun. cuma snap gambar Norhayati Berahim.



Maaf kalau ayat aku agak kasar. Tapi aku sangat geram dengan ibubapa yang dah lah bawak stroller tak berhati-hati. Lepas tu boleh marah kita ? Eh patut nya kami ni ha yang marah kau sebab bawak stroller then terkena dekat kaki orang. Ada yang sampai berdarah kaki kau tahu? Paling aku geram , boleh pulak kau marah-marah orang. Sangat tak munasabah perangai!. Aisehmen tak mahu la cherita lagi , buat sakit hati aje. Hmm. Kemudian aku terus menuju ke tingkat bawah. Macam biasa aku terus pergi ke booth Jemari Seni sebab nak pergi memborong novel. Ehhe. Alah aku borong lima buah novel aje pun. Ngee.



kaka Miko :D


Bunick :D


Kak Syud. :)


Alamak! Kak Su , ini bukan kes sabotaj ... err gambar kabur. Nangiss!!


Kak Detox ;)

Kebetulan Bunick sekali lagi bertugas untuk acara tandatangan , jadi sempat jumpa dia kejap. Tengah panas hati dengan perangai manusia masa tuh. Uish. Mujur Bunick ada kipas kan? Haruslah di kipaskan Diva nan hado iniew. Ekekeke , lempang bertalu nak Jahh oii? Ngahaha. Lepas borak sekejap , aku baru pergi membeli novel-novel. Haruslah bila betul-betul keadaan lapang baru aku pergi. Teringat masa pertama kali pergi membeli semua main rebut-rebut , tolak menolak , kurang sabar sampaikan aku jadi malas nak pergi beli cepat-cepat. Tunggu tak sesak baru pergi.

Lepas tu sempat jugak jumpa novelis-novelis yang aku selalu baca novel diorang ni. Then lepas peluk cium segala , pergi jumpa balik dekat tempat Bunick sebab nak jumpa seorang lagi kawan di alam maya aku. Gituh ayat kan? Ngee. Then , jumpa la kaka Miko , kaka Detox dan kak Uda sekali lagi. Harus kecoh kejap kan? Biasalah tu. Then dengan keadaan sesak-sesak aku dah tak mood nak membeli belah buku lagi. Dengan manusia yang begitu ramai dengan perangai manusia yang begitu macam ragam membuatkan aku hilang mood. Tak pasal-pasal stress pulak.


ragam-ragam manusia. tak ubah macam di lautan manusia -.-'




Ingat kan lepas dah keluar dari PWTC hilang dah drama spektra dan macam-macam ragam. Rupa-rupa nya tidak. Kisah nya , aku balik menaiki teksi. Malas nak naik LRT. Tak payah tanya kenapa. Heh. Iya lah ayah aku ada hal lain tak boleh nak ambik kitaorang jadi kitaorang pun memang dengan rela hati nak balik dengan teksi. Mujur jugak barang tak banyak. Mujur jugak dah rembat banyak buku kan sebelum ni? Ngeh ngeh. Jadi nya aku pun pergi ke tempat menunggu teksi di luar PWTC tu. Keadaan semakin sesak bila pukul 2 dan ke atas. Uish. Kebanyakkan nya yang menaiki LRT lah. Iyelah bila pergi tempat macam ni aku memang prefer pergi dengan public transport atau kalau ada siapa-siapa yang boleh drop by better buat macam itu lah. Kalau nak parking? Uhhu , mimpi siang kalau pukul 2 petang macam tu. Melainkan memang dah rezeki kau , tak boleh nak kata apa. LOL.

Jadi nya ada lah satu laluan untuk para-para pengunjung yang menaiki LRT untuk mereka lalu menuju ke PWTC dan sebalik nya yang ingin menuju kembali ke stesen LRT yang berada jauh-tak jauh ituew. Mula-mula keadaan macam okay tau. Kemudian aku tengok keadaan sangat tidak terkawal. Mengucap panjang aku dengan sikap rakyat Malaysia sekali lagi. Adakah aku akan di kondem kerana asyik menyalahkan orang? Oh la la , masalah nya benda jadi depan mata. Nak tegur lah jugak. Tak kisah umur aku baru 17 ke , 15 ke. Tak salah untuk menegur kan? Ok ok. Meh aku list kan.

  1. Laluan untuk para-para yang menaiki LRT untuk menuju ke PWTC memerlukan para pengunjung melintas jalan. Maka nya keadaan menjadi sangat sesak memandang kan ada baik pulih jalan atau pun penambahan apa entah dekat tengah jalan di PWTC ituew. Ada 2 perkara yang aku tak puas hati. Apa dia?
  • Sikap rakyat Malaysia yang suka hati perasaan diorang melintas sehingga kan banyak kereta terpaksa bergerak-berhenti. Keadaan menjadi sesak dan jammed teruk ya hamat. Sehingga kan teksi pun tak boleh nak masuk ke kawasan teksi. COMEL kan? Gerghh.
  • Lagi satu , apasal tiada orang yang menjaga laluan lintas tersebut? Dah tahu dengan acara err baik pulihkan jalan lepas itu dengan jalan sempit dengan orang nak lalu lintas , kenapa tiada orang yang boleh mengawal ala-ala polis trafik? Kesian dekat kereta-kereta yang berada di atas jalan raya yang terpaksa bersabar dengan sikap manusia yang tak reti sabar ikut suka hati melintas. Haish.

haaa , see? kesian kan dekat kereta? terpaksa jadi mangsa dek kerana ramai orang jenis tak menyabo. uish.


terpaksa kaburkan gambar. kang kata ai menghanjing diorang pulak. idak idak. haa ini baru lah tersusun sikit orang bilak pakcik polis mai.


haa tengok jugak , macam mana orang sesuka hati berjalan. issh.

Tetapi keadaan dapat di selamatkan apabila Polis Trafik datang secara mengejut. Ala-ala doa dimakbulkan gitu. Aku terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk teksi memandang kan jalan jammed teruk. Uiks. Sekali polis mengamuk rasa kan lah uols! Terkujat jugak aku masa tu. Terus polis tutup laluan mudah tu dek kerana perangai mereka-mereka ini. Nak cherita lanjut haih , aku pun nan hado mood dah ni. Makin panjang pulak entry aku nanti. Ini pun dah panjang. Tapi perasan pendek. VOLEYH? ekekekeke. 

Pendek cherita , Pesta Buku kali ini memang mencabar kesabaran dan keimanan. Paling aku menyampah dengan orang yang tak ada adab langsung nih. Lepas tu yang bawak stroller dan tunjuk diva. Hailah. Payah betul kalau jumpa manusia perangai macam ni. Memang kebanyakkan kawan-kawan aku yang pergi masa hari yang sama dengan aku merungut hal yang sama. Uish , ingat kan aku seorang je yang geram macam ni. Hmmm , nak cherita apa lagi? Tak pasal-pasal hilang idea nak menulis. Ngahahah. Okay lah korang , aku harap korang jangan terasa hati pulak dengan ayat aku. Itu pun kalau terasa lah. Ekekekek. Aku cuma menegur dengan sikap sesetengah orang aje. Aisehmen.


maaf tak sempat nak snap buku-buku yang di beli. 

tapi #tahukahanda? kesemua jumlah novel ini ialah 75 buah. sikit jah tu. HEH.

Hmmm , korang pernah ke terkena kejadian ala-ala macam ni? Cer citer cer citer -___-'


moh lah sejuk kan hati dengan ABC shedap iniew. :D

p/s: maaf kalau ayat ada terkasar bahasa. maaf kan aku.


Sesak Di Lautan Manusia : KLIBF 2011 : Macam-Macam Cherita dan Ragam. PART 1


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (Kuala Lumpur International Book Fair 2011)

Berlalu sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang telah di adakan di PWTC pada 22 April 2011 sehingga 1 May 2011. Saban tahun aku memang tidak pernah lepas kan peluang untuk pergi menerjah ke Pesta Buku memandangkan terdapat diskaun hebat dan boleh bertemu dengan penulis buku yang menjadi kegemaran aku. Alhamdulillah , keadaan aku yang kadang-kadang tak sihat ini di gagahkan jua untuk ke PWTC. Aku tahu pasti nya keadaan di sana akan sesak dan oleh yang demikian aku telah membawa kakak aku bersama memandang kan banyak kali kejadian yang tak di ingini sering terjadi bila aku dengan keadaan yang tidak sihat berkunjung ke tempat orang ramai macam itu. Hish , aku tak mahu pisang berbuah dua kali.

Oh ya oleh sebab-sebab tertentu aku telah pergi sebanyak dua kali dan kali pertama di temani oleh kakak aku dan dan kali kedua di temani oleh emak aku. Aku rasa entry kali ini berpontensi menjadi panjang tetapi jangan risau akan di selitkan sesekali dengan gambar. Setiap tahun Pesta Buku mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tak dapat hendak di elak kan. Begitu juga dengan tahun ini. Aku cuba untuk membuat ulasan yang paling ringkas tanpa kata-kata carutan memandangkan rasa nya akan terkeluar juga sepatah dua kata ayat-ayat yang tak manis untuk di baca apatah lagi untuk di dengar. Ngee. Apasal aku terasa macam tengah menulis esei ni? Anggap lah aku tengah feeling semangat overexcited nak buat ujian mid term. Eceh. Oh ya , mungkin juga biar gambar bercherita gitu. Tak larat weh nak menulis panjang-panjang. Ehhe. Tapi bukan ke nanti akan panjang jugak akhir nya? LOL.



eheh. kakak aku. peneman setia aku.


cer tengok belakang tu ... lengang je kan? agak lengang. tak sesak macam kebiasaan nya.

Hari Pertama : 23 April 2011. (hari pertama aku ke Pesta Buku)

Ehem. Untuk kali pertama ke Pesta Buku , aku telah pergi bersama dengan kakak aku dengan di hantar oleh parent aku. Memandangkan mereka pun hendak menuju ke kenduri kawan mereka jadi alang-alang begitu , lebih afdhal mereka menghantar kami berdua. Tak suka taww nak membazir duit. Eceh , padahal memang kau dasar pemalas nak berjalan kan? Gituew. Sebenar nya agak mengejutkan bagi aku melihat jalan tidak sesak seperti sedia kala dan ia amat-amat memeranjatkan aku. Anda pula bagaimana? *lempang* Betul tak tipu. Sebab kebiasaan nya keadaan dari luar hujung ke jalan PWTC tu dah sesak macam anak raja nak kahwin aje. Bahana sibuk tengok royal wedding , sikit-sikit anak raja kan? Kasi lempang bertalu sikit. Hensap sangat tau. Ekekeke.




walaupun nampak macam sesak : the fact , tak sesak pun. boleh laga-laga bontot. eh opss.

Jadi ayah aku terus turunkan kitaorang di depan PWTC itu lah. Keadaan tidak sibuk dan sesak. Kami sampai dalam pukul 1 petang mungkin? Dah lupa , ingatan memang tak kuat betul. Bahaya! Bahaya! Eh eh. Macam biasa bila dah sampai di tempat kejadian mesti kepala otak tak boleh nak cerna elok-elok. Mesti blank sambil sengih kerang busuk pandang kakak aku ala-ala berlagak sebab "Elleh , ini aje orang? Kau biar benar!" Hamboii ayat memang teringin nak makan Bola Rugby ye? Ewah ewah. Berlagak dan riak sungguh! Ngeh ngeh. Jadi aku terus menaiki tingkat atas dan tercari-cari , di mana kah booth Jemari Seni. Mujur ada Kak Naz yang beritahu aku , booth Jemari Seni di tingkat bawah lah yunk oii. -.-' Oh kalau tidak harus kena sumpahan di situ dek kakak aku kerana tak tahu arah tujuan. Hampun kan adik mu!




aku tak tahu kenapa aku edit gambar ni. chantek khen meks edit? *lempang*

Jadi memandangkan di tingkat bawah , aku terus pergi ke booth Sasbadi yang memang berada di atas memandang kan aku hendak membeli buku-buku latihan. Aku terus menyambar segala jenis buku yang berkaitan. Kebetulan orang tidak ramai , maka tak ada lah tahap berkerut dahi macam harga minyak naik ke apa. Jadi tenang je rasa hati. Ewah. Apabila ke Pesta Buku perkara yang paling aku takutkan adalah takut terlebih bajet dan takut tak cukup duit. Mana aku nak cekau duit kawan-kawan sekalian? Aku ni memang suka betul beli buku. Baca atau tidak persoalan seterus nya. Hamboiii. *petir* Tapi Alhamdulillah , beli 10 buah buku latihan+nota harga nya tak mencecah rm 50 pun. Terus terasa nak sujud syukur. Melebih-lebih pulak budak ni. Eiyark! Kemudian pergi juga meninjau ke booth lain. Tak ada perasaan untuk membeli. Sebab takut terlebih bajet. Maklumlah tengah ekonomi gawat tak gawat ni tak boleh nak ikut kan hati sangat nak membeli segala serbaneka kan? Mahu kena pang pang bertalu dengan parent aku nanti. Heh heh.



dengan Juliza Adlizan yang super duper peramah di booth Karangkraf.



Kemudian aku terus kan destinasi ke tingkat bawah ke booth Jemari Seni. Eueww. Di sini lah bermula cacian dan makian yang berlimpah ruah di dalam hati.Kenapakah ? Mari aku listkan agar tulisan di dalam entry ini tidak panjang.

  1. Sikap rakyat Malaysia yang tidak sabar dan tidak beradab benar-benar menguji kesabaran. Di mana kah prinsip 1 Malaysia itu? Tak menjadi ke uols?
  2. Potong memotong amalan yang paling aku cerca dan hina sekali. Sekalipun hendak merembat  bookmark dari novelis Hlovate yang sangat esklusif itu sekalin jangan lah sampai hendak memotong. Tahu tak itu amalan paling keji? Ok , tak apa lepas ni pun aku nak buat jugak lah amalan keji ini. Nampak macam menarik. Tak begitu uols?
  3. Tak kira lah kamu orang yang lengkap sifat semulajadi atau tidak , sila lah belajar bersabar. Susah ke untuk menjadi seorang yang sabar?
  4. Hello Rakyat MALAYSIA , BERSABAR BOLEH TAK? KAU HENGAT KAU SEORANG JE YANG BERIYA NAK BELI BUKU? ok ok dah dah caplock.
Nampak tak apakah yang buat aku geram tahap melankolia. eh eh. Ramai betul rakyat Malaysia yang tak reti bersabar , tak reti beradab dan juga tak reti beratur. Muka cantik-cantik , baju vogeh-vogeh tapi perangai hazab tahap orang jakun petala kelapan. Tahu kah apa itu jakun? Tak tahu? Sila google ataupun check di kamus dewan bahasa. Enough. Oh ya bila ke booth Jemari Seni aku rembat 10 buah novel. Banyak kan? Jangan nak bebel cakap : eh awak tu nak SPM bila masa nak baca. Sesungguh nya aku memang tak baca pun lagi novel-novel itu melainkan Contengan Jalanan. Lain-lain dah di peram buat asam keping. Ewah. Oh ya kemudian pergi ke booth Karangkraft. Berkesempatan bertemu Juliza Adlizan yang super duper ramah. Ekekekek dan membeli novel karya Fauziah Ashaari. Terpaku tengok dia sampai aku pun diam tak tanya apa-apa. Hiks. 



Bunick & Manjlara.


Fauziah Ashaari dengan karya terbaru beliau : Bisik Bisik Gelora. Auww.


Manjlara & Kak Naz



aku dan Kak Naz. Karya-karya Kak Naz memang semua nya best-best. Jangan lupa dapatkan karya Nazurah Aishah jugak uols :D

Pendek kata hari pertama ke Pesta Buku overall okay dan sempat berjumpa dengan penulis buku dan menyokong kawan aku yang menulis novel , you go girl! Ewah. Jangan lupa dapatkan novel Dia & Dia dari Bunick Firdaus di bawah Publisher : Jemari Seni. Sempat juga jumpa Kak Naz dan sempat juga Kak Naz memberi hadiah with love gitu. Sangat-sangat terharu. Tak sempat nak kasi apa-apa dekat Kak Naz. Next time ok? Bunick pun sempat kasi aku bookmark dengan buku comel. Thank You :D Sempat juga jumpa dengan kawan-kawan yang selalu berborak di alam maya : Mijot , Kak Uda dan Kak Azure. Dalam ramai-ramai orang , terserempak jugak dengan diorang. Sempat jugak berborak gitu. 

Kemudian sempat juga makan dan seperti biasa harga nya cekik darah mengalah kan orang tercekik tulang ikan. Tak apa lah , sebab aku lapar dan dahaga , sempat jugak beli 2 set makanan apa entah dengan 4 gelas Nescafe Ais yang segelas RM 5. Kau hado nyah?Kau hado? Nan hadoooo. Balik-balik rumah merasalah gastrik tahap guling-guling. Siapa gatal sangat beli air tu sampai pitamz? 



Sh.Shahira tengah ada kan sesi autograph.


Dinasour robotik? Entah ,tak pasti noks. Yang penting aku geli tengok -.-'



Tahu kah Anda ? : Booth Dewan Bahasa dan Pustaka antara kawasan paling lengang sekali. T_T

Memandang kan entry ini sudah penuh dengan ayat-ayat berhemah dan gambar-gambar maka akan ada sambungan nya selepas ini ye. Maaf lah entry aku memang panjang-panjang tulisan nya. Eheh. Lagipun tulis pendek-pendek mahu korang pun pendek akal tak faham apa aku tulis. Simple sangat nanti nya. Aku tak gheti nak menulis pendek-pendek. Nangiss!!

Kesimpulan nya : Hari Pertama ke KLIBF sangat memuaskan walau ada sedikit geram dengan perangai manusia yang tidak reti bersabar dan mementingkan diri sampai kan terasa hendak memberi sedikit kungfu panda tetapi tidak lah sampai migraine memikirkan hal tersebut. Eceh. Gedik lah kau! Harap-harap jangan lah ada yang terasa dengan ayat ala-ala libasan tak menjadi aku. Sekadar menegur. Aku pun ada kekurangan nya tapi jangan lah kita tunjukkan kekurangan perangai kita seperti tidak beradab dan tidak reti bersabar di khalayak ramai. Tak comel kau tahu tak?




last sekali : dapat gelang mutiara with love from Kak Naz. TQ Kak Naz and Happy Belated Birthday ;)

Nantikan PART II daripada IjahEmoTemo. Eh eh sebelum itu , ada tak korang yang suka pergi ke pesta buku macam aku? Ada tak korang yang ulat buku macam aku sampai buku pun jadi berulat. Eh oppss. Aku ni bukan lah tahap ulat buku tapi suka membaca. Gituh kata nya. Ehem. So korang pulak suka membaca ke tak? Ehee.

Pergi Ke Rumah Kiah Pergi Membaca ,
Pergi Membaca Sambil Makan Buah Oren ,
Hailah apalagi uols lepas baca ,
Harap komen!


HAHA , apahal aku berpantun pulak ni? T___T


Wednesday, May 4, 2011

10 Tahun Lagi. Bagaimana?

10 tahun lagi.
Pernah tak kita terfikir pasal itu?
Pernah tak kita bayangkan semua itu?
Uhuks.

Kadang-kadang aku terbayang jugak.
Mungkin sebab sepoloh tahun lagi tu umur aku tu dah menjadi satu angka besar.
Mungkin sebab sepoloh tahun lagi tu umur aku tu dah seperti seorang yang dewasa.
Mungkin lah.

Tapi semua itu belum pasti kan.
Sepoloh tahun lagi.
Macam-macam boleh jadi.
Tak macam tu uols?

Ehem ehem.
Kadang-kadang terfikir jugak.
Sepoloh tahun lagi kan ...
Apa yang akan jadi ye?
Sekarang aku sudah 17 tahun.
Maka sepoloh tahun lagi aku akan menjadi 27 tahun.
GULP. *telanairliur*

Uish sepoloh tahun lagi.
Menakutkan lah pulak bila tengok nombor ituew.
27 tahun.
Apa yang akan jadi ye?

Mungkin kah aku sudah bekerjaya hebat?
Mungkin kah aku sudah mempunyai suami sekacak inche F bukan nama sebenar? uhuk uhuk.
Mungkin kah aku sudah mempunyai anak-anak secomey aku? hek hek hek.
Mungkin kah aku sudah berkahwin?
Mungkin kah aku sama juga seperti sekarang?
Mungkin kah aku sudah tiada?

10 tahun lagi.
Cheritera nya masih panjang kalau di ikutkan.
Namun kalau ikut tik tok tik tok sebentar sahaja.
Sepoloh tahun lagi.
Kita tak tahu apa yang akan jadi.
Kita tak tahu apa yang hendak jadi di masa yang seterus nya.
Sedang kan esok pun kita tidak tahu.
Apatah lagi yang sepoloh tahun kan?

Entah apa pasal tiba-tiba macam terfikir untuk tulis benda ni.
Tak tahu kenapa.
Tak tahu apa pasal.
Tiba-tiba terlintas.
Tiba-tiba teringin nak tulis pasal ni.
Uish.

Kita tak tahu apa yang akan jadi.
Kita tak pernah tahu.
Kita mungkin mampu merancang segala nya.
Tapi DIA yang tentukan segala nya.
Biar lah seindah cantik baik macam mana sekali pun.
Tetap DIA yang tentukan.
:)

Sebelum entry ini bakal menjadi entry emo-temo ...
Lebih baik aku berhenti menulis.
LOL.

Korang ada tak berangan macam aku jugak? Hek hek. *lempang*




Baby Elmo sibuk menemani aku yang sedang belajar. Ohho , konon gempak lah tu.