Home

Thursday, January 17, 2013

Bila Cik Epal & Eyriqazz Datang Menyinggah Belog Jijah...

Sebelum ini Jijah memang berjanji nak update cherita basi kan? HEHE , tapi itu semua nanti dulu yer? Jijah nak bercherita sikit tentang dua orang blogger yang popular ini. Kalau nak dibandingkan Jijah dengan mereka memang bagai langit dengan bumi katanya. Mereka berdua jauh lebih popular , dikenali dan lebih berjaya dengan belog masing-masing berbanding belog sendu dan picisan macam Jijah ni katanya. HEHE.

Iyerlah , belog Jijah ni tak ada pun dapat UV trafik tinggi macam depa-depa ni apatah lagi nak dikenali oleh semua orang kan? Gituew katanya. Kekdahnya nak bercherita yang Jijah sangat-sangat terharu apabila blogger popular yang memang Jijah selalu mengikuti belognya iaitu Cik Epal ada menyinggah masuk dalam belog Jijah. HEHE. Lepas tu siap tinggalkan komen lagi katanya. Terus berdezuppp hati terasa terharu hiba bagai nak rak! Hah! Jijah dah start dramatik dah! Ekekekek. Iyerlah, bila blogger popular macam Cik Epal tu menyinggah dalam belog Jijah pun dah terasa macam nak menitis-nitis airmata. Apatah lagi bila lihat ada pula komen dari Cik Epal kan? 



Cik Epal datang komen dekat entri Adam Dan Hawa! :p

Sebelum ini memang pernah Cik Epal bagitahu Jijah dia pernah masuk baca belog Jijah. Tapi tak pernah pula nampak Cik Epal datang komen belog Jijah kan? Haruslah rasa terharu kejap bila tengok Cik Epal sudi juga datang memberi komen khen? Ala-ala jakun kejap uols! HAHA. Sampaikan ingat itu palsu punya Cik Epal kot-kot kan? HAHAH , maafkan saya Cik Epal. Sebenarnya Jijah pernah terjumpa dengan Cik Epal. Macam mana baca belog dia , macam itu juga perangai dia dekat luar. Peramah! Rasa macam dah lama kenal pulak bila berborak dengan Cik Epal katanya! HEHE , ingat tak Jijah pernah cakap yang Jijah ada duduk sederet dengan seorang blogger popular masa tayangan perdana Tanda Putera? Haaaa , orang yang dimaksudkan ialah Cik Epal lah. Ekekeke. Tapi sayangnya tak ada siapa yang dapat teka dengan tepat ketika itu. HewHewHew.


Jijah & Cik Epal !

nice to meet you Cik Epal!

hehe terima kasih kerana sudi menyinggah belog picisan kitew! *tunduk malu*

dusssshhhh. hahaha.

Okay selepas itu pula , seorang lagi blogger yang Jijah sering membaca tatkala lapang ialah belog Eyriqazz! Kebetulan pada suatu hari itu , Jijah ternampak Eyriqazz tulis , sila kasi link belog , nanti Eyriqazz akan singgah. Tak sangka belog Jijah yang picisan ini pun Eyriqazz sudi singgah dan datang memberi komen. HEHE , siap wish birthday lagi tu. Lagi terharu kan?


Eyriqazz datang komen di entri hari jadi Jijah yang ini. 

terima kasih Eyriqazz. 

Tak ada motif apa-apa pun entri kali ini. Sekadar nak meluahkan rasa terharu Jijah buat blogger-blogger otai ini. Jijah kagum dengan mereka yang bukan sahaja otai dalam bloggin ini tapi tidak juga lokek untuk memberi info-info menarik untuk menjadikan blogging ini sebagai pendapatan sampingan. Memang kalau pergi ke belog bro Eyriqazz terutamanya memang ada banyak juga info-info menarik andai kata korang nak menjadikan belog sebagai pendapatan sampingan korang. HEHE , tiba-tiba pulak Jijah ni kan?

HEHE , tiba-tiba karang jadi panjang entri ini karang dibuatnya Jijah bercherita benda lain pulak kan? Lagi bagus kalau titik noktahkan sekarang kan? Okbye.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, January 14, 2013

Selepas 19 Tahun.

Akhirnya sudah secara official berusia 19 tahun. Alhamdulillah. Baru berkesempatan untuk menulis dan mengetuk kibod bagi mengupdate belog kesayangan. Masa agak sempit sedikit untuk sedikit aktif dihujung minggu. Ada banyak pula aktiviti jimba ria bersama orang yang tersayang. Amboi , ayat bukan main lagi tersayang dia eh? HEHE. 

Rasa macam tak percaya yang usia Jijah sudah 19 tahun. Rasa macam sudah semakin tua. Tak perlu rasa lagi , memang sudah semakin tua. Sudah tiba masa untuk Jijah lebih fokus pada diri sendiri selepas ini. Terlalu banyak perkara yang Jijah fokuskan sebelum ini sehingga Jijah juga hampir lalai dengan perkara yang sepatutnya. Ada terlalu banyak harapan dan azam yang dipasang dalam hati. Semoga ada peluang dan ruang untuk melaksanakan semua itu.

Sebelum Jijah terlupa , Jijah benar-benar terharu buat semua yang tidak putus-putus menitipkan doa , ucapan serta harapan pada 11 Januari yang lepas. Malah sehingga selepas 11 Januari pun masih ada yang memberi ucapan pada Jijah. Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua. Terima kasih untuk doa yang sangat terkesan dengan hati Jijah. Terima kasih untuk ucapan yang sungguh menyentuh jiwa Jijah. Terima kasih untuk harapan yang tidak pernah luntur untuk Jijah. Semua itu sungguh menyentuh seluruh jiwa dan raga Jijah. Semoga Allah yang membalas jasa baik kalian. 

Sekarang sudah 19 tahun. Sekarang sudah tiba masa untuk bangun dari mimpi yang lena. Sekarang sudah tiba masa untuk Jijah fokus kepada perkara yang Jijah ingin fokuskan untuk masa hadapan Jijah. Moga ada peluang dan ruang untuk Jijah. Susah atau senang , itu bukan penghalangnya lagi. Kan? Selepas berusia 19 tahun ini , harapan Jijah agar Jijah lebih matang dan bersabar dengan macam-macam kerenah manusia serta dugaan yang tidak pernah henti ini. Kalau tiada kesabaran runsing jika jadi sesuatu yang lain pula. Kan? Heh.

Tiba-tiba pula macam serius pula isi entri ini. Konon nya nak buat entri santai-santai yang pendek. Tapi dalam mimpi saja lah Jijah nak mengetuk kibod dalam kadar yang pendek kannnnnn? Hiks. Ada banyak cherita yang Jijah nak kongsikan. Ada semangat yang tiba-tiba membara sehingga terasa nak mengetuk kibod lagi dan lagi. Nak menulis kadangkala kena tengok pada mood dan situasi jugak kan? Patut lah belog Jijah ni sendu sangat kan? HAHA. 

Konon nya nak bercherita aktiviti selepas usia 19 tahun. Tapi macam tidak berjaya saja. Takpelah Jijah kasi teaser dulu. Sejak malam 10 Januari itu , memang ada banyak aktiviti Jimba Ria Jijah. Sebenarnya masa 10 Januari tempoh hari sejak pagi lagi Jijah keluar sehingga tengah malam baru pulang. Jimba ria sangat kan? HEHE. Tapi itu semua nanti dulu. Rasa macam kena buat entri lain. Karang jadi panjang pula kannnn? Tapi sebelum itu nak juga tepek beberapa keping gambar. Sebelum 19 tahun dan selepas 19 tahun punya gambar. Let's ?!


Jijah , Yeen , Ieja & Cess.

My Lovely Geng Senah! ♥


I is a Happy Girl! Hahahaha... 

Diva Pora eh? :p


Jijah & Cik Ted?

Double Happy! 

Thanks ♥!

Itu baru teaser gambar kan? Excited tak? Excited tak? Eceh! Macam ada orang kisah dengan belog JijahTemo ni khen? Ekekekek. Alhamdulillah untuk semua ini. Gambar sahaja sudah menunjukkan Jijah gembira kan? Memang gembira pun. Nanti tunggu saja cheritanya. InsyaAllah dengan tahap kerajinan sekarang tidak akan ada lagi cherita basi. Malah tengah merajinkan diri untuk menghabiskan cherita basi tahun lepas. Oh my!!! Tahun lepas? Macam susah nak percaya sekarang sudah tahun 2013 kan? HEHE , gedik sangat Jijah!! :p

Terima kasih untuk semua yang membuatkan 19 tahun Jijah yang baru beberapa hari ini indah warna warni. U know who you are right? HEHE. Nanti jika ada kelapangan lagi Jijah update cepat-cepat lagi. Semangat nak menulis tengah membara-bara katanya. Haruslah gigih update kan? Sekarang tengah gegeh nak buat schedule post untuk cherita basi dulu. Bersabarlah hati untuk siapakan semua benda ini kan? Hiks, siapa suruh lambat sangat update kan? Ngeheheh.

Kisahnya , terima kasih untuk semua. Ucapan artis sangat kan? Okbye.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, January 11, 2013

Yang Ke 19.

11 Januari hadir lagi. Syukur pada DIA yang masih lagi meminjamkan aku sebuah nyawa untuk terus bernafas merasai kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah. Untuk yang ke 19 kali nya aku menyambut hari jadi , tiada lafaz lain yang mampu di lafazkan selain rasa syukur. Kadangkala aku terleka , kadangkala aku tersesat , kadangkala aku terover , tapi aku masih tetap diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumiNya. 

Alhamdulillah sekali lagi. Ketika ini perasaan bercampur baur. Tanpa sebab musabab yang kukuh , Jijah sungguh beremosi di hari jadi yang ke 19. Mungkin faktor usia yang mula mencari hala tuju. Mungkin. Mungkin terasa sudah tiba untuk berhenti dari segala aktiviti lagho. Mungkin juga. Mungkin terasa sudah penat dengan segala yang berada di depan mata. Mungkin. Ada banyak kemungkinan yang Jijah rasa , untuk umur yang ke 19 , Jijah perlu berubah untuk menjadi lebih baik dan meninggalkan segala yang Jijah rasa tidak perlu lagi. InsyaAllah , itu azam tahun 2013. Menjadi atau tidak , itu cerita belakang. Apa yang penting azam itu sudah tersemat dalam hati. Katanye.

Itu azam umur 19 tahun. Itu azam 2013. Katanya. Tapi apa-apa pun sempena dengan ulang tahun yang ke 19 tahun , hendak juga buat ucapan ala-ala artis. Walau tadi kata nak tinggalkan segala yang lagho dan melalaikan. Walau katanya tadi. Tapi ucapan tetap nak gaya macam artis. Kan? Heh.

Untuk yang ke 19 kali , 11 Januari ...

Terima kasih untuk Umi dan Ayah. Yang banyak berkorban. Yang banyak memahami. Yang banyak membebel. Yang banyak bergelak ketawa bersama. Yang banyak menangis bersama. Yang banyak selalu bersama tak kira susah atau senang. Tak ada orang yang boleh gantikan tempat Umi dan Ayah yang selalu banyak bersabar dengan kerenah anak bongsu Umi dan Ayah ini. Tak akan pernah ada. Ijah sayang Umi dan Ayah sangat-sangat ♥

Terima kasih untuk keluarga tersayang. Tidak kira susah atau senang tetap juga bersama. Tetap juga utuh memberi kata-kata semangat. Mungkin juga kata-kata cacian? Feeling-feeling lagu Kosong - Najwa Latif pula. Macam tak biasa dengan dramatik Jijah? *panggggg*

Terima kasih untuk sahabat handai. Yang rapat atau yang jarak. Kalian tetap sentiasa mengajar Jijah erti sahabat yang sebenar. Kalian tetap sentiasa mengajar Jijah tentang erti kehidupan sebenar. Terima kasih untuk segalanya sahabat. 

Terima kasih untuk semua. Tidak kira ia nya sebuah pujian atau sebuah cacian , ia tetap satu pelajaran dan pengajaran hidup yang terbaik. Tak gitu? Alhamdulillah. 19 tahun hidup di muka bumiNya , memang terlalu banyak ujian dan cabaran DIA kasi. Tetapi disebalik segala tangis hiba, DIA tidak pernah pun lupa untuk memberi sebuah senyuman dan ketawa riang untuk aku lalui hari-hari aku. DIA itu Maha Mengetahui segalanya. 

Mungkin apa yang kita rasa tidak baik untuk kita , tetapi sebenarnya baik untuk kita. Mungkin apa yang kita rasa baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak baik untuk kita. Mungkin. Kita tidak tahu apa-apa. Tetapi DIA tahu segalanya. 

Mungkin agak serius isi entri kali ini. Mungkin dah tiba masa untuk mencuba menulis dengan lebih serius. Kan? Banyak sangat ayat mungkin. Pening kepala orang membacanya nanti. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk aku menghirup udara segarmu , melihat panas terik matahari , merasai titisan air hujan dan menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. 

Sebelum mengakhiri entri yang penuh dengan perkataan mungkin dan separuh serius ini , hendak juga Jijah lampirkan sebuah gambar. Ada orang tu tersilap tulis , tapi mungkin juga nasib baik Jijah agaknya. Tak pasal-pasal orang tu wish Happy Birthday. Kan? Agak-agak siapa orang tu? *dushhhhh*


agak-agak siapa?

soalan agak bimbo tak?

LOL!

p/s : motif gambar ini ialah , Jijah tetap mencakar walau nampak nama ehem dekat kertas. tetap! *panggggg*

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, January 8, 2013

Minggu Kemuncak Adam Dan Hawa. Menarik Atau Sebaliknya?

Rasanya kita semua tidak asing lagi tentang drama rantaian Adam Dan Hawa yang disiarkan secara ekslusif di Astro Mustika HD. Drama Adam Dan Hawa yang mempunyai 80 episode dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa kini sudah berada di kemuncak episode nya. Terasa macam baru semalam menonton di kaca tv tapi lihat-lihat saja minggu ini sudah berada di minggu kemuncak.

Hampir lima bulan juga Adam Dan Hawa bersiaran dan terasa macam cepat sungguh masa berlalu. Masa mula-mula mengetahui Adam Dan Hawa mempunyai 80 episode , diri sendiri pun tak yakin akan mampu untuk menonton drama ini sehingga ke penghujung. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Jijah masih gegeh menonton drama ini jayanya meski tatkala menonton drama Adam Dan Hawa ini ada macam-macam omelan yang bertandang dari hati katanya. Biasalah Jijah , bila menonton drama yang diadaptasi dari sebuah novel , mula lah rasa tidak puas hati macam-macam. Serba serbi tak kena. Kannnnn?



Bagi Jijah , Adam Dan Hawa sebuah drama yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan tidak tersasar jauh dari novel itu sendiri. Sepanjang menonton 77 episode setakat ini , memang bermacam-macam emosi yang masuk dalam diri Jijah tatkala menonton Adam Dan Hawa. Bila saja menonton Adam Dan Hawa kadangkala terasa diri sendiri yang sedang menyelami hati Adam Mukhriz dan juga Ain Hawani. Kadang-kadang rasa bahagia , selepas itu rasa sedih pula, dan kemudian rasa amarah dan kecewa pula. Nampak tak emosinya macam mana bila menonton Adam Dan Hawa? HEHE. Aku memang tidak nafikan Adam Dan Hawa pada permulaan episode memang tidak membosankan. Paling membahagiakan rasanya bila melihat dalam Adam Dan Hawa yang divisualkan ditambah perasa dengan scene-scene yang tiada dalam novel. Faham tak rasa bahagia dia macam mana? Rasa macam nak meloncat-loncat sampai ke awan katanya! Tapi kemudian jatuh tersungkur sebab terover gembira. Hahahaha. 

Cuma biasalah bila episode terlalu panjang , ada sesetengah episode itu agak membosankan. Atau itu mungkin perasaan Jijah saja. Tapi Jijah tetap setia juga untuk menonton kerana bukan sahaja kerana hendak menonton lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa sebaliknya hendak melihat bagaimana Adam Dan Hawa yang divisualkan. Sebagai pembaca novel tersebut , haruslah Jijah hendak lihat bagaimana adaptasi yang diberikan. Baguskah atau sebaliknya kan? Memang so far kadang-kadang agak kecewa jugalah bila scene untuk watak-watak tempelan lebih banyak daripada watak Adam Mukhriz dan Ain Hawani itu sendiri. Terutama bila scene untuk Johan dan Azie serta Muzaffar dan Dee dipanjangkan lebih dari kisah Adam Mukhriz dan Ain Hawani itu sendiri. Kadang-kadang tertanya-tanya , mana Am? mana Ain? mana? mana? *dushhhh* HAHA. Agak kecewa bila di sepuluh episode terakhir agak kurang menyengat sedikit dek kerana banyak kisah pasangan lain berbanding Adam Mukhriz dan Ain Hawani katanya. Tak apa lah , mungkin malam ini kembali menyengat dengan kisah Am dan Ain nya. Kannnn? Positive sangat katanya! HAHA.

Gegeh tak Jijah tetibe buat ulasan bersempena dengan minggu kemuncak Adam Dan Hawa? Memang sangat gegeh uols! Hampir 5 bulan bertapa depan tv sampai berebut remote tv sepanjang Isnin - Khamis , pukul 10 malam kan? Tatkala ada yang kata Adam Dan Hawa sudah mula boring , sudah mula bosan , Jijah masih lagi dengan penuh harapan menonton Adam Dan Hawa tanpa pernah kenal erti jemu katanya. Nampak tak sweet Jijah itu? Okay muntah berjemaah please. HAHA. 

Meskipun ada beberapa scene Adam Dan Hawa yang dibayangkan akan terus kekal menjadi bayangan , tapi Jijah tetap memuji yang Adam Dan Hawa yang divisualkan berjaya membawa Jijah ke satu perasaan yang berbeza. Adam Dan Hawa yang divisualkan memang sarat dengan macam-macam emosi. Siapa yang menonton sejak awal episode pasti tahu kenapa Jijah berkata demikian. Rasanya sejak menonton Adam Dan Hawa hampir 5 bulan yang lalu (oh wow! how time flies?!!!) memang senang sangat nak tersenyum , tersengih , menangis , marah dan kecewa tanpa rasa jemu juga. Memang sangat sarat dengan emosi drama Adam Dan Hawa ini. 

Gituew. Sekarang ni aku nak berkongsi gambar-gambar cantik hasil kreatif kerekarlu yang aku ambil dari forum CARI. Memang cantik gambar-gambar dari beliau. Saja nak kasi korang cuci mata jugak kan? GEGEH kau JAH! -___-'









Terasa macam fanatik sangat-sangat pula melihat kegigihan diri sendiri menepek gambar-gambar begini. Sekali sekala uols. Apa salahnya kan? HEH HEH HEH :p Sejujurnya Adam Dan Hawa memang sebuah drama yang sarat dengan emosi. Bila menonton hampir 77 episode Adam Dan Hawa , aku sendiri pun macam tak percaya boleh menonton sehingga ke saat sekarang punya episode. Memang terlalu banyak suka dan dukanya sama seperti dalam novelnya cuma kadangkala ada sesetengah scene tu perasaan dia lebih mencengkam jiwa. Terutama bila Adam Mukhriz mula merindui Ain Hawani , bila Ain Hawani tertekan dengan status yang dia miliki serta konflik-konflik lain. 

Mungkin aku ada juga sedikit kecewa apabila ada sesetengah plot penting Adam Dan Hawa tidak divisualkan tapi cuba pujuk hati apabila ada juga sesetengah scene yang tiada dalam novel divisualkan lantas Jijah terus mencakar kan? Hiks. Gituew lah Jijah. Sebenarnya tak sabar untuk menonton episode akhir Adam Dan Hawa katanya. Biasalah , kalau dah menonton dari awal , rasa sayang kalau tak menonton sampai habis katanya. Tak sangka Jijah berjaya mencakarkan diri menonton Adam Dan Hawa sehingga penghujung cerita ini. Macam tak percaya walaupun dulu pernah mencerca sebab 80 episode kan? Sekarang kalau boleh nak suruh tambah lagi 100 episode! LOL! Sinetron sangat kalau sampai 100 episode kan! T___T




EH EH mencakar tetibe tengok eh eh. LOL.

gif cantik credit from forum CARI lagi sekali.

thanks to : avrilizana ♥

Ekekekek. Yes entri ini memang panjang Jijah tahu. Tapi tetap tak tahu macam mana nak berhenti dari mengetuk kibod ini kan? HEHE. Apa-apa pun pujian harus diberikan kepada team Adam Dan Hawa yang berjaya menghasilkan adaptasi untuk novel yang sangat digilai ramai ini. Sebuah adaptasi yang baik walaupun mungkin ada sikit yang Jijah kurang puas hati. HEHE , biasalah tu. Mana ada adaptasi yang sempurnakan? Gituew. Sepanjang 77 episode Adam Dan Hawa memang ada macam-macam rasa yang terpahat dalam diri katanya. Ada rasa bahagia yang teramat sangat , rasa sedih yang mencanak-canak , rasa geram yang terlampau-lampau dan rasa kecewa yang tak boleh nak dibendung. Memang kena tonton sendiri baru faham kenapa katanya. 

Tapi mungkin ada sesetengah orang merasakan lain daripada apa yang Jijah rasakan ? It's up to you guys. Ini sekadar pendapat peribadi katanya. Oh ini memang pendapat peribadi semata-mata katanya. Tak ada unsur apa-apa pun. Jangan cuba untuk salah ertikan pula yer. Gituew. Memang Adam Dan Hawa mempunyai impaknya yang tersendiri. Thumbs Up untuk produksi Adam Dan Hawa. Juga untuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa yang berjaya membawa watak masing-masing sehingga Jijah masih lagi gigih menonton sehingga ke saat akhir ini. Kannnnnn?

So kekdahnya ada ke orang yang gigih macam Jijah menonton Adam Dan Hawa? Komen korang? Gituew.

Oh last but not least. Agak-agak mencakar tak tengok? Agak-agak? T___T


Jangan Lupa Menonton Episode 80 , Kemuncak Adam Dan Hawa , Khamis ini 10 Malam ekslusif di Mustika HD 134!

iklan sangat! Global Station tak nak kasi upah ke Jijah buat iklan macam ni? erkkkkk *larikkkkkkkk*

Terima kasih sudi baca entri ini.

Friday, January 4, 2013

2013.

Mungkin agak terlewat Jijah mengetuk kibod untuk tahun 2013. Tapi tak mengapalah , janji belog ini tidak bersawang katanya. Hiks. Akhirnya 2012 telah melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas. Terasa macam tidak percaya yang sekarang kita semua sudah menjejak hari ke 4 tahun 2013. Cepat sungguh masa berjalan dan berdetik kan? 

2012 merupakan tahun yang paling banyak suka dan duka , pahit dan manisnya. Memang terlalu banyak kisah dan cherita yang hadir dalam hidup Jijah sepanjang tahun 2012. Ada yang gembira , ada yang menyedihkan , ada yang mengecewakan dan kalau dari segi emosi memang teruji sangat-sangat sepanjang 2012. Memang diri sendiri terasa macam tak kuat sungguh untuk melayari segala cabaran , dugaan dan masalah yang mendatang bagai tidak pernah henti dan mahu berhenti walaupun sesaat. Itulah tahun 2012. Tahun yang paling mencabar dari emosi,mental dan juga fizikal. Tapi disebalik bermacam-macam rasa yang hadir itu , tidak dinafikan 2012 tahun yang ada juga kemanisan dan kebahagiaannya juga.

Senang cerita 2012 memang lengkap segala rasa dan memang terasa teruji dengan macam-macam dugaan. Tapi Alhamdulillah , segalanya berjaya dilalui dengan baik. Mungkin lah masa terpaksa melalui semua itu terasa segala kelat dan pahitnya. Tapi sekarang segalanya aku tahu setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Cepat atau lambat baru kita akan sedar kan? Gegeh sungguh Jijah menaip panjang-panjang mengulas tentang 2012 yang dah empat hari meninggalkan kita semua. Iyerlah kan, nak update masa 31 Disember tempoh hari memang tak sempat langsung. Ada saja masalahnya. Sadis sangat!

HEHE , kalau ikutkan memang nak buat entry khas untuk 2012. Kekonon nak buat review sepanjang 2012 , sekali kau hampeh satu pun tak jalan katanya. Redho ajelah Jijah oiii. Kannn? 2013 sudah pun empat hari kita layari. Alhamdulillah , so far so good. Januari memang bulan yang sentiasa membahagiakan Jijah (so far! hahaha) . Maklumlah Jijah punya birthday pun tak lama sahaja lagi kan? InsyaAllah akan ada giveaway yang menanti korang semua. HEHE , itu giveaway yang saja-saja nak buat katanya! Bersempena dengan 11 Januari yang akan hadir tak lama lagi katanya. Just for fun! Tapi nantikan okes semua itu! HEHE.

Eh macam tak best pula cherita panjang-panjang tapi tak ada gambar kan? Ngeheheh. Nak tepek gambar apa eh? Okay marilah menepek gambar-gambar yang kekonon teaser untuk diupdate pada next entry yer! Bagi semangat pada diri sendiri agar tidak kemalasan lagi untuk mengupdate cherita yang dah tersedia basi katanya. Let's tengok apa cherita yang Jijah nak update lepas ni? Gituew.





Hah! Tiga keping gambar saja mampoooo ditepek pagi ini katanya! Kekdahnya maintain akan ada cherita pasal Aaron Aziz kan? Dah nama cherita basi uols , bertabahlah menghadapi belog Jijah yang asyik bercherita pasal Aaron Aziz sajork. Tapi jangan risau akan ada juga cherita lain. Sekarang sekadar nak tepek teaser untuk entry basi yang bakal berupdate. Asyik bertangguh saja kerjanya! Hampeh sangat Jijah ni tau! T____T

Kekdahnya esok sudah hujung minggu kembali. Korang semua ada apa-apa aktiviti untuk minggu pertama 2013 ini? :)