Home

Monday, October 10, 2011

Peminat Misteri ?

Betul , tak tipu dengan tajuk dekat atas tu. Aku sendiri pun terkejut korang yang baca mesti lagi terkejut kan? Gituew. Kisah nya aku memang setiap hari atau bila aku free aku akan check email aku. Sebab nya nak delete email-email notification untuk blog ni kan? Nanti kalau tak delete jadi macam email untuk facebook aku , dah berpuluh ribu aku tak padam-padam. 


Jadi aku check lah satu per satu macam kebiasaannya. Lepas tu aku nampak ada satu email macam pelik dia punya tajuk. Angkat kening banyak kali. Asyik sebut "EH?" "EH?" "EH?" tapi gedik betul duk "EH?" banyak-banyak kali tak kelik email tu apa kes? Hahahaha. *pang bertalu* Lepas tu aku pun bukak email tu dan baca dengan teliti. Ala-ala tengah membaca arahan dalam kertas soalan gituew.


Lepas tu terus aku tergamam dan terharu. Eh kenapa pulak? Dramatik tak? Wajib dramatik! Ekekekeke. Ehem , rupa-rupa nya aku mendapat email daripada salah seorang pembaca Cherita Emo-Temo. Aduh , terharu sangat okay bila aku baca email dari Kak Leen. Aww, you so sweet la Kak Leen. Tak pernah sangka pulak akan mendapat email dari pembaca Cherita Emo-Temo. Ngeee , yes belog aku masih lagi belog picisan yang tak lah sehebat belog Hanis Zalikha , se-gah belog Red Mummy , se-popular belog Cik Epal mahupun Yuyu Zulaikha. Definitely NO.


Aku buat entry ini khas untuk Kak Leen yang siap hantar email dekat aku and tanda appreciate aku pada Kak Leen yang kata dia seronok baca belog ni sampai mampu tersenyum dan tertawa. Itu yang aku suka , tak mampu nak ceria kan hati sendiri , dapat buat orang lain ceria pun dah okay kan?


Ehhe , dekat bawah ni ada aku printscreen email Kak Leen. Hiks.


terharu :')

terima kasih atas pujian dan sokongan.

dan yes atas nasihat juga. :')

Asal nya nak tulis ringkas-ringkas tapi macam biasa aku gagal nak ringkaskan ayat bila berkaitan dengan penghargaan ni. Heh heh heh. Terharu sangat bila ada yang seronok membaca belog picisan macam ni. Siapa tak seronok kan? Heee. Terima kasih sangat-sangat buat Kak Leen yang sudi membaca setiap entry-entry dalam belog ini ye. Appreciate sangat-sangat :')

Ehem , aku buat entry ini pun untuk aku abadikan dalam belog ini dan untuk aku baca lagi di masa yang akan datang. Jangan korang nak salah faham pulak. Ngeh. Ehem , tak tahu nak tulis apa lagi sebab masih lagi terkesima kan dapat email dari peminat misteri katanya? Hahaha , misteri lah sangat khen. Ekekekek. So , korang kalau nak hantar email ke , hantar hadiah ke pun boleh. Aku okay aje. Wakakak , statement mintak baling bola Golf tak? Ekekekek.

Eh nak tunjuk pic selingan antara aku dengan Kak Leen di twitter. Ehem ehem. 




pic 1 :: aku menggedik tengok Aaron balas tweet orang lain tapi tak balas tweet aku. erk. then Kak Leen pun err nak merajuk jugak? err then Aaron balas.

err kenapa Kak Leen nak merajuk? errr sebab tengok pic 2.

pic 2 :: heh , baca aje lah. okbai.

Mesti ada yang loya kan? Tak habis-habis dengan Aaron. Sudah jangan nak loya ye. Itu cuma nak tunjuk antara aku dengan Kak Leen aje katanya. Ngeh. Tak payah nak loya-loya sebab Rabu ini entry aku yang terakhir dalam belog ini ye kawan-kawan. Dah malas nak update , dah malas nak blogwalking. Bukan sengaja-sengaja tapi aku rasa itu yang terbaik sekarang. SPM dah makin hampir dan aku mahu fokus untuk SPM nanti.

InsyaAllah lepas habis sahaja SPM , belog ini akan kembali seperti macam biasa. *harap-harap lah. Lagipun kan bila aku asyik terdedah dengan segala jenis online ada banyak manusia yang cuba membuat aku rasa pissed off dengan ayat-ayat mereka. Aku memang tak mahu rosak kan mood belajar aku kerana mereka-mereka itu ye? Lagi hendak SPM , lagi aku nak jauhkan diri dari mereka yang tak sepatut nya ini. Gituew. Eh entry last good bye tu hari Rabu , apahal aku dah melalut dalam entry ni? Okbai.

Perkara paling seronok apabila mampu membuat orang lain tersenyum dan tertawa. Itu sudah cukup mengubat macam-macam perkara yang sedang dilalui ini. Kan? :) 

Terima kasih sudi baca entry ini :')

Thursday, October 6, 2011

Random (1)

Aku tahu entry ini sangat boring sebab aku pun time menulis ini pun tengah boring. Aci tak alasan? Aku sebenar nya teringin untuk update macam-macam tapi bila tengah otak berserabut dengan macam-macam perkara , jangan harap lah aku mampu untuk lunaskan permintaan hati itu kan?

Aku banyak juga pergi blogwalking belog-belog kawan-kawan blogger yang lain sejak dua menjak ni. Ada yang suka tulis panjang berjela macam aku. Ada juga yang tulis simple and sweet. Seronok aku baca setiap satu belog tu. Terus timbul hasrat dalam hati untuk tak mahu tulis panjang-panjang. Nak tulis short , simple and sweet. Feeling gedik tak kalau nak tukar angin macam gitu? Tak kot. Tapi mampu ke untuk tulis sikit? Sah , jawapan nya tak mampu. Heh.

Kadang-kadang teringin betul biar kan gambar yang bercherita. Tapi kadang-kadang teringin nak tulis tanpa henti luahkan segala isi hati biar rasa puas hati. But then tetap tak terlunas segala itu sebab otak kata jangan hati kata ya. Eh , macam lagu Najwa Latiff - Cinta Muka Buku pulak ye? Ahh sudah , dah mula merepek.

Layan gambar sekeping dua sekejap meh.


aku rindu nak pusing KL macam tahun lepas yang aku buat dengan kakak aku.
aku rindu dengan macam-macam perkara.

makin nak hampir habis tahun 2011 , makin banyak perkara yang aku rindu :'(


nak beritahu aku handbag baru.
perlu ke beritahu? perlu sebab ini belog aku.

aku macam biasa nak colour purple but the end yang tinggal cuma colour baby blue.
selamat nice and sweet kan? harga pun ok , rm 50. after discount. ok la tu meh. 
zaman sekarang mana ada dah harga murah-murah kecoli kau bernasib baik jumpa sale yang discount gempak gilaaaaaa -____-' emo nampak? yes! 

then terus beli selipar sepasang. tak cantik? ada aku kesah. ehh.

psst :: perasan tak gambar aku bertukar tone warna ? hehe , aku edit mengikut ajaran Cik Dil. pergi lah belog dia , macam-macam tutorial hade. ;) Dia buat cun , aku buat je yang macam heheheeh hampeh sikit. Ngeee.

Aku terjumpa satu lagi lagu yang akan buat aku akan dengar tanpa henti. Masa jalan-jalan dekat Youtube , terjumpa lagu yang santai sahaja muzik dia dan lirik dia pun sweet. Heyy uolzz cer kira berapa banyak sweet aku tulis dalam entry ni :P Ngeh. Serius best. Aku memang jiwang karat petala kelapan punya orang. Tak suka lagu yang dam dum dam dum macam nak pecah kepala. Heh.

Jom layan lagu ni meh. 




Terhenti nafasku berlari
Dibelai lembut seindah mimpi
Berlagu berbisik hati mu
Semulajadinya aku jatuh

Aku tak ada lagi benda untuk di coret kan lagi dalam entry kali ini. Sungguh bila mood bercelaru lepas tu dengar lagu mendayu boleh dikatakan semua perkara jadi sayu semacam jadi nya. Walaupun lagu dekat atas tu tak langsung kaitan dengan kehidupan aku sekarang tapi aku tetap suka. Suka dengar suara penyanyi itu melontarkan bait-bait ayat itu. Rasa macam syok aje dengar  , tak tahu kenapa. Heh. 


Maaf entry bosan. Jangan semakin hari semakin bosan. Entah lah , tiba-tiba macam terfikir adakah entry-entry dalam belog aku khusus nya ini memberi manfaat atau tidak pada orang lain yang masuk membaca. Atau sekadar membazir masa ? :/ Apasal entah aku fikir tentang ini pun tak pasti kenapa.


Baik lah , moga-moga kalau tak memberi manfaat pun mampu beri korang tersenyum saat korang membaca entry aku ni. Ahha , baru teringat tentang ehem email dari peminat pula yuolzz. Nanti kalau aku rasa rajin aku share. Sungguh aku tak sangka ada orang yang tersenyum bila baca entry-entry aku. I know you read this , tunggu ye entry khas untuk kamu! :P Ahh , dah melarat entry ni. Okbai.


Terima kasih sudi baca entry ini :')

Wednesday, October 5, 2011

Rezeki Oktober. Alhamdulillah.

Setiap kali hati di landa dengan tertekan , kecewa mahupun resah tak tentu hala , pasti akan ada sahaja perkara-perkara yang boleh mengubat sedikit rasa dalam hati ini. Meski tak berjaya nak mengubat sepenuh nya tapi dapat lah jugak buat aku tersenyum sedikit kan? Hiks. Hamboii mukadimah bukan main kan? Gituew.

Sebenar nya dua hari lepas kot , aku check Nuffnang aku then aku ternampak aku dapat lagi satu ketol Buffered Earning. Alhamdulillah. Tak sangka betul sekali lagi boleh dapat seketol BE. Maklumlah kan , nak dapat BE ini bukan nya mudah dan bila dapat harus lah syukur sangat-sangat kan?


Terima kasih Maxis Footbal Hot Ticket :')

Terima kasih Nuffnang :')

ehem ehem moga bertahan lebih lama BE ini dengan yang lagi satu tu.

nilai memang masih sedikit tapi moga-moga bertambah lah sedikit-sedikit nanti nya lah kan? ngeee.

psst :: moga-moga bertambah lah lagi BE nya , ahahah tamak haloba tak? eh opps.

Alhamdulillah , semenjak akhir Ramadhan lagi aku tak henti-henti dapat BE dan aku sangat-sangat bersyukur. Iyelah jealous jugak khen tengok orang-orang lain dah cash out Nuffnang tapi aku masih lagi terhegeh-hegeh kumpul Nuffnang. Ngee. After a year joined Nuffnang pun masih under RM 100 hehehe , itu pun sebab aku tak aktif sangat masa mula-mula join. Sekarang baru nak meng-aktifkan diri katanya. Gituew. InsyaAllah nak kumpul sedaya banyak yang boleh kan lepas tu boleh lah berjoli ehh tak simpan kan! Hiks.

Ehem , jangan ingat aku nak show off pulak dengan entry ini ye. Iye mesti korang dapat banyak lagi BE , mesti nilai BE korang lagi banyak. Aku tak kisah pun. Rezeki masing-masing kan! But aku buat entry ini sebab nak buat kenangan gituww. Bukan nak show off atau niat-niat yang terjerumus kepada riak atau apa sahaja ye. Err ke bila dah show off macam ni dah riak? Alamak tak sengaja ye. Tak terlintas pun -.-'

Baik lah , malas nak tulis panjang-panjang sebab memang minggu ini mood aku entah melayang belayar ke mana pun aku tak tahu. Hee , korang ada dapat BE baru tak? Semoga rezeki korang pun ada juga. InsyaAllah. Amin.

Terima kasih sudi baca entry ini :')

Tuesday, October 4, 2011

Carta Hitz Minggu Ini. Eh?

EH! Sejak bila pulak belog ini ada entry khas untuk Carta Hitz ni? Haha , sebenar nya aku tengah malas nak menulis panjang berjela. Minggu ini aku sangat malas nak update. Even auto post ini pun aku malas nak taip. Aku sangat-sangat malas nak menulis walaupun aku teringin sangat nak update belog hari-hari meskipun ia nya cuma auto post. Otak tengah serabut , emosi tengah tunggang terbalik lebih baik diam kan diri bukan? Heh.

Ok jom tengok lagu-lagu yang sering di putarkan dalam mp3 aku sejak dua menjak ni. Jangan ada yang tercengang sudah tengok list-list lagu aku ni ha. Aku tepek youtube aje. Nak tahu tak? Nak tahu tak? 


Terri Merri - OST filem hindustan Bodyguard.

hoii, tak tahu kenapa aku asyik pasang lagu ni dalam mp3 aku. macam syok je dengar lagu ni. hihihi. ini semua lepas aku pergi tengok filem Bodyguard ni dengan kawan aku. hihi.


FT Island - Bad Woman 

haaa ini lagi satu hal. aku tengok kawan-kawan twitter aku sibuk tulis pasal FT Island FT Island , aku pun sibuk youtbe dengar lagu diorang. sekali jatuh hati dengan lagu atas ni :P


Nera - Hatimu Milikku.

Erk! Ini pun sama! Lagu yang tak pernah dengar masa sebelum-sebelum ini. Sekali boleh jatuh hati dengar banyak kali. Tssk.

Heh , aku sendiri tak percaya yang aku boleh dengar dengan lagu-lagu ini tau. Sebab semua-semua tu tak pernah aku minat -_____-' Sekali kau , aku dengar tanpa henti pulak lagu diorang. Keh keh keh. Dah lah cukup sampai sini dulu aku update. Aku punya mood tengah tunggang terbalik tak tentu arah. Tak cukup kuat nak menulis merapu-rapu ikan kerapu kasi ceria kan hati sendiri. Kadang-kadang nak juga masa bersendirian kan untuk tenang kan jiwa gitu. 

Ehem , apa lagu yang korang selalu putarkan dalam mp3 korang sekarang ni? Ehhe , seriously mood aku tengah jiwang sekarang. Semua lagu nak jiwang. Okbai.


All the best untuk semua PMR 2011 Candidates! Do your best korang dan jangan kelam kabut kalibut masa nak menjawab. Baca doa dan berselawat masa sebelum nak jawab. Kalau tak boleh nak jawab , berselawat banyak-banyak. Good luck guys! :)


p/s :: 41 hari lagi sebelum hari SPM aku tiba. sangat cuak dan sangat stress. tolong doa kan aku semoga aku dapat buat yang terbaik ya. ishh , stress lah -.-'


Terima kasih sudi baca entry ini :')

Friday, September 30, 2011

Apa Kesudahan Drama Stanza Cinta Lakonan Fizz Fairuz , Fatiya Latiff dan Aaron Aziz?

Ahad ini merupakan episod akhir drama berbentuk Islamik iaitu Stanza Cinta. Kalau korang perasan aku memang sudah menulis tentang drama Stanza Cinta tatkala drama itu belum di tayangkan. Aku juga ada membuat review tentang novel Stanza Cinta yang di hasilkan oleh Nurull Halawati dan memang drama ini di adaptasikan daripada novel tersebut.

Aku memang follow drama ini since episode pertama lagi dan siap download lagi tau setiap episode drama ni. Hihihi. Nampak tak gigih betul aku di situ? Tak nampak , ahh tak kisah lah. Haha. Aku tahu mesti ramai cakap drama ini biasa-biasa aje dan ada sesetengah pelakon di dalam itu berlakon err agak kayu begitu? Uwww , aku tak nafikan tentang itu , hikhikhik. Tapi apa yang aku suka tentang drama ini ialah mesej yang di sampaikan dalam drama itu katanya. Lagipun drama ini kan berbentu Islamik dan ada juga mesej-mesej dalam drama terkesan di dalam hati. Cuma itu lah , kadang-kadang drama ini macam laju betul jalan cerita dia. Tak gitu? Heh.


Jadi , Ahad ini merupakan episode terakhir dan aku sudah semesti nya tak sabar nak tahu apa kesudahan nya. Cehh , padahal sudah tahu pun apa yang akan terjadi nanti. Ngeee. Kalau sesiapa yang baca novel pun mungkin dah boleh agak apa yang bakal terjadi. Tambahan siapa tengok trailer untuk episode terakhir di TV3 pasti dah boleh agak apa yang akan terjadi. Uish , aku yang tengok pun dah sakan menjerit ok? Heh. Mesti Ahad nanti air mata mengalir dengan deras punya. Cehh , over betul kan? Ngeee.


Tak sangka dah sampai ke hujung pun drama ni. Dulu masa pergi tempat shooting Stanza Cinta , punya aku , geng aku dengan Fizz duduk mengira bila episode akhir. Ekekekek , sekali Ahad ni dah episode akhir? *peluh* Ehem , tadi ada check folder picture , ada sesetengah gambar tu tak tayang pun lagi dalam belog ni. Jom layan gambar!




sila cari apa persamaan Dua Hero Stanza Cinta ini yuolz?
ok tetibe.


baru lepas kena bebel dengan Fizz sebab nak ambik gambar muka dia yang ala-ala comel kelakar itu. wakakaka.

dah macam pakai kerongsang pulak aku letak watermark macam gitu. ekekekek. ampunn Fizz.


maintain hensem kan noks?
err.



rumah Taufik Imran. 
hiks.


masa ini kan ... masa ini kan ... aku punya tangan sangat menggigil.
dan aku ingat lagi aku ambik gambar pun terketar-ketar macam nampak hantu -____-'

kredit pic utk gambar Aaron yang jelas dan nyata :: Kak Fieza

Hahah , baru perasan banyak jugak gambar tak tepek lagi. Mesti kes aku menggigil hari tu sampai lupa nak tepek gambar banyak-banyak. Keh keh keh. Tahu tak kes menggigil aku? Tak baca lagi? Baca dekat SINI okeh tapi sila jangan gelak kan mek yang macam-macam kes waktu itu. Hakhakhak , aku pun malu nak baca sekali lagi weeeeh! -___-' 

Tak sabar sebenar nya nak menanti kan Ahad ini untuk menyaksikan episode akhir. Sebab aku pasti akan meleleh tengok episode akhir itu nanti. Aku pun meleleh air mata masa baca novel ending dia tahu? Boleh tahan emo jugak bila baca ending dia. Hiks. Jarang sebenar nya novel-novel yang boleh buat aku menangis , tetapi novel Stanza Cinta berjaya jugak buat aku menangis. Ngeee. Harap-harap drama dia nanti pun boleh kasi feel yang sama lah khen? Gitueww.

Ngeee terpanjang pulak entry kali ini. Eh bukan selalu ke panjang entry aku? Hahahahaha. Dah kata episode akhir kan Stanza Cinta? Baik aku tepek siap-siap gambar masa pergi tempat shooting hari tu. Kang aku letak lepas ni korang muak pulak. -____-' Eh ada lagi gambar yang tak tayang lagi. Jom tengok gambar-gambar ni sampai pitamz! Ceh.



kredit pic : Kaka Ekah.

surprised untuk aku kata Kaka Ekah dan Kak Fieza.

ngeh. Aaron kasi ucapan dalam novel Stanza Cinta aku.

hahahah , harus kalau aku ada anak nanti mesti pelik apasal pesanan Study Hard -.-' Iyelah beli novel zaman nak exam kan? macam gituew lah ucapan nak oii. eh feeling dah? -.-'


Woah , banyak pulak gambar kan? Takpe tak lari lagi tajuk. Masih lagi berkaitan Stanza Cinta dan aku tahu nanti orang akan komen gambar-gambar aje. Itu pasal aku malas nak tulis sangat. Keh keh keh. Btw , aku agak hangin jugak bila sesetengah orang tak rela kata nya tengok watak Irfan which is Aaron akan mati nanti , uiks , kantoii. Bagi aku kot iye awak peminat Aaron , terima aje lah apa ending nya nanti ye? Punya gigih Aaron suruh korang tengok drama itu tapi boleh nak hentak kaki sesetengah orang itu sebab watak Aaron bakal mati kata mereka. Mujur dah nak last episode baru nak di mati kan kot? Opps. Gigih jugak aku ambik video untuk Stanza Cinta TV3 yuolzz walau gigil-gigil nak pergi dekat Aaron. Hakhakhak *lempang*

Begitu lah. Apa-apa pun , Jangan Lupa Saksikan Episode Akhir Stanza Cinta di TV3 , Jam 9 Malam untuk saksikan kesudahan cinta 3 segi antara Irfan - Amni - Taufik nanti. Fuhh , gigih aku peromot ni wehhh. Ngeee. Ehem , korang pernah tengok Stanza Cinta? Aku? Tengok dan siap download lagi. Okbai.


last but not least.

gambar ni memang aku tak pernah tunjuk lagi dekat dalam belog.

ngeee selepas kejadian terhantuk kepala. choii.

jeles tak ? jeles tak? dah tak payah nak jeles. -.-'


p/s: aku try buat watermark sendiri yang baru. ngeee. tapi hasil dia sangat nan hado. kena belajar lagi dengan kaka Ayu la. ngeee. watermark kaka ayu yang di beri secara percuma itu akan aku guna jugak. ini saja menggedik nak letak butterfly bagai. choii sangat aku ni. -.- hiks.

p/s lagi :: kalau terasa tak suka dengan entry ini yang penuh dengan gambar Aaron Aziz ke , Fizz ke atau apa sahaja , please lah jangan baca. buat dosa kering aje menyindir aku dan mengumpat aku belakang aku kan? tak suka buat gaya tak suka ok? okbai.


Terima kasih sudi baca entry ini :)