Home

Friday, February 15, 2013

Doa

Sesekali tidak salah untuk berkongsi perkara yang baik untuk belog picisan ini kan? Lagipun bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini , tak salah berkongsi benda yang baik kan? Asyik tulis mengenai perkara lagho saja , tak boleh juga kan? Hehe. Jijah ada terjumpa sekeping gambar yang menarik di FB untuk ditatap korang bersama.


Bila melihat gambar ini dan membaca bait-bait ayat di dalam gambar tersebut, hati tersenyum nipis. Benarlah , jangan sesekali pernah rasa untuk jemu berdoa. Kerana doa itu senjata dalam kehidupan kita. Setiap titipan doa itu pasti akan memberi seribu satu rahmat buat kita semua.

Ini juga peringatan untuk diri sendiri yang kadangkala leka dan terlupa untuk berdoa walhal berdoa itu tidak mengambil masa yang panjang dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Kan? Gituh. HEHE , bagaimana dengan hari korang? Selamat berhujung minggu! :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Tuesday, February 12, 2013

Bertapa Tapi Bukan Abang Tapa. Eh?

Hampir seminggu jejari gebu ini tidak mengetuk kibod untuk mengupdate belog picisan ini. Maka belog ini terus sunyi dan sepi tanpa sebarang update apa-apa. Janji kosong barangkali Jijah ini. Entahlah. Sejak dua menjak ini memang mood untuk mengupdate belog semakin hari semakin menghilang. Tidak tahu ke mana pula mood itu menyembunyikan diri. Semakin tak ada semangat untuk meneruskan apa yang sedang ada ini. Sadis bukan?

Jadi hampa juga bila melihat folder draft semakin bertimbun dengan cherita basi. Tapi akhirnya terus berteleku menjadi draft semata-mata. Tidak berganjak untuk dipublishkan. Apa punya malas Jijah sekarang ini pun Jijah tak tahu kenapa. Adus! Tidak tahu nak menulis apa lagi. Jiwa sedang bergolak , otak sedang berserabut dan hati secara tiba-tiba rasa tidak tenang. Kenapa secara tiba-tiba ini semua harus datang serentak? Permainan perasaan barangkali.

Ada sekeping gambar yang hendak dilampirkan bersama dalam entri kali ini. Cukup sekadar sekeping. Mungkin lain kali saja baru hati ingin untuk melampirkan lebih banyak gambar. Mungkin. 


Senja Jingga di Tanjong Karang. 

Mungkin Jijah perlukan masa barangkali untuk mencari kembali semangat menulis yang kian pudar ini. Rasa rindu tiba-tiba pada zaman dolo-dolo. Rajin menulis tidak kira siang tidak kira malam. Janji hati rasa senang. Tapi kini , semakin hari semakin malas pula. Entahlah. Mungkin Jijah perlu bertapa. Tapi bukan pergi menggeletis melaghokan diri jumpa Abang Tapa kesayangan itu. No No No!

Banyak sungguh perkataan mungkin dalam entri kali ini. Mungkin itu dan mungkin ini. Kenapa pula entri ini menjadi begitu sendu? 

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Monday, February 4, 2013

Hujung Minggu Yang Penuh Warna Warni. Kan?

Februari sudah muncul untuk tahun 2013 ini. Aduhai, pantas sungguh masa berlalu bukan? Terasa macam baru semalam Jijah gegeh membuat ucapan tahun baru. Lihat-lihat sudah menjejaki bulan kedua di tahun 2013 pula. 

Sekarang bukan nak bercherita sangat tentang bulan Februari. Sekadar memberi mukadimah semata-mata katanya. Hujung minggu Jijah sarat dengan macam-macam aktiviti Jimba Ria beserta Lagho sekali harung katanya. Memang sarat dengan macam-macam aktiviti Jijah bersama rakan-rakan katanya. Haruslah bergumbira sajork Jijah dengan rerakan katanya kan? Hiks.

Sekali sekala berjimba ria dan melaghokan diri tu memang menyeronokkan katanya. Sekali sekala saja yer. *pegang rotan!* HAHA , pandai lah , nak pegang rotan bagai! Padahal si Jijah ni paling hazab dia punya lagho kan? Jijah yang patut dirotankan? Ahaks! Nevermind, lupakan tentang rotan-rotan itu katanya. As usual, dasar pemalas nak mengedit gambar dan letak watermark segala bagai kan? Jadi Jijah macam biasa juga lagi suka buat entri yang ber-teaser bagai. Konon retis sangat lettuew kan? Ahaks.

Sekadar nak menepek gambar tentang apa yang sudah jadi dengan hujung minggu Jijah. Alhamdulillah , memang yang paling terindah so far sepanjang 2013.


Pemandangan Senja Berhampiran Sawah Padi Tanjong Karang!


Feeling-Feeling Pelancong? LOL!


Agak-Agak Kenapa Jijah Sengih Lebar?
Dan Agak-Agak Siapa Yang Berada Di Atas Pentas Itu?

TEKA TEKI SANGAT! :p


3 keping sahaja teaser gambarnya. Tapi di tempat yang berbeza-beza katanya. Itu teaser untuk cherita hujung minggu katanya. Sebenarnya hujung minggu yang lepas memang yang paling banyak aktiviti kot? Bersambung-sambung dari pagi sampai ke malam. Esoknya pun dari pagi sampai ke petang. Tidur pun tak cukup kekdahnya! Tapi yang penting memang sangat enjoy dan have fun pada hujung minggu yang lepas okes? Hiks.

Sengaja tak nak update panjang-panjang kan? Memang sengaja sangat -__-' Maka, mari kita titik noktahkan entri ini disini juga. Badan masih lagi lemau dan ini pun entri yang dischedulekan memandangkan risau andai pagi-pagi begini Jijah masih terlentang di atas katil dek kerana kepenatan yang melampau-lampau katanya. Kan? Eh okbye!!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, January 30, 2013

Bertemu & Menjoyah Bersama Geng Senah & Aisya Sofea. Katanya?

Kali ini nak bercherita tentang cherita basi yang tak berapa nak basi sangat sebenarnya. Tentang pertemuan dengan rerakan Jijah yang Jijah gelarkan sebagai Geng Senah. Ada beberapa sebab kenapa mereka digelarkan sebagai Geng Senah kekdahnya. Tak lain tak bukan sebab masing-masing sibuk menyenahkan diri dengan drama yang sedang ditayangkan di Mustika HD ketika itu , Adam Dan Hawa katanya! Dah alang-alang bertemu dengan Geng Senah itu , ajak sekali penulis novel Adam Dan Hawa , Aisya Sofea untuk bertentang mata sekali. Amboi , bertentang mata katanya! Ayat kalau tak over memang tak sah kan? Ekekekeke.

Maka bertempat di Asiari , SACC Mall , Shah Alam , kami semua bertemu dan menjoyahkan diri disitu. Meskipun baru pertama kali bertentang mata dengan semua Geng Senah dan juga dengan Kak Sya , tapi masing-masing terus ala-ala lupa diri terus bila menjoyahkan? Haruslah! Kata Geng Senah? Mestilah masing-masing ala-ala lupa diri terus kan? Gituew.

Tak ada apa sangat yang dijoyahkan pun. Selain daripada bercherita tentang keterujaan kami tentang drama Adam Dan Hawa katanya. Biasalah kan? Teruja tentang drama Adam Dan Hawa ketika itu berada di mana-mana dan bila-bila masa katanya kan? Sekarang pula dah bertukar angin teruja dengan Sehangat Asmara pula. Aduhai , bila entah nak habis daripada perasaan teruja ini kan? Hahaha.. 

Okay apa kata kita tengok gambar-gambar dulu jom? 









Eh eh aku yang tepek gambar, aku pula yang terasa lapar. Macam mana ni? Ekekeke. Memang makanan dekat Asiari ni bagi aku sedap-sedap belaka. Kena dengan tekak melayu aku ni kan? Haruslah kan! Memang dah jadi tempat kegemaran kalau pergi dekat SACC Mall. Dekat situ dah macam-macam jenis makanan aku try memang best! Portion makanan pun besar tau! Tetibe peromot Asiari kan? Hahahaha..

Bertemu dengan Geng Senah tempoh hari memang seronok. Macam-macam cerita dijoyahkan. Macam-macam perkara dibualkan. Sampai terasa macam masa yang ada tempoh hari minta dipanjangkan lagi tempoh joyahan dek kerana terlampau banyak benda nak dijoyahkan kannnn? Kebetulan masa bertemu Kak Sya, masa itu Sehangat Asmara sedang bershooting. Maka sebab itu lah , Jijah pernah tunjuk pada korang yang Jijah ada dapat beg yang ditandatangani oleh Adi Putra & Rita Rudaini uols! Itu memang khas dan khusus untuk kami sahaja katanya! Memang terharu sangat-sangat! Beg dari Australia katanya! Gila tak terharu uols? Rasa nak peluk siyom terus beg tu bawak ke tidur katanya! Hahahahah , mampooooo? *pangggggg*


pic credit to : Kak Sya twitter. 
HAHA, ampun cilok gambar ni :p

and tadaaaaaaaa again -__-'


thank you Kak Sya untuk hadiah yang memang khusus untuk weols ini katanya :p

sayang ketat-ketat Kak Sya!

HAHA :p

Eh , eh asyik letak gambar orang lain saja kan? Mana entah gambar dengan Geng Senah sayams kan? Memang sengaja nak tulis sikit, letak gambar sikit. Memang sengaja sangat kan? Tengah ada mood nak menulis, lebih baik biarkan saja. Karang kalau tak ada mood, bukan kata nak menulis. Nak memandang belog pun tak mahu katanya. Sadis bukan?

Okay tak perlu menulis panjang lagi mari kita betul-betul lihat pada gambar pula. Seronok tengok gambar-gambar ini kembali. 






Adam Dan Hawa & Sehangat Asmara!

Dua-Dua saya menggila! Oh Adam Mukhriz! Oh Zainal Arief! ♥




Teman senah yang sentiasa menghiburkan hati dan turut sama melarakan jiwa ketika menonton Adam Dan Hawa. Mampooo ayat perfeeling novel?! NANGESSS

Terpaksa cantum kan gambar dek kerana memang gambar terlalu banyak. Tak kuasa nak edit satu persatu letak watermark katanya! Khen? Dasar jejari tembun yang pemalas katanya! Hahahah.. Itu yang nak senang cherita terus cantumkan saja gambar-gambarnya. Janji ada gambar kan? Alahai , rindu pula dengan mereka-mereka ini bila tengok kembali gambar-gambar semua ini.

Mahu tak seronok kan? Bila berjoyah siap makan lepas itu siap berjoyah lepas tu makan lagi lepas tu berjoyah balik. Amboi kau Jah! Patut pipi makin mengembang kannnn? Ahaks! Paswah sajork lah Jijah.


Paper Bag Adam Dan Hawa ♥

Kalau boleh nak peluk siyom dan bawa ke tempat tidur juga. Tapi sebelum di lempang bertalu-talu baik muhasabah diri dan letak kembali di tempat lain. Tetibe panjang pula caption nya. LOL!

Anyway , pertemuan kali pertama bersama Kak Sya dan Geng Senah memang benar-benar mengukir memori terindah dalam ingatan. Terlalu seronok apabila bertemu , berborak dan berjoyah dengan rakan-rakan yang sekepala dengan kita. Terima kasih untuk Kak Ngah yang sudi belanja weols pada tempoh hari. Lain kali belanja lagi. Erk! Hahaha. Terima kasih untuk Kak Sya yang sudi meluangkan masa tempoh hari untuk kami. Dan of course terima kasih untuk Geng Senah yang sudi untuk bertemu dan bertentang mata dengan Jijah Vogeh Da Vazz ini. Tetibe kau! Makan penampar sangat ayatnya kannnnnn? HAHAHA -__-'

Maka , bila hendak berhenti menulis ini? Panjang sangat entri nya kan? Hiks. Walaupun cherita sudah basi kan? Ahaks! Oh sebelum mengakhiri entri ini , nah sekeping lagi gambar.


Sayang Ketat-Ketat Kak Sya ♥

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, January 29, 2013

Jijah Kembali! Ada Yang Gembira Tak? Dushhhhh

Agak lama menyepikan diri dari mengetuk kibod netbook kesayangan.  Kadangkala memang terasa seronok sesekali menyepikan diri untuk mencari ketenangan diri sendiri. Tapi kadangkala maca tersasar jauh pula Jijah menyepikan diri kan? HEHE. Lagipun sejak dua menjak ini angin asyik melayang-layang. Sehingga hendak mencari mood untuk menulis pun semakin susah.

Bila susah hendak mencari mood untuk menulis , terasa semakin banyak pula cherita basi dalam folder yang ada ini. Tercungap-cungap untuk membuat semua benda serentak. Terasa macam tak boleh nak teruskan terus. Tapi macam biasa, terasa sayang pula kalau dah penat-penat gigih pergi macam-macam event tapi tidak diupdate dalam belog kesayangan kan? Gituew. Reti pulak nak hargai kepenatan tu kan? Habis tu tak reti-reti nak update cepat-cepat khen?! *dushhhhhhh*

Memang sengaja nak membebel dalam entry kali ini. Memang sengaja pun. Tapi kalau membebel tak letak gambar sekeping dua macam tak seronok pulak kan? HEHE. Antara gambar 2013. Alhamdulillah 2013, so far so good. Ada yang okay dan ada juga yang sebaliknya. Cukuplah 2013 memberikan Jijah sinar kebahagiaan serta kekuatan luar dan dalam saja. Itu sudah lebih daripada cukup untuk Jijah. Jom layan gambar?


I'm a happy fat girl -__-'

makan , makan , makan! lepas tu complain gemuk? *hentak kaki kuat-kuat*


my lovely GS! ♥


Dik Jing is my another name. Don't ask what and why. HAHA. 

walaupun agak macam mengANJING. but totally tak ada kena mengena. -__-'


Oh macam seronok pulak tepek gambar sendiri banyak-banyak. Terasa macam baru betul-betul belog sendiri. Gedik pula baca ayat sendiri. HEH. Selalu asyik gambar Jijah dengan retis saja kan? Macam bosan pula tengok gambar-gambar macam itu. Sekali sekala tengok gambar camwhore best pula. Walaupun orang yang melihat macam nak muntah dan tercekik tatkala melihat kan? Heh , ada Jijah kisah katanya? Gituew!

Tapi lepas-lepas ini Jijah beri amaran siap-siap memang akan ada banyak gambar-gambar Jijah bersama retis yang mungkin yang sama dan kegemaran iaitu Aaron Aziz lah kan? Siapa lagi kalau bukan dia kan? Dan cherita itu memang cherita basi. Tapi nak juga nak juga nak juga *pangggggg* tepek gambar-gambar dan cherita dalam belog kesayangan kan? Gituew lagi. Jijah tahu walau korang ala-ala mata ke atas tangan ke dada pun mesti korang rindu nak tengok gambar-gambar Jijah dengan retis kesayangan Jijah yang seorang itu kan? kan? kan? Hahaha , annoying sangat itu Jijah oiiii ! :p

HEHE. Terus merapu entri ini kan? Belog pun boleh tahan sendu dan bersawang kan? Mana taknya kalau asyik menenangkan diri sampai lupa nak update kan? HEHE. Tapi rasanya so far boleh tahan banyak juga Jijah update berbanding 2012. Memang 2012 tahun yang paling sendu Jijah update segala cherita kan? Ngehehe. InsyaAllah , kalau ada kelapangan yang lebih banyak daripada biasa akan update dua kali sehari terus. Kalau tidak , tengok saja lah sekali sehari saja updatenya kan? HEHE.

So are you excited untuk membaca cherita basi dari Jijah? Okbye!


teaser sekeping gambar dulu ok? :p

oh ini gambar lama.

Terima kasih sudi baca entri ini :)