Home

Wednesday, January 18, 2012

Berhotel Di Tempat Shooting Bicara Hati. Erk?!

Kali ini nak bercherita tentang aktiviti di awal tahun baru aku. Baru hari pertama 2012 dah buat aktiviti lagha kan? Tapi bukan lah tahap lagha sampai tak hingat dunia khen? Hiks. Biasalah kan sekarang tengah bergelar penganggur berjaya , maka wajibler aku pergi meredah sana dan sini untuk pergi macam-macam jenis event mahupun macam-macam jenis program bersama rakan-rakan aku kan? Jadi pada 1 Januari 2012 , aku telah berkesempatan untuk pergi ke tempat shooting Bicara Hati. Untuk yang masih samar-samar , Bicara Hati merupakan sebuah drama arahan Osman Ali yang juga di adaptasi dari sebuah novel karya Damya Hanna. Aku pernah menulis tentang drama Bicara Hati dalam entry sebelum-sebelum ini.

Sebenarnya memang dah lama teringin terkinja-kinja nak pergi tempat shooting Bicara Hati namun ada sahaja halangan nya kan? Gigih betul nak pergi tempat shooting kan? Sebabnya nak berjumpa dengan abe Chanaz nya tu khen? Gewdiks sangat! Kebetulan ada kawan aku pun pergi jugak tempat shooting Bicara Hati , maka aku pun bergigihan pergi jugak lah kan? Hehehe. Kebetulan pula tempat shooting nya di area KL boleh lah aku pergi. Kalau jauh sangat nun jauh di luar KL memang harapan sangat nak pergi kan? Hihihi. Jadi aku pun mengikut lah kawan aku pergi tempat shooting Bicara Hati di Pasar Seni. Waktu pergi tu memang cuaca sangat terik jadi merasalah jugak matahari memercik-mercik masuk dalam mata dengan berpeluh sakan. Err tapi bukan ke aku dalam Pasar Seni ? Bila masa pulak matahari masuk dalam mata? Muahahaha , nampak sangat propa! Ekekeke.

Bila datang-datang aku pergi food court dulu sebab kawan-kawan aku tengah makan. After dah makan dan borak baru pergi tempat shootingnya. Ehhey , masa masuk aje dalam restoran nama abe Chanaz , terus diam seribu bahasa boleh? Hahahah , biasa lah kan aku? Tiba-tiba ehhey nak jadi pemalu?! Gigih punya gigih tapi pemalu kesudahannya?! Oh tidaak! Hahaha , lepas itu menunggu dengan berhemah diorang nak start shooting. Aku pun tak tahu apa perasaan aku masa tu khen? Teruja? Bosan? Gembira? Hahaha , gegirl keliru katanya! Hiks. Masa dekat Pasar Seni sempat buat macam-macam okeh? Bukan sekejap diorang shooting diknon oiii. Sempat berjalan-jalan dalam Pasar Seni pergi beli jeruk , pergi beli top up dan err macam-macam lagi kot? Hahahah. Tapi memang sesuatu yang menyeronokkan lah untuk aku kan?! Semua benda aku rasa seronok khen?! Mana pernah tak seronok khen?! Hiks.


Aku sebenarnya tak mahu tulis panjang-panjang. Let's picture story overall katanya! Mampoo tetibe? Hahaha. Seperti biasa aku guna kamera biasa sahaja , maaf kalau gambar agak kabur mahupun nampak "blur". As long as korang boleh nampak wajah orang pun okay lah kan? Ekekekeke.



gelak sajork si Popai ni kan?? hahahaha.



Tengku Hakimi (Rifzo Omar err betul idak nama si popai ni? hahah) dengan Linda (Marsha Milan Londoh)




tuan pengarah : abe Osman Ali. hiks.


macam dramatik pulak gambar ni khen?
tetibe abe Man pandang kamera aku?! hahaha.
masa ni semua tengah ralit tengok cerita apa entah dekat tv tu. heheh.

Lepas bertapa dekat Pasar Seni dari tengahari sampai pukul 5 petang macam gitu kot? Lepas itu kitaorang semua beredar ke lokasi yang seterusnya. Mungkin nasib baik aku kot? Selalunya diorang shooting dekat area Damansara , Banting and etc , but for this time tempat shooting nya dekat area KL betul-betul. Hehehe , so tak perlu aku berkerut kerisauan balik lambat atau apa-apa kan? Seterusnya aku dengan kawan-kawan aku pergi ke Jalan TAR sebab diorang bershooting di hotel area situ. Ahaks , sebab itu tajuk entry ini "Berhotel" kan?! Hahaha , nak tulis berkampung , bukan pergi area kampung pun uols! Hiks.

Dah lalu area Jalan TAR , sempat lah beli makanan untuk minum petang khen tapau makan dekat hotel. Gigih sangat sangat Senah dan rakan-rakan ini kan? Hahaha. Yang penting I tukang makan sajork ye? Erkk , ekekekeke. Lepas itu bila dekat hotel , sibuk bersandar dekat sofa sambil tengok tv. Dengan bilik yang sejuk memang terasa layu sangat mata okeh?! Ya Hampun sejuk sangat sebab al-maklumlah dekat Pasar Seni tersangat panas membahang khen? Itulerr yang bila jumpa aircond terasa sejuk semacam. Hiks.

Masa duduk bersantai dalam bilik hotel , baru lah nampak abe Chanaz depan mata. Dekat Pasar Seni pun nampak cuma masa tu masih mood malu-malu ye? Hahahah geletis sangat kau Jah! Tiba-tiba pulak Chanaz hulur tangan bersalam wajib aku rasa tak mahu lepas boleh? Hahahaha , ya Allah gedik sangat! Walaupun muka feeling-feeling blushing kan? Selamat tak kena hempuk dengan Senah dekat sebelah aku tu kan? Hahahaha. Mujur akal tak panjang hari itu feeling nak jatuh terjelepok dari sofa buat-buat pitam ke hape ke khen? Tapi rasanya abe Chanaz tak mungkin selamat kan aku sebalik nya kena penampo manja dari Senah , Sherry dan Mimi rasanya! Hahahah. 

Okayy tak mahu cherita banyak , jom layan gambar lagi! Nanti entah apa-apa aku mengarut bercherita dalam entry ni. Hahahah.


gigih sangat snap benda ini jugak khen? hahaha


masuk-masuk bilik makan khen?!
lepas tu snap pakai flash merasa lah ekspressi muka macam gitu uols..
hiks ;p


ini dalam bilik yang lagi satu.
dengan Marsha yang pakai baju pengantin.
suspen sangat khen episode Bicara Hati nanti..
hiks.


agak-agak aku tengah buat apa ye?
*tutup muka*


tiga kali minum air coke , mampoo?!


bergelen-gelen minum air coke sambil makan ais.
orang depan sibuk berlakon , orang belakang sibuk berjoyah?!
erk apakah semua ini? 
hahahahaha.

credit pic : Sherry :)

Ehem ehem , kemain lagi gambar-gambar di atas tu khen?! Hahahaha. Lepas itu bila dah malam perut mestilah terasa lapar kan? So turun bawah hotel pergi makan dekat sebelah itu aje. Sebenarnya ada je makanan untuk krew tapi kitaorang pun menggedik jugak nak makan benda lain khen? Weols makan Murtabak Singapore gituew. Sedap jugak dan semestinya aku rasa sedap sebab orang belanja. Erk. Hahahah , melampau sangat perangai mu Jah. Erhehehe.


murtabak ini yummeh okeh! :)

Lepas dah makan semua , kitaorang naik balik dekat bilik hotel tapi masa itu tengah shoot so tak boleh nak lalu lalang dalam bilik hotel , jadi duduk ajelah mana yang ada ruang khen? Hiks. Masa itu dah pukul 8 malam macam gitu kot? Masih belum mendapat panggilan hormat dari Umi so okay lah khen? Hahaha kemain kau Jah?! Bila malam itu penulis novel Bicara Hati kaka Damya Hanna baru muncul bersama dengan 26 biji novel Bicara Hati yang untuk di menangi oleh korang semua. Nak menang macam mana? Sila pergi ke fanpage Drama Bicara Hati dan setiap episode mereka akan memberi sebuah novel yang telah di tandatangani oleh Sharnaaz Ahmad , Cristina Suzanne Stockstill dan Osman Ali beserta Damya Hanna jika tidak silap aku. So jangan lupa untuk menyertai okeh? Untung nasib dapat novel beserta tandatangan ! Hiks , aku pun teringin jugak tapi aku dah hado tandatangan nya so tak perlu nak menggedik nak join khen? Hahahah.

Kemain kau Jah bercherita sampai aku rasa dah macam panjang sangat entry ini tau. Hihihi. Kejap aku belum habis cherita. Hahahah. Lepas dah peluk siyom kaka Hanna , nampak abe Chanaz dah nak balik ye? Oh tidaaak. Rasa nak guling-guling dekat lantai hotel sebab belum bergambar lagi dan belum ambil sign dekat novel Bicara Hati lagi. Ini tidak boleh jadi! Ini tidak boleh jadi! Hahahah. Bila nampak abe Chanaz keluar dari bilik terus tahan abe Chanaz sebab tak dapat nak bergambar khen? Masa ini memang sangat dramatik ye? Ahaks , IjahEmoTemo sangat dramatik -____-' 

Tetibe sesuka hati tahan cakap " Abe Chanaz! Tunggu kejap ! Nak bergambar! Nak mintak sign!" Hahahaha lepas tu of course lah abe Chanaz nya cakap boleh. Cakap tak boleh? Sentapz setahun! Erk. Lepas tu kamera boleh pulak tak jumpa dalam beg. Dah rasa nak menangis sebab nampak abe Chanaz macam tergesa-gesa aje khen? Aiyarkkk. Stress stress masa itu ye? Hahahah. Akhirnya abe Chanaz cakap "rileks takpe cari dulu kamera tu." Hahaha , over khen kau? Mesti ada adegan pesen gini khen?! Tengok muka aku masa tu rasa nak kasi penampo sebijik lagi. Hahaha. Lepas tu jumpa lah jugak khen?! Ahaks lepas itu terbuat pulak adegan yang rasa nya tak perlu nak tunjuk gambar nya dekat sini meskipun gambarnya agak kabur. Tak mahu lah tunjuk gambar itu. Tak mahu , tak mahu! Hahah. Biarlah rahsia katanya! :p


gigih sangat snap gambar ni.
tujuan utama? hanya #GengPora yang tahu.
HAHAHAH.


ahaks , dapat jugak bergambar!
ngeee , gambar lagi satu takmo lah tunjuk dekat sini :p

nanti macam-macam pulak tohmahan orang , mek tak sanggup nak baca @_@


ini pula bersama dengan kaka Hanna , penulis novel Bicara Hati :)


thank u Damya Hanna and Sharnaaz Ahmad.
Cris tak ada masa aku datang so tak dapat nak mintak sign dia :(

After Chanaz balik , aku pun balik jugak. Dah pukul 9.30 macam gitu kot? Sebab aku naik train , malam-malam agak cuak jugak. Paling best sebab angau sangat kot dapat jumpa Chanaz , aku siap silap tertukar train okeh? Ya Hampun asyik sengih memanjang sampai aku tersilap train! Selamat aku sempat perasan tau?! Kalau tidak , entah-entah aku dah sampai ke Kelana Jaya kot? Erkk , menyeramkan! Hahahaha. Overall memang aku sangat have fun , happy bersama Senah and the geng dekat tempat shooting ini. Seriously even sangat penat but memang have fun dengan krew Bicara Hati ini even baru first time jumpa diorang semua. Diorang memang sangat happening okeh! 

Akhirnya selesai jugak menulis cheritera seharian berada di tempat shooting Bicara Hati khen? Sekarang drama Bicara Hati sudah memasuki episode 3 dah minggu ini. Jangan lupa untuk saksikan di Astro Prima setiap Selasa jam 9 malam ye? Ulangan pula setiap Rabu jam 12 tengah hari atau hari Sabtu jam 1 petang. Hamboi kemain kau hafal khen?! Hiks , biasalah aku memang suka peromot-peromot ni uols?! Oh sebelum terlupa thank you sangat-sangat kaka Senah , kaka Sherry dan kaka Mimi yang sudi belanja makan aiols , yang sudi menghantar dan membawa ku ke tempat shooting dan ku sangat hargai nya okeh?! :) Untuk Kaka Hanna , nanti ada masa kita jumpa lagi lain kali ye? Singkat sangat pertemuan kita hari itu katanya! Hahahah apa kes aku dah buat ucapan pulak ni? Ngeee. 

Okay jejari tembun aku pun sudah lenguh ye menulis panjang berjela ini. Korang semua sudah tonton Bicara Hati? Apa pula pandangan korang? Erhiks.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

20 comments:

Ardini Humaira said...

wahhh kak damya pun ado :D

miloaiskurangmanis said...

gigih uols nokkk!~
cayalah beb... dah kawan baik ngan retis kekdahnya....
harus dah lupa kat iols ni... :nangis:

eheheheheh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

uols terjah ngan mek sam ka???
OMG jadi extra ka kat blkng marsha tue???

Ijah EmoTemo said...

Dni >> yups kak damya mmg selalu ada dkt tmpt shooting BH bila dia free :)

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> hehehe mana leh lupakan uols noks? dgn retis ai menempel jah pun bukan hape2 pun ngee.. jgn lerr ckp gitu noks nangiss

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> weols bkn terjah haha dah sah2 si yana tu kawan baik seman ali katanya wajib berada di situ sokmo gituu.. hakhak..

uols rasa? ahaks.. noks donlod BH nnt dptlerr nengok si Yana jd ekstra! hahah ai punya scene belum tentu dpt masuk ekekeke

Anonymous said...

wah bestnya, suka jugak dgn damya hanna ni, best jugak buku tulisan dia

Toko Busana Grosir said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

tiefazatie said...

aargrghhhhh..nyampah nokss...ko kan ijah..adui la..gle retis sungguh!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

yana scene mana???
dh tgk on9 x pyh DL...epi 3 dah now khen???

Ijah EmoTemo said...

tina >> hehe mmg best :) yups novel2 damya hanna mmg best :)

Ijah EmoTemo said...

toko >> terima kasih :)

Ijah EmoTemo said...

ifa >> ifaaaaaaa! ai miss yu bebeh!! hahahahaha :p bertabah lah ifa ekekeek ini aktiviti sampingan smbl menunggu result spm erheheheeh

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> hahaha , ada je si yana tu merata dlm BH ye?! ekekekeke. epi 3 lagi terserlah wajah nya :p

cer tgk scene dkt kedai mamak , zahlia dgn mak dia bgtau dia kahwin kontrak! ngeee , terserlah wajah yana erkk hahaha

Azian Elias said...

hati berbunga riang lah ye..

Hanis MY said...

Syoknya... Ijah takmo try berlakon ke? Mesti ada bakat terpendam ni...

Ijah EmoTemo said...

azian >> ngeee berbunga riang pastinya! hahah

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> ngeee mmg syok! hahaha berlakon?aiyark idok gheti la sume itu ngeee

Hanamiko Sakura said...

wah! sungguh main terjah kat lokasi shooting.... kat kg kita slalu gak ada shooting....tp tak terjah... takut malu... kih3... ramai la retis2 y dtg kat kg kita....

Ijah EmoTemo said...

hanamiko >> terjah? oh tidak! ijah pergi dgn kawan ijah :) takmo terjah2 nnt ganggu kerja diorg lak :)