Home

Monday, May 16, 2016

Edisi JJCM : Dolly Dim Sum @ Avenue K , Berbaloi Ke?

Jumaat lepas , Jijah telah berkesempatan untuk merasai makanan yang Jijah idam-idamkan selama ini iaitu dim sum di Dolly Dim Sum @ Avenue K. Sebenarnya juga , hendak meraikan hari jadi kakak tersayang disitu juga. Alang-alang mengidam , kita sambut sekali dengan birthday kakak kitew ittuew! Hahahahaha.

Tapi sebelum pergi ke restorannya , memang adalah wajib untuk lihat dahulu menunya dahulu. Bukan pasal apa, takut terkebil-kebil khen? Nanti nak benda lain , dapat benda lain. Tak ke haru? Hahahahaha! Bukan main gigih tau dua beradik ini tetengok menu serta baca review di dalam belog yang ada paparkan mengenai Dolly Dim Sum. Nampak tak gigih dia tu? Haruslah khen. Ini adalah salah satu pelaburan juga , jadi tak boleh main hentak sajork nak order menu apa khen? HAHAHAHA.

Jadinya kami berdua order apa aje?

kualiti gambar agak kurang memuaskan.
hanya menggunakan camera Oppo R7 Lite sajork.
bertabahlah!




Prawn Chee Cheong Fun


Siew Mai


Beef Ball

Itu aje ke weols order? Amboiiii ! Orang kata nak makan pun selain daripada ikut selera tekak , kena ikut bajet kemampuan diri jua. Asal dapat rasa dekat tekak pun dah cukup. Gitulah khennn! Komen jujur daripada orang yang mengidam dim sum ini memang sedap belaka menu yang dipilih. Ada some more yang nak order lagi tapi diri sendiri perlu diingatkan jangan ikut nafsu sangat. Nanti ada yang kena buat busking dekat tepi LRT KLCC tu kang. HAHAHAHA. Takpe , sentiasa ada next time untuk cuba lagi.

Memang sedap kesemua itu termasuk jelly kelapa yang tak sempat nak diambil gambar sudah dimakan habis dengan jayanya. Jijah paling suka beef ball ittuew! Sungguh juicy dan fresh. Terus terliur kembali sebab enak sungguh! Perhaps , next time  akan order lagi mengikut nafsu tekak yang menggila ini. Walaupun cuma sedikit sahaja pilihan kami berdua tetapi ia lebih daripada mencukupi kerana portionnya boleh tahan besar. Andai diambil bermacam lagi pilihan , mahu juga terguling seperti panda disitu. Kihkihkih.





Suka melihat dekorasi disitu. Cukup cantik dan tersusun. Cuma ada sedikit keserabutan dengan pelayan yang kehulu kehilir menghampiri meja kami umpama kami adalah pemenang bertuah untuk mendapat lagi 10 bekas dim sum percuma. Maybe they should be rilex and stay somewhere and let the customer eat peacefully. Tak adalah rimas mana , cuma agar menggangu sedikit. Terus hilang nikmat makan sedikit. But well , maybe aku yang tak biasa dengan suasana begitu. Nevermind.

Kekdahnya , berbaloi ke tidhokkk ke Dolly Dim Sum ini? Bagi aku , dengan portion yang boleh tahan besar dan untuk sekali sekala mencuba , memang boleh tahan berbaloi. Malah makanan yang dihidangkan boleh dirasa cukup fresh dan sedap sekali.Tak adalah seperti kau orang beli dekat pasaraya dan steam kan balik sahaja.  Recommended untuk korang yang nak melempiaskan nafsu makan  gittuew! InsyaAllah , next time hendak pergi lagi hendak mencuba menu yang lain pula. Ada yang teringin untuk pergi ke Dolly Dim Sum? Nah dibawah ini aku sertakan alamat untuk korang yang teringin untuk mencuba! :)


Address: G-9 & G-9A Ground Floor, Avenue K, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone:+60 3-2181 3830
Hours: 11 am - 10 pm

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

Myra Jay said...

Pergghhhhh terliur beb! :)