Home

Thursday, February 2, 2012

Review Movie :: Azura 2012 :: Jangan Lupa Untuk Menonton Lakonan Shahz Jaszle dan Neelofa bermula 2 Februari 2012

Dua hari yang lepas aku berkesempatan untuk menghadiri Malam Gala filem Azura yang telah di adakan di GSC One Utama. Kebetulan kawan aku ada mendapat tiket ke Malam Gala Azura so wajib lah aku turut sama menghadiri ke Malam Galam Azura kan? Sebenarnya sudah sekian lama aku menanti filem Azura ini kerana aku pernah melihat trailer untuk filem ini dan tidak dinafikan aku sangat tertarik dengan trailer filem tersebut. 


So pada 30 Januari lepas , aku sempat menonton filem Azura bersama-sama dengan pelakon utama filem Azura iaitu Shahz Jaszle , Neelofa , Afdlin Shauki dan ramai lagi. Aku sebenarnya ingat-ingat lupa filem Azura versi lama yang dilakonkan oleh Ogy Ahmad Daud dan Jamal Abdillah itu. Jadi jika orang bertanyakan perbezaan antara filem Azura yang "lama" dan "baru" erhehehe ternyata aku rasa aku tak berani untuk mengomen secara lanjut tentang perbandingan itu okeh? *matiler statement*


Ehem , untuk yang tidak tahu , filem Azura merupakan filem arahan Aziz M Osman dan dilakonkan oleh pendatang baru iaitu Shahz Jaszle , Neelofa , Afdlin Shauki , Nini Marlini , Erma Fartima dan ramai lagi. Sebenarnya apa yang menarik tentang filem ini , aku rasa kerana filem ini turut melakukan shooting di luar negara di Paris dan juga London. So if ada scene di Paris , wajib dalam fikiran meks , filem ini ada romantik walaupun cuma sedikit hokkay?! Hihihi , tehtap itu jugak kau nak khen?!

Secara jujur lah kan , aku sebenarnya tak ada lah mengharap terlalu tinggi untuk filem ini sebab aku pernah melihat lakonan Shahz Jaszle dan boleh di kata kan aku agak kecewa melihat lakonan dia dalam sebuah drama itu. Tapi itu sebelum masuk panggung lah. Aku memang tidak expect terlalu tinggi untuk filem ini. Sebab sudah banyak kali aku menonton filem bila expect terlalu tinggi selepas itu aku pulak yang kecewa kan? Hehehe. So lets dengan review aku!

Opps sebelum terlupa , meh baca Sinopsis dulu k?! :)


Azura, seorang gadis yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990.Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa di kelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek,membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelahmelihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibili Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan cuma akan rosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh ambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek. Zek terima itu sebagai satu cabaran. Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani penghidupan baru. Kerana kurang pengalaman dan kelayakkan, Zek susah hendak mendapat kerja yang selesa. Akhirnya dia terpaksa bekerja sebagai attenden di stesen petrol. Manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawar bekerja diluar negara. Tekanan kerja telah menjejas emosi Zek. Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan meninggalkan Azura.Azura terpaksa membuat pilihan, samada meneruskan cita citanya atau terus setia menanti suami.



aku suka tengok poster ni. cantik! ;)

First of all , aku bukan seorang yang pandai untuk mengulas sesebuah filem. Ini hanya pendapat peribadi suka dan tidak suka aku kepada sesebuah filem. Jadi it's up to you allz lah khen nak terima atau tidak pendapat peribadi aku ini. Bagi aku lah kan , permulaan filem Azura ini membuatkan aku terbayangkan macam menonton drama. Aku tak pasti kenapa. Mungkin juga kerana tiba-tiba Neelofa muncul dan keluar senarai nama pelakon ala-ala macam kita tengok drama tu khen? Tapi saja aje nak komen macam gini. Hihihi. Kalau nak cakap pasal jalan cherita filem Azura , aku rasa jalan cherita dia macam terlampau pantas sampai aku sedar-sedar , eh dah habis dah? Itu sebenarnya okay sebab atleast aku tak ada rasa bosan sampai nak tertidur ke berdengkur ke hape khen? Cuma macam pantas sangat. Begitu lah.

Kalau tanya tentang lakonan pelakon utama filem Azura , aku boleh cakap lakonan Shahz Jaszle dengan Neelofa tidak menghampakan. Mungkin perlu lah kasi mantap sana sini tapi tak kecewakan aku. Secara jujur , aku tak meletak harapan tinggi untuk lakonan mereka berdua sebab aku tak nak bila habis filem ni aku pulak menonggeng kecewa hokkay? Itu lebih sadis! Tapi bagaimana pun aku patut cakap lakonan Shahz Jaszle berjaya buat aku menangis. Hahahahah , tak tahu kenapa tapi memang aku menangis hokkay! Aku hati tisu , memang senang menangis. Tapi bukan lah menangis beriya hokkay? Lebih kurang air mata tetibe menitis di pipi gebu ku ini. Boleh macam gitu ? Hahaha. Cuma ada sesuatu yang aku kurang selesa iaitu cara kakak Zek , Wanda menuturkan ayat dia. Tak tahu kenapa macam tak syok telinga aku dengar. 

Kalau ikut aku filem Azura ini just nice dan okay untuk di tonton. Satu filem yang aku rasa sangat jujur dialog nya. Contoh seperti ketika Zek mahu melamar Azura. Aku suka sangat dialog Azura kepada Zek iaitu seorang isteri tidak patut berada di sebelah suami tetapi patut berada di belakang suami untuk menolak suami nya ke hadapan. Sweet kan? Hahaha ke aku je yang rasa sweet? Muehehehe. Err lepas aku menonton Azura aku terus jatuh chenta dengan Shahz Jaszle ye. Hadoiyaii tak tahu kenapa! Hahaha nak kata sangat romantik dalam tu , ehem adalah sikit-sikit. Err k , tak mahu komen lebih. Hahahah. So selepas menonton filem ini , aku kasi 3 bintang setengah untuk filem ini. Jangan tanya perbandingan antara filem Azura yang lama dengan yang baru k? Sebab aku tak tengok yang lama punya. Mueheheh.

So , jom tengok sedikit gambar-gambar dalam filem Azura ini uolsz! :)










Sebenarnya kalau nak ikut komen aku tentang filem ini memang banyak. Tapi nanti orang cakap aku aje yang cakap best tapi sebenarnya filem ni nan hado pun best nya? Guano nanti kan? Tapi apa yang boleh aku tuliskan Azura 2012 berjaya buat aku tersenyum dan juga menangis. Kisah percintaan yang dihalang dan kisah antara cita-cita dan juga cinta memang membuat aku teruja untuk menonton sekali lagi filem Azura 2012 ini. Sebenarnya nak tengok Shahz Jaszle lagi! Erkk. Jujur dan ikhlas komen meks khen?

Ehem , sebenarnya nak kongsi juga gambar-gambar di Malam Gala Azura yang telah aku hadiri pada Isnin lepas. Tapi memandangkan aku rasa entry ini sudah cukup panjang berjela jadi aku kongsi dua tiga keping sahaja dulu okay? Nanti aku buat entry terbaru dengan lebih banyak gambar yang merembes opps Shahz Jaszle , Neelofa dan ramai lagi okes? Jom layanz gambar-gambar ni dulu. Hiks.




cantik Neelofa. Shahz Jaszle nampak kurus! 
tapi meks tehtap sukew! hahaha.


para pelakon dan pengarah! ;)

So berakhir sudah entry ini. Aku sebenarnya tengah tidak sihat. Nak tulis macam-macam tapi tak dapat di sebabkan sedang batuk. Sepatutnya update entry ini semalam tapi disebabkan kesihatan yang tengah tidak elok ini , terbantut untuk mengupdate entry ini awal. Hiks. Apa-apa pun Jangan Lupa untuk menonton filem Azura di pawagam-pawagam berhampiran korang bermula hari ini untuk menyaksikan kisah percintaan terhalang Azura dan Zek. 

Hiks , siapa yang dah menonton filem ini , apa pulak komen korang? ;)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

15 comments:

Anisa Hang Tuah said...

cantiknya neelofa..

Anonymous said...

suka neelofa, cantik sangat

dear anies said...

xberapa suka shahrizal

Asmara said...

wah citer baru ye cik jah! cam best je. hehe.. cam biasa tunggu org download la jwbnye. ;D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

biasa tgk Azura versi ahkak ogy ngan abe jamal jer uols...nk tgk pilem ni kena DL la jawabnyer....but lofa cantek bangat noks!

Kakiwayang said...

kesimpulannya cite ni xbest n kurang feel...haha...saya ada ulas kat kakiwayang.com ...

antara filem yang trailer gempak gila tapi pas kuar panggung semua cam menguap...=)

Hanis MY said...

Lawanya neelofa, pengsan tgk dress dia, teringin nk pakai wuwuwu....

Zaza said...

sye syoran jgn pergi peris XP sye dah pergi 3 kali, n mmg x sukeeeeee ! weeek ! hihi

Ijah EmoTemo said...

anisa >> yups cantik! :)

Ijah EmoTemo said...

tina >> suka jgk! :)

Ijah EmoTemo said...

khairin >> heheh ijah pun dulu-dulu tak suka jgk heheh tp skrg mcm terjatuh suka lak hahah

Ijah EmoTemo said...

asmara >> akak nnt donlod la.. hahah best jgk la cite ni utk hilang kan bosan ekekek

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> ai kena carikk link donlod filem azura lama la.. hehehe.. mmg shantekk!

Ijah EmoTemo said...

kakiwayang >> heheh lakonan lofa agak kaku tp dimaafkan.. heheh.. yes , trailer dia sgt gempak :p

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> kannn?? cantik sgt dress nya!! hehehe