Home

Wednesday, October 31, 2012

Majlis Sambutan AidilAdha Di Karangkraf

Isnin yang lepas Jijah telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Sambutan AidilAdha di Karangkraf yang telah diadakan di pejabat Karangkraf sendiri iaitu di Shah Alam. Kebetulan pula Jijah memang tengah lapang dari sebarang aktiviti-aktivit lagho , jadi Jijah pun gigih juga untuk menghadiri majlis ini. Sebenarnya memang tengah nak mengurangkan aktiviti tapi dah kalau dapat jemputan apa salahnya pergi kan? HEHE.

Sebenarnya ini kali pertama kot Jijah pergi majlis yang menyambut AidilAdha seperti ini. Biasanya orang ramai lebih tertumpu kepada majlis sambutan AidilFitiri kan? Tapi Karangkraf dah buat kelainan sikit tapi sangat meriah ye uols. Bila Jijah sampai saja memang suasana sangat meriah. Ramai yang berbaju kurung , berbaju melayu. Sangat feeling hari raya tau! Mujur juga Jijah pun berbaju kurung. Kalau tidak mesti Jijah pun rasa lain macam khen? Hiks.

Bila masuk saja ke tempat untuk duduk dan makan , Jijah nampak tetamu-tetamu yang di jemput memang semua tahap VVIP okes? Jijah pun agak-agak terkedu bila berdepan tengok 
semua VVIP ini kan? Selalu tengok dalam surat khabar , majalah ataupun tv tapi kali ini tengok depan mata katanya! Harus mata tak berkelip , lidah terkelu , kata kau Jijah! Hahahah , kalau tak dramatik tak sah!

Tapi sebab perut Jijah memang sensitif dengan bau-bau makanan yang sedap , eceh Jijah alasan sangat hahaahh , jadi terus Jijah pergi mengambil segala jenis makanan yang terhidang. Best sangat menu-menu nya tau! Ada macam-macam jenis siap dengan Sup Gearbox bagai katanya. Ada juga cendol yang sedap. Ada juga Char Kuey Tiow sepecial juga. Memang nikmat duniawi kejap dengan segala aneka makanan ini tau! Hehehe. 

Nak tulis banyak pun tak guna. Sebab air liur Jijah tetibe meleleh kembali. Moga tahun depan Karangkraf buat lagi majlis seperti ini. Tetibe kan? HAHAHAHA. Memang terasa nak pang bertalu diri sendiri ye? Hahaha.. Jom tengok gambar. HEHE.





KENAPA JIJAH PI UPLOAD GAMBAR-GAMBAR MAKANAN NI? LAPARRRR! *pangggg*

HAHA , rasa nak tampar diri sendiri jadi dramatik tiba-tiba kan? Sebenarnya memang Jijah rasa seronok sangat pergi majlis ini. Salah satu sebabnya dapat bergambar dengan artis yang Jijah minat sangat-sangat dan juga yang sama birthday dengan Jijah katanya. Penting ye bagitahu hari jadi Jijah sama dengan diva popular itu kan? Hahahaha , agak-agak ada yang nak lempang lagi tak pipi Jijah? kah kah kah *panggggggggggg*

Hiks. Tapi agak dramatik jugak masa nak bergambar tu. Jijah akhirnya dapat juga bergambar dengan Dato' Siti Nurhaliza katanya. Memang sangat susah kalau nak bergambar dengan Siti ni sebab biasanya bodyguardnya keliling pinggang. Jadi selalu sangat hampa katanya. Tapi Isnin lepas Jijah tersenyum riang terasa macam dah weng kejap otak sebab teruja dapat bergambar dengan Siti tanpa gangguan kan? Amboi statement nak diva saja! Hiks. Bila nampak Siti sampai aje terus Jijah tanpa segan silu ... errr "Siti nak bergambar boleh?" hahahaha tetibe kau Jah! Siti terus aje posing katanya. Masa tu memang tak ada siapa yang berani nak tegur untuk bergambar sebab Siti baru aje sampai. HEHE , maafkan saya Siti. Jijah agak teruja katanya. Matilerrrr. Hahaha..

Bila Siti nak balik pun dramatik lagi sekali errr nak bergambar. Dah alang-alang terjumpa baik bergambar saja katanya. HEHE. Tapi masa tu semua nak ajak bergambar. Sesak uols! Kesian juga tengok Siti. HEHE , tapi kalau dah Diva kan? Harus semua nak ajak bergambar. Ngee. Lepas tu siap dapat juga bergambar dengan YB Nurul Izzah , Datin Seri Dr Wan Azizah , Datuk Mukhriz Mahathir dengan Dato' Sri Mustapha Mohamed katanya. 


Suka tengok YB Nurul Izzah! Sweet aje tengok dia tau! HEHE.


Siti memang cantik! Kulit dia cantik!
Nangis Jijah tengok! *meraung*


Memang majlis ni sangat santai dan semua VVIP beramah mesra. Sangat suka dengan majlis yang dianjurkan oleh Karangkraf ini. Something yang different yang Jijah dapat lihat. Syabas Karangkraf! Serius Jijah suka dengan event ini. Boleh makan sampai pengsan. Boleh beramah mesra dengan tetamu VVIP segala bagai. Sangat suka! Iyerlah , biasa majlis yang dihadiri VVIP pasti akan dipenuhi dengan macam-macam protokol. Tetapi kali ini tidak katanya. Hiks.

Meskipun cuaca pada hari Isnin sempat juga hujan renyai-renyai , hujan lebat tetapi suasana tetap meriah okes? Mungkin sebab Jijah terlalu asyik dengan makanan sampai semua tehtap rasa meriah. Ekekeke. Katanya! Eh asal nya nak buat Wordless Wednesday sekali kau? Panjang berjela jugak tulisnya. Ok lah Bye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

4 comments:

Qhaifa Nur said...

sedapnya cendol....
lama tak tgk rupa Izzah, lain skrg
best, best bergambar dgn Dato Siti....

Myra Jay said...

Argghhh jeles lagi, ergambar dengan Toti pulak...heheeee :D

Lain muka Izzah tu, hmpir tak kenal :D

Unknown said...

boleh lapar balik tgk semua makanan tuu..>.< haha..

Hanis MY said...

nangis tengok gambar cendol dgn gambar ct huhu owh jijah take me with u!