Home

Sunday, June 5, 2011

Tak Dapat Pergi De Keukenhof Tengok Ladang Tulip ... Tengok Tulip Pelesu Pun OK la. *meraung*

Petang tadi pergi ke SACC mall. Tak ada plan langsung nak ke situ. Dah alang-alang pergi ke situ aku terus teringat yang kawan aku cakap novel yang terhangat Kasih Yang Suci ada jual dekat situ. Banyak lagi copy dekat situ. Aku pun terus aje lah pergi ke situ. First time kata nya pergi situ. Okay lah tempat nya , hala-hala Mid Valley aku rasa boleh? Hiks. Dah dah bukan nak komen tempat tu macam mana. Pergi pun sekejap aje pun. 

Kebetulan MPH ada bukak booth dekat ruang legar. Ada diskaun. Cepat-cepat cari novel Kasih Yang Suci. Hampa. Tak nampak mula-mula. Lepas tu tawaf punya tawaf. Fuhh jumpa. Tinggal 1 copy sahaja ok? Gila lah! Padahal kan , aku banyak lagi novel yang tak habis baca ni wehhh. Matila. Tak apa tak apa , lepas SPM harus lebamkan diri baca novel-novel itu yewr. Uhuks. Fuhh , selamat sempat nampak. Kalau tak hampa aje kan? Heheh.

 

heee , ini semua gara-gara #sethtan #noraelena kan? :P

Lepas tu aku pun dah habis beli semua tu , sempat lah naik tingkat atas dia. Sempat lah masuk dekat satu kedai ni tau. Tak ingat nama apa. Tapi memang menarik minat aku dengan mak aku. Kedai jual barangan pinggan mangkuk kaca yang sangat cantik. Bukan jual pinggan mangkuk aje , ada jual pasu bunga cantik-cantik dan dan dan BUNGAAAAA! oh na na entah apa pasal aku jadi minah bunga sejak dua menjak ni. Nampak bunga je happy. Nampak bunga je tergedik. Nampak bunga je hepp hepp sudah.

Paling buat aku terkinja-kinja teruja ialah bila melihat ada TULIP. ohkay fine , tulip pelesu but hade aku kesah noks? sebab kan memang susah jugak nak jumpa tulip yang pelesu sekalipun jual dekat kedai. Dah beratus kali aku try cari tapi tak jugak jumpa. Sadis tahu tak perasaan ituew? Tahu tak? Tahu tak? *panggedebush*

Memang teruja tau tengok Tulip pelesu ini. Apasal aku gaya cakap macam gigi pelesu sajork? Sudah. Jadi nya aku pergi masuk kedai itu yang jual macam-macam barang termasuk bunga yang nampak macam bunga betul tapi sebenar nya bunga tipu aje. Tapi cantik. Aku bila nampak aje terus rembat nak beli okeh? Hakhakhak. Feeling sangat lettuew kan? Lagipun nak pergi De Keukenhof dekat Holland entah bila nya kan? Jadi baik lah aku meratib sendu melihat bunga dekat SACC mall tu sajork ye. Hikhikhik.


ini yang dalam bilik aku. letak dalam pasu lagi okeh.
harga untuk satu jambak ni : RM 5.
kalau yang sekuntum besar : RM 5.
sebab aku tengah pokai , jadi beli sekuntum kecik ini sahaja ye. *nangis*


tulip tipu yang warna lain.
ini yang besar punyeww.
yang besar punye banyak warna lain.
yang kecik punya cuma ada warna purple.
ehem ehem , dah ada dua BUNGA warna purple ni ;P

Well , jangan nak kata aku jakun ye. Sesungguh nya aku pun tak tahu andai ini pertukaran hormon ke apa tapi sejak dua menjak ni memang aku suka betul dengan bunga. Terutama kalau aku nampak warna Unggu. Sungguh menarik tangkai hati , jantung , paru-paru serta mata ye. Ehiks. Sebenar nya nak cari warna lain tapi tak ada kan , so dengan rela hati ambil aje lah warna Ungu.

Bukan setakat Tulip aje yang ada tapi bunga-bunga jenis lain pun ada jugak. Kalau sesiapa yang nak kasi cun ruang tamu korang ke , ruang makan ke or anything ruang pejabat sekalipun boleh lah pergi dekat SACC mall ni. Tingkat 1 tak silap aku. Memang banyak jenis pilihan bunga yang cun kalau hias atas meja. Hiks. Murah pun boleh tahan murah jugak. Tak pun korang yang jenis suka pinggan atau mangkuk yang berukir corak cantik macam mak aku tu ha , pun boleh datang situ. Ok dah tahu nama kedai ituew : Kitchenware. Dekat 1st floor. Banyak pilihan bunga-bunga yang boleh di jadikan hiasan gituew. Mohtif gigih aku peromot? LOL.

Derhh , ingat nak tulis sikit aje. Sekali hamik banyak jugak aku menulis. Ekekekekek. Tapi itulah sayang yang sejambak kecik ada satu colour aje. Kalau tak mahu aku rembat banyak jambak khen? Ekekekek. Serius bila masuk situ even tengok bunga pelesu pun aku dah heksited semacam aje kan? Kalau pergi tengok bunga betul-betul mahu aku rebah di atas tanah. Hamboiii hamboiii. Hakhakhak.


kakak dalam kedai tu tiba-tiba nak hias menghias pulak.
aku layan kan aje. muahaha.


tulip besar yang menggoda hati dan perasaan. 
hish.

Sesungguh nya aku nak pergi lagi ke SACC mall untuk merembat tulip besar itu pulak. Heh. Begini lah jadi nya kalau tak dapat nak pergi De Keukenhof dapat tengok Tulip tipu pun okay lah kan? Hiks. Ehem ada tak korang yang suka Tulip macam aku? Haih , punya lah membuak-buak keinginan nak tengok tulip yang betul punya. *meraung* Ekekekek , dah dah nanti makin merapu jadi nya. Ehiks.


Terima kasih sudi baca entry ni :)

Saturday, June 4, 2011

Senyum. Tak Perlu Kata Apa-Apa.

Selamat Pagi! Dah breakfast? Dah gosok gigi? Dah mandi? *pang* Over bebenor bertanya ni. Ehiks.

Teringin nak update macam-macam. Semalam dah separuh jalan tulis pasal drama Nora Elena tapi haih macam tak suka dengan ayat merapu tu terus aku padam semua. Heh. Mengada-ngada sungguh. Lagipun semua macam tengah sibuk cakap pasal Nora Elena kan? Hiks. *tongkatdagu* Hakhakhak. 

Baideway , tadi check folder gambar aku yang beratus-ratus tuh , jumpa gambar dekat bawah tu. Heheheh. Masa tu on the way ke macam-macam tempat , ayah aku kasi paper The Sun , jadi aku pun baca then aku pun nampak ada benda menarik untuk di kongsi maka aku pun snap la. Heh , panjang berjela nak karang ayat sebab menyebab tu kan? Hiks.

SMILE TO GOOD HEALTH



Aku malas nak snap penuh. Cukup korang baca tajuk tu iye. Senyum untuk kesihatan yang baik. Wah , lepas ni harus lah aku senyum tanpa henti. Tapi kalau overheksaited senyum sangat pun bahaya. Kang ada yang tanpa ragu-ragu terus hantar korang dekat Tanjung Rambutan meraung okeh? Ekekekek.

Tapi rasa nya ramai kot wanita-wanita dekat luar sana asyik tersenyum kan? Ini mesti pasal Seth Tan tu lah kan? Hamboii. Erkk tapi lepas ni boleh lah buat alasan "meks senyum sebab meks nak kasi kesihatan lagi baik.err" hak hak hak. Eh tak lawak. Tak habis-habis aku dengan Seth Tan ni -.-' Mahu jugak makan tapak kaki orang kang. Ekekekek.


scary pulak meks tengok ada warna hijau ni. selamat dah bangun tidur , kalau tak sure jadi nightmare semalam tau. erhiks.




Dah alang-alang dengan tajuk Senyum Senyum Senyum , moh lah dengar lagu Najwa Mahiaddin dan Malique iniew. Senyuman pun sedekah jugak kan? Tak rugi pun kalau melemparkan sedikit senyuman. Lagi manis ada lah , tak kira lelaki atau perempuan ye. Hiks.

Terima kasih baca entry ini :)


Friday, June 3, 2011

Rezeki Awal Bulan June. Terima Kasih Taylor University!

Tak perlu cakap banyak-banyak pun mesti korang dah tahu isi entry ini kan bila tengok tajuk tu. Tadi pergi dekat Nuffnang lepas tu terkejut jugak la bila tengok dapat lagi 1 BE. Alhamdulillah. Rezeki bulan Rejab dan awal bulan June. Syukur lah. Harap-harap iklan ni mampu bertahan lama sikit. Heheh.

Makna nya sekarang aku ada 2 buffered earning yang tengah running dalam belog aku ni lah. Alhamdulillah. Meskipun nilai dia tak sehebat nilai korang yang lain dan BE aku pun tak sebanyak macam orang lain tapi atleast ada jugak menempek dalam belog pun dah bersyukur. Alhamdulillah. 


terima kasih Taylor University :') 
iklan yang menempek dekat sini ialah Taylor University Open Day June 2011. ehem.
baru ingat nak buat entry khas pasal iklan tu semalam , alih-alih hari ni dah jadi BE ye :)

Nilai untuk iklan terbaru ni masih ciput. Kalau boleh bertahan lama iklan ni , insyaAllah naik lah sikit-sikit nilai iklan tu kan. Heee. Tak sangka sebenar nya bakal mendapat BE baru sebab biasa nya sangat-sangat susah nak dapat. Tapi dah rezeki kan , syukur sangat. Terima kasih Taylor University dan terima kasih Nuffnang kerana sudi pilih belog meks lagi untuk di tepek kan ikelan-ikelan ituew. Matilaaa buat ucapan macam menang ratu kebaya sajork. LOL. But yeah sangat-sangat bersyukur dan gembira dengan BE yang baru ini ;)

Oh ya ini alang-alang cakap hal Nuffnang nak kongsi sikit tentang UV traffik aku. Biasa sangat. Tak pernah capai 200+ ke atas. Kalau dapat 100+ pun dah kira bersyukur habis lah tu kan. Maklum lah kan , belog aku ni belog picisan sajork. Bukan belog glemer ke hape kan? Hakhakhak. Tapi minggu ni , alhamdulillah UV traffik aku naik sikit sebab mungkin aku banyak belogwalking dan ehee minggu ni pun banyak entry aku tajuk dia erhiks yang memang menjadi keyword di google. Kira itu penyebab kot yang naik boleh tahan mendadak. 


eheh. tengok lah tu , belog picisan ikan bilis memang macam ni. sekejap naik mendadak. nanti tengok kalau esok lusa mesti turun mendadak jugak. sob sob sob.

Ehiks. Tapi okay lah ada jugak yang sudi masuk kan daripada tak ada langsung. Ekekekekek. Memang this week punya UV traffik sangat memberansangkan sampaikan tak payah belogwalking banyak sangat pun , UV traffik tinggi daripada kebisaan nya. Oh ya ya mungkin tak banyak macam korang. Tapi okay lah tu. Hahaha. Lagipun aku blogging just for fun and aku kan suka membebel dan menulis kalau tidak tak kan lah entry aku semua nya panjang berjela tahap juling mata. Ekekekek.


meks terharu bila tengok banyak senarai negara-negara lain yang turut datang menyinggah ke sini :')

over kau maria! lol.

Tapi memang benar aku cakap terharu okeh meskipun ada yang kata "entah-entah dia sesat tak masuk belog kau , nak cari lain jumpa benda lain" erk. Tak kisah lah noks. Ekekeke. Terima kasih buat semua yang sudi masuk menyinggah ke dalam belog ini , yang sudi memberi komen di setiap entry-entry aku dan ehem sudi jugak meringan kan mouse korang menekan ikelan yang tersiar dalam belog ini. uhuk uhuk. Matilaaa. Aku sangat menghargai korang semua ini. :')

Tak lupa jugak untuk mereka-mereka ini. 


Terima kasih kerana sudi "follow" aku walaupun belog ini kadang-kadang merapu nya boleh tahan hebakkk dan kadangkala nya pula emosi bercerita tentang kehidupan jatuh bangun dia pun boleh tahan banyak dan kadangkala nya cuma gambar dan youtube yang di selitkan lebih banyak daripada bercerita tapi aku rasa aku lagi banyak membebel lah. LOL. Tapi terima kasih kerana sudi jugak "follow" aku. Maaf kalau aku tak follow balik korang. Tapi korang boleh tinggalkan link url belog korang dekat Exchange Link itu tau. Nanti lagi mudah sebab bila korang update aku boleh nampak ;) 

Okay lah , rasa nya dah tak ada benda nak tulis lagi. Risau makin panjang berjela pulak entry ini. Hahah , mahu pitamz korang nak baca. Ehem , lagipun nak sambung tengok #sethan la :P Hakhakhak. Lepas habis tengok #sethtan aku nak tulis pasal drama tu pulak :P Itu pun kalau aku larat la. Hiks.

Terima kasih sudi membaca entry ini :)


Wednesday, June 1, 2011

Saya Tak Ada Dara. Saya OK. Anda Pula Bagaimana?


Ehem. Rasa nya ramai yang sudah tahu tentang seorang bloggers yang masih bersekolah dan masih bawah umur 18 tahun dan telah mengeluarkan statement berani mati sampai tercekik leher dan bukan nya halkum kerana dia seorang perempuan. Aku sebenar nya tak tahu apa-apa pun. Tapi bila aku tengok timeline twitter penuh orang bercakap tentang budak berusia 14 tahun ini. Aku terpinga-pinga dan ternganga.

Haruslah kan? Sebab semua tulis : I'm not virgin dan I'm ok gitu diorang tulis. WOAH! Berani mati kamu. Ada ke yang tak tahu lagi?. Kalau budak ni pakai Nuffnang mesti beribu lemon la orang masuk belog kau dik. HAHA. Follower pun banyak bertambah sekarang. curlast! lepas tu tukang komen pun dah bertambah gituew.

Seriously aku terkejut dengan kenyataan budak ni yang ketika itu tahun 2010. Mungkin agak lama sudah tapi kenyataan berbaur begitu kalau dah di publish di khalayak umum , hmm sudah susah nak di undur. Sangat memeranjatkan bila budak tu cakap dia tak kisah sebab sekarang ramai yang dah hilang virgin. Uhhu? Yes, maybe that's true apa yang budak tu cakap ; nowaday ramai yang makin hilang virgin nya. But perlu ke nak beritahu satu dunia? Dik sekarang boleh lah kau nak cakap apa-apa. But nanti bila kau dah besar nanti , jangan kau sendiri yang menyesal apa yang kau tulis dan apa yang kau cakap. Uish.

Meh nak quotes sikit apa yang budak tu cakap :
bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita ade MARUAH DIRI ! 
Aku tahu dah ramai orang tulis pasal budak ni. But aku nak jugak tulis. Aku agak budak ni tak cukup matang lagi la. Maklumlah di usia macam itu kan , kadang-kadang tulis ikut sedap hati aje. Tapi dah kalau kau kasi tayang dekat publish , uish memang sengaja meletak pisau dekat perut tu. Erkk. Hmm , kesian pun ada dengan budak ni. Nak marah pun aku rasa budak ni jenis tak makan saman la. Berdoa aje la mintak di bukak kan hati semua berubah ke arah yang lebih baik. 

Lagipun nak tegur lebih-lebih kang dia marah mak buat naya aje nanti. Malas nak komen panjang-panjang masuk sampai gejala sosial semua tu. Malas tau. Cuma tak menahan bila dia cakap tentang maruah diri tu. Hmm. Aku memang sumpah malas nak komen banyak. Nak hentam dia pun aku rasa macam tak tahu nak hentam macam mana. Budak baru nak naik kan? Gituh lah kan? Tak apa lah , yang penting kita doa yang terbaik untuk adik itu. Tak perlu nak memaki dan nak menghukum dia. Benda yang dia dah "buat' itu biar antara dia dan tuhan dan semoga dia sempat bertaubat untuk semua itu. Kita pun sama , tak payah nak maki hamun dia. Nasihat elok-elok kan lebih baik? :)

Korang pulak rasa macam mana?


updated : budak tu dah delete link tu and sepatut nya kita dah tak payah nak blame dan hukum terus menerus dekat budak tu. heee. harap kalau dia dah sedar dengan keterlajuran ayat dia kita sepatut nya kasi sokongan moral yang sihat dengan dia. maka aku delete link itu. hehehe. lagipun kalau aku terus letak pun bukan korang boleh baca. haha. ;) 


untuk #adindaevans who are not adik beradik or whoever kaitan with juliana evans ekeke , jangan pedulikan kata-kata cemuhan dan makian org dekat adik tu. and untuk ehem korang-korang pun jangan la hentam sangat dekat adik tu. kasi sokongan jugak. lagipun kalau google kan , bukan dia seorang yang buat benda alah tu , byk lagi. cuma kesalahan di sini , budak ni pergi bagitahu something yang boleh mengaibkan diri dia sendiri :) ok dah malas komen panjang ;)


*harap-harap tak kena baling batu dgn orang kerana buat ayat ala-ala membela. ;nangis;*

Terima kasih sudi baca entry ni :)


Ini Bukan Awan Nano. Tapi Ini Awan Berbentuk Love!

Semalam aku dengan parent aku keluar pergi macam-macam tempat. Dah terasa ala-ala amazing race gitu walaupun cuma duduk dalam kereta aje kata nya. Lepas tu aku ternampak sesuatu yang menarik minat mata aku. Kalau sesiapa yang dah like fanpage Cherita Emo-Temo mesti dah tahu kot. Aku dah letak dekat situ sekeping gambar. Hehe.

Aku nampak awan berbentuk LOVE. Tak tahu lah kalau cuma pandangan mata aku ke kan. Tapi lepas aku letak dalam facebook aku memang ramai cakap macam love. Hee. Cantik dan teruja aku tengok. Memang cantik tau. Aku risau lah pulak kot kot aku berimaginasi tinggi sangat sampai awan tak ada rupa pun aku cakap awan berbentuk love kan? Nangis sangat nanti. Hiks.

Ok ini lah dia ... Awan Love. Hakhak. Feeling nak buat tajuk Awan Nano ler tueww. *pang*


subhanaallah. cantik kan :)

Hiks. Kekdahnya semalam pergi macam-macam tempat dan macam-macam gambar yang sempat aku snap. Termasuk lah gambar syok sendiri mulut muncung dan perasan cantik sekali ye. Heh. Tapi itu nanti-nanti lah aku letak dekat sini. Hakhakhak. Tapi sediakan baldi dulu ye kot kot korang termuntah salah kan meks pulak kan? Hikhik. *pang*


Hari ni tengah tak ada mood sangat nak update banyak-banyak macam semalam. Hiks. Semalam terkejut jugak tengok UV traffik sangat memberansangkan sebab aku kan ada letak entry yang ala-ala retis bergosip gituew. Hiks. Selalu nya nak dapat UV traffik tinggi-tinggi memang kena laa berblogwalking tahap lebam tangan tapi semalam aku memang tak ada masa sangat nak blogwalking sebab semalam dari pagi sampai tengah hari aku keluar rumah. Cuma tinggalkan entry autopost sahaja. Then tengok yang masuk dalam belog ni ramai sangat. Alhamdulillah. Mek suka noks! Jangan lupa kelik ikelan sekali errkk.



tadi check dalam folder pic , baru sedar dengan gambar ini.
ada love jugak. tapi kan masa ni aku tengah boring saja-saja nak ambil gambar awan.
hee.

Hiks. Saja-saja nak kongsi dengan korang gambar-gambar ni. Banyak lagi gambar awan ni. Tapi internet sangat lembap dan aku pun tak kuasa nak menunggu bagai untuk lagi tiga empat keping gambar. Heheheh. Korang ada tak suka ambil gambar awan dalam kereta macam aku? :P

Terima kasih sudi baca entry ni :)