Home

Monday, September 12, 2011

Terima Kasih Kakak Gowjes !

NOTA :: Ini merupakan entry AUTOPOST.


Sebelum aku meng-update tentang aktiviti hujung minggu yang boleh tahan menarik dan sebelum aku terlupa untuk membuat entry penghargaan , baik aku buat benda ini terlebih dahulu lah ye? Aku ni sejak dua menjak ni cepat betul lupa. Ke selalu? Eh tak kisah lah. Mueheheh. Aku sebenar nya dalam entry sebelum ini mengada-ngada kan merengek cakap nak header baru kan? Hiks. Sebab aku rasa dah lama betul aku pakai header yang aku sendiri lukis by hand yang tulis CHERITA EMO-TEMO then aku snap aje. Senang kerja ! 

Tapi biasa lah , sebagai manusia biasa , ecececeh , aku mula lah teringin nak tukar header baru kan? Ahaks. Maklum lah pergi belogwalking orang lain punya belog , semua cun cun aje header nya kan? Aku punya biasa-biasa aje. Hiks. Lagipun nak bertukang guna kedai foto (read as : photoshop) aku memang tak ada benda alah tu. So memang payah lah kan kalau aku feeling-feeling nak try buat sekalipun. Nak buat edit-edit tu boleh belajar. Dekat youtube , dekat web banyak aje yang ajar. But tak ada benda photoshop tu nak buat macam mana kan? Eh eh eh panjang pulak aku membebel nya.

Maka nya Jumaat lepas setelah aku merintih dalam entry yang lepas ituew , Kaka Gowjes  ; Kaka Ayu yang tinggal nun jauh di negara Matahari terbit , eceh baik punya intro ahahah , pun datang komen as usual dan cakap dia sudi nak buat kan untuk aku satu.. Yeehawww ! Gituww kau reaksi kan Jah? Harus lah! Ahahaha. Lagipun aku kalau ada kedai foto tu memang aku akan cuba jugak buat sendiri kan? Tsskk. Nak beli? Oh tidak ! Lagipun dengan usia muda ku ini dan dengan tahap yang bukan serius mana pun , aku tak rasa lah kan aku patut melabur untuk membayar header dan sebagai nya. Bunyi bila membaca macam kedekut ke? Err sikit-sikit lah kot. Hahah. 

Ok untuk yang mungkin dah lupa-lupa header aku dulu macam mana kan ? Meh aku tunjuk kejap. Choii sangat lupa kan? Hahaha.


simple.

Iye benar header dari gambar di atas sangat simple. But aku memang suka yang simple-simple meh. Tak mau yang sarat mata memandang maka lagi berat aku nak memandang. Eh eh. Hahah. Bila berjalan-jalan ke belog orang lain memang sume shantek-shantek aje header nya kan? Sentapz mak dik non tengok belog mak punya header biasa aje. Choii bahasa kan diri mak tetibe. Hahaha.

Hiks lepas tu bincang punya bincang dengan Kaka Ayu , eceh , bincang dekat twitter aje pun. Aku cakap tak payah buat tergesa-gesa sebab aku pun faham dia pun mesti ada kerja dia kan? Aku tak mahu lah sampai tahap menyusahkan Kaka Ayu. Hiks. Lepas dah habis bincang aku pun off aje lah Twitter , Facebook. Then terkejut malam tu bukak Facebook tengok-tengok Kaka Ayu dah siap kan Header belog dengan Watermark sekali. Woah! Arigatou Gozaimas. Erk macam itu ke Kaka Ayu tulisan nya? Hahah. Ai hade buku bahasa Jepun nya tapi entah ke mana pun tak tahu *nangis* Ekekeke.

Tak perlu cakap pun Kaka Ayu dah tahu taste aku. TULIP. Ini makin sayang ketat-ketat dengan Kaka Ayu ni !! :D Meh aku tunjuk Header dan Watermark nya sekali. Padahal Header tu memang dah trang tang tang dekat atas tu kan? Muehehe , tak apa lah meh tunjuk sekali lagi dalam entry. ;)



TULIP and ini memang gambar original Kaka Ayu yang dekat Jepun tu.

nak tengok Tulip jugaaaak! *sob sob*

simple tapi cun kan?! :)

lagipun macam aku tulis dekat atas tu aku memang nan hado suka nya dengan sarat-sarat ni khen? hiks.


ini pulak watermark yang Kaka Ayu buatkan khas untuk aku ;)

sukaaaa jugak! :)

so now aku ada 2 watermark lah kan.
boleh tukar-tukar ikut mood kan? hiks! :)

Terima kasih banyak-banyak Kaka Ayu yang sanggup siapkan cepat-cepat untuk aku ni kan? Terasa macam menyusahkan lah pulak khen? Hiks. Cantik dan cun header dan watermark yang yuols buat kan ituew. Meks sukaaa okeh! Thank you sangat okeh! *peluk ketat* Terharu sangat ada jugak yang sudi nak buat kan untuk aku kan? Hiks. Ehem tak ada ke yang sudi nak buat kan lagi? Hahahah gila tak tahu malu duhh. *dush* Memang entry ini aku nak tujukan khas penghargaan gituew buat Kaka Ayu even dia cakap tak payah. Mana boleh kannnn? Hiks!


cubaan 1,2,3 guna watermark baru.
hihi.

gambar hampir sebulan setengah yang lepas.
cherita dia nanti aku cherita after/after this wokey?
kang makin panjang pulak entry ni.
haha.

oh itu Lamb Mandy ;)

Baiklahhh , aku pun banyak benda lagi mahu buat ni. Nak berhenti menulis dulu. Nanti insyaAllah kalau ada kelapangan aku akan update lagi. Tak berani nak janji tapi insyaAllah akan cuba juga untuk update. Lihat folder gambar , terlalu banyak gambar-gambar yang basi. Tssk. Kalau ada masa aku akan cuba update eh? Hehehe. Lagipun weekend malas nak update sebab aku tahu berapa kerat aje pun yang baca kan? Hehehe. Lebih baik aku tunggu weekday sebab weekend ramai yang pergi open house. Teheee. Korang banyak tak dapat jemputan open house? Hiks!

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Friday, September 9, 2011

Supik Gelenya!

Rasa nya sudah beberapa hari aku tak update apa-apa kan? Sebenar nya aku memang malas nak update macam-macam sekarang ni. Setiap hari makin sendu je dengan macam-macam masalah. Nanti benda lain yang nak di tulis , benda lain pulak yang tertulis. Tak ke macam-macam tohmahan pulak orang dekat aku nanti kan? Err ok.

Sebenar nya jugak kan , hari tu ada jugak aku gigih menulis panjang lebar ala-ala luahan hati dalam entry tu. Tapi sebab aku fikir baik dan buruk mem-publish-kan entry itu , maka aku batalkan hasrat. Bayang kan , aku mengambil masa hampir 2 jam untuk menulis entry itu ala-ala mengarang esei untuk BM then aku tak publish? Rasa nak menyumpah jugak sebab tak nak publish tapi aku takut aku menyumpah kemudian nya sebab terlalu ikutkan perasaan tulis ikut suka hati aje kan? Ehiks.

Ok , ini nak tepek sekeping gambar tentang hari Selasa yang lalu. Kejadian yang membuatkan air mata aku tak berhenti-henti menitik dan macam tak tahu bila nak berhenti. Tsssk. 


:'(

kelik untuk kelihatan lebih kachak dan chantek -__-'

Memang di Facebook mahupun di Twitter aku , aku tulis tentang itu. Sukar untuk di luah kan di dalam belog walaupun ini lah medium yang paling sesuai untuk meluahkan apa yang tersirat dalam isi hati kan? Well , tak apa lah. Cukup sekadar hanya aku dan Allah sahaja yang tahu apa semua itu :) Lagipun segala nya pun telah selesai dengan baik. Alhamdulillah. Cuma macam aku tulis itu lah , Allah tidak pernah jemu memberi aku ujian dan aku juga tahu Allah juga tidak pernah jemu mendengar doa aku. Alhamdulillah , aku bersyukur Allah mendengar doa aku dan memakbulkan doa aku agar semua nya di permudahkan.

EH! Tapi perasan tak tajuk entry ini dan isi macam melencong ke lain sangat kan? Muehehehe. Sebenar nya kan aku macam ala-ala tak tahu nak kasi tajuk apa. Ngeheheh. Itu yang terus tulis aje apa yang terlintas. Supik Gelenya itu sebenar nya plastik kalau dalam dialek Kelantan. Gelenya pun ada maksud lain as mengada-ngada dalam dialek Kelantan. Ngeh ngeh tetibe mengajor orang kan? *pang*

Nak tepek lagi satu gambar boleh? 


Tssk. Sebenar nya kan , nak ambil gambar atas ni jadi kan as header. Malang nya aku tak cukup kreatif dan tak cukup alat nak meng-edit , maka memang haram jadah aku tak boleh buat apa-apa. Tsssk. Sadis betul tengok header belog sendiri yang kuning menyala macam apa aje kan? Orang lain punya semua cun-cun , aku punya macam haram jadah kan -___-' Tak ada siapa-siapa ke nak buat free dekat aku -___-' Pergh , gila tak tahu malu meh. Haha. Sah tak ada idea nak menulis lettuew kan?!!

Kesah nya la kan ... Well , aku rasa cukup sampai di sini dulu aku menulis. Makin panjang makin merapu pulak kang. Hehehe. Oh ya , macam mana dengan raya korang? Aku pun tak tahu kenapa sendu betul raya aku tahun ni. Tssk.


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Monday, September 5, 2011

Untuk Wanita Teristimewa !

Nota : Ini merupakan entry AUTOPOST.

Entry kali ini aku tuju kan khas buat wanita yang sentiasa mendapat tempat istimewa di dalam hati dan hidup aku. Iye benar the one and only bak kata omputih khen? Hiks. Sebelum aku mengarut tak tentu hala , lebih baik aku pendek kan tulisan aku agar tak menjadi semakin merapu. Lagipun aku pun tak mahu tulis panjang-panjang. Heheh.

5 September bersamaan hari ini merupakan hari jadi Umi aku. Iye benar hari jadi Umi yang ke 50 tahun. *tiup belon* Ekekekek. Meskipun sudah berusia 50 tahun officially hari ini lah kan, tapi Umi aku maintain awek muda wokeyy? Eh memuji nampak? Harus lah kan?! Muahaha. Kitaorang tak ada buat sambut apa-apa pun. Just wish macam biasa aje lah kan. Hihihi. Memang kitaorang jenis tak biasa sambut apa-apa. Hehehe. Cuma aku macam biasa lah kan? Wajib buat entry khas kan ! Hiks.

Ehem , di bawah itu , sekadar sedikit ucapan untuk Umi tersayang. Tak mampu hendak membeli hadiah yang mewah-mewah tapi cuma mampu berdoa untuk Umi agar terus di panjang kan umur dan terus di berikan kesihatan yang baik. Tssk , apasal bila tulis benda ni pun aku terasa nak menangis ni? Haih , sah-sah emosi tengah dalam keadaan berbahaya ni. Cehh. 


Untuk Umi yang tersayang , 

Selamat Hari Jadi yang ke 50 Umi !
Semoga Umi terus di beri kesihatan yang baik , di panjang kan umur , di murah kan rezeki serta di berkati Allah s.w.t

Ijah Sayang Umi sangat-sangat !


gambar atas 1 ; AidilFitri 2011.
gambar atas 2 ; Terengganu 2010.

Cukup setakat ini ye kawan-kawan. Aku dah kekurangan idea untuk menulis apa-apa lagi. Hendak menulis tentang raya , aku rasa raya 2011 so far sangat biasa-biasa aje. Nothing special to share lah kot. Hehehe. Nanti if aku rajin aku akan update lagi. If not , tunggu aje lah sampai aku rajin kan? Ahaks.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Thursday, September 1, 2011

Ceritera Raya 2011.

Setelah hampir seminggu aku tidak update apa-apa di sebab kan kekangan waktu dan masa sangat terbatas , akhir nya hari ini dapat jugak aku menyelit masa untuk update belog. Fuhh. Aku tahu ramai bloggers lain yang masih dalam mood raya tapi boleh tahan rancak jugak korang update. Eheheheh. Aku sebenar nya malas sikit nak update-update tengah raya ni. Mahu jugak Umi aku menjerit dari dapur kan? Orang suruh cuci pinggan mangkuk , susun gelas atas meja , aku sibuk update belog? Oh tak sanggup nak dengar jeritan batin itu. Muahahaha.

Ok jadi sebab aku bukan jenis rajin sangat nak update banyak-banyak sampai lebam tangan ,maka aku buat semua entry sekali harung lah ek? Tulis banyak-banyak gaya macam ramai aje pembaca khen? Muahahaha. *pang*

Raya Pertama.
Aku beraya macam biasa , tak ada beza apa-apa pun. Pagi raya baru kelam kabut nak susun kuih dalam balang. Kelam kabut gosok baju kurung , miahahaha. Bangun tak lambat meski tidur boleh tahan lambat sebab buat persiapan last minute kan? Lagipun masa hari last day puasa tu semua macam teragak-agak , betul ke tidak esok raya? Betul ke tidak? Betul ke? Ceh , dramatik. Hahah. Lepas ayah balik sembahyang raya , maka salam peluk cium lah ibubapa tersayang kan? Heh heh. Apa lagi minta maaf lah kan dan minta duit raya eh opps. Ngehehehe. Lepas tu tunggu orang datang rumah beraya kan? Gitueww.

Lagipun nenek aku tak sihat , maka memang sanak saudara ramai jugak yang datang masa raya pertama tu. Memang boleh tahan peluh jugak bertapa dalam dapur. Hehehe. Tapi petang raya pertama tu aku dah tak mampu nak bertahan lagi dah. Terus masuk bilik pergi tidur sebab kepala dah pening semacam , badan dah penat gila. Tssk. Mungkin sebab aku asyik tidur lambat sebelum-sebelum tu , maka bila dah dapat makan , dah dapat minum , layan orang biarpun cuma hidang pinggan mangkuk dengan gelas je muahaha , terus penat semacam. Cepat aje mata nak terlelap. Hehehehe.

Oh raya pertama kitaorang buat Nasi Briyani , Rendang Tok , Ayam Briyani dengan Acar. Lepas tu ada kuih raya : Choc Chip Cookies , Biskut Sarang Semut dan kek lapis Sarawak. Gituew. Raya pertama aku pakai baju kurung warna purple. Tehehehe.


aku dengan Umi :)


rendang tok.


nasi briyani.

Gambar makanan tak ambil sangat sebab malas. Boleh? Ini pun aku tengok ada dalam kamera , maybe kakak aku yang ambil kan. Heheheh. Aku memang raya pertama malas gilaaa. Heh. Jadi tengok aje lah gambar mana yang ada. Ekekeke. Actually banyak gambar syok sendiri. Tapi kowser sangat aku nak tayang dekat umum. Muehehehe.

Raya Kedua.
Untuk hari yang kedua baru rasa syok sikit kot. Sebab baru pergi jalan-jalan rumah orang. Muahahaha. Misi mengutip duit raya okeh? Eh dah 17 tahun pun kutip lagi duit raya? HARUS wokeyy. Jangan buat-buat lupa ye nak kasi dekat mek duit raya !! Ekekekeke. Second raya ada jemputan open house dekat rumah sepupu Umi , Che Na. Mula-mula ingat nak pergi awal , lepas tu kak Fudge tweet aku cakap nak datang. Hiks , maka cancel nak pergi awal open house. Lagipun teringin sangat nak jumpa baby kak Fudge , Ayden yang memang comel tu. Heee geram tengok Ayden. Tapi lupaa pulak nak snap pic Ayden. Tsssk. Takpe , next time boleh jumpa lagi. Hahah.

Lepas tu cousin aku Mas pun balik bercuti dari Manchaster , jadi harus lah meriah okeh rumah kitaorang. HAHA. Ayden diam aje. Ekekeke. Memang dekat dengan 2 tahun kot tak jumpa Mas. Harus lah berborak sakan walaupun aku macam malu-malu kucing sikit kan? HAHA. Memang pun. Aku dekat Twitter bukan main riuh lagi pot pet pot pet dengan diorang. Ekekeke. Jumpa depan-depan pheww pemalu pulak kan? Hakhakhak. Sorry korangggg -___-' Hiks. Lepas tu yang paling aku terheksaited lebih bila Mas kasi aku FM dari London. Woott Wottt. Tak sangka okeh dapat souvenir dari Mas. Hiks. Happy wokey?!! :D


yeay!

tq Massy for this souvenir :D

tq jgk dekat Kak Fudge yang membaca rintihan hati sebab tahun ni agak sedikit orang memberi duit raya lalu memberi duit raya dekat aku. LOL.

Hee , Sabtu ni Mas dah nak balik Manchaster balik. Sekejap je jumpa tapi okay lah nanti boleh sembang-sembang dekat Twitter balik. Muehehe. Tapi terasa kembang kuncup hidung bila Mas puji memuji tulisan aku dalam belog ni. Tehehehe. Blushing okehh sepupu mu ini. HAHA. Ni yang nak sayang ketat-ketat Mas ni. HAHA. Orang puji terus kembang hidung kan walhal badan ni memang dah kembang walaupun baru masuk 3 hari raya. Huwaa. Mohtif tetibe. Wakakka. Lepas diorang balik , aku dengan parent aku pun bersiap-siap nak pergi open house rumah Che Na.

Bila dekat rumah Che Na , fuhhh , dekat sana memang makan banyak lah kan? Hiks. Macam-macam makanan ada. Sate , Lemang , ABC , Kambing Bakar *slurrp* , hoihh cakap aje lah , semua ada mehhh. Memang menyelerakan dan mengenyangkan perut ku yg shomel ini. Wakakaka. Tapi makan berpada-pada lah kan? Ayah sibuk menjeling dekat pinggan aku tak kan aku nak buat muka toya pulak? Ekekeke , mahu kena tarbiah. HAHA. 



kambing bakar yang sangat yummeh.
sampai ambik dua kali. tehehehehe :D



mee kari.

Lepas pergi rumah Che Na , pergi pulak ke rumah Ayah Long , adik beradik Ayah yang dekat Sungai Buloh. Beraya boleh tahan sakan lah jugak kan? Tak sedar diri nak trial kan? Kan? Heh. Sekali sekala beraya apa salah nya. Muehehehe. Hamboii alasan comel! Ekekeke. Lepas tu terus balik rumah sebab aku pun dah ala-ala penat kembali. Memang balik rumah pukul 9 tidur then pukul 5 pagi baru bangun. Lama gila tidur ! Tak terjaga langsung sebab letih kan? Hiks.


hiks , baju kurung hari kedua. 
sepatut nya tak nak ada kerawang bagai tu , just nak baju kurung biasa.
tapi tailor entah apa pasal salah faham puleek.
selamat shantek dan vogeh kan?
muahahaha :P



Okay lah , aku pun tak larat nak tulis panjang berjela. Hihihi. Tengok gambar aku dekat atas tu. Fuhh , teruk gila eyebag aku. Dah macam Kungfu Panda meh. Aiyooo. Ini kes asyik tidur lambat , kurang rehat + stress. Aiyoyoy!! Tak suka betul lah macam ni. Teruk gilaaaa ni. Ishh. Kena cuci muka + rehat lah kalau macam ni. Hehehehe. Okay apa cherita raya ke 3? Tak boleh cherita lagi sebab raya ke 3 masih berjalan. Ok dah merepek. Nanti kalau rajin aku cherita lagi. Hehehe.

p/s:mood stress makin berganda-ganda. ganda lagi dan ganda lagi. perghh. stress meh.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Salam AidilFitri . Maaf Zahir & Batin. [Sticky Post]

NOTA : Ini Merupakan Entry MELEKAT sehingga HARI RAYA nanti. Untuk baca entry lain-lain sila SCROLL ke BAWAH ye. Terima Kasih.


kau mampooo kad raya siap ada pantun dengan muka bagai?
ngahahaha.

Selamat Hari Raya AidilFitri 
Maaf Zahir & Batin.

ikhlas dari IjahEmoTemo.

Aku tahu kita semua baru berada di hari yang ke 23 berpuasa. Tapi memandangkan aku rasa kalau aku terlambat post entry ini maka nanti tak sempat pulak nak meminta maaf berjemaah dengan kawan-kawan blogger yang lain. Maklum lah hujung minggu ini pasti ramai rakan-rakan blogger yang ada kampung akan vroom vroom balik kampung. Oh yeah! Aku ni lain lah , setiap tahun pasti dan memang akan beraya di Kuala Lumpur. Teheheh. Memang tak ada kampung dan semua sanak saudara ada dekat KL , jadi memang raya dekat KL aje la. Ehehehe. 

Jadi dengan kesempatan yang aku ada ini , aku , IjahEmoTemo ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri buat rakan-rakan blogger yang di sayangi sepenuh jiwa dan raga ini. Ekekeke. Aku dengan rasa rendah diri dan penuh sopan santun (ekekeke sila muntah berjemaah ye muahahaha) ingin memohon ampun dan maaf andai selama aku mencoret kan apa-apa sahaja di dalam belog ini pernah membuat korang-korang terasa hati , sakit hati , amarah atau apa sahaja yang mengundang marah korang tanpa aku sedari. Sesungguh nya aku ini cuma manusia biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan sebarang kesilapan. Tak mahu simpan marah-marah , benci-benci dalam hati tau? :)

Ehheh , dengan masa yang amat sedikit , terima lah kad hari raya tak vogeh mana sebab tak se-kreatif dan se-handal mana nak edit sana sini. Jadi terima lah Kad Hari Raya dari IjahEmoTemo di atas sana itu siap dengan wajah comel dan pantun ringkas dari IjahEmoTemo itu. Ngeh ngeh ngeh apahal entry ini asyik puji memuji diri sendiri ni ? Ekekekek. Maaf lah kad tak cantik. Nak buat macam mana tak reti nak guna kan kedaifoto ke kedaikek ke eh eh. Hiks.

Akhir kata , Selamat Hari Raya AidilFitri , Maaf Zahir & Batin. Kepada yang hendak pulang ke kampung , berhati-hati di jalan raya. Ingat lah orang tersayang okeh? Kepada yang tak pulang ke kampung atau memang kampung korang dekat KL , apa lagi mehh joget atas jalan raya la uolss. Ngeh ngeh ngeh.

Tahun ni korang balik beraya dekat mana? Ehem ehem , tak ada ke siapa-siapa nak hulur duit raya dekat aku ni ? *batuk*

kbye.

Terima kasih sudi baca entry ini :)