Home

Thursday, August 30, 2012

Lukisan Jujur?

Tempoh hari , semasa tolong jaga si kenit masa Umi sibuk memasak , aku kasi buku dan pensel pada si kenit. Si kenit ialah budak kecil yang Umi jaga dari kecil sampai sekarang sehingga dah ada adik lagi seorang. Detail tak informasi mak? Walaupun bukan penting pun informasi mak pun kan? HAHA , nevermind. 

Jadi bila aku kasi buku kosong dan ada petak-petak , mula-mula dia sibuk tulis nombor-nombor. Siap sibuk buat 1+3 = 4 , 4+2 = 6 dan etc. Gigih si kenit ni mengira. Gigih mengira okay lagi. Gigih suruh aku mengira guna tangan yang paling ekstrem sikit. Kalau setakat 4+1 , 2+7 aku tak kisah lagi. Ini dia kasi soalan 7+28 , 19+39 dan sila gunakan tangan? Amboi , kecil-kecil dah pandai menganiya hakak kau yang memang koma dengan Matematik ini kan? T___T

Itu kisah pertama. Kisah kedua. Lepas dia bosan dia akan tinggalkan buku dengan pensel merata-rata. Tapi bila dia semangat menulis pergi dapur pun bawak buku ini tau. Gigih kan? Kalau mandi bawak buku ni jugak , harus kena bebelan se-round kan? Ekekeke. Tapi tak pernah lagi dia buat macam itu. Bila dia letak merata-rata , aku pun belek buku tu. Tetibe terjumpa dia melukis dalam buku tu. Aku nampak comel. 


Lukisan Seorang Kanak-Kanak Berumur 5 Tahun :')

Aku suka tengok apa yang Awisy lukis dekat situ. Mungkin orang kata biasa saja. Tiada nilai artistik. Tiada unsur seni. Tiada , memang tiada. Tapi yang buat aku suka dan kata comel bila aku tanya Awisy , Awisy lukis apa dan siapa ni?

Aku : Eh , Awisy lukis siapa ni? 
Awisy : Ini Papa , Awisy , Adik , dengan Mama!

Bila kanak-kanak 5 tahun melukis imaginasi dia dengan cantik ( cantik ialah subjektif. keh keh keh.) aku rasa sangat comel. Mungkin bila Awisy besar nanti , Awisy rasa nak sekeh hakak Ijah kau yang seorang ni sebab tayang lukisan kau ini kan? Tapi hader hakak Jijah kau ni kisah cak cak cak? *pangggggggg

HEHE , saja tulis pasal si kenit ini. Rindu nak menulis pasal dia. Biasalah , tak pernah ada adik. Bila tengok kanak-kanak sekecil ini , dengan macam-macam ragam , aku terasa seronok. HEHE. Tapi tulis banyak-banyak terlebih seronok karang , bahaya jugak! Hiks. Kekdahnya , tiba-tiba terasa nak menulis. Tiba-tiba. Lagipun bila tulis dalam belog ini , boleh baca balik bila hati meruntun bosan kan? Kan? HEHE.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

14 comments:

Cik Diana said...

Buleyh lukis mcm tuh dh dikira hebat la kalO dalam tahap kanak2. galakan awal utk terus belajar. :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

tetiba rindu nak baca tulisan uols...voley gituew????

Hanamiko Sakura said...

sah sah nanti bila dia besar terharu punya ;)

Hanis MY said...

nanti dia dh besar tunjuk kat dia entri sweet ni, ayat cak cak cak pang mmg lawak ok! haha

aanie said...

pandai melukis...imaginasi budak mmg tinngi kan..

gadisBunga™ said...

sila jual lukisan tu kat internet.

lukisan jujur biasanya nilainya tinggi. :)

Myra Jay said...

Comelnya Awisy lukis, pandai jugak ek baru 5 tahun... ;)

Asmara said...

Sama2. Hihi.. Sbb akak baca. Berseni tu 5 tahun lukis ada rambut.

Ijah EmoTemo said...

cikdiana -- yups. tgk dia melukis mcm tu terus kasi galakan. hehe

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu -- but i miss u more!! wah gituu haha

Ijah EmoTemo said...

kak hanis -- hehehe, insyaAllah klu umur panjang ada rezeki jmp dia masa dia besar nnt pasti nk tunjuk! hihihi lawak eh? :p

Ijah EmoTemo said...

hanamiko -- haha, tak tahu lah mcm mana nnt :)

Ijah EmoTemo said...

gadisbunga -- heee ada ke org nk membeli ni ? :p

Ijah EmoTemo said...

kak asmara -- hahaha kan? siap ada rambut tu yg mcm wah!! curlast awisy! hihihi