Home

Monday, September 3, 2012

Bertemu Adam Mukhriz Dan Ain Hawani. Kawalan Terlalu Ketat?

Semalam aku sempat ke MPH One Utama untuk bertemu sekejap dengan pelakon utama drama bersiri yang bersiaran di Astro Mustika HD , Adam Dan Hawa iaitu Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa beserta penulis novel tersebut iaitu Aisya Sofea. Aku tak mahu menulis lanjut mengenai drama ini memandangkan jika ada kelapangan masa nanti , aku akan buat satu entri khas mengenai drama tersebut. Jika ada masa dan juga jika rajin :p

Cuma aku nak bercherita perihal semalam yang kebetulan aku berkesempatan untuk bertemu Aaron Aziz walaupun cuma seketika. Kebetulan memang semalam Umi dan Ayah aku menghala ke sana , jadi alang-alang ke sana ,aku pun menggigihkan diri juga bertemu Aaron Aziz di MPH One Utama. Sekali sekala bergigihan , rasanya tak ada salah kot? Kata kau Jijah! :p

Bila sampai disana , hampir pukul 12 tengah hari. Tengok keadaan memang sudah ramai. Ramai yang membeli novel Adam Dan Hawa versi cover Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa. Jijah mula-mula nak juga membeli. Tetapi bila memikirkan baru Januari lepas Jijah membeli , jadi terus batalkan hasrat. Bila ada rakan Jijah yang memesan , baru sahaja hendak membeli, tengok-tengok sudah habis! Gila betul penangan Adam Dan Hawa ni ye?! :p

Tunggu punya tunggu , tiba-tiba MPH One Utama riuh seketika. Dah agak , mesti Aaron Aziz dah sampai. Lagi best Aaron Aziz pakai baju pilot sama macam dalam drama yang dilakonkan oleh Aaron Aziz itu. Memang kachak sangat! Oh terlupa pula , nanti ada yang blur tengok tajuk entri aku. Adam Mukhriz dan Ain Hawani merupakan watak yang dibawa oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa. So far sudah empat episod aku tengok memang mengikut plot dalam novel dan kalau ada yang bertukar atau bertambah sedikit masih tidak menjejaskan mood Adam Dan Hawa aku! Bukan senang sebenarnya nak mengadaptasikan sebuah novel kepada drama mahupun filem. Antara menjadi yang paling terbaik atau yang paling terburuk. Antara dua itu sahaja. So far Adam Dan Hawa masih tidak nampak cacat dan celanya! Mungkin kerana sentiasa serik dengan novel yang diadaptasikan kepada drama sehingga tidak meng-expect terlalu tinggi kan?!

Orang memang penuh semalam. Memang penuh MPH One Utama. Cuma ada beberapa perkara yang dikesali sepanjang event kecil tersebut. Setiap event memang tidak pernah ada yang sempurna. Kecil atau besar. Tidak kira lah mana-mana sekalipun. Cuma agak kecewa dengan kawalan yang diberikan terlalu ketat sehingga para peminat tidak dibenarkan untuk mengambil gambar bersama pelakon-pelakon utama dan penulis novel tersebut. Agak ralat sedikit disitu. Baru bergigihan ingat nak bergambar dengan Aaron Aziz yang memakai baju pilot itu. Tapi apakan daya kawalan ketat Astro (jika Jijah tidak silap) itu sangat-sangat mengecewakan Jijah dan tentunya ramai lagi peminat novel Adam Dan Hawa juga.

Mungkin sebab mereka takut jika terlebih masa. Tapi rasanya jika diatur dengan baik , tidak akan terjadi masalah tersebut. Bila berlaku macam ini , Jijah terdengar dengan macam-macam cakap yang tidak elok. Tidak best pula bila mendengar. Kenapa Jijah yang over risau , biasalah Jijah kan dramatik! Heh. Anyway , masa bertemu dengan Aaron , sempat juga berborak. Gedik-gedik kejap pun tetap DivaPora kena bergegas untuk pergi dari kawasan itu. Tak boleh lama-lama katanya! Mujur DivaPora tak sempat nak buat drama macam sebelum-sebelum ini. Kalau tidak mampooo ke theyols menghadap uols? Matilerrr! Tak tahu atas sebab apa, Jijah rasa kawalan ketat Astro yang tidak memberi peluang orang nak bergambar itu macam terlebih over. I'm sorry , atas sebab apa sekalipun , boleh tak kasi orang lain yang baru pertama kali dapat bertemu dan teringin sangat nak bergambar dah macam ala-ala mengidam gituh peluang untuk bergambar? 

Katanya nama program ini ramah mesra , tapi macam ada benda yang terkurang pula. Spoil disitu. Senang cherita banyak benda yang kurang sana sini melalui pemerhatian Jijah. Hmm. Kalau tetibe Jijah buat statement , "hello uolss...Aaron Aziz je kot?!" , rasa-rasa ada tak yang nak baling telur busuk dekat JijahTemo ni ha??? Erkkk... itu bila terasa geram sangat katanya! Harapnya , kalau nak buat event seperti ini lagi , jangan lah ada masalah remeh temeh yang seperti ini. Tak kuasa nak melihatnya noks! Mujur memang sejak datang bukan excited terkinja-kinja sangat nak jumpa Aaron Aziz. Niat asal nak hantar baju orang + ada benda nak selesaikan dekat One Utama , tapi last-last ke laut jadi nya! Last-last pun tetap ke laut! Adam Mukhriz ke mana , baju ke mana , Jijah pun ke mana! Eh!

Dah , dah. Malas nak membebel banyak-banyak lagi. Bikin hati rasa panas saja lagi ! Heh. Jom tengok gambar yang sempat snap. Memang sempat sangat lah kan? Semua gegar-gegar. Paswah saja lah! 


#AdamMukhriz #AinHawani #AdamDanHawa

Tiga hashtag ini akan menggila bila tiba hari Isnin-Khamis jam 10 malam di Twitter! :p


Bila semua tak dapat nak bergambar dengan Aaron Aziz , habis semua pakat serbu sehingga tempat parking Aaron Aziz. Tetap lantai tu kena cakar dengan Jijah bila tengok Aaron Aziz pakai baju pilot okes? Hahahahah , aku rasa lepas ni aku yang kena cakar woiii sebab tergedik-gedik! Maafkan saya! keh keh keh. 

Walaupun masa berborak kejap tengah nak ambil sign tu sempat Aaron cakap nanti kita ambil gambar later , dan akhirnya tidak dapat! Jijah tetap nak sentap dengan Astro! Tetibe lagi kan?! Sudah Jijah Sudah! Okay last but not least.


Aisya Sofea , Nadiya Nisaa & Aaron Aziz

*cakar netbook tengok Adam Mukhriz. eh!*

credit pic : Adam Dan Hawa Fanpage FB

Terima kasih sudi baca entri ini :)

14 comments:

Anonymous said...

fav novelis aku ni aisya sofea...

Asmara said...

80 episod tu! Xmo tengok lagi. Nnti meroyan nak tunggu next episod. 4 bulan tu kalau kira. Haha.. Tabahlah wahai hati jgn start tengok. Kene byar mustika tu yerk. Harapan la nak tunggu org donlod tiap episod. Meroyan lagik! Kihkih..

Hanamiko Sakura said...

bila la nak buat cherita dari novel RAM ni.. xD *tetiba pulop*

Myra Jay said...

MJ layan gak citer ni, masa awal2 cam slow sikit, tp sekarang cam best plak..heheee

Peminat Murai said...

Aku rasa guard tu bukan org Astro pun.. sebab Editor Murai yang datang nak buat cover pun kene sound ngn guard tu..

Sabar.. sabar... wooosaaaa....

aanie said...

x bestnya mcm ni....kalau jijah pun sentap...org yg pes time jumpa aaron mmg sentap habes la kan...

tiefazatie said...

wah...cair hatiku..hihi

Ijah EmoTemo said...

rapunzeel -- sama lah :)

Ijah EmoTemo said...

kak asmara -- hahaha.. skrg akak dh tgk kan akak? kihkihkih :p

Ijah EmoTemo said...

hanamiko -- alamak! hahah tak pasti pulak hahah

Ijah EmoTemo said...

myra -- yups, masa mula2 tgk agak slow.. tp lama2 dh leh layan rentak cerita ni. makin best:)

Ijah EmoTemo said...

peminat murai -- really?i see

Ijah EmoTemo said...

aanie -- serius akak..ijah punya hangen mcm apa je bila nk borak pun xleh,snap gmbr pun xleh. sadis.. itulah ijah yg byk kali jmp pun hangen..theyols yg first time entah macam mana lah kan?

Ijah EmoTemo said...

ifa -- haha! cair kan! :D