Home

Wednesday, October 17, 2012

Gambar-Gambar Di Sekitar Media Preview Ngorat

Setelah begitu lama Jijah memeram entri ini dek kerana beberapa sebab yang tertentu , akhirnya baru sekarang Jijah mempunyai masa untuk berkongsi gambar-gambar dan cherita dengan korang semua. Iyer , cherita ini cherita basi lagi. Tapi Jijah tehtap mahu berkongsi dengan korang walau macam mana pun kan? HEHE , Jijah kan memang begini ! HEHE. 

Beberapa minggu yang lepas Jijah berkesempatan untuk menghadiri majlis pra tonton/ media preview filem Ngorat di e@curve , Damansara. Kebetulan Jijah memang tidak ada hal lain , maka bergigihan juga Jijah pergi ke tayangan filem Ngorat. Lagipun tayangan diadakan pada waktu petang maka agak senang Jijah untuk pergi ke sana katanya. Hiks. Ngorat merupakan sebuah filem yang diarahkan oleh Prof Razak Mohaideen. Filem Ngorat telah pun berada di panggung wayang pada 4 Oktober yang lepas dan dilakonkan oleh Iedil Putra , Erra Fazira , Aaron Aziz dan ramai lagi. 

Bagi Jijah , Ngorat sebuah filem yang menyajikan hiburan santai untuk mereka yang mahu bergelak ketawa. Komedi ringan yang boleh membuatkan korang ketawa dengan perbuatan dan tindakan yang dilakonkan oleh Iedil Putra dan juga Aaron Aziz. Cuma nak kata ia sebuah filem yang betul-betul kelakar , Jijah tidak rasakan ia kelakar 100%. Tapi sekiranya korang suka untuk menonton filem yang menyajikan komedi ringan , mungkin boleh untuk korang menontonnya. Hiks.



Jijah sebenarnya nak tepek sinopsis filem ini. Tapi entah kenapa tak boleh buka langsung dokumen microsoft word tersebut. Hampa seketika. Jadi mari lah kita tengok gambar yang tak seberapa ini. Oh lupa , terima kasih lagi sekali Deina sebab sudi meminjamkan kamera mu untuk ku snap tidak berhenti kan? Ekekekek , i lap yu so strong lah! Hahahaha.. Juga ada sesetengah gambar itu daripada abang Khairul Badri yang juga official photographer Aaronators FC. Thank You abg Bad! ;)


sunburn gila abe Aaron Aziz uols masa ni. 
masa ni dia baru pulang kejap dari Perlis. itu yang sunburn tak hengat sebab shooting dekat tengah laut katanya!


barisan pelakon !







shantek sangat Erra ni tau!! ;)



Gambar sebenarnya memang sangat banyak. Tapi Jijah tak termampu nak tepek semuanya memandangkan internet sangat menyiput setiap kali mahu mengupload gambar. Sengaja sangat berukben ni tau! Jeles lettuew dengan Jijah! *dush* Hahahah..

Tapi sebenarnya ada lagi gambar-gambar nya. Dah nama Jijah kan? Haruslah kalau ambil gambar kalau tak lebih dari 100 keping gambar tak sahkan ? Tapi memang banyak sangat gambarnya tapi lepas pilih punya pilih , akhirnya beberapa keping saja mampu untuk ditayang dalam belog kesayangan kan? Eh daripada tak tayang langsung , kira okay lettuew tayang juga kannnnn? Ekekekeke.. Jom layan gambar-gambar lagi! Eceh..


Jijah & Kak Ayu! ;)


Baby Afeef yang semakin montel! 
comeiiii ;)


Jijah & Deina ! TQ Babe!! ;)


Jijah & Kak Nora Niena! ;)



Jijah & Kinah ! TQ so much Kinah sayams! matilerrr ayat sesuatu sangat! hahahah



Kak Aini , Kak Wana & Jijah.

shomel pulak tengok gambar ni khennn? hihihi.


Jijah & Iedil Putra.

kami nampak comel dalam gambar ini. keh keh keh. kbye.

Kata Jijah gambar tak banyak mana nak tepek sini , katanya lah. Tapi rasanya dah penuh satu page kan uols? Hahahah.. Eh , eh eh , Jijah ni seronok pulak dia gelak-gelak khen? Hiks. Kejap korang , kejap. Gambar masih ada lagi beberapa keping nak tayang kan? Haruslah Jijah ni suka sangat menayang gambar katanya! Tapi hepppp , ini untuk tatapan di masa hadapan kelak katanya! Amboi , ayat kemain lagi kan? Hiks.

Seperti biasalah kan , kalau nak bergambar dengan Aaron Aziz , Jijah selalu sangat kena buat drama kan? Tak buat drama bukan DivaPora katanya. Matilerrr. Eh silap ayat, tak buat drama macam mana nak bergambar khen? Eh Jijah je macam tu uols. Biasalah , Jijah memang suka buat ayat dramatik uols. Khen? So ada ke tidak gambar Jijah dengan Aaron Aziz nya? Ini mesti orang pun dah muak tengok gambar Jijah dengan Aaron. Tak apa , yang muak sila pergi jauh-jauh. Nanges pulak bila baca statement sendiri. Ekekekek.


Kak D & Jijah.

DivaPora katanya! erhikss..


Hiks... Jijah biasalah ... orang lain pergi ke depan , Jijah ke belakang..

siap kena bebel dengan abe Aaron.. "Larrr...Ijah duduk belakang buat apa? Kan dah susah nak bergambar.." ekekekeke..

tapi akhirnya tehtap jugak abe Aaron pusing belakang khenn.. kata Jijah DivaPora? ehh!

ampunn...


Jijah & Aaron Aziz.


Jijah & Aaron Aziz lagi.

bak kata abe Aaron .. "dengan Jijah memang macam buat photoshoot.. tak sepuluh kali snap tak sah!" hidup #DivaPora! wakakakak.. ok ok rasa nak tampar pipi sendiri! 


tetibe ... nak tergelak tengok gambar ni ...

sebab ... Jijah rasa abe Aaron pun dah muak tengok Jijah bila tengok ekspressi heols dalam gambar ni.. errkk.. hahahaha.. *panggggggg*

tak itu sebenarnya muka Malek KL Gangster tu. Eh KL Gangster 2 tak lama lagi lah :p

Kisahnya , banyak pula gambar yang Jijah tepek dalam belog kesayangan kan? Habis tu kalau tak tepek dekat sini , nak tepek dekat mana lagi kan? Hiks. Sebab ini belog saya, maka sudah tentu ikut suka hati saya nak tepek gambar berapa banyak sekalipun khennn? Kata kau Jijah! Akhirnya entri yang sepatutnya dah lama di publishkan baru sekarang ada masa untuk publishkan pada umum. Asyik kena peram saja , memang tak kemana uols! Adeslah.

Lagipun minggu ini memang Jijah akan gigihkan diri untuk mengupdate semua cherita basi yang dah lama terperap dan terperam sehingga hampir menjadi perkasam itu. Bukan apa, kebetulan bulan ini Jijah kurang sibuk berbanding dengan bulan-bulan sebelum ini dan kebetulan juga internet walaupun lebih banyak menyiput daripada menjadi laju , tapi boleh juga untuk update dengan tenang katanya. Eceh , tenang sangat. Lagipun juga , dalam masa terdekat ini , Jijah mahu rehat seketika daripada mengetuk kibod. Itu yang Jijah kata sekarang lah. Tapi tak tahu jika bila sudah selesai mengupdate cherita-cherita basi ini , lain pula Jijah nanti kan? Hiks. We'll see how katanya! Gituh speaking omputih tetibe walaupun sebenarnya berterabur gigi eh sebutannya kan? Ekekekek.

Entri pun sudah panjang berjela. Gambar pun sudah terlalu banyak dikongsikan bersama korang. Jadi nak tulis apa lagi? Mesti lah jari jemari yang tembun ini pun sudah letih mengetuk kibod kan? Marilah .. mengakhiri entri ini dengan sepantas mungkin.. Ada tak yang dah tonton Ngorat? Apa kata korang? Hiks..

Terima kasih sudi baca entri ini :)

10 comments:

tiefazatie said...

ah..best2..kim slm abe aaron eh..hee

Myra Jay said...

Jeles tul bila mai blog Jijah, jeles sbb bergambo dengan AA ;)

Nanti jumpa AA lg kim salam sayang Adam Mukhriz ye kat dia...heheee

Qhaifa Nur said...

peramah juga wife AA ni...

gadisBunga™ said...

alaa..bertuahnye badan.... :D

Hanis MY said...

Lawak la jijah ni i likee uols eh dah terjangkit hik2

Ijah EmoTemo said...

ifa -- hehe insyaAllah klu jmp lagi nnt hehe :)

Ijah EmoTemo said...

myra -- hehe insyaAllah. klu jmp dia lagi nnt akan disampaikan slm akak ini heheh :)

alaaa jgn la jeles akak heheh

Ijah EmoTemo said...

qhaifa -- hehe alhamdulillah so far mmg peramah :)

Ijah EmoTemo said...

GB -- hehe biasa-biasa aje :)

Ijah EmoTemo said...

kak hanis -- kikiki sengaja nk ceriakan suasana belog ekekeke