Home

Tuesday, October 23, 2012

Rezeki Akhir Oktober :: Akhirnya BE Muncul Kembali !

Sudah agak lama belog kesayangan sepi tanpa sebarang Buffered Earning atau lebih dikenali sebagai iaitu CPUV ( Campaign-Per-Unique-Visit) Campaigns. Boleh tahan berjanggut juga Jijah menanti kehadiran BE/CPUV yang baru ini. Tapi itulah kan , kalau ada rezeki maka insyaAllah ada lah kan rezekinya nanti. Kata Jijah dalam hati. Tetibe kau buat ayat novel ni kenapa Jijah? Hahahaha... 

Kekdahnya tadi masa tengok Nuffnang , macam terkejut jugak tengok nilai bertambah tiba-tiba. HEHE , Jijah baru saja cashout kan nilai pertama , agak berdebar-debar nak pegang cek pertama nanti. Tapi itu cerita lain , nilai tak seberapa tak usah nak bercerita. HEHE. Jadi bila tengok ada nilai bertambah selepas sebelum ini RM 0.00 , agak teruja lah kan? Siapa tak teruja bila duit itu datang dari usaha kita menulis, mengomel, merapu ini kan? HEHE , jadi bila tengok dapat BE/CPUV , harus rasa bersyukur yang amat.

Lagi bersyukur bukan satu BE/CPUV tapi alhamdulillah dapat dua terus sekali harung. Rezeki akhir Oktober kan? :) 


Thank You Astro On The Go :')

Thank You HP Printer :')

Thank You Nuffnang :')

Alhamdulillah , meski nilai tidak mencanak naik lagi tetapi insyaAllah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bersyukur sangat dengan rezeki ini. Iyerlah , sekarang ini memang Jijah cuma tumpu pada belog sahaja, jadi mestilah sangat berharap ada rezeki lebih sedikit melalui belog khen? Siapa yang tak mengharap kan? 

HEHE , cuma tak adalah sampai over gila mengejar duit semata-mata. Apa yang penting isi dalam belog tu nanti kan? InsyaAllah , selepas ini akan ada lagi update-update yang dah lama Jijah peram dalam draft itu kan? Hiks. Bila tengok ada BE/CPUV ini rasanya sangat sayang kalau ada masa terluang tapi tak digunakan untuk mengupdate belog kan? Dah alang-alang katanya. HEHE , apa-apa pun tujuan Jijah tulis ini bukan untuk menunjuk-nunjuk uols. Lagipun nilai bukan hebat mana pun. Cuma nak jadikan tatapan masa hadapan. Lagipun ini belog Jijah kan? Selagi tak bercanggah dengan apa-apa , haruslah tulis saja apa yang Jijah suka khen? Ekekekek.

Hiks. Semoga ada rezeki yang banyak lagi di masa akan datang untuk belog kesayangan ini. Juga Jijah doakan untuk korang juga ada rezeki untuk BE/CPUV ini. InsyaAllah. 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

10 comments:

Unknown said...

Tahniah :)

aanie said...

itulah kan...lama betul nak tunggu be baru....

tahniah jijah ye....rajin2 update belog....

Qhaifa Nur said...

seronokkan dpt BE, tahniah...

Myra Jay said...

Tahniah dear..
Bila kita berblog dengan ikhlas, dapat hasil memang akan rasa syok kan :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Syabas uols
Ai ni dh berbln x check pong hukhuk (⌒▽⌒)

Ijah EmoTemo said...

mieya -- tq!! :)

Ijah EmoTemo said...

aanie -- hehe itulah. lama betul nk tunggu BE baru. tp alhamdulillah dpt jg akhirnya hehe..

insyaAllah, smg dpt semangat nk update belog hihi

Ijah EmoTemo said...

qhaifa -- hehe mmg seronok. tq! :)

Ijah EmoTemo said...

myra -- tq sis! hee yups. itulah bila kita buat dgn ikhlas dan sbb minat perasaan tu mmg puas dan best sgt :)

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu -- hihihi tq noks! ngeee check la uols sekali sekala ekekek