Home

Monday, October 29, 2012

Sepah The Movie ... Akan Datang 29 November Nanti !

Kumpulan Sepah rasanya tidak asing lagi untuk korang yang sering menonton rancangan-rancangan lawak. Lawak mereka yang bersahaja sering sahaja menarik perhatian kita semua bukan? Kali ini Jijah bukan nak berkongsi tentang lawak-lawak mereka. Sebaliknya nak bercherita tentang filem yang bakal dilakonkan oleh kumpulan Sepah dan juga pelakon-pelakon lain.

Hah , mesti korang yang meminati kumpulan Sepah excited gituh dengan kehadiran filem yang bakal mencuit hati korang ini nanti. Sepanjang Jijah menonton lawak-lawak mereka di TV memang tidak dinafikan lawak mereka memang sentiasa mencuit hati Jijah. Kalau tak gelak memang tidak sah lah kan? Jadi pastinya juga Jijah tidak sabar untuk menonton filem Sepah The Movie ini nanti.

Sepah The Movie dilakonkan oleh kumpulan Sepah (Jep,Shuib,Mamat) , Anzalna Nasir dan ramai lagi. Filem ini telah diarahkan oleh MP Roslin MD Sharif. Sepah The Movie ini nanti bakal ditayangkan diseluruh pawagam yang berada di Malaysia bermula 29 November nanti. Pasti peminat-peminat kumpulan Sepah tidak sabar untuk menonton kan?



Nak tulis banyak pun tidak guna sebab filem ini masih tidak ditayangkan lagi. Apa kata kalau kita baca sinopsis dulu?

“Sepah The Movie”, mengisahkan ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Jep, Shuib dan Mamat berkawan rapat sejak dari kecil dan mempunyai hobi yang sama iaitu obses dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai ’Sepah’ merupakan juara sukan tersebut di sekitar Johor Bahru. 


Dalam pada itu, mereka menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka. Munculnya seorang gadis cantik bernama “ Ayu sofea “ ,yang bertugas dibahagian “Training “ (trainer) dikilang elektronik tempat mereka bekerja. Tiga bujang Sepah mengambil peluang tersebut untuk memujuk hati Ayu Sofea terutama Jep. 

Mampukah Jep memenangi hati Ayu Sofea? Bagaimana Jep berhadapan dengan Shuib dan Mamat dalam mendapatkan semula Ayu Sofea? 

Semuanya akan terjawab di dalam SEPAH THE MOVIE.

kredit to : blog Sepah The Movie

Hah! Amacam? Menarik juga bila baca sinopsis filem ini. Bila tengok poster , cantik pula Anzalna ni ek? HEHE , tiba-tiba aje melencong bercerita hal lain kan? Ekekeke. Tak sabar juga untuk menonton filem ini. Aku rasa ia lebih kepada santai begitu jalan ceritanya. Tak apa, nanti bila sudah keluar ke panggung wayang , harus tonton. Kalau komen awal-awal pun tidak guna kalau tidak menonton nanti kan?

Hiks kalau bukan kita yang menyokong filem buatan tempatan , siapa lagi nak menyokong khen? Tetibe Jijah kasi pesanan khidmat masyarakat ni dah kenapa? Eh saja-saja. Jijah kan gigih menyokong menonton semua filem buatan tempatan ini. Gituh lah. Eh tapi sebelum itu meh juga kita tengok trailer filem ini. Mana cukup kalau setakat baca sinopsis sahaja kan? ;)




Oh ya , Sepah The Movie nanti juga akan membuat road tour bersempena dengan filem ini. Jika korang salah seorang peminat kumpulan Sepah , hah , ini masanya untuk korang beramah mesra dan juga bertemu dengan kumpulan Sepah dan juga pelakon-pelakon lain yang turut berlakon dalam filem ini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut , korang boleh pergi ke blog Sepah The Movie dan lihat jadual promo filem ini ye. Jangan lepaskan peluang keemasan kalau korang peminat kumpulan Sepah ini ! Bila lagi nak bertemu mereka kalau bukan ketika ini kan? Hiks.

Jadinya korang , jangan lupa untuk menonton Sepah The Movie yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam-pawagam di Malaysia pada 29 November 2012 nanti. Pastinya kumpulan Sepah akan mencuit hati korang tatkala korang menonton nanti kan? Jijah pun tidak tahu lagi tapi kalau nak tahu kena tunggu 29 November 2012 nanti kan? Hiks.. Jangan lupa menonton Sepah The Movie nanti ye uols! :D

Terima kasih sudi baca entri ini :)

4 comments:

Qhaifa Nur said...

mmg gelak memanjang bila tgk filem ni.....

Hanis MY said...

wahh mcm menarik cite ni jijah... thank u story mory tapi ntah bila boleh tengok wuwuwu

Myra Jay said...

Untuk yang nak release tensi** atau bersantai elok la tonton filem ni kan :)

aanie said...

ooo...mamat pun ada jgk ek...

hsbd akak mmg minat sepah...tp nk g tgk wayang rasanya susah la skrg ni....