Home

Thursday, May 16, 2013

Cherita Basi & Rezeki Bulan Mei !

Sekarang Jijah sedang berusaha untuk mengupdate semua cherita-cherita basi sebagai tatapan di masa akan datang. Meski tak ada kot yang nak baca cherita tersebut sebab dah terlalu basi , tapi tak mengapalah , Jijah tetap akan meneruskan niat untuk mengupdate cherita tersebut khennn. Kalau tengok dalam external hardisk Jijah , memang penuh folder-folder gambar yang kekononnya nak kasi cepat update dalam belog. Heh , tapi akhirnya terkulai layu dalam external hardisk sajork akhirnya.

Gittuew kisahnya. Kekonon nak update banyak kali sehari pun tak terdaya juga. Jijah sangat kagum dengan mereka-mereka yang mampu mengupdate belog banyak kali setiap hari. Bukan senang sebenarnya kalau tak ada modal dan isi nak bercherita. Ataupun mungkin Jijah ini dasar pemalas khennnn? Paswah sungguh dengan diri sendiri sebenarnya! Hihiks. Kadang-kadang ada sesetengah benda yang konon nak update dalam belog hanya mampu update dalam instagram sajork. Sebab itu cara yang paling mudah sekarang. Tapi macam manapun belog tehtap juga nak kasi update. Baru boleh menulis dengan segala madah berhelah dan dramatik sakan kannnn? Dalam instagram dengan touch screen bagai tu jejari tembun ni mahu melecet jari khennn? HAHAH , gitueww.

Jijah rasa macam nak kasi teaser sikit untuk cherita dalam belog akan datang boleh gituew? Mungkin buat korang lagi eksaited khennn? Kisahnya ada ke yang gigih baca belog sendu Jijah khennn? HAHAHA.


Ada Apa Dengan Amar Asyraf?


Ini mungkin cherita paling basi. Last year , bulan 11 punya event. Tapi hade aku kisah? Tehtap juga nak kasi update nanti! kihkih.


Scha Al-Yahya dan bantal Awan Dania!


Menara apa uols agak-agak?


Bang Tapaaaaa lagi! hihiks.

Hihiks , itu antara cherita basi yang nak update kelak. Jijah memang suka kasi teaser konsepnya. Kekonon nak kasi orang eksaited. Sekali bila orang dah eksaited , Jijah pulak pergi kasi belog ni bersawang khennn? Suka memunahkan harapan orang lain khenn Jijah?! Ekekekek. Lagipun bila nak menulis cherita basi ni terutamanya , memang kena ambil mood sedikit. Tak boleh nak menulis ikut suka hati dengan main tepek-tepek gambar saja. Nanti orang baca pun rasa hambar kan? Hiks.

Itu untuk Jijah lah. Kalau orang lain , Jijah tak tahu macam mana kan. Setiap orang ada cara yang tersendiri nak update belog khen? So ikut cara yang paling selesa sekali konsepnya. Gittuew.

Oh sebelum Jijah terlupa. Jijah nak bersyukur sejenak kerana belog picisan ini mendapat CPUV yang terbaru. Sebelum ini ada dapat CPUV tetapi Jijah tak berkesempatan langsung nak mengupdate belog. Agak sadis disitu. Dan oleh kerana terdapat CPUV yang terbaru ini, haruslah perasaan untuk mengupdate belog akan lebih gigih daripada biasa. HEHE , lagipun Jijah pun nak juga mencari pendapatan sampingan melalui belog khennn? Gittuew.


Thank You Safi Natural Cleanser! :')

Thank You Nuffnang! :')

Alhamdulillah dengan rezeki ini. Bukan senang sekarang nak dapat CPUV tambahan pula bila belog asyik sendu memanjang walau ada banyak saja cherita nak dikongsi khen? Memang susah juga nak menjadi gigih. Tapi akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi lebih gigih mengupdate belog di masa akan datang gituh. HEHE.

Tiba-tiba rindu dengan zaman dulu-dulu. Zaman yang hampir saban hari akan mengupdate belog. Hampir saban waktu masa digunakan untuk mengupdate belog. Tapi sekarang nak tengok netbook sendiri pun boleh tahan muak konsepnya. HEHE, bila zaman dah mula beredar dari tahun ke tahun mula lah perangai pun dah berubah secara sendirinya kan? Hehe. Terasa tua tiba-tiba baca statement sendiri. Ekekeke.

Sadisnya. HAHAH. Okay jejari tembun dah tak larat nak mengetuk kibod lagi. So , korang ada yang dapat CPUV terbaru tak? Hehe.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, May 15, 2013

Aneka Popia Roll Mini. Jom Order!

Korang suka tak mengunyah sesuatu tatkala korang melakukan sesuatu? Contohnya ketika menonton televisyen? Ataupun mungkin ketika sedang menonton video di laptop? Atau di mana-mana sahaja? Sekiranya korang suka mengunyah sesuatu tatkala korang melakukan sesuatu. Korang semua sangat digalakkan untuk mencuba produk homemade yang dilakukan sendiri oleh Umi Jijah iaitu Popia Roll Mini.

Popia Roll Mini ini mempunyai tiga jenis anekanya iaitu Popia Pedas , Popia Manis & Popia Nestum. Menarikkan? Malah ianya sangat sedap! Setakat ini Jijah telah memberi ramai rakan-rakan mencuba dan memang keseluruhannya memuji kesedapan aneka Popia Roll Mini ini. Bukan , ini bukan puji diri sendiri. Tapi mereka kata cuma saya tak ada pula membuat video bukti khennn? Gituew statement perfeeling artis sangat!

Okay mari kita tengok gambar-gambar. Supaya korang semakin terliur dengan aneka Popia Roll Mini ini. Hihiks.



Contoh pek kecil (100gm) untuk semua aneka Popia Roll Mini


thank you Ieja for the picture!

Menarikkan kesemua aneka jenis Popia Roll Mini? Hihihi memang menarik! Untuk pengetahuan korang , aneka Popia Roll Mini ini terdapat dalam tiga bentuk saiz juga mempunyaI perbezaan harga bagi setiap aneka Popia Roll Mini. Lihat gambar bawah untuk penerangan tentang perbezaan harga serta saiz untuk tidak mengelirukan korang semua.


Popia Pedas

1) Pek Kecil ( 100gm ) - RM 3

2) Balang Kecil - RM 13

3) Balang Besar - RM 18


Popia Manis 

1) Pek Kecil ( 100gm ) - RM 3

2) Balang Kecil - RM 11

3) Balang Besar - RM 15


Popia Nestum

1) Pek Kecil ( 100gm ) - RM 3.50

2) Balang Kecil - RM 15

3) Balang Besar - RM 23

p/s : Gambar bagi Popia Manis adalah contoh bagi balang kecil & balang besar :)

Kami juga menerima tempahan tidak kira untuk korang makan sendiri atau pun untuk majlis hari jadi , majlis perkahwinan dan lain-lain. Sekiranya korang berminat untuk menempah aneka Roll Mini ini , korang boleh terus menempah dengan emel saja kepada Jijah di jingliq1125@yahoo.com atau mesej di 017-6229932. Jika ada pertanyaan atau apa sahaja yang berkaitan dengan aneka Popia Roll Mini juga boleh terus bertanya melalui emel dan mesej. InsyaAllah Jijah akan cuba sedaya upaya untuk menjawab sepantas yang mungkin.

Oh ya, sekiranya korang hendak membuat tempahan dalam kadar yang banyak contohnya seperti untuk majlis hari jadi , kenduri dan etc , Jijah memohon jasa baik korang untuk menghantar order awal sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh yang korang kehendaki. Juga kami menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui pos laju tetapi dikenakan kos tambahan sebanyak RM 8. 

Rasanya boleh tahan lengkap juga segala info penting untuk urusan pembelian dan penjualan Popia Roll Mini ini. Tetapi andai kata korang hendak mengajukan sebarang pertanyaan , boleh saja terus tanya kepada Jijah menerusi emel atau mesej ye? Jangan memalu dan jangan sesegan. Hihiks.

InsyaAllah korang pasti puas hati dengan rasa aneka Popia Roll Mini ini kerana kami sentiasa membuat stok terbaru setiap kali ada tempahan yang terbaru. Juga rasanya juga dijamin sedap dan kunyah sekali pasti tak berhenti mengunyah. Kerlasttttt sangat! HAHAHA. So apa tunggu lagi? Ramai yang sudah mencuba dan ramai yang mengakui kesedapan Popia Roll Mini ini! Jom Order!


Duta Tak Berbayar Popia Roll Mini.

Pelakon Setia Hujung Nyawa , Amar Asyraf.

Kerlastttt tak?

Hihiks!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Sunday, May 12, 2013

Watermark. Terima Kasih Whitey Mommy!

Terasa sedikit rajin hari ini apabila jejari gebu ini gigih mengetuk kibod di hening Subuh begini. Sudah agak lama tidak meng-gigihkan diri mengetuk kibod apabila hujung minggu. Syukur kerana hari ini kegigihan berpihak kepada diri ini sementelah sekian lama. HEHE. Ayat kalau tak dramatik memang tidak sah bukan?

Memandangkan hari ini adalah hujung minggu , Jijah pun menulis dalam kadar santai sahaja. Malas pula nak publish entri mengenai aktiviti lagho Jijah kannnnn? Itu kena tunggu esok lusa okes? HEHE. Berbalik kepada tajuk entri ini. Kalau korang selalu membaca belog Cherita Emo-Temo yang boleh tahan sendu ini mesti korang perasan watermark untuk gambar-gambar Jijah boleh tahan bermacam-macam jenis. Tapi belum ada yang memuaskan hati Jijah kekdahnya.

Kalau korang perasan dekat entri Sebenarnya Saya Isteri Dia , Jijah ada menggunakan watermark yang paling terbaru. Watermark yang terbaru memang watermark yang paling memuaskan hati Jijah. Ringkas tetapi cantik. Memang Jijah suka watermark yang simple. Paling penting konsepnya ada bunga Tulip kegemaran Jijah dan warna kegemaran Jijah purple digunakan dalam watermark tersebut. Memang puas hati!

Memang Jijah sangat-sangat berterima kasih pada Whitey Mommy yang sudi membantu kekusutan Jijah tentang watermark ini lalu sudi membantu Jijah membuat watermark yang sangat cantik ini! HEHE. Kalau korang nak menempah watermark dan header yang cantik boleh tempah dengan Whitey Mommy okay! Memang puas hati sangat-sangat. Kerlast sangat Jijah tetibe peromot khenn. Tak ini ikhlas peromot hokkay! Ekekekek.

Okay hari tu sebenarnya agak kelam kabut letak watermark. So kalau perasan Jijah tak kecilkan dengan elok + warna sangat terang watermark tu. Janji ada watermark konsepnya hari itu. Ekekeke. So meh kita testing lagi sekali dengan kadar lagi shantek chuols!




hewhewhew.

maintain nak jugak letak gambar abe tapa khennnn?

gituh!

Sekali lagi , terima kasih banyak-banyak Whitey Mommy kerana sudi membantu Jijah yang sungguh cerewet ini. HEHE. Suka sungguh tengok watermark Jijah ini. Memang cantik! HEHE lagi best siap ada dua versi satu warna hitam kelabu dan satu lagi warna putih. Senang juga kerja Jijah yang kadangkala nak tepek watermark dekat gambar-gambar ekslusif mengikut kesesuaian warna latar belakang konsepnya. Dasar cerewet khennnn? Geletis sangat khennn!

Hihiks. So apakah aktiviti hujung minggu korang? Jijah semalam sudah seharian berjimba ria bersama keluarga tersayang. It's been a while tak berjimba ria bersama keluarga tersayang. Maka memang sangat enjoy semalam. Tersangat katanya! Hihiks.

Okay sekeping lagi gambar sebelum Jijah menitik-noktahkan entri ini.


Jijah & Whitey Mommy selepas menonton teater Lelaki Dari Gua.

hihiks.

Thank You very much uols!

muahhhhh

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Friday, May 10, 2013

Menjenguk Firash Arshad & Syafa Aqira Di Tempat Shooting Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sebenarnya sudah lama juga cherita ini diperam oleh Jijah. Bukan sengaja nak memeram lama-lama tetapi Jijah pernah bagitahu sebelum ini yang Jijah agak sibuk sebenarnya. Maka baru sekarang berkesempatan untuk mengetuk kibod kembali dan mengupdate belog. HEHE. Kali ini bukan saja-saja nak membuat tajuk sebegini. Tapi sememangnya betul Jijah telah berkesempatan melawat tempat shooting drama yang sedang hangat di TV3 setiap Jumaat jam 9 malam iaitu Sebenarnya Saya Isteri Dia. Jijah yakin ramai yang menonton drama yang telah diadaptasikan dari sebuah novel popular hasil nukilan Zura Asyfar ini. Kan?


gambar di ambil di sekitar tengah bandaraya KL yang sesak.

gegeh tak? HIHIKS.

Sebenarnya tak ada dalam perancangan pun untuk menjenguk tempat shooting orang. Tetapi kebetulan ada kawan Jijah mengajak Jijah untuk pergi ke tempat shooting tersebut, maka Jijah pun harus lah mengikut sajork. Boleh juga menambah bahan untuk di update dalam belog khen? Gittuew Jijah! Hihiks. Maka beberapa minggu yang lepas atau mungkin senang cherita bulan lepas teruslah kan senang. HEHE. Jijah bersama Kak Ayu telah berkesempatan untuk menjenguk Firash Arshad & Syafa Aqira di tempat shooting SSID. hewhew. Kalau yang tidak tahu , Firash Arshad adalah watak hero di dalam SSID yang dilakonkan oleh pelakon kacak yang sedang meningkat naik (hamboi puji pujian sungguh ayat! kahkahakah) Izzue Islam. Manakala Syafa Aqira pula watak heroin di dalam SSID yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah. 

Mungkin rezeki kami berdua , ketika kami hadir ke tempat shooting SSID , hero dan heroin ada di tempat shooting. Haruslah boleh tahan geletis Jijah ketika itu. Hihiks. Konspenya macam tak pernah jumpa Izzue dengan Tiz khen? Tapi geletis menten bertandang dalam jiwa chuols! Gittuew. HAHAH. Masa weols datang tu, diorang sedang shooting lah khen? Tak kan sedang berzapin berinang berjoget lambak bagai pulak khen? HAHAHA , okay apahal kau Jah tetibe. Okay tak mahu cherita banyak sebenarnya. Aku faham ramai yang baca entri ini sebab nak tengok gambar je. Okay dah lama redho , tabah dan paswah konsepnya. HAHAH.

Tapi minta maaflah , gambar memang tak snap banyak pun. Sekadar yang perlu saja. Tak mahu ganggu orang sedang bershooting sebenarnya. Dan tak mahu juga menggeletis bagai nak rak khen? Gituew.



Jijah & Tiz Zaqyah

Cantik sangat okes? .. dan kelam kabut!

ekekeke itu comel!

Haaaa , dengan Tiz memang agak berdezup pantas ambil gambar sebab Tiz dah selesai shoot scene dia. Lepas tu Tiz agak kelam kabut nak pergi ke tempat lain pula. Comel sangat Tiz ni siap kelam kabut lagi mencari semua barang dia. Hahaha , serius comel. Selepas itu hihiks , amboi gelak gedik dulu khen? Selepas itu pergi berborak dengan Izzue pulak katanya. Okay part ni memang best sebab Jijah , Kak Ayu dengan Izzue kecek Kelate. Oh sokmo duk tengok Izzue kecek Kelate dalam cerita Senyuman di Kuala Lumpur. Tapi kali ni kecek sesama terasa suka gituew. HAHAHAH. Entah apa-apa si Jijah ni. Heppp , suka hati kitew la khennn? HAHAHA.

Tahu korang dah tak nak baca cherita aku dah. Okay jom tengok gambar lagi. Maaf untuk kualiti gambar yang seterusnya ini. Sebab masa ni Jijah tak guna flash untuk snap. Jadi jangan kompelin ye chuols. Babap karang! HAHA.






okay masa ni Izzue Islam tengah baca skrip sambil ambil feeling katanya.

gittuew.

Rilek chuols. Itu baru sikit gambar Izzue Islam. Jijah tahu ramai yang sedang minat Izzue Islam sekarang. Jijah tahu sangat sebab Jijah pun tengah menggila minat Izzue Islam katanya. Kekdahnya Jijah semakin minat selepas berjumpa yer. Masa tengah jumpa tu perasaan minat tu biasa-biasa saja. keh keh keh. Sekali kau lepas jumpa semakin bertambah banyak minat chuols. Oh tidaaaak! Geletis sangat Jijah! HAHAHA.

Jangan geletis-geletis yer Jijah sebab Izzue Islam bakal berkahwin dengan pengurusnya Awin Nurin tak lama lagi hokkay. Okay nak lap air mata kejap. HAHAHA , okay itu gurau. Ampunnn. Okay jom sambung tengok gambar lagi chuols.





Izzue Islam sedang sign novel Sebenarnya Saya Isteri Dia Kak Ayu punya.

Ok sadis sebab Jijah tak bawak novel Jijah punya sebab masa tu belum dapat lagi novelnya.

Okay nak sadis banyak kali. Eh. HAHAHA.

Ada yang nak pengsan bangun balik tak tengok gambar Jijah itu? Ekekeke. Jijah mohon jasa baik semua , kalau nak ambil gambar tersebut sila kasi credit pada Jijah. Jangan suka-suka hati crop gambar Jijah yer. Kalau Jijah dapat tahu memang siap sedialah khennn. Gituew ugutan manja Jijah. HAHAHA. Tadi cakap macam sikit je gambar. Tapi kenapa nak siapkan satu entri penuh ni terasa macam banyak pula gambar? Ekekeke.

Okay tadi asyik tengok gambar Izzue sedang candid lah , seorang diri lah , apa lah kan?  Mana gambar weols bersama? Mana? Mana? Okay pangggggg. Ekekekek. Okay kali ni ehem sila jangan jeles okeh. Gambar Jijah bersama Izzue Islam pula okes? HEHE.


Hamboi comel betul candid Izzue dengan Kak Ayu ni!

hakhak. wajib letak gambar ni okes? ekekeke.


mula-mula posing sopan.

err lepas tu errr lepas tu.

taring DIVA PORA pun terkeluar katanya.

kikikiki. Izzue pun bukan main sporting aje khen?

ai loikeee :p




Izzue Islam sibuk belek kamera Kak Ayu konsepnya.

hihihi. oh bertabahlah tengok perut buncit Jijah tu! *tikam perut sendiri* hakhakhak.

ohhh Izzue pun sempat snap gambar Jijah guna kamera Kak Ayu. okay gambar tu muka Jijah terkejut so takmo share. HAHAHAHA. -__-'

Hiks. Puas hati tak tengok gambar-gambar ni uols? Hari tu bila ramai yang tahu Jijah jumpa Izzue Islam ramai juga yang minta Jijah cepat-cepat update. Tapi malangnya memang tak sempat langsung nak ketuk kibod masa tu. Ada saja kerja sibuknya konsepnya. HEHE , tapi sekarang dah berupdate sudah. Sebenarnya dekat Instagram Jijah , ada saja Jijah upload gambar di sana. Tapi bukan sekeping-sekeping macam ini kan. So , nikmatilah semua gambar-gambar ini hokkay. Gituew.

Ehem dan sempat juga Izzue buat video untuk Jijah dan Kak Ayu. Oh masa ni Jijah dah terguling-guling di sebelah Izzue. Okay itu over. HAHAHAHA. Maafkan Jijah. Jijah memang dramatik. Dushhh. Jom tengok. Hihiks.



Comel okes Izzue Islam? 

hewhewhew.

oh dan Izzue ada pesanan untuk semua penonton Sebenarnya Saya Isteri Dia.

cekidauttt. wahhh urban sangat tetibe! HAHAHA.



COMEL LAGI.

haishhh. HAHAHAH.

HAHA. Terasa nak pengsan bangun balik bila menulis entri ini. Memang sangat dramatik nak habiskan satu entri penuh ini tau. Bila tengok balik semua gambar. Video itu lagi. Hailah. Mahu tak pengsan kan? Mujur tak minta oksigen sebab tak cukup oksigen khen? HAHAH , itu melampau kuasa lapan nampak? Ekekeke.

Harap semua enjoy membaca entri ini. Kalau nampak Jijah terover dramatik , maafkan Jijah. Jangan salah angap pula khennn? Biasalah Jijah , memang selalu over-eksaited konsepnya. Hiks. Oh sebelum mengakhiri entri ini , nak ucap terima kasih untuk Kak Ayu kerana sudi mengheret Diva Pora ke tempat shooting SSID. Kalau tidak , tak dapat nak beramah mesra dan kecek Kelate berjemaah dengan Izzue Islam khen? HAHAH. Juga untuk kawan Kak Ayu , abang Pejoy yang melayan weols dengan tabah gituew. Tabah lah sangat tetibe kan! HAHAHA. 

Oh sekali lagi sebelum terlupa , jangan lupa untuk menonton Sebenarnya Saya Isteri Dia setiap hari Jumaat jam 9 malam. So far sudah episode 4 memang setiap minggu terasa nak cecubit pipi Firash Arshad dengan Syafa Aqira sebab theyols berlakon comel sangat. Ekekeke. Memang dah seronok mengikuti drama ini. Jadi korang jangan lupa okay?

So korang suka tak dengan entri ini? Hihiks. Oh sebelum berpisah (majalah 3 sangat ayat khennn?! HAHAH!) meh tengok sekeping lagi gambar. ngeh ngeh ngeh.


gebu tak pipi weols? 

HAHAHA. 

okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, May 8, 2013

Finally V.2.0

Tajuk memang suka bikin gempak. Tak gempak hidup ini kalau tak dramatik konsepnya. Tapi kalau selalu dramatik memang ada saja tangan gebu ini terasa nak menghayun dekat pipi gebu sendiri khennn? Gituew.

Agak lama diri menyepi tidak mengetuk kibod. Agak malas sejak kebelakangan ini untuk mengupdate belog sendiri. Janji terus dicapati yer Jijah? Biasalah , bila angin malas datang, memang satu kerja pun tak jalan. Hampeh sungguh Jijah! HEHE. 

Rasanya minggu ini minggu yang paling tegang di semua sosial media. Jijah sendiri agak tertekan tengok newsfeed Facebook dan juga timeline Twitter. Sama tegang dan sama hebat masing-masing. Tapi tak apa. Jijah memang tak suka masuk campur dan memberi pendapat yang entah orang pandang entah tidak dek orang yang lain yang lebih banyak ilmu pengetahuan kan? So Jijah rasa Jijah lebih suka mengambil pendekatan membaca sahaja. Seronok juga melihat masing-masing menunjukkan kebijksanaan masing-masing. Tak kurang juga yang nak menonjolkan kebodohan mereka. Aduslah. Boleh tahan tertekan juga tengok timeline Twitter dan newsfeed Facebook. Dah , memang Jijah tak suka menulis mengenai politik konsepnya. Hehe.

So apa lagi yang menarik untuk ditulis lagi? Macam tetibe blank pula. Kan? Suka macam begitu. Tengah syok menulis tetibe termenung tengok benda alah lain kejap. Dan kemudian boleh pula otak blank secara mengejut. Tak sihat sungguh otak saya ni khennnn? Gituew. Heh. Sebenarnya Jijah boleh tahan sibuk juga sejak kebelakangan ini. InsyaAllah dalam next update Jijah akan bagitahu kenapa Jijah sibuk hokkay? Tapi kalau korang ikuti Instagram Jijah tahu kot kenapa Jijah agak busy? HEHE. Nantikan next update okes? Ngehehe.

Okay sebelum entri ini berakhir. Sekeping gambar. Kalau tak ada gambar tak syok pulak entri Jijah ni khen? Tapi gambar di bawah tak ada maksud apa-apa. Sekadar nak menayang gambar sekitar pilihan raya sajork. Hihiks. Tapi sekeping sajork lah khen? 


KLCC dekat belakang tu yang penting sebenarnya.

hihiks.

Terima kasih sudi baca entri ini :)