Home

Thursday, May 16, 2013

Cherita Basi & Rezeki Bulan Mei !

Sekarang Jijah sedang berusaha untuk mengupdate semua cherita-cherita basi sebagai tatapan di masa akan datang. Meski tak ada kot yang nak baca cherita tersebut sebab dah terlalu basi , tapi tak mengapalah , Jijah tetap akan meneruskan niat untuk mengupdate cherita tersebut khennn. Kalau tengok dalam external hardisk Jijah , memang penuh folder-folder gambar yang kekononnya nak kasi cepat update dalam belog. Heh , tapi akhirnya terkulai layu dalam external hardisk sajork akhirnya.

Gittuew kisahnya. Kekonon nak update banyak kali sehari pun tak terdaya juga. Jijah sangat kagum dengan mereka-mereka yang mampu mengupdate belog banyak kali setiap hari. Bukan senang sebenarnya kalau tak ada modal dan isi nak bercherita. Ataupun mungkin Jijah ini dasar pemalas khennnn? Paswah sungguh dengan diri sendiri sebenarnya! Hihiks. Kadang-kadang ada sesetengah benda yang konon nak update dalam belog hanya mampu update dalam instagram sajork. Sebab itu cara yang paling mudah sekarang. Tapi macam manapun belog tehtap juga nak kasi update. Baru boleh menulis dengan segala madah berhelah dan dramatik sakan kannnn? Dalam instagram dengan touch screen bagai tu jejari tembun ni mahu melecet jari khennn? HAHAH , gitueww.

Jijah rasa macam nak kasi teaser sikit untuk cherita dalam belog akan datang boleh gituew? Mungkin buat korang lagi eksaited khennn? Kisahnya ada ke yang gigih baca belog sendu Jijah khennn? HAHAHA.


Ada Apa Dengan Amar Asyraf?


Ini mungkin cherita paling basi. Last year , bulan 11 punya event. Tapi hade aku kisah? Tehtap juga nak kasi update nanti! kihkih.


Scha Al-Yahya dan bantal Awan Dania!


Menara apa uols agak-agak?


Bang Tapaaaaa lagi! hihiks.

Hihiks , itu antara cherita basi yang nak update kelak. Jijah memang suka kasi teaser konsepnya. Kekonon nak kasi orang eksaited. Sekali bila orang dah eksaited , Jijah pulak pergi kasi belog ni bersawang khennn? Suka memunahkan harapan orang lain khenn Jijah?! Ekekekek. Lagipun bila nak menulis cherita basi ni terutamanya , memang kena ambil mood sedikit. Tak boleh nak menulis ikut suka hati dengan main tepek-tepek gambar saja. Nanti orang baca pun rasa hambar kan? Hiks.

Itu untuk Jijah lah. Kalau orang lain , Jijah tak tahu macam mana kan. Setiap orang ada cara yang tersendiri nak update belog khen? So ikut cara yang paling selesa sekali konsepnya. Gittuew.

Oh sebelum Jijah terlupa. Jijah nak bersyukur sejenak kerana belog picisan ini mendapat CPUV yang terbaru. Sebelum ini ada dapat CPUV tetapi Jijah tak berkesempatan langsung nak mengupdate belog. Agak sadis disitu. Dan oleh kerana terdapat CPUV yang terbaru ini, haruslah perasaan untuk mengupdate belog akan lebih gigih daripada biasa. HEHE , lagipun Jijah pun nak juga mencari pendapatan sampingan melalui belog khennn? Gittuew.


Thank You Safi Natural Cleanser! :')

Thank You Nuffnang! :')

Alhamdulillah dengan rezeki ini. Bukan senang sekarang nak dapat CPUV tambahan pula bila belog asyik sendu memanjang walau ada banyak saja cherita nak dikongsi khen? Memang susah juga nak menjadi gigih. Tapi akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi lebih gigih mengupdate belog di masa akan datang gituh. HEHE.

Tiba-tiba rindu dengan zaman dulu-dulu. Zaman yang hampir saban hari akan mengupdate belog. Hampir saban waktu masa digunakan untuk mengupdate belog. Tapi sekarang nak tengok netbook sendiri pun boleh tahan muak konsepnya. HEHE, bila zaman dah mula beredar dari tahun ke tahun mula lah perangai pun dah berubah secara sendirinya kan? Hehe. Terasa tua tiba-tiba baca statement sendiri. Ekekeke.

Sadisnya. HAHAH. Okay jejari tembun dah tak larat nak mengetuk kibod lagi. So , korang ada yang dapat CPUV terbaru tak? Hehe.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

2 comments:

Qhaifa Nur said...

akak suka baca n3 jijah...
rezeki tuh jijah...alhamdulilah...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

semua org dah hilang mood nk berblog kot....if dulu tgk blog update 1 hr x sempat nk bc now seminggu blh bc semua....gituewwww