Home

Tuesday, May 28, 2013

Gambar-Gambar Di Sekitar Preview LARI & Jangan Lupa Menonton LARI 6 Jun 2013 Lakonan Aaron Aziz , Dira Abu Zahar , Erin Malek & Ramai Lagi.

Masih ingat pada teaser Jijah di SINI ? Kali ini Jijah mahu berkongsi dengan korang semua gambar-gambar yang sempat Jijah snap khas untuk tatapan pembaca belog Cherita Emo-Temo. Kesempatan yang telah diberikan oleh pihak Excellent Picture kerana menjemput Jijah tempoh hari digunakan sebaiknya untuk mengambil gambar para pelakon yang turut hadir pada Preview LARI tersebut.



Preview LARI telah diadakan di TGV Sunway Pyramid pada 16 Mei yang lepas. LARI merupakan filem arahan Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Aaron Aziz , Dira Abu Zahar , Erin Malek , Hazama Erry Putra dan ramai lagi pelakon lain. LARI merupakan sebuah filem aksi yang disampaikan dalam medium digital sepenuhnya. Pastinya itu merupakan satu pengalaman terbaik untuk penonton bersama-sama merasai kesan aksi lasak dan sistem bunyi yang terbaik.

Memang tidak dinafikan sewaktu Jijah menonton LARI tempoh hari , seolah-olah terkesan dengan aksi lasak yang memang memukau pandangan mata ini. Memang terdapat banyak aksi lasak yang terdapat filem ini dan Jijah memang terpukau juga melihat aksi-aksi tersebut. Tidak seperti kebiasaan aksi-aksi lasak yang dipamerkan. Apa yang Jijah paling suka dalam filem LARI ini selain daripada aksi fighting yang nampak kemas dan cantik ialah pemandangan yang dipaparkan di dalam filem ini. Memang terpukau mata memandang. Meskipun ini merupakan filem aksi dan mempunyai banyak aksi lasak tetapi pemandangan yang dipaparkan memang memukau mata dan jiwa. Gituh khennnn? Hihihi.

Okay sekarang tak perlu nak tulis panjang-panjang lagi. Kita baca sinopsis dulu jom?


Lari mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar.

Maya pula dikahwinkan dengan KJ lakonan Ery Putra. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.

Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang kebetulan berdepan krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.

Apakah nasib Khalif selepas itu dan berjayakah dia mendapatkan semula adiknya daripada terus menjadi mangsa? Maya pula mencari jalan untuk kembali menyintai Khalif. Apakah kesudahannya?

Jika tanya pada Jijah tentang filem LARI ini , Jijah mungkin mengatakan ini antara salah satu filem terbaik yang pernah Ahmad Idham hasilkan. Ini bukan statement bias sebab ada Aaron Aziz. Cuma terasa sedikit kelainan dalam filem ini. Dari segi lakonan , aksi fighting yang kemas dan cantik serta pemandangan yang memukau mata serta kesan aksi lasak yang begitu dekat dengan penonton. Ini memang statement jujur daripada Jijah sebagai seorang penonton. 

Hihiks. Itu review dari orang yang tak ada lah reti mana pun pasal filem. Tapi sebagai penonton Jijah rasa filem LARI not bad juga sebenarnya. Bagi sesiapa yang meminati filem yang penuh dengan lagak aksi memang sangat disarankan untuk menonton filem LARI ini. Gituh khennn. Rasanya rata-rata yang dah menonton LARI ini mungkin ada yang sependapat dengan Jijah dan mungkin juga tidak. Terpulang kepada masing-masing tetapi untuk Jijah LARI ini boleh ditonton sekali lagi bukan kerana sebuah filem aksi semata-mata tapi turut ditonjolkan sisi kasih sayang dan juga sedikit jenaka untuk mewarnai filem ini. Kalau korang nak tahu kebenarannya , serbu panggung wayang 6 Jun nanti okay? HEHE.

Okay kita berhenti menulis sekejap. Mari tengok gambar-gambar di sekitar Preview LARI tempoh hari yang memang sangat banyak dan memang jenuh juga Jijah nak memilih gambar-gambar ini kerana terlampau banyak. HEHE. 





Aaronators yang terpilih untuk menonton LARI di Preview LARI tempoh hari.


Aaronators bersama Erin Malek , Hazama & Dira Abu Zara.

Eh abe Tapa mana?

kikikiki.


Ahmad Idham & Jijah







Aaronators lagi bersama "Aaron Aziz"! :p

HewHewHew. Bila Jijah sudah pegang kamera memang banyak sangat gambar yang Jijah snap. Tapi tak kan semua gambar nak letak kan? Nanti orang kata berat sangat belog Jijah ni khennn? :p HEHE. Jadi Jijah pilih saja secara random gitu. Sharing is Caring konsepnya katanya kannnn. Gituh.

Okay entri ini akan dipenuhi lagi dengan gambar-gambar sepanjang preview itu berlangsung. Termasuk gambar-gambar Aaron Aziz bersama Aaronators. Jijah khennn memang selalu tolong snapkan gambar theyols konsepnya. Kasi lah sekali theyols tumpang glamer dalam belog Diva khennn? Gittuew statement kekwat khennn? HAHAHA. Choiiii.

Jom tengok gambar lagi.








Okay , gambar-gambar dekat atas empat keping ni ada cherita sebenarnya. Biasalah Jijah kalau jumpa abe Tapa dia konpemmm ada kisah dramatik khen? Jijah tahu semua mesti sibuk duk tengok gambar tapi ada aku kisah nak cherita jugak? HAHAH. Tengah sibuk-sibuk snap gambar tiba-tiba macam terdengar orang panggil , 

"Ijah! Ijah! Ijah!" 

Dalam kepala sibuk fikir sambil snap gambar tu , 

"aikkkk wartawan mana pulak panggil aku ni? ke aku silap dengar?"

HAHAHA sempat lagi tu. Iyelah , sebab sebelah menyebelah Jijah cuma ada photographer dengan wartawan saja. Siapa pulak yang kenal aku ni? Lepas tu takut terhalang mana-mana photographer ke apa tapi aikk bukan ada tag nama aku pun. Tapi lepas tu..

"Ijah! Ijah! Ada tisu tak?!"

Aikkkkk. Aku ingat wartawan yang panggil aku. Aaron Aziz yang panggil aiols? Aaron Aziz? Aaron Aziz? *pangggggggg* HAHAHA. Cehhhh. Ada orang tu berpeluh kepanasan lantas habis seluruh wajah berpeluh kekdahnya. Nampak dik Jijah heols terus mintak tisu khennn? Gegeh lah mencari tisu dalam beg khen? Mujur dalam beg Jijah macam doraemon khen? Minta apa saja , untung nasib mesti ada. hakhakhak. Kau ingat beg kau speedmart bergerak?! HAHAHA.

Okay berhenti bercerita dramatik. Banyak lagi gambar nak kasi tepek hoii. HAHAHAH -__-'









Syafiq , Kak Lina , Aaron Aziz & Kinah.

CM's Aaronators with Aaron Aziz!

apa comel sangat muka tu bang tapa? erkkkkk. HAHAHA.







Okay banyak khennnn gambar? Suka tak? Suka tak? Suka tak? Tak suka, macam aku kisah sangat khen. Ekekeke. Memang gambar banyak-banyak ni dah nak dedikasikan untuk pembaca belog Cherita Emo-Temo kekdahnya. Punya gegeh Jijah katanya menyelit sana sini nak kasi gambar shantek-shantek walaupun ada jugak yang kureng shantek. Redho jelah! HAHA.

Ok lagi gambar joms? Hihihi.


Jijah yang tudung senget bersama dengan Aaron Aziz.

Tudung senget tu comel okes? HAHAHA -__-'


Kak D ( Diyana Halik ) dengan Jijah.


Jijah & Hazama.

Kelakar habis Hazama dalam LARI!


Jijah & Dahlia ehhh silap Dira Abu Zahar! hahah.



atotototo mulut muncung ituew! HAHAHAH


Arja Lee & Jijah.

Heols datang support Misiku Kuza nya iaitu Erin Malek :p


Erin Malek & Jijah.



Sebelum Aaron Aziz & semua Aaronators pulang , bergambar secara click click click dulu okeh!

Thanks for your lovely time Aaron Aziz!



Yataaaaaaa. Siap juga tepek menepek berpuluh keping gambar yang beratus lemon itu. Phew. Memang banyak sangat sampai juling kejap mata nak memilih yang mana yang patut di tepek dalam belog ini. Harap korang semua berpuas hati dan dapat mencuci mata dengan jayanya ya. HAHAHA , ayat macam haramz sangat khen? Hihihihi. Biasa lettuew! Kikiki.

Kalau tanya pada Jijah berapa bintang Jijah mahu kasi untuk LARI ini? Mungkin jawapan Jijah ialah 4 Bintang daripada 5 Bintang. Gituh. Oh sebelum terlupa , LARI atau The Run turut mencipta sejarah yang tersendiri apabila dipilij untuk tayangan perdana di pasaran filem (Marche Du Film) iaitu festival filem paling prestij iaitu Festival De Cannes, Perancis yang ke 66. Wow! Memang mencipta sejarah yang tersendiri! Tahniah untuk seluruh produksi dan pelakon LARI!

Dan agak-agak Jijah ada nak tepek sekeping gambar lagi tak? Agak-agak gambar apa ya? Hmmm..



HAHAHAHAHA.

Aksi ini dipaksa tapi Aaron Aziz maintain sporting bab-bab begini ya!

kikikiki.

Aaron Aziz & Popia Roll Mini Jijah.

Duta Popia Roll Mini Jijah!

Yeayyy!

Mampoooo sekali lagi sesuka hati jadikan retis duta produk chuols? Mampooo?

Matilerrrr! HAHAHA.

Aishhh... posing popia pun comel acaner? HAHAHA -__-'

Baiklah. Entri ini sudah panjang berjela-jela nampaknya. Pasti korang semua berpinar mata melihat berpuluh-puluh keping gambar ini. Jijah tadi pun terpaksa rehat kejap mata sebab berpinar-pinar sudah mataku ini. Gittuew. Apa-apa pun 6 Jun 2013 nanti jangan lupa untuk menonton LARI di pawagam berhampiran anda semua okeh? Jangan lupa okeh?! :D

Terima kasih sudi baca entri ini :)

3 comments:

sitiezahim said...

hahahah patutlah ada gamba aaron pegang tisu. upanya dr jijah..hihihi comel la

Anonymous said...

perfect pic...haha. i loikee;-)
ke
ep it up

Asyik Izas said...

saya pun pergi juga tp xsebanyak gmbr2 awak..hehe

*http://asyikmaiburogu.blogspot.com/2013/05/malam-gala-dan-premier-screen-filem.html