Home

Monday, May 27, 2013

Kenapa Mesti Ada Hud Dalam Kisah Cinta Kalil & Lea Soraya? Kenapa? Kenapa? Mesti Kenapa? *panggggggg*

Memang sekarang musim stesen televisyen siarkan drama-drama yang menarik untuk di tonton. Antara mahu tengok atau tak mahu tengok saja konsepnya. Memang kadang-kadang tak sempat pun nak tengok dekat televisyen. Terkejar-kejar nak menonton dari satu cerita ke cerita lain kekdahnya. Lain lah kalau chuols ada Astro PVR , rakam saja bila perlu khen? Tapi mujur sekarang banyak saja tempat untuk menonton online ataupun kalau siarannya di TV3/TV9 terus saja tengok di TONTON konsepnya. Itu mujurlah kan?

Gituew mukadimahnya kannnn? HAHAH. Sekarang Jijah memang tengah mengikuti drama rantaian di TV9 iaitu Cinta Jangan Pergi lakonan hero-heroin yang menjadi pojaan Jijah katanya iaitu Remy Ishak dan Tiz Zakyah. Memang lakonan mereka berdua sangat natural sampai boleh terasa kemanisan dan kesyahduan masing-masing dalam setiap episode. Pendek kata , memang lakonan Remy Ishak sebagai Kalil dan Tiz Zakyah sebagai Lea Soraya memang sangat-sangat boleh kau rasa seolah-olah kau yang masuk dalam tv tengah teriyak bagai nak rak sebab Kalil kau hilang. Tapi kalau kau nak feeling jadi Remy Ishak suara garau-garau pun no hal. Tak ada masalah. HAHAHA. HAAAAA , gitu kasi bayang lagi. Gegeh khennnn?

Cinta Jangan Pergi ni kadang-kadang mengembalikan nostalgia Nur Kasih tapi cerita ni memang totally different lah dari segi jalan cerita , plot dan lain-lain sebelum ada yang tiba-tiba charutz mek cakap nak sama kan Nur Kasih dengan Cinta Jangan Pergi. Ada yang kena charutz balik kang. Erk! HAHAH. Cinta Jangan Pergi disiarkan setiap Sabtu & Ahad jam 8.30 malam selama sejam. Sebab tu kadang-kadang terlepas nak menonton. Maklumlah , hujung minggu kadang-kadang sibuk berjimba ria. Kadangkala sibuk bergolek-golek atas katil lebih awal daripada biasa , maklumlah forever alone. Jadi terlupa lah , tertidur lah , terrrr macam-macam kan? Mujur ada TONTON , jadi boleh juga menonton tatkala terlupa kan? HEHE.

Gituew. Jom tengok gambar dalam Cinta Jangan Pergi jom? Gegeh printscreen chuols. Tak tahu kenapa diri ini semakin hari semakin lagho eh gegeh!





HALAAAAAA.. tengok gambar ini saja pun dah terasa nak cecakar netbook okes? HAHAHA. Gelenyar sungguh Jijah ni khennn? Ekekeke. Tak , memang kalau siapa-siapa yang nak menonton cerita yang berkecamuk emosi berguling-guling sangat digalakkan juga untuk menonton cerita ini. Tapi Dahlia masih lagi Juara untuk kasi kau berguling-guling sampai terkoyak perasaan. HAHA , tetibe Dahlia kan? Ekekeke. Gittuew.

Eh tapi cuba baca tajuk balik. Siapa pula Hud? Hihihi. Sebenarnya meh Jijah kasi sedikit sinopsis sendiri mengikut pemahaman Jijah yang dah menonton 15 episode ini konsepnya. Peminat tegar drama melayu sangat khen Jijah? HAHAH , ada aku kessaaaahh? 

Kisah tentang percintaan Kalil dan Lea Soraya yang bertemu buat pertama kali di Eropah dan bercinta walaupun sebelum ini tidak pernah kenal antara satu sama lain. Kemudian Lea Soraya pulang ke Malaysia dan Kalil masih lagi di UK dan dan dan seterusnya bila Kalil pulang ke Malaysia ada satu kecelakaan telah terjadi kepada Kalil sehingga dia terus hilang tanpa berita. Kemudian muncul Hud yang mempunyai perangai saling tidak ubah seperti Kalil sehingga Lea Soraya terasa dejavu. Okay itu ayat dramatik sendiri. WAKAKAKAKA. menciknya jadi dramatik ni! hahaha. Dan seterusnya Kalil muncul tatkala Lea Soraya sudah pun bertunang dengan Hud and that's why Jijah mencik Hud! HAHAHA , oh my teruk sungguh Jijah punya ke-dramatik-an khennn? HAHA , harusss! So apa lagi yang patut Jijah tulis? Itu Jijah dah kasi bunga-bunga cerita tentang drama ni. Lepas tu , tonton sendiri hokkay! HAHAH.

Hud dilakonkan oleh Josiah Hogan. Lakonan dia not bad juga. Tapi macam mana baik dan manis pun lakonan Hud tetap Jijah #teamKalil! HAHAHA. Bias sangat! Ekekeke. Biasa lettuew khennn? HAHAH. So sekarang memang gigih follow cerita ni. Cerita ni ada naik dan turun dia tahap keseronokkan , kemenarikkan dan kesawanannya konsepnya. Hah! Kadang-kadang kau akan tersenyum bahagia bagai nak rak. Tapi ada yang tiba-tiba kau turut mengekori emosi Lea Soraya yang berkecamuk. Itu yang stressnya! HAHA , tengok cerita pun stress okeh? Gittuew. Ekekeke.

Bagi Jijah Cinta Jangan Pergi ni menarik juga untuk ditonton. Mungkin juga Jijah meminati Remy Ishak maka gigih juga untuk menonton. Dan Jijah suka scenery dalam cerita ni masa dekat Eropah. Sangat cantik! Hopefully ending cerita ini tidak menikam-nikam kalbu lah yer. Tak sanggup Jijah nak menghadapi! HAHAHAHA , ayat dramatik kuasa lapan! Ekekeke.

Ohhhh ada tak yang tengok juga cerita ni? HEHE.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

8 comments:

Anonymous said...

lebiu jijah heheheheh

Don't Afraid to Try said...

sy pun pilih remy dr hud...xkisahlah hud tu baik mcm mane pun...i still choose remy...biassss kan?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

X pernah tgk citer ni
So x leh comment
Lama dh x tgk citer melayu ni Kecuali drama SSID

Lea-Kalil ftw said...

Nak tumpang tanya, Kalil akan muncul semula dalam episod mana? Boringlah tengok Lea dengan Hud ni. Saya baru tengok sampai episod 7. Kalau boleh, bagitau lah episod berapa, nak skip lah Lea-Hud pny relationship.

Ijah EmoTemo said...

Cik Anon - Lebiu too! Hahahahah , siapa ni? :p

Ijah EmoTemo said...

Don't Afraid to Try - Hahahah sep sikit! Ekekekeke

Ijah EmoTemo said...

Kak Ayu - Hahahaha, ijah pun lmbt dh follow citer ni. Tp oklah citer ni sbb ada abam wemyyy kikikiki.

Ijah EmoTemo said...

LeaKalilFTW - Lol, cute nama yu! :p
Ngee remy kembali muncul masa epi 9 :)