Home

Thursday, March 31, 2011

Luahan Hati Kak Jah Kiyut Miyut Togeh Da Vass. Kau Hado?

SPM. Lagi 7 bulan. Lagi 229 atau 228 hari. Kalau tak silap aku.
Sungguh aku cuak. Sungguh aku tertekan.
Setengah orang kata : SPM penentu segala nya. Tapi ada juga orang kata : Tak Semesti nya kau GAGAL SPM , kau akan tertutup terus semua peluang.
Bagi aku , aku nak berjaya dalam SPM. Semua orang pun sama.
Cuma kadang-kadang bila tengah tertekan macam sekarang ini.
Macam-macam rasa dengan fikir belit-belit.

Aku rasa macam-macam.
Aku rasa tertekan bila aku tak dapat nak mencerna dengan apa yang aku baca.
Aku rasa give up bila berulang kali buat latihan matematik tapi tetap tak pandai-pandai nak selesaikan soalan jenis macam-macam tuh.
Aku rasa cuak sebab bila fikir SPM betul , dapat ke aku buat elok-elok?
Dapat ke jawab cun se cun nya?
Dapat ke dapat ke? *lempang*
Ok , tak payah fikir.

Tertekan oh Tertekan?!!

Oh ya aku ni budak kelas sastera. Tak ambil fizik , bio , kimia dan lepas tu mesti orang akan cakap : lu apahal nak stress tahap dewa? wa ni kena hafal seala jenis tulang sum sum , otak rangka pun tak kecoh macam lu -.-‘
Ada tak kau rasa macam nak flying kick laju-laju orang macam tu? Ada tak ada tak? Ada kan?
Mana lah aku tak tertekan.
Itu belum lagi tertekan dengan kata-kata hanjing kucing arnab itik yang suka memerli tak tentu hala bila kita tak dapat nak buat elok macam theyols. Apa kau teringin nak makan sup wedges aku ke? Ceh ceh.
Okay tak payah fikir pasal orang lain.



Tapi dalam masa sama.
Bersyukur jugak sebab ayah ai begitu rajin kumpulkan SKOR yg gambar di atas ituew untuk ai.
Terharu sendu-sendu tau.


Okeh ,sekarang ni aku fikir pasal aku.
Aku agak cuak sebab nak hafal nota-nota. Nak buat latihan-latihan. Tak nak lah study hard rock café sangat.
Bak kata kakak-kakak hangkut ai : Study Smart Tag ,jangan Study Hard Rock. Gituew?!!
Tapi aku terasa macam masa terlalu pantas pintas cepat berjalan sampai aku terasa macam eh eh macam baru semalam cuti hari Sabtu , eh ni dah nak hari Sabtu balik?
Amma , Appa , Ayyark!




sempat ke meks nak selesaikan semua ini? sempat ke sempat ke? *meraung*

Ehem.
Sebenar nya ini sekadar luahan rasa untuk aku yang tak tahu nak luah dekat siapa.
Layan kan aje lah aku punya tulisan ni iye. -.-'

Entahlah , kadang-kadang bila takut membayangi diri akan ada dua benda yang akan terjadi : MOTIVATED TO OUR SELF or FAILED.
Itu sahaja yang akan terjadi.
Aku pun semakin tertekan bila kita berkejar nak catch up mana-mana yang tertinggal tiba-tiba migraine tak berhenti , kita sakit perut melampaui batas , sakit tekak sampai batuk-batuk.
Seksa tu. Memang cabaran yang tinggi benar sangat tuh.

Tapi tak guna merungut kan?
Bukan merungut.
Cuma nak luah tentang keadaan diri sendiri yang orang tak faham.
Memang ramai yang tak faham.
Uhuh.
Tapi itu lah , kalau ikutkan segala macam halangan , cabaran dengan dugaan tu , aku memang dah give up.
Bukan give me mambo no 5 lagi dah.

Namun sebab aku ingat yang aku masih ada "cita-cita" maka dengan secara tiba-tiba dan automatik nya jugak semangat aku menjunam naik tinggi macam bendera Malaysia yang naik di tiang macam bila kita nyanyikan lagu Negara ku.
Heh , gituew tau.

Aku dah tak mahu ulangi kesilapan yang sama.
Kesilapan yang menyakitkan.
Tak mahu. Tak mahu lagi dah.
Okay.
Stop writing.
Do something.
Gituew.

Moga Tuhan permudahkan segala nya dan melapangkang dada aku untuk mudah aku menerima ilmu.
Korang pun jangan lupa doakan yang terbaik untuk ai ye. Eheh.
Okeh lah.

Sampai di sini sahaja luahan hati ;
Kak Jah Kiyut Miyut Togeh Da Vass.
Muahh
Daaaaaaa


see meja ai. berserabut mengalahkan ada projek hape aje sepah nya.
siap ada pringles lagi atas meja.
kau hado?
*nangis*





2 comments:

miloaiskurangmanis said...

relaks lah mek
jangan tensen sangat

tensen + panik ni tak elok ye
hang kena - tenang
ikut jadual yang ada

ok tak mek????

Ijah EmoTemo said...

kaka milo : ai tgh try utk tak panic dgn campur rilek segala. fuhh , tak sangka stress tahap berganda-ganda -.-'

ai try utk tenang.
tp bila tak boleh nk buat ai mula la nk feeling give up *nangis*

thx ye kaka milo for ur advices :)