Home

Tuesday, December 20, 2011

Cherita Basi :: HalFest 2011 di PWTC

Sebelum aku menduduki SPM baru-baru ini , aku sempat juga meluangkann masa untuk mengunjungi Halfest 2011 yang telah diadakan di PWTC. Memang hampir saban tahun aku mengunjungi Halfest kerana ketika ini lah korang boleh mendapatkan makanan dan produk halal yang di jamin selamat. Eh. Kali ini aku telah pergi bersama kawan aku yang merangkap mak supir aku lah kan , Kak Fieza. Ekekeke. 

Aku pun sudah lupa bila tarikh aku pergi walhal boleh aje check dekat date gambar tu tapi sebab dasar pemalas , memang aku malas nak check. Heh. Sebenarnya sangat seronok pergi Halfest 2011 ni. Pertama bukan kerana Aaron Aziz ada pada hari tersebut. HAHA , tapi sebab banyak sangat makanan yang korang boleh makan secara percuma tapi dalam kadar yang sedikit. Err tapi kalau kau licik boleh je kau ulang pusing kawasan tu sampai kau rasa perut kau lega dan kenyang. Hamboi , kemain taktik ye? Keh keh keh.

Sebenarnya kan aku dah lupa banyak benda nak cherita hape untuk entry Halfest 2011 ni. Aku macam lagi excited nak tayang gambar dekat korang je. Walaupun agak basi entry ini sebab dah hampir dua bulan atau lebih sudah berlalu tapi sebab aku sayang korang aku tayang jugak tau gambar-gambar ni tau. Ngeh ngeh ngeh. Masa aku mula-mula sampai aku terus pergi merayau-rayau dengan Kak Fieza merasa makanan itu dan ini. Heh heh heh. Lepas tu terus ke destinasi yang memang ingin di tuju :p




tengah jalan-jalan terjumpa pulak kawan aku , CitCit uolsz.
rupa-rupanya dia pun ada produk okes?
curlastt uols!! :D

Kitaorang dapat tahu yang Aaron Aziz bakal memasak. Mesti lah hati aku teruja dengan terkinja-kinja nak tengok retis kesayangan tu memasak. Sebab aku tahu ramai peminat Aaron Aziz yang bakal memenuhi tempat itu dengan pantas aku dengan Kak Fieza booked tempat duduk takut penuh. Jujur aku cakap , mula-mula kawasan kejadian sangat lengang. Bahagian depan aku boleh guling-guling sebab aku duduk kerusi paling depan :/ Fineee , semangat gila. Hahahaha. Target nak snap picture banyak-banyak jew. :p


Jaafar Onn dan Chef Zam.


Oh lupa Aaron Aziz memasak bersama Chef Zam. Tapi Jaafar Onn pun hado uols. Jadi pengacara untuk majlis hari tersebut. Sambil menunggu Aaron Aziz , ada persembahan dari Shila Amzah dan juga Sixth Sense yang nak promosi product nya. Masa tengok persembahan Shila Amzah memang best sebab aku memang suka lagu Patah Seribu dia. hew hew hew :p Wajib lah feeling nak mendayu sayu tu khen? Tapi mek control okes? Wajib! Hahahaha. Tapi sedihhh sebab Sixth Sense tak menyanyi sebab aku memang minat Sixth Sense err ke minat Adi vokalist tu je? Muahaha. Okay okay , jom layan gambar! :p





Sebenarnya masa nak menanti Aaron Aziz sampai , memang perut aku ter-sangat-lah kenyang dengan macam-macam benda. Iyelah kan , nama pun HalFest yang menjual macam-macam produk makanan yang halal. So sambil nak tunggu tu ada juga demo la hape la memasak bagai then dapat jugak merasa. Phew sendat perut aku tau? Hakhakhak. Lepas tu dapat persembahan percuma , siapa tak sukaaaa weii? Keh keh keh.

Setelah menunggu dengan penuh sabar , akhirnya Aaron Aziz and wife , Diyana Halik pun muncul. Memang riuh kejap PWTC , err maksud aku kawasan kejadian itu. Iye lah kan? Semua hala-hala histeria tengok Aaron Aziz. Aiyoyoyo , aku pulak terasa nak pitamz bukan sebab tengok Aaron Aziz tapi dengar keriuhan orang ituew. Gedik sangat statement. Hakhakhak. Semua tak sabar nak tengok Aaron Aziz memasak. Hamboii. Okayyy layan gambar lagi. Sebenarnya otak tak dapat nak recall balik segala kejadian dramatik. Oh of course aku sentiasa dramatik bila dengan Aaron Aziz khen? Ahaks :p




err tak tahu kenapa , tapi aku rasa gambar ni sangat kachak :/


Aku terpaksa mencantum gambar demi gambar. Salah satu sebab ; aku malas nak edit watermark banyak-banyak. Angin malas untuk edit gambar datang tapi angin rajin nak update belog pun datang. So , layankan aje labu. Ahaks :p Aku masih ingat Aaron Aziz masak Kari Ikan dan aku tak sempat nak rasa. Sob Sob Sob. Macam mana nak rasa kalau asyik menggeletis ke hulu ke hilir pergi ke sana ke mari. Ngeh ngeh ngeh :p

Sebab aku tengok keadaan agak sesak di bahagian depan aku , heh , aku pun pergi merayau dekat wife Aaron Aziz , Kak D. Ngeh ngeh , sebenarnya ada hal sikit nak beritahu dekat wife Aaron Aziz masa tu. That's why sanggup ku rempuhi lautan manusia. Serius sangat ramai manusia masa tu. Huish , memang sangat ramai. Aku rasa memang lah masa tu boleh sesak nafas okes? Heh.



wajib ye bergambar bersama. ekekeke. 

Erhiks. Mula-mula aku pergi dekat Kak D , memang tak ada orang pun. Sempat lah kan berborak , dah sah-sah aku hantu borak. Muehehehe. Tapi lepas aku datang , sibuk jeww semua orang membontot mak khen? Hahahah. Tak ada lah. Biasa lah kan , ramai yang serbu wife Aaron Aziz jugak ye. Erhiks. Tak kisah lah. Apa-apa pun thank you Kak D sebab ada tolong sesuatu khen hari tu. Erhiks. Gitueww katanya!

Okayyyy , jom layan lagi gambar Aaron Aziz sebelum aku bercherita kisah dramatik aku nak bergambar dengan Aaron Aziz. Muehehehe. Okayyy jom tengok gelagat Aaron Aziz yang sedang memasak. Actually Aaron sempat mintak Kak D tolong dia masak. Hahahah masa tu Kak D terus cakap , ahh tak kuasa :p Comel je diorang berdua ni tau. Ekekekek.







Ehem , ini pula nak bercherita tentang kisah dramatik nya uols. Kisahnya gini , masa HalFest 2011 yang aku pergi ni memang sangat lah sesak. Nak bergambar dengan Aaron? Macam dalam mimpi sangat. Terlalu ramai dan sesak. Hati dah hampa sebab masa tu kegedikan melampau nak bergambar dengan Aaron. Walhal dah berpuluh keping kan bergambar bersama macam tak gheti puas kan? Harus! Eh. Jadi aku dengan Kak Fieza gigih mengikut dan mengejar Aaron ye? 

Demi sebuah kegigihan aku kejar je. Mujur pakai selipar bodoh je uols. Kalau pakai wedges? Mahu bengkak kaki aku gigih kejar sana sini. Hakhakhak. Jadi sampai lah satu tempat ala-ala karpet merah , aku pun tiba-tiba menahan Kak Diyana bagitahu nak ajak Aaron bergambar kejap. Kau boleh bayangkan tak kisah dramatik nya bila Aaron Aziz dengan wife dikelilingi guard tiba-tiba aku mencelah? Boleh tak? Dah lah dengan selamba Kak Diyana pun kasi je aku jalan sebelah dia walaupun masa tu mana boleh pehminat mendekati katanya. Choii sangat masa tu. Heh.

Lepas tu tiba-tiba Aaron Aziz toleh ke belakang nampak aku terus dia cakap , "Eh lama kan kita tak jumpa?" Hahahaha kau mampo tetibe ajak berborak bagai walhal guard kiri kanan macam hangin tengok aksi weols berdua? Hahaha. Lepas tu terus merengek cakap nak bergambar. Terus Aaron kasi posing baik punya. Tapi malang nya ... Kak Fieza beritahu ...

Uolsss , awat tak pandang kamera? Awat pandang wajah Bang Tapa????

aku macam .. ohh ? penat-penat aku halang diorang dan aku tak pandang kamera? ohh okay -.-
stress! hahaha.


HAHAHA , eii nak lempang muka sendiri. waka waka eh eh. -.-

Lepas tu? Kembali berkejaran mengejar Aaron Aziz. LOL. Tengok-tengok dia masuk bilik media. Maybe ada media conference apa-apa kot. Not sure. Tunggu punya tunggu , terjumpa pulak Irma Hasmie. Oh my , dia sangat sweet dan gorjes okes? Sukaaaaa sangat tengok wajah Irma Hasmie yang manis bertudung. Serius suka. Hehehe.


sweet and cantik! :)

Setelah menunggu hampir setengah jam macam gitu kot , akhirnya menggedik sekali lagi nak bergambar dengan Aaron Aziz. Ahaks. Masa ni pun boleh tahan dramatik :p Mengadu bagai dekat Kak Diyana cakap gambar tak jadi tadi. Hahahah , gedik sangat. Then aku nampak ramai pulak yang berpusu-pusu dekat Aaron sampai guard cakap "tak boleh dah , tak boleh dah". Haish , geram sangat masa ni. Terus buat dramatik kan cakap dekat Aaron gambar yang snap tadi tak menjadi pulak sampai Aaron pulak cakap "Cepat...Cepat!" Heh heh heh , terus tersenyum lebar uols memandang kamera takut sejarah mungkin berulang macam gambar di atas. Ahaks.


tadaaaaaaaa! 
keh keh keh :p

Lepas aje aku bergambar dengan Aaron Aziz , dia pun pulang gitu. Tapi naik van dulu uols sebab kalau dia turunkan kereta dia di situ ada kot pehminat yang calar-calar kan kereta heols? Erk , tak ada lah. Mungkin nak menyenangkan pihak Aaron Aziz gituew. Ahaks. Sempat lah kan buat lambaian ratu bagai. Hakhakhak. Memang aku rasa masa HalFest 2011 aku sangat dramatik dengan Aaron Aziz ye. Haish , nantikan soon entry pasal Rehearsal Badai Semalam yang Aaron Aziz pulak dramatik dengan aku. Soon okay. :p


maintain dengan peace nya ituew :p

Lepas Aaron Aziz and wife dah beredar , aku dengan Kak Fieza pun beredar lah jugak kan?Tak kan nak duduk tercegat dekat situ kot kan? Hahaha. Bila masuk hall yang tadi nya di kerumuni oleh peminat-peminat Aaron Aziz , ku lihat ada Linda Onn. Masa ni hall tu lengang sangat-sangat okes? Boleh kembali golek-golek depan Linda Onn. Ehh. Hahaha. Iyelah kan Aaron Aziz pulang , peminat dia pun pulang jugak lah kan? Gigih sangat! Ahaks :p 

Tak pasti Linda Onn masak apa. Tapi bila aku mintak dia pandang kamera aku , laju je Linda Onn pandang. Ngeee. Masa tu memang aku duduk depan pentas ye? Hahahaha. Tapi gambar-gambar di bawah dan keseluruhan ni semua sumber dari kamera Kak Fieza. Terima kasih banyak-banyak Kak Fieza :p


So entry yang panjang penuh dengan gambar dan dramatik pun sudah sampai di penghujungnya uols. Gigih aku mengarang di tengah-tengah pagi buta tau. Demi korang yang dah berpuluh kali aku berjanji , sanggup aku tak tidur demi nak update tau. sob sob sob. Hahahah. Meskipun kisah ni berbulan-bulan lepas , tapi syukur masih ingat lagi kisah dramatik ni uols. Hahaha. Gedik sangat statement :p

So.... korang puas hati tak dengan gambar-gambar yang aku tayang ni uols? Apaaaa tak puas hati? Tibai laju-laju kang baru tahu :p By the way , jangan pulak ada yang muak baca kisah aku ni. Dan please jangan ada yang muak dengan gambar-gambar yang aku tayang ni. As like what I said before before before this : Suka Baca , Tak Suka Pergi Cari Belog Lain Yang Menepati Jiwa Korang k? Life is simple , tak payah nak make it complicated k? :)

So so so so so , ada tak yang pergi HalFest 2011 hari tu? Oh maybe my question is a bit lame and late -.- It's okay -.- Heh.

p/s : publish sekarang takut aku tidur lepas Subuh kejap lagi bangun petang karang. heh. have a good day everybody! :)

Terima kasih sudi membaca entry ini :)

28 comments:

Anonymous said...

jeles okey tgk aaron aziz

Asmara said...

abam aron sajork! hahaha.. best jumpa retis ye. hihi..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

panjang sokmo n3 uols ni
baca lelaju gak ni ngeee
curlastt mek kat mana ada daddy hangkat kat situew sure ada mek ijah gak ngeee...sedap x dia masak??? auwww chef zam dah kuruih macam wife abe tapa la...dush over giler persamaan gituew...ouch!

Anonymous said...

aku tak pernah berkesempatan nak terjah Halfest. next year la kot. tolg gebang awal awal tau ijah. hehehe

lawa gilos Kak D. husband wife mmg comel dan cun dan selamba dan cool dan dan dan..

Juliet_iRa~" said...

wahh seronoknyaaa dpt bgambar dgn aaron!heee :)

jeleshh..heeee

Aleen Aiden said...

chef zam ni dulu pernah menjadi pojaan hatiku.b4 die kurus.hu3

dear anies said...

lawa nyer irma

Ijah EmoTemo said...

tina >> hehe jgn la jeles :)

Ijah EmoTemo said...

Kak Asmara >> Hahaha abam Aaron aje la skrg ni. Ekekeke. Mmg best , best dgr show percuma haha

Ijah EmoTemo said...

Kaka Ayu >> Hakhakhak , noks I dh cuba byk kali control writing aiols supaya jd pendek but I cannot2 ok? Hahahah.

Hikhikhik , udah kata anak daddy , wajib ada dimana2 khen? Hahaha. Tak sempat rasa uols :(( Erkk persamaan yg ketara sgt hahaha

Ijah EmoTemo said...

hanie >> hahah , insyaAllah klu ijah tahu ijah gebang bgtahu rmi2 okes? haha.

wah mesti kembang kuncup klu kak d dgn bang aaron ni baca hahah

Ijah EmoTemo said...

juliet >> hehehe , best best! best part dramatik tu je :p hihihi jgn la jeles :)

Ijah EmoTemo said...

aleen >> ijah lg suka chef zam dulu sbb comel2 je cara dia ckp dgn pipi tembam dia ekekeke

Ijah EmoTemo said...

khairin >> yeap yeap mmg lawa dan sweet :)

ishiko said...

Aaron Aziz tuu..
haruss la menjeles kan, -_-'

kurus said...

suke semua !!

specially aaron .. handsome tul dia nie kan .. hurmmmm :)

suke jugak kat irma tuu nampak berseri solehah dia :)

zati embong said...

sgt sportng diorg. suka wife aaron,sgt cntik.

aamalinaazman said...

kenaaapaaa
comei sgt tgk irma tu
hehehehe
suwweeett! :))

Soo Hae Daa said...

wow..!! aaron aziz siap igt kamu ijah? whoaaaa.....msti sonok perasaan itu..hehehe

irma hasmi mmg sgt cntik...!!

So Shy Lady (SSL) said...

kehkehkeh mmng t.mnahan duk gelak... mmng minat giler la ni ye!

tp t.heranlah AA mmng hensem! akk pun suka ;D

sori ye dik lmbat bls knjungn. tenet sungguh miskin

Unknown said...

amboi ..amboi...amboiiii minat sungguh dengan aaron aziz ni ek.
sampai berkali-kali ambik gambar dengan dia.


tak sempat nak gi ke situ sebab jadual setiap minggu penuh. memang syok gi tpt camtu..ashik makan ajer..belinya taklah pulak

Ijah EmoTemo said...

ishiko >> alamak jgn jeles. byk lg entry pasal aaron aziz pasni hahah :p

Ijah EmoTemo said...

ieda >> heheh mmg hensem! ahahah :p

kan ?? irma nmpk berseri2 lps pki tudung :)

Ijah EmoTemo said...

zati >> yes semua sporting hahah. yups kak diyana cantik :)

Ijah EmoTemo said...

aimie >> mmg comel n sweet kan irma?? heheh ijah tgk dia hari tu pun terpegun je tau hehe

Ijah EmoTemo said...

soe hae daa >> hehehe yups mmg dia igt nama ijah. itu yg masa snap gmbr tak jd muka ijah mcm excited... time tu dia duk ckp eh dh lama kita tak jmp kan hahah.. aduhaii ;)

yups yups mmg cantik irma :)

Ijah EmoTemo said...

shy lady >> hahaha ekceli tak tahu la minat ke hape smpi gigih thp mcm tu. maybe nk sokong aje kot. sbb each other dh kenal masing2 kan,itu yg mcm nk kasi sokongan padu hahaha.

hiks mmg hensem ;P

kannn! irma mmg cantik , sweet , comel semua dia lah hahah

Ijah EmoTemo said...

kak ina >> hihihi gmbr tak jd tu yg mintak snap byk kali :p sbb aaron pun mcm kesian katanya dia cpt2 tarik suh bergmbr ngee..

hee kann?? mmg best sbb aysik makan hahaha... beli sikit je hikhik