Home

Monday, April 16, 2012

Supertots SuperSquad The Movie - Filem Animasi 3D Yang Menggunakan Suara Dafi & Diana Danielle. Aaron Aziz Turut Menyumbang Suara!

Kita lupakan seketika cherita tentang ABPBH 2011 yang telah aku janjikan untuk berkongsi gambar dan cherita itu. Kali ini aku ingin berkongsi cherita dengan korang tentang sebuah filem animasi 3D yang bakal ditayangkan pada 2013 nanti. Iye memang jauh lagi perjalanan 2013 tetapi aku tetap mahu berkongsi juga tentang cherita ini kerana aku percaya ia sebuah cerita yang menarik. Ehem seperti tajuk di atas itu lah kan aku ingin bercherita tentang filem animasi 3D yang bakal menemui kita semua tidak lama lagi iaitu filem Supertots SuperSquad The Movie.


Sebenarnya beberapa bulan yang lepas aku telah mendapat jemputan dari pihak Netcarbon untuk menghadiri ke Majlis Supertots Bersama Blogger yang telah di adakan di Bsync Studio. Tetapi malangnya ketika itu aku tidak ada transport untuk pergi ke tempat tersebut. Mujur pihak Netcarbon sudi memberi gambar-gambar dan sedikit cherita tentang filem animasi 3D Supertots SuperSquad The Movie ini. Majlis Supertots bersama blogger ini sebenarnya merupakan acara bagi memperkenalkan para-para pelakon alih suara (voice over) yang bakal muncul di dalam filem ini. Antara yang bakal menjadi pelakon alih suara ini ialah Dafi AF dan juga Diana Danielle.



Untuk pengetahuan korang , filem Supertots SuperSquad The Movie ini adalah filem animasi pertama di Malaysia yang menggunakan ‘Hybrid Motion-Capture’ yang telah juga digunakan dalam filem Avatar dan Adventures of Tin-Tin. Wow pasti sungguh menarik kan korang? Aku yang membaca pun sudah dapat rasakan menarik gituh! Jom kita baca sedikit sinopsis tentang filem ini.


“Filem Supersquad yang mempunyai 3 orang adiwira, Kapten Danny, Elly dan Alan terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron. Semua ini telah diramalkan di dalam kitab Nagasakti berabad dahulu yang mana bumi akan diserang oleh makhluk asing. Untuk melengkapkan Supersquad, watak Shasha dan Blinq bakal menyerikan lagi pengembaraan mereka.”

Wah , ada nama watak Laksamana Aaron lah! Meletop sangat nama watak itu kan? Hihihihi. Cerita ini pasti kanak-kanak akan suka tonton. Maklumlah apabila ada unsur animasi begini dengan unsur 3D pula tu , pasti kanak-kanak akan lebih suka kan? Haaa dah nama pun ada Laksamana Aaron , Aaron Aziz pun turut menyumbang kepada voice over dalam cerita ini. Wow pasti #Aaronators tak sabar menyaksikan kemunculan cerita ini biarpun bergenre kan animasi 3D kan? Hihihihi ;)


Haaa asyik bercherita aje kan? Meh lah aku tayangkan beberapa keping gambar untuk korang semua. Dekat bawah ini ada beberapa keping gambar sesi Diana Danielle , Dafi serta Aaron Aziz sedang melakukan voice over untuk cerita Supertots SuperSquad The Movie. Haa pasti ramai yang tak sabar untuk nantikan filem ini kan? 






shumil je Dafi dengan Diana Danille :p





wah bang Tapa pun hado ! :p

Haaa , itu sedikit sebanyak gambar yang aku nak kongsi dengan korang lah kan. Apa yang pasti selain daripada Dafi , Diana Danille dan Aaron Aziz , ada juga pelakon-pelakon lain yang turut menyumbang suara di dalam voice over ini seperti Radhi Khalid, Na’a Murad, Elza Irdawaty, Megat Shahrizal, Maya Arisa Tan dan Marina Aris Tan. Aku sendiri pun dah tak sabar menanti 2013 untuk menyaksikan sendiri cerita animasi 3D ini. Dengar ceritanya Supertots Supersquad The Movie dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada tahun 2013 dan disusuli dengan tayangan antarabangsa di lebih 20 buah negara.

So korang jangan lupa nantikan Supertots Supersquad The Movie pada 2013 nanti hokkay!! ;) Ada tak korang yang suka dengan cerita animasi 3D seperti ini? ;)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

14 comments:

diva keevan said...

Somel nyer DD..ske!

dear anies said...

wah thn dpn tuuu

Hanamiko Sakura said...

pernah berangan nak jadi voice over.. hahaha,, berangan je lebih.. cerita ni memang tak pernah tengok pun.. yang ada dekat tv khen??

MamaYatie said...

statement kejam hakak : eh, takat nak pakai suara pun kena ambik pelakon cantik/ensem ker? muahahaa....gurau jerk..ai pun suka jugak 3 of them!

kalo dah jadi mak-mak ni kan,harus suka jugak animasi..layan kerenah anak2...mesti animasi ni pun akan jadi satu fenomena kan??!

Mai said...

ohsemm :D

miloaiskurangmanis said...

tak reti nak komen
sebab - tak tengok lagi
ekekekekke

bleh ke komen gitu mek jingg????

Ijah EmoTemo said...

diva keevan -- wow! uols sempat melintas dlm belog jijah :p heheh. khenn! shumil :D

Ijah EmoTemo said...

khairin -- hehehe yes next year :)

Ijah EmoTemo said...

hanamiko -- hahah , ijah pun pernah jgk. mcm best je. kikiki :p oh tak pasti pulak. maybe after tygn dkt wayang baru tyg dkt tv :) but next year la :)

tiefazatie said...

wah..hebat tue dpt jemputan..hee

Ijah EmoTemo said...

kak yatie -- hahahah ijah tersembur gelak baca komen akak. ngahaha. itu sudah pasti akak, pemasaran kena betul baru kartun diorg laku :p lagipun yg aaronators pun kebanyakkan mak2 org.. so boleh paksa anak2 diorg tgk citer ni hahahaah boleh gitu? :p

hehehehe kann! mcm akan jd fenomena je? :D wait n see ;)

tiefazatie said...

ehem2..AA pun hado??hhee

Ijah EmoTemo said...

maii -- heheh :)

Ijah EmoTemo said...

kaka milo -- redho dgn komen uols hahahahaha